You are on page 1of 1

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS

Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas,


Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144

Kepada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Institut Latihan Perindustrian
16100 Kota Bharu
Kelantan Malaysia

Tuan/Puan,

Mengadakan Lawatan Muhibah Ke ILP Kota Bharu.

Saya sepertimana di atas mewakili Majlis Perwakilan Pelajar ILPKBPP, dengan sukacitanya
ingin memaklumkan satu lawatan muhibah akan di adakan di ILP Kota Bharu. Lawatan ini
merupakan anjuaran AJK Surau Al-Iman ILPKBPP dengan kerjasama MPP ILPKBPP.

2. Bagi pengetahuan pihak tuan/puan lawatan tersebut adalah sepertimana berikut:

Tarikh : 22-24 Ogos 2008


Bertolak : 9.00 malam (22 Ogos 2008)
Jumlah Pelajar: 25 orang pelajar lelaki
15 orang pelajar perempuan
04 pensyarah pengiring

3. Sehubungan dengan itu saya mewakili MPP ILPKBPP memohon kerjasama dari ILP
Kota Bharu untuk mengadakan Lawatan Muhibah Ini. Bersama-sama surat ini di lampirkan
bersama kertas cadangan Lawatan Muhibah. Bagi sebarang maklumat pihak ILP Kota Bharu
bolehlah menghubungi wakil MPP ILPKBPP Ridzuan Bin Ahmad tel: 013 4062198 (Pengerusi
MPP ILPKBPP).

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Yang benar,

……………………………………….
(Ridzuan Bin Ahmad)
Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang.

You might also like