You are on page 1of 14

Gejala pembuangan bayi

Posted on 23 Julai, 2008 by admin


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru
yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun
mereka alpa dengan perkembangan sosial di
negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang
dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan
lain-lain tempat tanpa ada perasaan
perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala
pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya
anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan
perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani
kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh
mereka tidak sanggup diejek dan
dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak
prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan
isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-
jadi. Mereka bersikap demikian kerana
menganggap isu ini adalah sesuatu yang
memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya
menuding jari terhadap golongan remaja. Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya
pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.
Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan
membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai
sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada
remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang
melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong
dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.
Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab
ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup
mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-
kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang
dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga
masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat
kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara
dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup
memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu
bapa membuang anak-anak mereka. Mereka
berpendapat terdapat golongan yang menyayangi
anak mereka dan memelihara anak mereka
dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang
menyayangi anak-anak mereka berperasaan
demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam
mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah
pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis
sekiranya wujud kesedaran dan rasa
tanggungjawab dan masyarakat dengan
mengambil tahu serta cuba membanterasnya
seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat
penyayang.

*Gejala buang bayi dan kekeliruan
pandangan alam
*Oleh MOHD. HILMI RAMLI
*
*KES buang bayi sekali lagi menjadi berita utama
negara kita. Terbaru, seorang bayi lelaki ditemui
sudah mati di Sungai Kuantan, Pahang oleh seorang
nelayan. Mayat bayi tersebut yang dipercayai baru
dilahirkan kerana masih bertali pusat, barangkali
dibuang bagi menyembunyikan kewujudannya yang
turut membunuh bayi tersebut.
*Malah pada Mac 2007, seorang bayi lelaki dijumpai
masih hidup di dalam sebuah tandas di sebuah
masjid di Rompin oleh seorang wanita ketika ingin
*Hakikatnya, gejala pembuangan bayi di Malaysia
menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya.
Tiada petanda atau kayu ukur yang mengatakan
gejala ini semakin dipandang jijik dan seterusnya
berkurangan. Waima, dibunuh atau ditinggalkan
hidup, moralnya, kedua-dua perbuatan ini adalah
terkutuk, kerana tidak bertanggungjawab ke atas
keterlanjuran mereka.
*Sebenarnya gejala pembuangan bayi adalah
cerminan daripada gaya hidup tidak sihat yang
ditunjukkan oleh kelompok masyarakat kita hari ini.
Kita sedang melalui satu fasa yang genting di mana
persoalan moral dan akhlak bukan lagi
pertimbangan utama dalam setiap keputusan kita.
*Gaya hidup yang berteraskan liberalisme semakin
berakar dalam pelbagai golongan masyarakat. Akar
pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan
alam kebaratan.
*Pandangan alam Barat ini menyumbang kepada
kekeliruan abadi di kalangan masyarakat kita.
Persoalan akhlak dan moral ditafsirkan secara relatif,
seperti kisah tiga orang buta dengan seekor gajah.
Ada yang mentafsirkan gajah seperti pelepah pisang
kerana si buta memegang telinga gajah. Ada yang
mentafsir gajah seperti tali, kerana si buta
memegang ekor gajah. Ada juga yang mentafsir
gajah seperti batang kelapa, kerana si buta
memegang kaki gajah. Akhirnya, masing-masing
mentafsirkan gajah berdasarkan ilmu pancaindera

*mereka yang terhad itu.
*Bagi masyarakat, persoalan akhlak bukan lagi milik
mutlak ulama Muslim. Akhlak boleh sahaja
ditafsirkan oleh sesiapa sahaja asalkan perkara
tersebut diterima ramai dan menjadi norma
masyarakat.
*Gejala relativisme dengan merungkaikan persoalan
akhlak tidak berdasarkan aspek abadi adalah suatu
kekeliruan yang nyata. Persoalan ini berkait rapat
dengan pandangan alam kebaratan yang semakin
berakar dalam masyarakat.
*Kerana itu Prof. Naquib Al Attas mengungkapkan
dengan tajam bahwa antara Islam dan Barat, ia
merupakan permanent confrontation, yang akan
berpanjangan. Apabila mengatakan Barat, ia bukan
tertakluk kepada bentuk fizikal atau warna kulit
sebagai faktor penentu, akan tetapi sebuah
pandangan hidup.
*Antara teras pertembungan Islam dan Barat ialah,
Islam tidak mengiktiraf materialisme sebagai satu
faham yang penting, manakala Barat adalah
sebaliknya. Ini juga bukan bermaksud Islam menolak
konsep materialistik, seperti pencarian harta, hak
pemilikan harta dan penjagaan harta. Namun pada
masa sama mengiktiraf bahawa peranan kerohanian
adalah penyeimbang kepada tuntutan materialisme
yang melingkari kita. Malah, aspek kerohanian
bukan sekadar faktor penyeimbang, akan tetapi
merupakan primary factor kepada rasa perhambaan
kita kepada Yang Maha Esa.
*Kerana kefahaman dan keyakinan faktor kerohanian
inilah melahirkan sifat yang mulia dan abadi dalam
kehidupan kita, seperti amanah, berakhlak mulia,
jujur, tawaduk, rasa kehambaan dan sebagainya.
*Barat menjadikan faham materialisme sebagai
faktor dominan dalam pandangan alam mereka.
*Aspek kerohanian atau ilmu wahyu itu tidak
diiktiraf sebagai penting kerana ia tidak boleh
dicapai melalui kajian saintifik dan eksperimen di
makmal. Faham materialisme berakar dalam
pandangan alam mereka lalu menyebabkan
tindakan mereka selari dengan kefahaman mereka.
Kerana itu di Barat, perbuatan membuang bayi
tidak termasuk dalam dosa besar, kerana mereka
tidak memasukkan azab dan dosa dalam kamus
hidup selepas kematian mereka.
*Seks Bebas
*Berkaitan dengan kes pembuangan bayi, boleh
dikatakan di Barat perbuatan zina dan seks bebas
sudah menjadi norma dan budaya mereka. Lalu,
tidak jadi isu jika mereka mampu melahirkan anak
luar nikah akibat perbuatan songsang mereka.
Manakan tidak, mereka mempunyai kaedah
pengurusan jenayah seperti penggunaan kondom
*secara bebas atau pengguguran. Aspek pengurusan
jenayah yang kemas dan teratur ini merupakan asas
kepada berjayanya perbuatan jenayah mereka.
Jika mereka faham bahawa seks bebas adalah dosa
dan mendatangkan mudarat, maka sudah pasti
kaedah mengurus jenayah mereka akan kelihatan
janggal.
*Oleh itu, isu pembuangan bayi tidak timbul di Barat
kerana mereka mengurus dengan baik dan kemas
jenayah yang mereka buat.
*Dalam masyarakat kita sebaliknya, oleh kerana
aspek keagamaan masih menebal dalam masyarakat
kita, maka pengurusan jenayah itu seakan janggal
dan tidak teratur. Dalam kes pembuangan bayi,
wanita yang melahirkan bayi itu tercermin sikap rasa
bersalah kerana melahirkan anak luar nikah, lalu
mengambil keputusan sama ada menamatkan
riwayat ataupun menyelamatkannya.
*Berdasarkan budaya keagamaan yang masih
tertinggal sisa di kalangan masyarakat kita, maka
pelaku jenayah masih berkira dalam pengurusan
jenayahnya. Lantaran itu juga, gejala membuang
bayi suatu yang news worthy di negara kita
berbanding di Barat.
*Boleh dikatakan, gejala pembuangan bayi
merupakan kekeliruan pandangan alam lapisan
bawah kerana melibatkan orang awam, terutamanya
mungkin golongan remaja. Kekeliruan tidak sahaja
kepada orang awam, malah melekat juga kepada
golongan ilmuwan dan pendidik yang dikategorikan
sebagai lapisan atas atau utama, yang mereka ini
menyebarkan faham kebaratan melalui institusi
pendidikan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan
juga, mereka semacam agen tidak rasmi pihak
Barat.
*Atas dasar itu masyarakat harus dibimbing supaya

*pulang ke pangkal jalan, iaitu mempunyai
pandangan alam yang berteraskan agama. Persoalan
ini harus ditangani dengan kaedah pendidikan
kesedaran dan pencegahan.
*Kedua-dua aspek iaitu didik dan cegah mesti
berjalan seiringan. Program pendidikan kesedaran
harus dijadikan modul utama terutama di kalangan
generasi muda. Pada masa sama, budaya hedonisme
disekat dengan secara bijaksana dan berhikmah.
*Semua lapisan masyarakat harus mempunyai
komitmen untuk memandu kehidupan ke arah yang
lebih berakhlak dan beradab. Persoalan Islam
Barat juga harus ditangani dengan ilmiah dan
bijaksana. Peperangan Idea antara dua kutub
berbeza ini menuntut stamina ilmu yang tinggi di
kalangan umat Islam secara khusus. Sudah tiba
masanya umat Islam di Malaysia digerakkan
keupayaan mereka untuk membina kembali nilai
*dan pandangan alam yang berteraskan
agama.
*Akhirnya juga, persoalan serangan
liberalisme dan materialisme yang
berpunca dari pandangan alam Barat ini
harus ditangani dengan senjata ilmu
juga. Di samping itu, pembinaan budaya
ilmu yang serius menjadi keutamaan kita
hari ini, dengan tidak menidakkan
tindakan segera seperti kemiskinan,
kebajikan dan pendidikan umat Islam
yang terabai.
*menunaikan solat Maghrib.

You might also like