You are on page 1of 23

PENGENALAN KONSEP PERBANKAN ISLAM

Oleh :

Abdul Hafiz bin Alis
BahagianPenyelidikandanPenyelarasan
J abatanWakaf, Zakat dan Haji (J AWHAR)
J abatanPerdanaMenteri

Sistem kewangan Islam sedang giat berkembang dalam pelaksanaan dan pengamalannya di negara kita.Sistem
kewangan Islam di Malaysia merangkumi perbankan Islam, pasaran wang antara bank secara Islam, insurans Islam
atau takaful, pasaran modal Islam serta institusi kewangan khusus yang menyediakan sumber pembiayaan alternatif.

Di kesempatan ini, sini, sayaakan membicarakan mengenai sistem perbankan Islam yang semakin berkembang dari
semasa ke semasa. Sistem tersebut pada masa ini semakin mendapat perhatian dari semua pihak.Ianya semakin
bertambah pesat dengan kewujudan akta dan undang-undang yang berkaitan dengan perbankan Islam.Dunia secara
umumnya telah mengenali sistem ini dan bersedia untuk diaplikasikan oleh institusi perbankan masing-masing untuk
ditawarkan kepada masyarakat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang paling cepat perkembangannya dalam industri Kewangan Islam umumnya
dan khususnya dalam perbankan Islam. Sistem perbankan Islam yang ada di Malaysia telah mendapat pelbagai
pengiktirafan dan menjadi contoh di mata dunia, malahan juga menjadi rujukan negara-negara lain bagi
melaksanakan sistem perbankan Islam di negara masing-masing. Perbankan Islam yang ada ini telah memberikan
pengguna pelbagai pilihan dalam memilih instrumen ataupun produk-produk yang ditawarkan.Umat Islamkini juga
mempunyai pilihan untuk memilih sistem perbankan yang selama ini berpaksikan amalan riba kepada satu sistem
yang berteraskan Syariat Islam.

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskanundang-undang Islam (Syariah),iaitufiqhmuamalat (peraturan)
Islam dalamtransaksi.Kesemuaperaturandanamalan di dalamfiqhmuamalatberasaldari Al Quran dan Al-Sunnah dan
sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan
pendapatolehulamamujtahidtentangsesuatuhukumSyariah(ijma),menyamakanperkarabaru yang
tiadanassecaraanalogi(qiyas)danhasilusahadaripadapara mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai
melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Setiap bank yang menggunakan sistem perbankan Islam perlulah mematuhi Prinsip Syariah (Syariah
Compliant).Semua bank Islam dan bank-bank Skim Perkhidmatan Syariah (SPI) iaitu bank-bank yang menawarkan
khidmatperbankan Islam
perlumenubuhkansatujawatankuasaSyariah(ShariahCommitee)bagimembimbingdanmembuatkeputusan mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi
kehendak Syariah. Setiap perkhidmatan berteraskan Islam yang hendak ditawarkan perlulah mendapat khidmat
nasihat daripada jawatankuasa Syariah masing-masing. Selain daripada itu, setiap bank Islam dan bank-bank skim
perbankan Islam (SPI)bolehmendapatkannasihatmajlispenasihatSyariah(Shariah Advisory
Counsil)iaitubadanSyariahtertinggi yang ditubuhkan di bank negara, ianya bagi memastikan keseragaman dalam
pendapat dan amalan. Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan majlis penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada
para cendekiawan dan pakar Syariah dalam perbankan dan kewangan Islam.

Beberapa konsep asas muamalat syariah yang digunakandalamperbankan Islam
iaitumelaluikonsepWadiah (Simpanan),Mudarabah (PerkongsianKeuntungan), BaiBithamanAjil-BBA
(PenjualanDenganHargaTertangguh),Murabahah(Kos Tambahan),Musyarakah(Usaha
sama), IjarahThummaBai (SewaBeli), Wakalah (Wakil), Qard (KontrakHutang), danHibah (Hadiah)

Wadiahbermaksudkontrakmenyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. melalui kontrak ini, pelanggan
akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang
yang disimpan oleh pelanggannya.

Mudarabah (Perkongsian keuntungan) ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antaradua pihak, iaitu pemilik
modal dan pengusaha. Pemilik modal akanmenyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niagadan
mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkandalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah
perkongsianuntung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakandalam operasi perbankan Islam
dalam dua cara: antara bank(sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagaipemilik modal) dan
pengusaha. Kerugian yang dialami akanditanggung oleh pemilik modal.

Bai BithamanAjil BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual
membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh bersertadengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui,
sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Murabahah (Kos tambah)Sepertimana BBA, transaksiMurabahahmelibatkanpenjualanbarangan di antara penjual
danpembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui olehkedua-dua pihak.
Bagaimanapun, penjual perlu memaklumkan kepada pembelikos sebenar aset dan margin keuntungan semasa
perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau
usahasama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsioleh rakan kongsi
berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnyadengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh
rakan kongsi. Kerugian yang dialamiakandikongsiberdasarkannisbahdana yang dilaburolehsetiaprakankongsi.

IjarahThummaBai(Sewabeli)lazimnyadigunakandalam membiayai barangan pengguna terutamanyapembiayaan
kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: Kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan Kontrak Bai
(jual beli).

Wakalah (Agensi) merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagibertindak
mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihakyang menerimatugasituadalahejen
yang biasanyadibayar fi atasperkhidmatannya.

Qard (Kontrakhutang) di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangatihsan
dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja.Walau bagaimanapun, sekiranya
peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya(tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda
penghargaan kepada pemberipinjaman.

Hibah (Ganjaran) merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yangditerima.

Demikianlah di antara konsep asas muamalat dalam perbankan Islam yang diguna pakai dalam sistem perbankan
Islam.Keseluruhan konsep ini telah ditambah baik dalam memenuhi keperluan masyarakat.Melalui konsep-konsep
ini dapatlah kita memahami secara tidak langsung mengenai sistem perbankan Islam.Oleh itu, sama-samalah kita
menunjukkan rasa cakna kita terhadap sistem ini.Tukarkan perbankan konvensional anda kepada perbankan Islam
yang memenuhi prinsip-prinsip pematuhan Syariah.

Rujukan
www.bankinginfo.com.my

http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikel-pilihan/296-artikel34
Sejarah ringkas perbankan islam di Malaysia ::
http://www.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/sejarah-ringkas-perbankan-islam-di-malaysia
Title Sistem kewangan Islam: instrumen, mekanisme, dan
pelaksanaannya di Malaysia
Siri pengajian dan pendidikan Utusan
Author Mustafa Dakian
Publisher Utusan Publications, 2005
ISBN 9676116963, 9789676116963
Length 126 pages

Title Teori dan aplikasi kontemporari sistem ekonomi Islam di
Malaysia
Siri pengurusan dan perniagaan Utusan
Contributor Abdullah Alwi Haji Hassan
Publisher Utusan Publications, 2005
ISBN 9676117250, 9789676117250
Length 281 pages

Title Perbankan Dan Pasaran Modal Islam: Isu Dan Aplikasi
Author Noor Saadah Sabudin, Nor Fadzlin Mohammad Bahar &
Norazlina Abd. Wahab
Publisher UUM Press, 2009
ISBN 9833827918, 9789833827916
Length 233 pages

Title Syariah dan undang-undang: suatu perbandingan
Siri undang-undang
Contributor Zaini Nasohah
Publisher Utusan Publications, 2004
ISBN 9676115355, 9789676115355
Length 283 pages


Perbankan Islam


Perbankan Islam, pada mulanya
berkembang sebagai sejenis
pengantaraan kewangan untuk
komuniti Islam untuk menjalankan
perniagaan mengikut rukun Islam.
Hari ini, perbankan Islam telah
diterima dengan luasnya di
seluruh dunia di kalangan
komuniti bukan Islam dan telah
menjadi satu komponen yang
penting untuk sistem kewangan
sedunia. Ciri yang penting untuk
perbankan Islam ialah bahawa ia
adalah tanpa faedah.

Perbankan Islam bermula di
Malaysia pada tahun 1983
dengan penubuhan bank Islam
pertama, Bank Islam Malaysia
Berhad, pada tahun yang sama.
Bank Islam kedua yang
berdedikasi, Bank Muamalat
Malaysia Berhad telah ditubuhkan
pada tahun 1999. Kini, Malaysia
mempunyai satu sistem
kewangan Islam yang
komprehensif yang termasuk
perbankan Islam, takaful, pasaran
modal Islam dan pasaran wang
Islam.

Di samping itu, sejak 1993, institusi kewangan di negara
ini telah dibenarkan menawarkan perbankan produk dan
perkhidmatan Islam di bawah Skim Perbankan Islam.
Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini mesti
menyimpan dana yang berasingan untuk transaksi
perbankan Islam dan yang lain untuk perbankan
konvensional.

Semua bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam mesti mempamerkan logo perbankan
Islam dan dikawal oleh Akta Perbankan Islam 1983. Akta
ini dibentuk mengikut Akta Perbankan 1973 pada masa itu
tetapi dengan pengubahsuaian supaya bank-bank Islam
mematuhi prinsip Islam.

Bank Negara sedang meningkatkan usahanya untuk
memastikan negara mencapai golnya untuk menjadi pusat
kewangan Islam serantau menjelang tahun 2010. Selaras
dengan ini, Bank Negara akan mengeluarkan sehingga
tiga lesen perbankan Islam baru kepada pemain-pemain
asing yang berkelayakan. Ini akan membawa ke hadapan
liberalisasi industri perbankan Islam ke tahun 2004
berhubung dengan pengeluaran lesen baru, tiga tahun
lebih awal daripada yang dijangkakan.

Apakah Perbankan Islam?
Perbankan Islam ialah pengendalian perbankan
berasaskan prinsip-prinsip Syariah (peraturan Islam
mengenai transaksi) dan tidak membenarkan pembayaran
dan penerimaan faedah sementara menggalakkan
perkongsian keuntungan. Ia mempunyai tujuan yang
tepat sama dengan perbankan konvensional kecuali
bahawa ia beroperasi di bawah peraturan Syariah,
undang-undang Islam yang meliputi tiap-tiap aspek
kehidupan berasaskan Quran yang suci itu.

Bank-bank dan institusi-institusi kewangan Islam yang
menawarkan produk perbankan dikehendaki menubuhkan
satu jawatankuasa penasihat Syariah untuk
menasihatkan mereka mengenai peraturan Syariah dan
memastikan bahawa mereka beroperasi mengikut prinsip-
prinsip Syariah.

Prinsip-prinsip Syariah dalam Produk dan
Perkhidmatan Perbankan Islam

Wadiah (Penyimpanan selamat)
Dalam Wadiah, sebuah bank dianggap sebagai
penyimpan dan pemegang amanah dana. Anda
mendeposit dana anda di bank dan bank itu menjamin
pembayaran balik seluruh amaun atau mana-mana
bahagian daripada amaun apabila anda menuntutnya.
Bank mungkin juga memberikan ganjaran kepada anda
dengan hibah (hadiah) sebagai penghargaan kerana
membenarkan bank menggunakan dana anda yang telah
didepositkan. Di bawah perbankan konvensional, Wadiah
boleh digunakan untuk akaun simpanan dan semasa
manakala hibah ialah faedah yang diperolehi dari akaun-
akaun ini.

Mudharabah (Berkongsi untung)
Mudharabah ialah satu perjanjian antara anda dan bank di
mana bank membenarkan anda menggunakan dananya
untuk aktiviti perniagaan anda. Jika terdapat sebarang
untung daripada usahasama ini, ia akan dikongsi dengan
bank dan apa-apa kerugian akan ditanggung oleh anda.
Di bawah perbankan konvensional, Mudharabah boleh
digunakan untuk akaun simpanan, semasa dan pelaburan
dan juga instrumen deposit serta pembiayaan saham dan
amanah saham.

Musyarakah (Usaha Bersama)
Musyarakah ialah satu persetujuan usaha bersama di
antara anda dan bank di mana keuntungan dan kerugian
kedua-duanya dikongsi mengikut syarat persetujuan. Di
bawah perbankan konvensional, ia digunakan untuk
pembiayaan saham atau amanah saham dan surat kredit.

Murabahah (Tambahan Kos)
Murabahah merupakan penjualan barang pada harga
yang dipersetujui dan pada margin untung yang
dipersetujui di antara bank dan anda. Di bawah
perbankan konvensional, ia digunakan untuk kemudahan
barisan tunai, pembiayaan modal kerja, surat kredit dan bil
yang diterima.

Bai Bithaman Ajil (Jualan Pembayaran Tertunda)
Ini ialah penjualan barang secara pembayaran tertunda
pada harga yang termasuk margin untung yang telah
dipersetujui oleh bank dan anda. Di bawah perbankan
konvensional, Bai Bithaman Ajil digunakan untuk sijil
hutang boleh runding, pembiayaan rumah atau harta,
pembiayaan saham atau amanah saham, Umrah
(penziarahan orang Islam ke Mekkah) dan pembiayaan
lawatan.

Wakalah (Agensi)
Wakalah ialah apabila anda melantik bank untuk
menjalankan transaksi bagi pihak anda seperti bank
bertindak untuk anda apabila mengeluarkan surat kredit
dalam pembiayaan dagangan.

Qardhul Hassan (Pinjaman Ihsan)
Qardhul Hassan ialah apabila bank memberikan anda
pinjaman yang berasaskan kepada muhibah dan anda
hanya diperlukan membayar amaun yang dipinjam.
Walau bagaimanapun, anda boleh dengan budi bicara
anda membayar lebih kepada bank anda sebagi tanda
penghargaan.

Ijarah Thumma Al Bai (Sewa Beli)
Terdapat dua kontrak di bawah prinsip sewa beli ini. Yang
pertama ialah kontrak ljarah (pemajakan/penyewaan)
apabila anda menandatangani satu persetujuan dengan
bank anda untuk memajak kereta daripada bank pada
sewa dan tempoh masa yang dipersetujui. Apabila
tempoh pemajakan tamat, kontrak Bai (pembelian) itu
berkuatkuasa yang membolehkan anda membeli kereta
itu pada harga yang dipersetujui.

Bai al-Inah (Persetujuan Jual dan Beli Balik)
Prinsip ini untuk kad kredit dan berlaku apabila bank anda
menjualkan anda satu aset secara pembayaran tertunda
dan kemudian aset itu dibeli balik dengan segera oleh
bank itu secara tunai dengan diskaun.

Hibah (Hadiah)
Satu token yang diberikan sebagai balasan untuk
pinjaman yang diterima atau manfaat yang didapatkan.

Ijr (Fi)
Semua perkhidmatan perbankan yang lain adalah
berasaskan kepada prinsip Ijr yang merupakan
perkhidmatan berasaskan fi seperti pembrokeran saham,
pindahan telegraf, cek kembara, perkhidmatan ATM dan
perbankan telefon.

Kadar Perbankan Islam
Untuk akaun simpanan, semasa dan deposit, hibah
(hadiah) dibayar pada budi bicara bank sekiranya terdapat
sebarang keuntungan daripada penggunaan dana anda
yang didepositkan. Pada umumnya, kadar hampir untuk
akaun simpanan dan deposit adalah 2.2% sementara
kadar untuk akaun semasa ialah 1%. Untuk akaun
simpanan tetap kadar adalah di antara kira-kira 2.6%
untuk sebulan hingga kira-kira 4.2% untuk 60 bulan.

Kadar pembiayaan perumahan akan bergantung kepada
sama ada rumah anda ialah rumah baru atau siap, Untuk
rumah baru, kadar pembiayaan adalah di antara kira-kira
2.8% pada tahun pertama hingga kira-kira 7.75% selepas
tahun kelima. Untuk rumah siap, kadar pembiayaan
adalah di antara kira-kira 3.8% pada tahun pertama
hingga kira-kira 7.75% selepas tahun kelima.

http://www.mymoneyskills.com/mms/my/ms_MY/banking_services/islamicbank.shtml
PERLAKSANAAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Pengenalan
Sistem Kewangan Islam telah pun digariskan dalam al-Quran dan sunnah zaman Nabi Muhammad iaitu
lebih 1400 tahun yang lalu. Dengan dikatakan bahawa Dasar Sistem Kewangan Islam digubal berasaskan
nilai falsafah. Pada asasnya konsep-konsep Islam iaitu Tauhid (mengesakan Tuhan), Iman (beriman
kepada Tuhan), Akidah (percaya kepada ajaran dan hukum-hukum), Taabbud (mengabdikan diri kepada
tuhan) dan Takwa( bertakwa kepada tuhan).

Latar Belakang Sistem Kewangan Islam
Sistem kewangan Islam telah dibentuk dengan beransur-ansur semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Hanya
pada zaman Sayyidina Umar Al-Hhattab (r.a.) barulah agak jelas terbentuk sistem kewangan Islam ini.
Setelah itu dari semasa ke semasa sistem ini telah diperbaiki dan diperkembangkan. Pada prinsipnya,
sistem kewangan pada masa itu masih lagi tertumpu kepada sektor kerajaan atau sektor awam sahaja
dan berpusatkan kepada perbendaharaan negara iaitu Baitul Mal.

Di sektor swasta pula hampir tidak ada institusi tertemtu yang berperanan mengumpulkan modal dari
ahli masyarakat untuk kegunaan masyarakat di sektor-sektor yang perlu. Apa yang berlaku berlaku ialah
pengumpulan modal berlaku di kalangan orang yang ada kepentingan bersama sahaja. Iaitu orang yang
ingin melakukan mudharabah atau musyarakah akan mewujudkan pakatan di kalangan sendiri bagi
tujuan mudharabah atau musyarakah. Begitu juga pembentukan takaful di kalangan pedagang-
pedagang antarabangsa. Mereka yang menjalankan perdagangan antarabangsa secara besar-besaran
melalui lautan sering menemui kemalangan di tengah-tengah lautan yang amat merugikan. Lantaran
mereka membentuk sistem takaful antara mereka supaya jika berlaku sebarang kemalangan ahli-ahli
takaful tadi akan membayar ganti rugi ahli yang malang tadi.
Walaupun demikian , dapat juga kita rumuskan bahawa perkara penting dalam sistem kewangan Islam
melalui amalan pada masa silam dan juga daripada sumber al-Quran dan al-Sunnah.
Tujuan Sistem Kewangan Islam
Sistem kewangan Islam dibentuk atas prinsip-prinsip yang berlandaskan Syariat Islam dan bertujuan
mencapai perkara-perkara berikut:-
a. mengumpulkan modal yang mencukupi untuk pengeluaran,
penggunaan dan penukaran.
b. mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang benar-benar memerlukan dan boleh membawa
faedah kepada masyarakat keseluruhannya.
c. menentukan kestabilan harga
d. menentukan keadaan ekonomi yang makmor dan bersih dari
segala kesempitan dharuri di peringkat individu.
e. mewujudkan keadilan dan ihsan.

Ciri-ciri Sistem Kewangan Islam
Untuk mencapai tujuan-tujuan kewangan Islam, Sistem kewangan Islam haruslah berlandaskan ciri-ciri
berikut:
a. sifat tolong-menolong antara satu sama lain dan bukan persaingan yang sengit
b. kegiatan yang dilakukan mestilah disertai dengan persetujuan bersama
c. kegiatannya hendaklah disertai dengan sifat yang digalakkan oleh Islam seperti qanaah
(kesederhanaan), ikhlas, benar, bertimbang rasa dan lain-lain.
d. bebas dari segala larangan termasuk riba, gharar, ikhtikar, penindasan, penipuan, pembaziran dan
sebagainya.

Prisip-prinsip Asas Sistem Kewangan Islam
Ada beberapa prinsip yang amat releven dan menjadi asas penting bagi Pembentukan sistem kewangan
yang benar-benar berlandaskan syariat Islam.
Tauhid
Sama seperti hal-hal lain, sistem kewangan juga memerlukan individu yang bertauhid. Tauhid
sebenarnya menguatkan aqidah dan menyedarkan manusia itu terhadap dirinya, penciptanya,
hubungan antara dirinya dan tuhannya, dan hubungan antara manusia dengan manusia lainnya.
Hanya dengan Tauhid yang kukuh barulah seseorang itu sedar tanggungjawab terhadap dirinya dan
terhadap tuhannya(Hablum Minallah). Dengan sendirinya ia akan sedar bahawa ia bertanggungjawab
dan akan disoal diatas segala aktivitinya.
Perhubungan manusia dengan manusia lain (hablum Minan nas) akan menjadikan manusia itu sentiasa
berwaspada dengan gerak gerinya supaya tidak menyakiti orang lain dalam apa jua bentuk sekalipun.
Maka Tauhid sebenarnya akan menjadi satu daya yang terbit dari dalam (inherent) dan tidak
memerlukan perlaksanaan hukum ke peringkat maksimam. Hal ini amat penting kerana amat sukar
sekali untuk memastikan bahawa setiap akan sentiasa mematuhi segala undang-undang tanpa satu daya
dari dalam yang sentiasa mengingatkanya bahawa perkarayang hendak dibuat itu adalah salah.

Konsep Harta
Harta kekayaan dalam Islam perlu difahamkan dari dua segi iaitu satu dari segi pemilikan dan satu lagi
dari segi kepentingan. Seperti yang sedia maklum, harta kekayaan itu adalah hak Allah s.w.t. dan
manusia ini telah dicipta oleh Allah s.w.t. sebagai pemegang amanah kepada harta tersebut. Pemilikan
manusia terhadap harta tersebut adalah tidak mutlak. Sekiranya pemilikan harta oleh manusia ini adalah
mutlak maka manusia tidak lagi perlu mengumpulkan atau menggunakan harta mengikut cara yang
ditetapkan oleh syariat Islam.
Sebaliknya manusia sebagai pemegang amanah kepada harta Allah tidak dapat lari dari menurut segala
perintah Allah dalam mengumpul dan menggunakan harta. Harta yang dikumpul hendaklah dengan cara
yang halal. Begitu juga penggunaannya henndaklah dengan cara yang halal dan boleh menimbulkan
faedah kepada dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan juga negaranya. Seseoranf Individu itu tidak
boleh berbuat apa ia suk, iaitu tidak boleh membazir atau membekukan wang tanpa dilaburkan. Ia juga
tidak dibenarkan menggunakan kepada perkara-perkara bersubahat dan haram. Setiap unit harta yang
digunakan atau dikumpulkan itu menjadi tanggungjawabnya sehingga di akhirat. Ia akan dipersoalkan
jika ia mensia-siakan harta tersebut.
Islam juga memandang harta benda sebagai suatu faktor yang amat penting terutama dalam
menambahkan kekayaan. Islam mengiktiaraf harta sebagai faktor yang amat penting kerana ia boleh
menambahkan kekayaan tanpa harta mengalami susutan seperti berikut. Contohnya
a. Islam menggalakkan waqf kepada ummatnya yang berharta. Institusi waqf ini antara lain
menunjukkan bahawa harta waqf itu tidak boleh dihabiskan, tetapi ia hendaklah dilaburkan dan Cuma
hasilnya di gunakan.
b. Islam Mengecam keras terhadap mereka yang menyimpan harta tanpa dilaburkan: (al-Quran : Surah
al-Humazah, ayat 2-3) yang bermaksud
Kecelakaan bagi...... mereka yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung; mengira;bahawa harta
itu dapat mengekalnya.
Ini merupakan satu lagi bukti bahawa harta itu harus dilaburkan supaya tidak kehabisan bila digunakan.

Konsep Tolong menolong
Islam menetapkan bahawa setiap Muslim itu adalah bersaudara dan jika salah seorang dari saudara kita
merasa sakit atau dalam kesusahan maka selurut masyarakat Islam itu akan merasai sakit juga. Bertolak
daripada konsep ini sebenarnya wujud pula satu lagi konsep yang amat penting iaitu orang-orang Islam
harus bertolong-tolongan antara satu sama lain. Prinsip ini sebenarnya amat penting dan harus sentiasa
diamalkan, manusia Islam tidaklah sepatutnya bersaingan dan berlumba-lumba dalam segala perkara
tanpa tujuan yang jelas dan tertentu. Persaingan yang sihat sememangnya digalakkan, tetapi persaingan
yang sengit dalam mengumpul harta sehingga boleh membawa kepada keburukan seperti pembunuhan,
kecurian, perompakan, penipuan dan kegiatan yang telah diharamkan dalam Islam. Atas dasar inilah
prinsip tolong menolong amat penting sekali.

Pendekatan Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam Di Malaysia
Sistem ekonomi Malaysia merupakan sistem ekonomi Campuran antara kapitalis dan sosialis iaitu pada
dasarnya berteraskan prnsip pasaran bebas dengan campurtangan kerajaan dalam bidang tertentu.
Maka sistem kewangan yang wujud di Malaysia adalah berteraskan kepada riba atau faedah yang
menjadi penentu kepada jumlah permintaan dan penawaran wang. Instuisi-instuisi kewangan bank dan
bukan bank juga melaksanakan dua tugas utama iaitu kemudahan meminjam dan kemudahan
menabung. Kedua-dua ini berdasarkan kepada kadar faedah. Faedah menjadi menjadi harga.
Dalam membentuk mekanisme dan produk dalam sistem kewangan Islam di Malaysia, perkara yang
diutamakan ialah isiroh dan nilai-nilai Islam dan bukannya hanya memastikan bentuk produk itu tidak
mengandungi unsur riba sahaja.Perlaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia dilaksanakan secara
beransur-ansur dan berperingkat-peringkat seperti menarik rambut daripada tepung, rambut tidak
terputus, tepung tidak berselerak. Ini adalah disebabkan malaysia mempunyai berbagai-bagai agama.
Masyarakat bukan Islam harus yakin tentang kelebihan dan kekuatan sistem kewangan Islam
dibandingkan dengan konvensional.
Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjadikan Islam sebagai agama resmi dalam keadaan
masyarakat majmuk yang hampir genting nisbahnya terutama dari segi politik. Oleh yang demikian ,
pihak kerajaan dari mulanya telah berwaspada dan tidak pernah terburu-buru dalam melaksanakan apa
jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Kerajaan malaysia telahpun melayani kehendak orang-orang
Islam sejakl awal-awal lagi. Contohnya mendirikan surau dan masjid dan telah menjadi satu program
yang sangat pesat dilaksanakan terutama 15 tahun pertama selepas merdeka. Keadaan ini telah
berkembang sehgingga wujud satu Jawatankuasa Penasihat kepada YAB Perdana Menteri mengenai
penerapan nilai-nilai Islam.
Jawatankuasa ini digelar badan Perunding Islam (BPI) yang dianggotai oleh pada cendikiawan Islam dari
berbagai bidang. Melalui badan Perunding Islam dan kumpulan lain , dua institusi kewangan Islam iaitu
Bank Islam malaysia dan Syarikat takaful Malaysia sendirian Berhad telahpun diwujudkan masing-masing
pada tahun 1983 dan 1985.
Dalam membina sistem kewangan Islam, kita hendaklah mendekati tujuan ini dengan mempercayai dan
berusaha melaksanakan sumua hukum-hukum muamalah kewangan Islam yang berkaitan dengan jiwa
yang penuh taabud dan takwa. Apa sahaja bentuk sistem kewangan yang lahir dengan berlandaskan
kepada hukum-hukum Islam maka ia dikemali sebagai sistem kewangan Islam.

Dalam membentuk mekanisme dan produk dalam sistem kewangan Islam di Malaysia, perkara yang
diutamakan ialah isi roh serta nilai-nilai Islam dan bukanya hanya untuk memastikan bentuk produk itu
tidak mengandungi unsur riba.

Pelbagai pengaruh budaya mewarnai kemunculan tamadun Islam-Arab,Yunani, Budaya Semitik,
Sasaniah Iran dan India. Kehebatan umat Islam generasi itu dilahirkan daripada daripada keupayaan
mereka mengadun pengaruh-pengaruh ini ke dalam satu cara hidup serta kebolehan mereka
menyesuaikannya dengan perkembangan zaman Islamiah yang memulakan proses intergrasi dan pada
masa yang sama memberi dorangan, keazaman serta kuasa untuk mempertahankannya.

Perkembangan Islam yang pesat di waktu itu membawa satu tata baru untuk dunia yang menjangkau
dari Pergunungan Pyrenees di Eropah hingga ke Pergunungan Himalaya di benua India. Islam telah
melahirkan satu empayar yang lebih besar dari Rom di zaman keagungannya ini disusuli dengan
pengusaan politik berserta dengan kemakmuran yang melimpah dalam bidang sosial dan budaya. Umat
Islam di zaman itu melangkah dengan gagahnya ke setiap pelosok bumi dengan membawa bersama-
sama mereka tamadun kecemerlangan Islam. Inspirasi dan sumber tamadun Islam dibina di atas wahyu
Ilahi, iaitu al-Quran dan disempurnakan menerusi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Kandungan dan fitrah sumber-sumber agung ini telah melahirkan panduan yang sempurna kepada
tindakan, tafsiran, kefahaman,dan hujah yang menyebabkan Islam diterima sebagai satu tamadun yang
berilmu. Pemikiran ini yang menetapkan hukum demi hukum untuk menghadapi cabaran-cabaran
semasa dengan cara bijaksana dan adil. Pemusatan kepada kehidupan Islam yang lengkap ialah Syariat
Islam yang terdiri daripada hukum hakam Islam. Syariat ini mengatur segala urusan hidup dari ibadah
sembahyang hinggalah kepada hak-hak harta.

Kedudukan umat Islam hari ini tidak lagi mencerminkan langsung ketamadunan islam yang pernah
menentukan arah aliran hidup manusia pada satu masa dahulu. Tamadun Islam yang wujud pada hari ini
tidak lagi dalam bentuk yang hidup, dinamis dan berkembang maju. Setelah melalui zaman kemerosotan
berabad lamanya, umat Islam pada pada hari ini sedang berusaha membina tamadun Islam.
Mewujudkan sistem kewangan Islam adalah sebahagian dariapada usahanya.

Walau bagaimanapun seperti yang dikatakan oleh John Esposito , inilah bukan pertama kali umat Islam
cuba bangun semula selepas kejatuhan. Walaupun pembaharuan Islam moden biasanya digambarkan
sebagai satu tindak balas kepada cabaran dunia Barat.

Hari ini masyarakat Islam di seluruh dunia telah mula mengamalkan sikap terbuka berhubung dengan
bidang mazhab .Sungguhpun kita bersikap terbuka dalam masalah mazhab, sikap ini tidak menular
dalam bidang-bidang lain. Kita masih belum lagi berani untuk menerima perubahan dan inovasi sebagai
ciri tetap dalam kehidupan kita. Dalam sistem kewangan sebagaimana bidang-bidang lain dalam Islam
kita mesti sanggup terima perubahan. Jadi adalah tidak wajar jika melaksanakan sistem kewangan Islam
dengan menolak keseluruhan sistem konvensional yang telahpun diamalkan. Tindakan sebegini adalah
tidak realistik dan terlalu bercita-cita tinggi.

Kini telah wujud sistem kewangan yang canggih yang diamalkan di negara-negara maju, inovasi berlaku
hampir setiap hari. Jadi ini memudahkan menggunakan institusi dan instrumen yang telah wujud dalam
sistem konvensional dalam melaksanakan sistem kewangan Islam.

Tujuan Sistem Kewangan Islam Dilaksanakan Di Malaysia

Sistem kewangan kini mempunyai empat perkara yang harus diIslamkan
i) Amalan Riba
ii) Pasaran wang, pasaran modal dan pasaran saham
iii) Amalan agen-agen atau mereka yang mengambil bahagian dalam institusi kewangan yang tidak
selaras dengan syariat Islam
iv) Undang-undang yang telah digubal yang mungkin sesuai untuk sistem kewangan sekarang, tetapi
memerlukan pindaan atau penggubalan baru supaya sesuai dengan kehendak Islam

Tujuan utama sistem kewangan ialah menentukan supaya modal dalam bentuk kewangan dan harta
dapat digerakkan dengan cara yang cekap supaya jumlah yang diperlukan untuk pelaburan atau
penggunaan akan sentiasa dapat disediakan memalui tabungan. Secara ringkasnya supaya tidak timbul
kekurangan dan kelebihan yang keterlaluan sehingga menyebabkan suatu keadaan yang tidak stabil.
Tujuan ini agak terhad sekali. Ia hanya menumpukan kepada jumlah penawaran dan permintaan wang
yang seimbang. Dari segi di mana dan untuk apa wang itu digunakan, tidak ada kawalan rapi.

Cara Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam di Malaysia dibentuk :-
Mewujudkan satu sistem kewangan yang menggalakkan pengeluaran bukan sahaja di kalangan mereka
yang berharta (modal) tetapi juga dikalangan mereka yang berkemahiran dan keupayaan
Bilangan yang memiliki harta akan meningkat setiap masa kerana mereka yang tidak berharta akan
dapat mengumpulkan harta melalui mudharabah
Harta itu akan sentiasa berkembang dan diagihkan kepada yang ingin berusaha
Pembiayaan sesuatu perusahaan itu tidak akan dilakukan kecuali modal yang digunakan terdedah
kepada risiko yang sama. Hal ini akan menambah kecekapan dalam melaksanakan projek,
mengurangkan spekulasi dan lain-lain, supaya dapat menjamin kadar keuntungan yang tinggi. Dalam hal
ini juga inflasi yang disebabkan oleh tolakan kos yang berasal daripada riba tidak ada.
Islam menuntut supaya pengusaha mahupun mereka yang berharta bersifat amanah, ikhlas, adil, ihsan,
menepati janji, benardan sebagainya dalam menguruskan harta. Sifat Berakhlak sangat penting untuk
kejayaan seseorang itu.
Di Malaysia, kerajaan sedang mengamalkan dasar penswastaan . Dasar ini memberi peluang kepada
hanya segelintir manusia untuk memiliki suatu syarikat yang besar, yang asalnya adalah Jabatan
Kerajaan. Mudharabah adalah satu prinsip yang berdasarkan penyertaan orang-orang yang bermodal
dengan orang-orang yang mempunyai kepakaran untuk sesuatu perusahaan supaya keuntungan yang
terhasil dapat dinikmati bersama. Atas dasar ini, orang-orang awam boleh dipelawa untuk membeli syer-
syer kerajaan atau syarikat mengikut kemampuan masing-masing. Pembelian syer ini akan menjadikan
pembeli tadi menjadi pemilik bersama yang akan menerima keuntungan setiap tahun.

Dalam hal ini pembeli syer ini tidak terlibat dalam amalan riba tetapi akan diberi bahagian untung
sahaja. Perkara boleh diusahakan untuk kesemua projek (kerajaan mahupun swasta) yang menghasilkan
keuntungan. Misalnya penjualan saham Telekom, Pembinaan Lebuh Raya dan Syarikat Penerbangan
Malaysia adalah merupakan satu cara yang diharuskan oleh Islam

Undang-Undang Sesuai Untuk Sistem Kewangan Islam
Antara undang-undang yang diperlukan termasuklah undang-undang untuk kegiatan bank Islam dan
institusi kewangan lain yang harus dibenarkan menceburi pelaburan secara langsung. Hal jelas telah
disesuaikan untuk Bank Islam Malaysia Bhd dan juga untuk Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad.
Pertubuhan Syarikat Kewangan Islam yang memberikan perkhidmatan yang hampir serupa dengan
syarikat kewangan yang ada, maka pindaan-pindaan juga perlu dibuat ke atas Hire Purchase Act dan
sebagainya

Pelaksanaan kewangan Islam Di Institusi Kewangan Malaysia
Ada beberapa intitusi perbankan dan luar sistem perbankan memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:-
Lembaga Urusan Tabung Haji
Sistem Pembankan
Syarikat Takaful Atau Insurans Islam
Sijil Pelaburan kerajaan
Instuisi Amal Jariah
Institusi Pajak Gadai Islam (AL Rahn)
Institusi Zakat
Institusi Wakaf
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia
1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
LUTH merupakan satu instuisi kewangan Islam yang ditubuhkan pada tahun 1969 dari kesedaran dan
cadangan Profesor Di Raja Ungku Aziz untuk menggalak dan mengumpul tabungan yang ingin
menunaikan haji. Segala urusan sehubungan hasil daripada simpanan ahli-ahlinya ditadbirkan mengikut
hukum-hukum syariah. Ia mambantu orang-orang islam mengumpul dana untuk pelaburan yang halal
dari segi Islam. Ahli-ahlinya akan dibayar dividen
Peranan yang dimainkan oleh LUTH pada masa kini
Menjaga kebajikan orang-orang Islam yang menunaikan fardhu haji
Menolong orang-orang Islam mengumpul dana untuk pelaburan yang halal
Tabung Haji juga telah bergiat aktif dalam projek-projek pembangunan infrastruktur negara. Adalah
menjadi satu kebanggaan kepada ummah sekiranya Tabung Haji dapat memberi tumpuan kepada sektor
berteknologi tinggi dan dengan itu menyumbang ke arah pembentukan dan pengukuhan kemahiran
teknologi Malaysia.
Kejayaan Tabung Haji sesungguhnya telah membuktikan bahawa urusniaga yang berasaskan prinsip-
prinsip Islam boleh mencapai kejayaan setanding atau yang lebih baik berbanding dengan syarikat
syarikat yang berurus niaga atas prinsip-prinsip kewangan konvensional.

2. Pembankan Islam
Pelaksanaan sistem Kewangan Islam adalah meluas dalam bidang pembankan telah lahir lahir atas
kesedaran dan permintaan masyrakat kepada sesuatu sistem kewangan yang bebas dari riba Pada awal
tahun 1970 Malaysia telah mengadakan perbincangan konsep perbankan secara Islam. Tabung Haji telah
ditubuhkan untuk mengendalikan urusan penyimpanan dan pengendalian umat Islam mengerjakan haji
tetapi tidak terlibat dengan pembankan Islam secara khusus. Selepas beberapa pebincangan dan
perundingan pihak kerajaan telah telah mewujudkan satu jawatankuasa yang baru pada tahun 1982 dan
satu akta baru telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun yang sama iaitu Akta Bank Islam 1982 dan
inilah yang menyebabkan kelahiran Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983. Pada tahun
1993 pula, pindaan kepada Akta Bank dan Instuisi Kewangan telah dibuat di mana Institusi kewangan
Konvensional menawarkan pembankan Islam (PI).

Secara asasnya instuisi perbankan sebagai institusi yang terkawal akan menjalankan aktiviti-aktiviiti
seperti berikut:
Memenuhi keperluan Rezab berkanun dan keperluan kecairan
Aktiviti pembiayaan
Aktiviti Pembiayaan Perdagangan
Pelaburan
Fungsi Perbendaharaan
Fungsi sosial
Aktiviti diatas tidak terkecuali kepada Pernbankan Islam. Perbezaan utama adalah bahawa semua
operasi Perbankan Islam Tertakluk kepada Hukum-hukum Syarak.
Konsep Utama dalam Perbankan Islam
Al- Wadiah yad Dhamanah 10. BaiAl-Dayn
Al-Mudharabah 11. Al-ijarah
Al-Musyarakah 12. Al-Ijarah Thumma Al-Bai
Al-Murahbahah 13. BaiSalam
Bai Bithhamin Ajil 14. BaiAl-Istijrar
11. Al-Qarddhul Hasan 15. Al-Kafalah
13 Al- Wakalah 16. Al- Hiwalah
Al-Sarf 17. Al-Hiba
Al- Rahn 18. Al-Ujr
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) merupakan bank Islam kedua yang ditubuhkan di Malaysia
selepas BIMB. BMMB merupakan gabungan pembankan Islam dan daripada Bank Bumiputra Malaysia
Berhad, kepada masyarakat. Ia memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dan kini mempunyai 40
cawangan di seluruh Malaysia.
Bank Rakyat juga mula menggunakan produk pembankan Islam untuk menarik pelanggan-pelangan
sahaja.Operasi perbankan Islam berkembang sejajar dengan pertumbuhan negara. Pada akhir Ogos
2000 selain BIMB dan BMMB terdapat 49 instuisi kewangan lain yang menawarkan produk pembankan
Islam.

Takaful atau Insurans Islam
Takaful ialahsebuah anak syarikat Bank Islam memulakan operasinya dalam tahun 1985 sebagai syarikat
insurans Islam yang pertama di Malaysia. Syarikat Takaful menjalankan aktivitinya mengikut prinsip
takaful dan Mudharabah. Takaful merujuk kepada satu kumpulan peserta yang saling jamin-menjamin di
antara satu sama lain, manakala Mudharabah pula adalah kontrak perniagaan yang melibatkan
perjanjian perkongsian untung antara peserta dan pengusaha Takaful. Perbezaan antara Syarikat Takaful
dan Syarikat-syarikat insurans konvensional adalah dari segi konsep penjaminan. Urusniaga Takaful
hanya dibenarkan untuk melaburkan dana yang diterima daripada peserta dalam pasaran yang
dibenarkan oleh syariah. Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkan hukum syarak yang
mengharamkan perkara-perkara berikut:-
Gharar (ketidakpastian atau kejadian yang tiada penjelasan berkenaan sesuatu perjanjian dan sumber )
Maisir (perjudian)
Riba (bunga atau faedah)
Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta Takaful bukanlah Syarikat Takaful tetapi
adalah peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah
terkumpul. Syarikat Takaful berfungsi hanya sebagai pengusaha tabung wang pesertapeserta Takaful.
Konsep ini berbeza dengan daripada insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri yang
menjamin peserta-peserta insurans.

Jenis-jenis Perniagaan Takaful
Syarikat Takaful menyediakan dua jenis Perniagaan iaitu:
Perniagaan Takaful Keluarga- kematian dan kemalangan
Takaful Am- harta benda
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YPEIM)
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YPEIM) yang ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 adalah
sebuah instuisi yang ditugaskanuntuk meningkatkan taraf sosioekonomi, mengukuhkan tradisi
keilmuan,memantapkan kebajikan ummah, membangunkan instuisi Islam dan membangunkan ekonomi
umat Islam terutama golongan Islam
Sumber Dana
Kutipan sumbangan ke Tabung Kumpulan Amal Jariah
Keuntungan Pelaburan
Geran dan pinjaman mudah daripada kerajaan
Kegunaan dana
Skim Pembayaran Ikhtiar
Skim amanah Niaga Bandar
Skim Usahaniaga Perintis
Skim Peniaga Kecil berdaya maju
Skim Usahawan baru Muslim
Program Pembangunan Minda
Program Membangun Hartanah Wakaf
Program Penyebaran Risalah Islamiah
Institusi Zakat
Instuisi ini telah lama beroperasi di Malaysia .Operasinya bermula dengan tertubuhnya majlis Agama
Islam di Kelantan pada 1915. Pada masa sekarang telah diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Agama
Negeri-Negeri. Setiap Majlis agama Islam perlu membentuk satu jabatan R&D yang bertanggungjawab
mengkaji, merancang dan membentuk satu bentuk pengurusan yang paling efisien.
Pusat Kajian Zakat Negara menyediakan data tentang zakatuntuk semua dalam bentuk yang telus.
Instuisi zakat mesti memastikan bahawa pengagihan zakat akan berlaku sejajar dengan roh dengan
maksud syariat Islam

Institusi Wakaf
Institusi ini mempunyai mempunyai potensi yang besar dalam memberi Impak positif kepada
penyusunan dan pembangunan ekonomi ummah. Melalui mekanisme ini sektor swasta negara dapat
digembeling untuk lebig berperanan mewakaf harta lebihan untuk membangunkan masyarakat umum.

Instuisi Amal Jariah
Ia merupakan instuisi yang terbit dari galakan Islam sendiri yang berlandaskan sedeqah dan amal jariyah.
Misalnya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM). YPEIM telah di tubuhkan untuk melaksanakan
usaha amal jariyah dengan cara yang mudah, teratur dan berkesan. Sumbangan kepada YPEIM boleh
dibuat melalui skim potangan gaji, skim resit amal Jariah yang boleh dibeli di semua pejabat cawangan
Bank Islam Malaysia Berhad, Lembaga Urusan Dan Tabung Haji dan Pejabat Pos dan melalui sumbangan
secara langsung kepa YPEIM
Lima puluh peratus daripada sumbangan yang diterima oleh YPEIM diagihkan kepada masyarakat yang
amat memerlukan dalam bidang ibadat, pendidikan ilmu, kebajikan awam dan pembangunan ekonomi.
Lima puluh peratus lagi dilaburkan untuk mendapat keuntungan dan pengumpulan harta. Dari
keuntungan ini juga lima puluh peratus dijariyahkan dan bakinya dilabur semula. Denganini didapati
bahawa YPEIM bukan sahaja satu instuisi amal jariyah tetapi juga adalah satu instuisi kewangan.

Instuisi Pajak gadai Islam (AL- RAHN)
Instuisi gadaian contohnya pajak gadai adalah instuisi yang bergiat semata-mata memberikan pinjaman
(hutang ) kepada orang ramai, terutanya pelanggan yang mengalami kesesakan wang. Pajak gadai bukan
instuisi yang bertujuan mengaut keuntungan daripada kesempitan wang yang diambil oleh pelanggan.Ia
juga merupakan pinjaman jangka pendek yang paling popular di Malaysia terutamanya kepada peniaga-
peniaga kecil.

Dalam hal ini pelanggan dikehendaki menyediakan cagaran berserta bayaran perkhidmatan daripada
hutang yang diperolehi. Pelanggan yang tidak mampu memulangkan semula wang hutangnya akan
diberi perningatan dan masa tambahan. Jika pelanggan ini masih gagal, maka cagaran ini akan
dijual.Wang jualannya digunakan bagi membayar hutang bersama-sama kos perkhidmatan dan bakinya
dipulangkan kepada pelanggan.

Menurut Buku Pengantar Pengajian Islam didapati bahawa kebanyakan pelanggan Al-Rahn adalah
peniaga 33%, pengusaha sendiri 27%, Pegawai kerajaan 20%, Sui rumah 13% dan pelajar 7%. Al Rahn
sebagai skim pembiayaan jangka pendek, terutamanya dimanfaatkan oleh peniaga dan pengusaha
sendiri bagi tujuan modal pusingan masing-masing.

Pasaran wang antara Bank secara Islam
Bank negara telah memperkenalkan pasaran wang antara bank secara Islam mulai 3 Januari 1994.
Pasaran wang antara bank melibatkan aspek-aspek berikut:
a) Urusniaga dalam alat-alat kewangan Islam antara bank
b) Pelaburan antara bank secara Islam
c) Sistem penjelasan cek antara bank secara Islam

Pelaburan Antara bank secara Islam
Pelaburan antara bank secara Islam merujuk kepada satu mekanisme dimana sebuah bank yang
mempunyai lebihan wang boleh melabur dengan bank-bank yang mengalami defisit di atas dasar al-
mudharabahah (pembahagian untung).

Urusniaga Dalam Instrumen Kewangan Islam
Bank Negara Malaysia dan semua instuisi-instuisi kewangan Skim Pembankan Tanpa Faedah

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Amanah Ikhtiar Malaysia pula ditubuhkan pada tahun 1987 dibawah akta amanah 1952. Objektif AIM
ialah untuk mengurangkan isirumah termiskin di dalam negara melalui pinjaman yang mudah digunakan
sebagai modal untuk kegiatan ekonomi. Disamping itu, AIM berharap untuk mendidik golongan
termiskin supaya berwawasan dan mempunyai sikap bertanggungjawab melalui penglibatan yang aktif
da dalam program AIM yang diwajibkan.
Aktiviti AIM adalah seperti berikut:
Sumber Dana
YPEIM
Geran dari kerajaan
Pinjaman Bank
Kegunaan dana
Pinjaman Modal Ikhtiar
Pinjaman Khas Perumahan
Pinjaman Khas Pendidikan
Pembangunan Usahawan
Pengenalan Kaunter Syariah di BSKL juga diwujudkan bagi memudahkan umat Islam menceburu bidang
pelaburan yang halal dari segi pandangan Syarak. Ia adalah suatu tempat di yang dikhususkan bagi
urusan mengenai penentuan status sesebuah sekuriti syarikat sama ada diluluskan oleh majlis syariah
atau tidak. Kaunter Syariah Di BSKL di tubuhkannpada bullan Mei 1996. Kaunter Syariah ini diletakkan di
bawah pengurusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Suruhanjaya Sekuriti.

Matlamat Penubuhan
Pada asasnya terdapat beberapa objektif penubuhan kaunter Syariah di BSKL. Antaranya ialah:
Membawa kecemerlangan kepada masyarakat bumiputera melalui pelaburan yang berteraskan
ketekapan syariah di samping memberikan pulangan yang stabil dalam bentuk dividen dan peningkatan
nilai modal dengan risiko yang wajar.
Menjadi tempat rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam mengumpul dan melaburkan wang
mereka dalam sekuriti-sekuriti di BSKL yang tidak melibatkan unsur-unsur faedah.
Sebagai penghubung di antara kerajaan dan masyarakat dalam menyalurkan sumber kekayaan negeri
dan negarakepada masyarakat supaya lebih adil dan saksama.
Kesimpulannya
Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem kewangan harus dijalankan secara berperingkat, iaitu
setiap langkah hanya diambil setelah kajian telitu disempurnakan dengan mengambil kira faktor-faktor
berkaitan, khususnya pertimbangan daya maju. Dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di
Malaysia adalah penting institusi-institusi di pinggir sistem perbankan dan sistem pasaran modal juga
beroperasi atas lunas-lunas Islam. Ini menunjukkan satu perkembangan terhadap pelaksanaan sistem
kewangan Islam di Malaysia. Keadaan ini boleh lebih mantap apabila masyarakat bukan Islam lebih
menyakini sistem kewangan Islam dibandingkan dengan sistem konvensional.

RUJUKAN
Nik Mustapha Nik Hassan, 2002. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Nor Mohamed Yakcop,1996. Teori,Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam Di Malaysia. Selangor:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Mat hassan Abu Bakar ,2003. Apa Itu Ekonomi Islam PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, 2002. Pengantar Perniagaan Islam Prentice Hall Peorson
Malaysia Sdn Bhd
Dr Sobri Saloman,1992. Perniagaan Menurut Pandangan Islam . Bahagian Hal Ehwal Islam JPM
Syed othman Alhabshi, 1990. Islam, Ekonomi dan Pengurusan. Penerbitan Hizbi
Adnan Alias Mohamed Dahlan Ibrahim, 2002. Keusahawanan Malaysia Keusahawanan Islam Prentice
Hall Pearson Education

You might also like