You are on page 1of 7

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

KEPALA BATAS, PULAU PINANG

KERTAS KERJA LAWATAN MUHIBAH DAN


PERLAWANAN PERSAHABATAN

KE ILP KUALA LUMPUR DAN ADTEC SHAH


ALAM.

BERTARIKH:

18 HINGGA 20 APRIL 2008

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

KEPALA BATAS PULAU PINANG


MAKLUMAT PROGRAM

1. PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap dan
seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Institut
Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) berkenaan Program
Lawatan Muhibah bagi Majlis Perwakilan Pelajar dan Perlawanan persahabatan di ILP
Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam.

Lawatan ini akan diadakan pada 18 hingga 20 April 2008 yang bertempat di Institut
Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dan ADTEC Shah Alam. Matlamat
mengadakan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada Majlis
Perwakilan Pelajar dan mengeratkan persahabatan silaturrahim dengan pelajar di
ILPKL. Pelajar yang terlibat juga dapat menimba ilmu luar iaitu di Kuala Lumpur.

Selain dari itu, para wakil MPP ILJTM, ILP juga dapat berkongsi maklumat dengan
pelajar-pelajar ILPKL dan ADTEC Shah Alam dan dari situlah pelajar ILPKBPP dapat
memantapkan lagi kepimpinan mereka sebagai Perwakilan Pelajar. Dengan adanya
lawatan ini, ianya dapat melahirkan pelajar, sekaligus pemimpin pelajar yanmg
berpotensi tinggi dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran khasnya dan
dalam kehidupan amnya. Justeru , lawatan sambil belajar dan perlawanan sukan
persahabatan (bola sepak , bola jarring dan sepak takraw) ini amat penting
dilaksanakan bagi memberikan pendedahan yang maksima kepada para perwakilan
MPP dalam mencedok ilmu di tempat orang dan mengeratkan tali silaturrahim.
1. OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Memberi pendedahan kepada para perwakilan MPP tentang perjalanan

aktiviti MPP ILPKL dan ADTEC Shah Alam.

1.2 Memotivasikan pelajar serta dapat menolong pelajar dalam melaksankan

pewakilan pelajar di ILPKBPP.

1.3 Memberi ruang kepada pelajar bagi memupuk sikap kerjasama yang erat

dengan pihak lain.

1.4 Mewujudakan suatu aspek perkongsian ilmu dan maklumat sesama pelajar di

tempat lain.

1.5 Membina perhubungan yang positif dalam dua antara ILP dan ILJTM serta

mengenal dan memahami potensi sebagai pemimpin pelajar.

2. MANFAAT

2.1 Membina kemahiran berkomunikasi antara perwakilan (MPP) dengan pihak

yang lain.

2.2 Mengembangkan lagi kebolehan dalam membuat keputusan, mengatasi

masalah serta membina erti hidup.

2.3 Membantu membina semangat menghadapi risiko.

2.4 Menyediakan pelajar menghadapi cabaran dalam hidup.

2.5 Memotivasikan diri pelajar tentang mendekatkan silaturrahim.


3. MATLAMAT

3.1 Memupuk nilai kerjasama dan perkongsian ilmu antara perwakilan pelajar

dengan pihak lain dalam meningkatkan prestasi mereka sebagai Majlis

Perwakilan Pelajar.

3.2 Menjalin hubungan yang erat antara Perwakilan Pelajar ILPKBPP dengan

Perwakilan Pelajar di ILPKL dan ADTEC Shah Alam.

3.3 Mewujudkan persefahaman yang sihat.

3.4 Untuk memberi manfaat kepada Majlis Perwakilan Pelajar terhadap

persekitaran luar.

3.5 Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam menjadi

pemimpin kepada orang lain.

3.6 Dapat mengembangkan peranan dalam menguruskan sesuatu aktiviti dan

program.

4. NAMA PROGRAM

Lawatan Muhibah Dan Perlawanan Persahabatan.

5. TEMA
Perwakilan Pelajar Cemerlang, Institut Terbilang.

6. ANJUARAN
Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.
7. TARIKH
18 hingga 20 April 2008
TEMPAT
Institiut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam .

8. PESERTA

Majlis Perwakilan Pelajar Seramai 13 orang

Perserta sukan Seramai 25 orang

Pegawai Pengiring Seramai 4 orang

JUMLAH Seramai 42 orang

9. PENUTUP

Pelaksanaan program lawatan muhibah dan perlawanan persahabatan ini adalah

sebagai penghargaan kepada semua peserta untuk menimba ilmu dan

pengalaman di luar, di samping itu ciri-ciri kepimpinan akan lebih jelas terbentuk

serta menyerlahkan lagi kredibiliti kepimpinan yang sedia ada. Adalah

diharapkan agar segala perancangan yang dibuat akan dapat kerjasama yang

optimum daripada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak

langsung. Biro perhubungan MPP ILPKBPP berharap agar usaha murni ini akan

dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap semua peserta lawatan

khususnya dan institut sahaja.


TENTATIF PROGRAM.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN muhibah DAN PERLAWANAN


PERSAHABATAN
(18 HINGGA 20 april 2008)
18 APRIL 2008

8.00 Malam :Pelajar mula berkumpulan ditempat menunggu bas

ILPKBPP.

8.30 Malam :Taklimat ringkas sebelum bertolak.

Bacaan Doa oleh Biro Keagamaan.

8.45 Malam :Bertolak ke Kuala Lumpur.

19 APRIL 2008

8.00 – 9.00 Pagi : Bertolak ke ILPKL dari tempat penginapan

9.00 – 10.00 Pg : Tiba di ILPKL.

10.00 – 1.00 t/hari : Lawatan Persekitaran ILPKL sempena Hari Terbuka dan

Sesi Dialog bersama MPP ILPKL.

1.00 – 2.00 t/hari : Makan Tengahari.

: Solat Zohor berjemaah.

2.00 – 2.45 ptg : bertolak ke ADTEC Shah Alam.

2.45 – 6.00 ptg : Perlawanan Sukan Persahabatan dan ramah mesra

dengan MPP ADTEC Shah Alam.

6.00 – 10.00 mlm : Rehat, Makan Malam, solat.

10.00 malam : Pulang ke tempat penginapan.


20 APRIL 2008

9.00 – 10.00 Pagi : Minum pagi atau Sarapan Pagi.

10.00 Pagi : Bertolak Pulang Ke ILPKBPP.

PERWAKILAN PELAJAR CEMERLANG, INSTITIUT


TERBILANG.

PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT

PROAKTIF.

“JAUH PERJALANAN,LUAS PENGETAHUAN”

-SEKIAN TERIMA KASIH-

You might also like