You are on page 1of 12

SULIT

Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 1



SJK (C) PEI HWA
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4
PENILAIAN OGOS TAHUN 2010

Nama : _________________________ ( ) Markah : __________
Kelas : 4 ( ) Tarikh : ____ / ____ / ____
T / tangan Ibu bapa : ________


KERTAS 1 50 MINIT

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. J awab semua
soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian
tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20

1. Ramlee dan Sudin adalah kawan baik. ______________ murid Tahun 4 (12).
A. Kalian
B. Kita
C. Kami
D. Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.


2. Kareena kelihatan begitu ayu apabila memakai _____________.
A. blaus
B. ceongsam
C. baju kurung
D. sari
SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 2


Soalan 3-4 berdasarkan gambar di bawah


3. Pak Sulaiman dan anaknya mengunjungi rumah Encik Tan __________ hari Tahun Baru
Cina.
A. kepada
B. di
C. pada
D. ke
4. Dengan _____________, Encik Tan menjemput mereka masuk ke dalam rumahnya.
A. tangan terbuka
B. panjang tangan
C. dalam tangan
D. ringan tangan

5. ___________ , bergaya sungguh kamu hari ini! Kamu hendak ke mana? tanya emak
kepada abang.
A. Nah
B. Eh
C. Amboi
D. Cis
6. ____________ kah jumlah penumpang yang boleh menaiki van itu?
A. Bagaimanakah
B. Berapa
C. Siapa
D. Mana




SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 3

7. Datuk saya pandai menyanyi ______________ nenek saya pula pandai menyulam.
A. manakala
B. serta
C. lalu
D. apabila
8. Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan _____________ ekor lembu di kampung
itu mati.
A. segala
B. tiap-tiap
C. berpuluh-puluh
D. bertahun-tahun


Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.


9. Ibu merebus beberapa ______________ jagung untuk kami sekeluarga.
A. biji
B. ketul
C. tangkai
D. tongkol

10. Puan Mariam _____________ telur ayam hasil daripada penternakan ayamnya ke
negara-negara jiran.
A. mengimport
B. mengeksport
C. mengambil
D. menghulur




SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 4


Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


11. Siew Ying sedang berehat di bawah sebatang pokok yang _____________
A. tinggi
B. renek
C. rendang
D. panjang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.


12. Baju dan seluar Hafiz menjadi kotor ____________ dia terjatuh ke dalam longkang.
A. manakala
B. kerana
C. sambil
D. lalu
13. Adik menangis apabila dimarahi oleh ayah. _______________ tangisannya reda
apabila dipujuk oleh ibu.
A. Sebelum itu
B. Kalau begitu
C. Di samping itu
D. Namun begitu

SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 5

Soalan 14 dan 15 berdasarkan gambar di bawah


14. Penjual itu sedang ______________ sate di gerainya.
A. membakar
B. menggoreng
C. merebus
D. mengukus

15. Harga _____________ sate yang dijual oleh penjual itu lima puluh sen.
A. secucuk
B. sebatang
C. sekaki
D. sehelai

16. Syakinah terpaksa ____________ sekolah kerana mengikut bapanya yang bertukar
tempat kerja.
A. memindahkan
B. dipindah
C. berpindah
D. pemindahan

17. Bungkusan ini _____________ untuk dikirimkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah.
A. ialah
B. adalah
C. bukan
D. sahaja





SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 6

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.


18. Karmala merupakan murid yang _____________ rendah antara kami bertiga.
A. sungguh
B. terlalu
C. agak
D. paling

19. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu ______________ dinyanyikan.
A. Dayung sampan
B. Musim buah-buahan
C. Bangau oh bangau
D. Negaraku
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah


20. Sudin dan Ajis berkawan baik sejak kecil lagi. Hubungan mereka ____________
A. seperti kera mendapat bunga.
B. seperti anjing dengan kucing.
C. seperti bumi dengan langit.
D. seperti isi dengan kuku.


SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 7

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah



21. Salwa tidak tahan dengan perangai adik-adiknya yang suka bergaduh.
Perkataan seerti bagi bergaduh ialah

A. bermesra
B. berbaik
C. berkelahi
D. berbahas
Soalan 22

22. Walaupun barangan yang dijual di pasar raya itu sangat mahal tetapi
tinggi kualitinya
Perkataan berlawan bagi mahal ialah

A. murah
B. baik
C. usang
D. cantik

Soalan 23 24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul
23. I Kuih- muih yang dibuat oleh ibu sangat manis.
II Senyuman gadis itu sungguh manis.
III J angan buat begitu, nanti tidak manis dipandang orang.
IV Hasil anyaman Cik Liyana sungguh manis.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 8


24. I Kereta itu sangat cantik dan lapang.
II Pada musim kemarau, air kolam di rumah saya akan lapang.
III Pada masa lapang Upin dan Ipin suka bersiar-siar.
IV Murid-murid berkumpul di kawasan lapang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Soalan 25

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

25. Ikan-ikan di dalam sungai itu mati kerana air sungai itu dicemari sisa-sisa kilang.
A. Siapakah yang menyebabkan ikan-ikan mati ?
B. Mengapakah ikan-ikan di dalam sungai itu mati ?
C. Bilakah ikan-ikan di dalam sungai itu mati ?
D. Di manakah ikan-ikan itu mati ?
Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah



26. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

Mengapakah jalan itu ditutup ?
A. J alan itu ditutup kerana jalan itu sedang dibaiki
B. J alan itu ditutup kerana semua kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan itu
C. J alan itu ditutup kerana banyak kenderaan lalu di jalan itu
D. J alan itu ditutup kerana kereta itu telah mengalami kerosakan

SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 9


Soalan 27 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
27. Sampah sarap itu dibuang oleh Encik Shahir
A. Sampah sarap itu membuang Encik Shahir
B. Dibuang Encik Shahir oleh sampah sarap itu
C. Encik Shahir membuang sampah sarap itu
D. Monica berazam tetapi berjaya dalam pertandingan itu.

28. Menteri Pelajaran telah merasmikan dewan baharu sekolah itu
A. Dewan baharu sekolah telah dirasmikan oleh menteri Pelajaran itu
B. Dewan baharu sekolah itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran
C. Menteri Pendidikan telah dirasmikan oleh dewan baru sekolah itu
D. Dewan baru sekolah itu telah merasmikan Menteri Pelajaran

Soalan 29
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

29. A. Dr. Izzat bekerja di Hospital Kuala Lumpur.
B. Dr. izzat bekerja di Hospital Kuala Lumpur.
C. Dr Izzat bekerja di hospital Kuala Lumpur
D. Dr Izzat bekerja di hospital Kuala Lumpur!

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul

30. I Kain sutera itu diimport dari Negara China.
II Di bulan hadapan, kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Redang.
III Balai raya itu baru sahaja merasmikan
IV Kok Weng mendiamkan diri apabila dimarahi oleh guru

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV





SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 10



Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.


LAPORAN LAWATAN KE KILANG SONGKETWARISAN

Persatuan Kajian Tempatan Sekolah J enis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa, Taman Perling,
J ohor Bahru, telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Songket Warisan
pada 17 J un 2010. Sebanyak 50 orang peserta yang terdiri daripada anggota
persatuan, serta tiga orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut.

Kami tiba di kilang tersebut pada pukul 11.00 pagi. Ketibaan kami telah
disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam, Encik Indra Putra Mahayuddin. Selepas
mendengar taklimat daripada beliau, rombongan kami dibawa melawat ke
beberapa bahagian pemprosesan kilang.

Di kilang tersebut, kami dapat melihat cara-cara kain songket dihasilkan. Selain
itu, terdapat juga ruangan pameran bagi produk-produk yang dihasilkan daripada
kain songket. Antaranya termasuklah pakaian, samping, kasut dan pelilit songkok.

Lawatan kami berjaya mencapai matlamatnya. Diharapkan lawatan seperti ini
dapat diadakan pada masa-masa akan datang.


Disediakan oleh, 24 J UN 2010

Mesut Ozil

Mesut Ozil
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah J enis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa.





























31. Siapakah yang menyediakan laporan lawatan itu?
A. Encik Indra Putra Mahayuddin
B. Semua peserta
C. Guru pengiring
D. Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan

32. Berapakah jumlah ahli rombongan tersebut?
A. 53 orang
B. 50 orang
C. 3 orang
D. 24 orang
SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 11


33. Sebelum dibawa melawat ke beberapa bahagian pemprosesan kilang, peserta
terlebih dahulu
A. melihat cara-cara kain songket dihasilkan
B. melihat ruangan pameran bagi produk-produk daripada kain songket
C. mendengar taklimat dari Encik Indra Putra Mahayuddin
D. memohon kebenaran membuat lawatan

34. Berikut merupakan produk-produk yang dapat dilihat di kilang tersebut, kecuali
A. Pakaian wanita
B. Tali leher
C. Samping
D. Pelilit songkok
35. Pilih pernyataan yang benar
A. Mesut Ozil ialah Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan
B. Lawatan ke kilang songket warisan telah diadakan pada 24 J un 2010
C. Laporan ini telah ditulis pada 17 J un 2010
D. J umlah peserta dalam lawatan ini ialah sebanyak 50 orang

Soalan 36 hingga Soalan 40
Berdasarkan petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.















Wushu merupakan seni mempertahankan diri warisan budaya masyarakat di
China sejak zaman dahulu. Wu bermaksud perang, Shu pula bermaksud seni.
Wushu bermaksud seni perang atau seni mempertahankan diri.

Wushu berguna untuk kita mempertahankan diri daripada ancaman musuh.
Selain itu, wushu dapat membina kekuatan mental dan fizikal. Wushu juga
memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri yang kuat bagi seseorang yang
mengamalkannya.

Kini, wushu bukan sekadar seni mempertahankan diri tetapi telah menjadi
salah satu cabang olahraga di negara kita. Wushu sudah menjadi terkenal dan
merupakan salah satu acara sukan pada peringkat antarabangsa.


36. Dari negara manakah seni mempertahankan diri wushu berasal ?
A. Malaysia
B. Thailand
C. China
D. Amerika Syarikat
SULIT
Muhamad Shahar Rejab / Bahasa Melayu Kertas 1 / Tahun 4 / Muka surat 12


37. Apakah yang dimaksudkan dengan wushu?
A. Seni membina kekuatan mental dan fizikal
B. Seni perang atau seni mempertahankan diri
C. Seni memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri
D. Salah satu cabang olahraga di negara kita
38. Di antara berikut, adalah kebaikan mempelajari wushu kecuali
A. Berguna untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh
B. Memupuk semangat gagah berani dan disiplin diri yang kuat
C. Dapat membina kekuatan fizikal dan mental
D. Dapat mengisi masa lapang
39. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.
A. Wushu salah satu acara sukan pada peringkat antarabangsa
B. Wushu merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari Malaysia.
C. Wushu bukan satu cabang olahraga di negara kita.
D. Wu bermaksud seni, Shu pula bermaksud perang
40. Nyatakan maksud perkataan mengamalkannya dalam petikan
A. Mengetahuinya
B. Mempraktikkannya
C. Melihatnya
D. Mendengarnya




-KERTAS SOALAN TAMAT-



Disediakan oleh : Muhamad Shahar b.Muhamad Rejab
Disemak oleh : Ikhwari b. Ismail

You might also like