You are on page 1of 6

SMK SERI BADONG, 08400 MERBOK, KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 3/2014


TARIKH

: 10 JULAI 2014

MASA

: 2.30 TENGAH HARI

TEMPAT

: MAKMAL SAINS 2

KEHADIRAN

1) PN.AZIBAH BT ABD YAZIZ


2) PN.NORHAYATI BT HASAN
3) EN.MOHD HANIF BIN ZAKARIA
5) EN.RIS IQBALUDDIN BIN SUBBERI
6) PN.NORAZLIZA BT ABD AZIZ
7) PN.ROHANI BT YAHAYA
8) EN.MOHD SYAFIQ BIN ZULKIFLI
TIDAK HADIR (BERSEBAB):
1) PN.NORMILA BT KHALID (MC)
2) PN. BALKHIS BT FIRDAUS (TAKLIMAT)
I UCAPAN PENGERUSI
1. Pn.Azibah selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama
semua guru yang hadir.
2. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli panitia
membaca Surah Al-Fatihah.
3. Pengerusi memperkenalkan ahli Panitia Sains yang baru iaitu En.Ris
Iqbaluddin bin Subberi menggantikan Pn.Norliana yang cuti bersalin dan
En.Syafiq bin Zulkifli menggantikan Pn.Naziroh yang juga cuti bersalin.
Selain itu, terdapat 2 orang lagi guru sains baru iaitu Pn.Norazliza dan
Pn.Rohani.

Makluman: Semua ahli Panitia Sains


II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
4. Ahli mesyuarat menerima pengesahan minit mesyuarat Panitia Sains kali ke
dua yang dicadangkan oleh Pn.Azibah bt Abdul Yaziz dan disokong oleh
Pn.Norhayati bt Hasan.
Makluman : Semua ahli Panitia Sains
III PERKARA BERBANGKIT
5. Merujuk kepada perkara 8 (PT3 dan KBAT), Pn.Azibah memaklumkan bahawa
modul soalan KBAT ada pada Pn.Normila dan Pn.Balqis.
Makluman : Semua ahli Panitia Sains
IV ANALISIS & POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
2014
6. Peratus lulus bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 5
ialah 69.77% manakala pencapaian cemerlang ialah seramai 6 orang.
7. Antara kelemahan pelajar ialah :
Kumpulan Berpotensi (E/D) dan Kumpulan Sederhana (B+/C+/C)
i) Murid yang berpotensi ini telah diberi panduan untuk menjawab soalan pada
bahagian C,namun murid tidak mahu menjawab soalan di bahagian ini.
Bahagian C adalah soalan yang udah untuk dijawab jika murid memahami
soalannya.
ii) Murid di kelas Amanah dan Cekal tidak menunjukkan kesediaan untuk
menjawab soalan peperiksaan.
iii) Murid juga kurang memberi tumpuan semasa proses PdP di dalam kelas.
iv) Murid tidak mahu berusaha untuk menjawab soalan yang telah diberikan.
Kumpulan Cemerlang
i) Murid dari kumpulan cemerlang tidak menunjukkan persaingan yang sihat di
mereka.
ii) Murid tidak mengulangkaji pelajaran dengan secukupnya.
iii) Murid tidak mengamalkan panduan yang telah diberi guru untuk menjawab
soalan dengan jawapan yang tepat.
Makluman : Semua ahli Panitia Sains

V ANALISIS DAN POST MORTEM PT3


8. Peratus lulus bagi pelajar Tingkatan 3 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ialah 43.59 %.
9. Antara kelemahan pelajar ialah:
Kumpulan Berpotensi (D) dan Kumpulan Sederhana (B,C)
i) Murid yang berpotensi tidak cuba menjawab soalan pada bahagian B.
ii) Murid tidak menunjukkan kesediaan untuk menjawab soalan peperiksaan
dan mengambil sambil lewa tentang peperiksaan tersebut.
iii) Murid juga kurang memberi tumpuan semasa proses PdP di dalam kelas.
iv) Murid tidak membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan.
Kumpulan Cemerlang
i) Murid tidak mengulangkaji pelajaran dengan secukupnya.
ii) Murid tidak menjawab soalan dengan jawapan yang tepat.
iii) Murid tidak bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan.
Makluman : Semua Ahli Panitia Sains
VI PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
10. Antara Program Peningkatan Prestasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3
(PT3) :
1. Modul soalan berfokus.
2. Bengkel Teknik Menjawab soalan modul PT3.
3. Latih tubi.
4. Panduan yang berterusan guru kepada murid-murid agar mampu menjawab
Soalan peperiksaan
5. Seminar untuk menjawab soalan KBAT.
11. Antara Program Peningkatan Prestasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5
(SPM) :
1. Kelas Bimbingan.
2. Modul soalan berfokus.
3. Bengkel Teknik Menjawab anjuran sekolah.
4. Latih tubi soalan Percubaan Negeri Lain (berfokus kepada soalan
Tertentu).
5. Pra SPM.

6. Panduan yang berterusan guru kepada murid-murid agar mampu


Menjawab soalan peperiksaan.
Makluman: Semua Ahli Panitia Sains
VII TAKLIMAT PROGRAM STUDY GROUP
12. Kelas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 akan mengadakan study group.
13. Pelajar yang cemerlang akan dilantik sebagai mentor kepada pelajar yang
lemah.
Makluman: Semua Ahli Panitia Sains
VIII HAL-HAL LAIN
14. Pn.Azibah memaklumkan bahawa Pn.Ruslina membentangkan kewangan
Panitia berjumlah RM2448.31. Ketua Panitia perlu menyemak keperluan yang
Ahli Panitia perlukan.
Tindakan : Ketua Panitia Sains
15. Pengerusi memaklumkan bahawa Pn.Normila telah mengumpul semua borang
Perekodan PBS dan telah meletakkan di dalam komputer di bilik GKM.
Makluman: Semua ahli Panitia Sains
16. En.Hanif memberikan sedikit penerangan berkaitan Kursus Pedagogi Sains
yang telah dihadiri. Beliau memaklumkan bahawa kursus tersebut diadakan
untuk subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Selain itu, isi kandungan kursus seperti
mencipta soalan mengikut aras.
17. Penggubal soalan Sains untuk Ujian & Peperiksaan sepanjang tahun 2014 :
Ujian/
Peperiksaan

UJIAN 1

PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN
TAHUN

Tarikh

4 Mac
(T4-T5)
5 Mac
(T1-T3)
11 MEI26 MEI

Ting. 1

Ting.2

Ting.3

KERTAS 1 &
2
PN.
ROSLIZA

KERTAS 1 &
2
PN.
NORLIANA

KERTAS
1&2
PN.
BALKHIS

PN.
NORMILA

PN.
BALKHIS

PN
.ROSLIZA

Tingkatan 4
KERTAS 1

KERTAS 2

EN.MOHD
HANIF

EN.MOHD
HANIF

Tingkatan 5
KERTAS 1

KERTAS 2

PN.
NORHAYATI

PN.
NORHAYATI

EN.MOHD
HANIF

PN.
AZIBAH

UJIAN 2

17 OGOS

PROGRAM PPMR

PN.
AZIBAH

PN.
BALKHIS

7 SEP

PROGRAM
PENINGKATAN
SPM

26 OGOS
OKTOBER

PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN

12
OKTOBER
-28
OKTOBER

PN.
NORHAYATI

PN.
BALKHIS

PN.AZIBAH
PN.NORHAYATI
EN.MOHD HANIF
PN.
NORMILA

PN.
NORLIANA

PN.
NORHAYATI

EN.MOHD
HANIF

Tindakan : Semua ahli Panitia Sains


18. Pengerusi mengingatkan ahli Panitia supaya mengikut jadual Pemantauan Kurikulum
Berkualiti (PKB) iaitu pencerapan PdP dan semakan buku latihan.
Tindakan : Semua ahli Panitia Sains
19. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 tengah hari.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

...
PN. NORAZLIZA BT ABD AZIZ

PN.NORMILA BT KHALID
Ketua Panitia Sains

SENARAI TINDAKAN BERDASARKAN


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE TIGA 2014
BIL
1.

2.

RUJUKAN
MINIT
Perkara 17

Perkara 18

PERKARA
Penggubal soalan Sains
untuk Ujian & Peperiksaan
sepanjang tahun 2014 .
Pemantauan Kurikulum
Berkualiti (PKB

TINDAKAN

STATUS

Semua Ahli
Panitia.

Sepanjang
tahun 2014.

Semua Ahli
Panitia.

Sepanjang
tahun 2014.

You might also like