You are on page 1of 16

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam

keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari
dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada
kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang
disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama. (Riwayat Ahmad dan disahkan
oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat
Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya,
daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh
hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.
Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada
fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan
perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama
Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah
atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis
hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh
Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang
keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya
mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun
temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka
ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling
menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan
seperti ini.

Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan
oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah
kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam? kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut
dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa
bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-
bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia
memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah
diadakan jamuan.

Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita
mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan
ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma
dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan, ulas beliau
mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara
besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi
tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia
dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan
masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum
kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung
tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi
perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin
dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin
diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin
perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan
mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang
lukisan dilakukan pada anggota badan.

Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap
diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi
menjamin kesejahteraan ummah. Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi
manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan
bidaah sejak masih kecil, tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut
beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air
tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk
dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias
dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut
bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar
halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak
itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa
pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan
pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat
memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau
batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik
perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak
dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/nov06/TAZKIRAH%2076%20021106%20Amalan%20Cukur%2
0Jambul.pdf
WARISAN BUDAYA MELAYU
WARISAN BUDAYA

ADAT RESAM
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut.



ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak
yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya
Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir
nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan
ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil
dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain
yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya
pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam
rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.


Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala
bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.
Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap
atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang
dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu
menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak
diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama
empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama
seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai
sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar,
direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai
dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan
berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas
bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika
itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai
kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di
samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.


Nasi kunyit dan lauk-lauk
Seekor ayam hidup
Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
Hadiah untuk bidan sepersalinan
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan
jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas
lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan
menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut
dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan
dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada
bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala
untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan
bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku
seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian
kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan
melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.




Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah
majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta
ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting
sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil,
iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara
menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak
menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau
sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke
dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon
anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah
membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.
Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu
atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali
sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan
jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya
ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah
sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan
pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan
adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Naik Buai

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah
terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.
Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan
kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri
kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam
atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan
bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
JejakTanah/TurunTanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang
baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak
tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari
satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai,
tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar
disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman.
Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang,
cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan
yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang
tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-
kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil
gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan
secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang
berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu
beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan
menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan
akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib
kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi
kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-
malaysia/5669-warisan-budaya.htm
lCukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia sempena 40 hari selepas kelahiran
bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau
belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

Endoi di Kedah;
Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.
Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri
tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
Barzanji atau Marhaban : satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad S.A.W.
Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung
rumah .
Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam dan ketua kampung akan merestui dan
mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.
Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

Sedulang bunga rampai;
Sebiji kelapa muda : kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
Beras putih;
Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
Bunga telur : untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan
http://fotografik.my/iso80/index.php?option=com_content&view=article&id=313:cukur-
jambul&catid=86:pengetahuan-am&Itemid=295












Permasalahan cukur jambul

Soalan 2:

Saya ada kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan majlis cukur jambul yang biasa dilakukan
oleh masyarakat Melayu Islam apabila mendapat anak. Ia seolah-olah satu kemestian dalam masyarakat.
Apabila seseorang ibu baru melahirkan anak maka akan timbul soalan bila nak buat kenduri cukur
jambul anak? Boleh huraikan apakah hukumnya membuat majlis cukur jambul anak yang baru lahir?

Noraini, Ampang, Selangor.

Jawapan:

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap
bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi
nama. *Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan
selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat
yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai bersihkan kotoran, yakni hadis: Bersama seorang
anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya
(yakni mencukur rambut). *Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh
selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan
cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala
dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang
sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis qaza yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
[Shahih al-Bukhari, no: 5920+ Qaza ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala
sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832+. Qaza dilarang kerana ia
mencacatkan kepala seseorang termasuk kepala bayi dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang
bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi
mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w..
Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak
memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis
akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya,
pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu
akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan
sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti
membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah
hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.
http://hafizfirdaus.com/content/view/382/103/
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam
keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari
dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan
masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih
untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama. (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh
Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam
yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah
tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari
ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut
tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir
miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.
Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana
Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah
atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya
disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah
s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar
daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya
mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun.
Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama
berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila
terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan
oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa?
Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam? kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan
ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis
tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan
perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia
memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah
diadakan jamuan.

Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita
mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini
tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma
dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan, ulas beliau
mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara
besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi
tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia
dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan
masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum
kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.
Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut
beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air
tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk
dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias
dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut
bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar
halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu
dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa
pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan
pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat
memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1640.0

You might also like