You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PERMOHONAN MEMBINA

SEBUAH KEDAI KOPERASI MPP ILPKBPP

BERTARIKH:

10 APRIL 2008

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

BIRO EKONOMI

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

KEPALA BATAS PULAU PINANG


PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap
dan seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
Pengurusan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP)
berkenaan permohonan membina sebuah kedai koperasi mpp di asrama lelaki
dan asrama perempuan. Ini kerana keperluan pelajar-pelajar untuk membeli
sesuatu barang atau peralatan di asrama sangat terhad.

Permohonan ini di buat setelah kami bermesyuarat sesama majlis pewakilan


pelajar dan telah dipersetujui oleh presiden MPP sendiri. Ianya juga mendapat
sambutan dan galakan dari semua pelajar ILP kepala batas.Ini kerana pelajar-
pelajar merasakan, mereka sukar untuk menyiapkan tugasan-tugasan serta tidak
ada peralatan yang mencukupi.

Perkara-perkara seumpama ini menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa meminta


kebenaran pada pihak warden untuk keluar pada waktu selepas latihan.

1. MANFAAT

1.1.1 Memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk membeli barang-

barang keperluan/peralatan dan makanan.

1.1.2 Untuk mengelakkan pelajar dari keluar pada waktu malam untuk membeli

barang-barang dan juga makanan.

1.1.3 Pelajar-pelajar dapat menjimatkan perbelanjaan yang agak mahal untuk

membeli peralatan-peralatan di luar serta makanan. Koperasi akan menjual

setiap barangan dengan potongan harga sebanyak 5 peratus dari harga asal.
1.2 Dapat pempercepatkan sebarang urusan atau tugasan yang perlu

dilakukan supaya setiap pelajar dapat melaksanakan tugasan-tugasan atau

urusan peribadi dengan lebih lancar.

2. Peraturan / tempat dan waktu kedai koperasi Mpp beroperasi :

1. Pelajar-pelajar dibenarkan membeli barang bermula pada jam 9.30pm - 11.00pm


malam sahaja.

2. Kedai koperasi mpp akan bertempat disebuah bilik yang membolehkan pelajar
lelaki dan perempuan membeli barang.

3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membayar secara hutang dan di kehendaki


membayar secara tunai sahaja.

4. Organisasi pengurusan bagi kedai koperasi mpp akan di pilih melalui majlis
pewakilan pelajar dan juga ahli jawatan kuasa yang di lantik serta penasihat dari
kalangan pengajar atau unit pengurusan latihan sahaja.

5. 2 orang mpp atau ahli jawatan kuasa yang di lantik akan menjaga kedai koperasi
mpp tersebut mengikut waktu dan hari yang telah ditetapkan.
3. SENARAI BARANGAN YANG TELAH DICADANGKAN.

3.1.1 MAKANAN / MINUMAN

 Gula-gula / coklat

 Keropok

 Maggie

 Roti

 Jeruk

 Kerepek

 Air berkarbonat

 Nasi lemak

 Milo / teh / kopi / gula

3.1.2 ALAT TULIS

 Pen / pensil / pemadam / pembaris / liquit

 A4 / A3 / exam pad / dan lain-lain

3.1.3 KEPERLUAN LAIN

 Sabun mandi / basuh kain

 Top -up

 Ubat gigi / berus gigi

 Minyak rambut

 Tuala wanita

 Selipar / stokin
4. KEPERLUAN KHAS :-

 Peti sejuk

 Mesin fotostat

 Rak untuk barangan

 Kemudahan Print

PENUTUP
Permohonan ini adalah untuk bertujuan memberikan kemudahan kepada para
pelajar di Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas untuk membeli peralatan atau pun
makanan di luar waktu kelas. Ianya merupakan suatu inisiatif untuk membantu
meringankan beban pelajar pihak Institiut supaya tidak keluar pada waktu malam
semata-mata mahu membeli makanan atau pun peralatan . Kami berharap agar pihak
Institiut dapat membuat pertimbangan terhadap permohonan ini untuk kemudahan
pelajar bersama.

You might also like