You are on page 1of 1

___________________________________________________________________________

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas
Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. 01 APRIL 2009

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT GOTONG-ROYONG PERDANA


DI MASJID KAMPUNG KUBANG MENERONG

Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar ILPKBPP ingin memohon kebenaran untuk
membuat satu gotong royong di Masjid Kampung Kubang Menerong.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami memilih masjid tersebut kerana pada setiap
minggu pelajar ILP KEPALA BATAS menggunakan masjid tersebut untuk menunaikan solat
jumaat.

3. Sehubungan dengan itu kami menggadakan majlis gotong-royong perdana ini adalah
untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dengan pelajar ILP Kepala
Batas.

Gotong-royong perdana ini akan diadakan pada 12 APRIL 2009 (AHAD).Pelajar yang akan
mengikuti program ini adalah seramai 40 orang pelajar dan 4 orang pensyarah.

“PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………..
(MUHAMAD NASIR BIN MUSTAFFA)
BIRO KEBAJIKAN DAN SERANTAU,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN,
KEPALA BATAS,PULAU PINANG.

You might also like