You are on page 1of 9

Kandungan

Kaunseling Gaya Nabi Muhammad


Hadith 1 Jabir Bersedih
Hadith 2 Romeo Bercumbu di Pinggir Kota
Hadith 3 Janda Talak Tiga
Hadith 4 Hadith 4
Hadith 5 Khadijah Memuji Suami
Hadith 6 Orang Negatif
Hadith 7 Sofea Menangis
Hadith 8 Safwan Lambat Bangun Pagi
Hadith 9 Sayap Malaikat
Hadith 10 Tuhan di Langit
Hadith 11 Sebakul Kurma
Hadith 12 Nabi Dihalau Perempuan Bersedih
Hadith 13 Dua Orang Besar Berkonflik
Hadith Kaunseling
Gaya Nabi Muhammad
!Tidak Menyiasat Punca Masalah
!
Memberikan Solusi
!Tidak Menghukum
Ainon Mohd. & Tim Pengkaji Hadith Psikologi
1
9
16
31
41
48
54
63
75
80
86
93
100
108
ii
Hak Cipta
Ainon Mohd, & Tim Pengkaji Hadith Psikologi
Terbitan Pertama : SEPTEMBER 2012
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebel um mendapat i zi n bertul i s dari pada Buku Pandai
Publications.
Diterbitkan oleh :
Buku Pandai Publications
Pengedaran Eksklusif :
Dengan menyebut nama Allah, Tuhan yang sangat
mengasihi dan sangat menyayangi manusia dan segala
ciptaanNya, dan dengan mengucapkan salam kepada
Nabi Muhammad serta kaum keluarga serta sahabat-
sahabatnya, buku i ni di persembahkan kepada
pembaca, dengan doa mudah-mudahan ada kebaikan
di dalamnya bagi yang membacanya dan Allah pula
menyukai hasil kerja ini.
Pertama-tama, sebagai penulis e-book ini, saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
anggota Tim Pengkaji Hadith Psikologi yang bersama-
sama menjalankan tugas menganalisis data-data hadith
yang digunakan dalam buku ini. Mereka adalah: Puan
Dr. Wan Mazwati Wan Yusoff, Tn. Ahmad Saifuddin
Yusof, Pn. Muna 'Izzah Fadzil, Pn. Rihan Hashim, Pn.
Nor Hayati Mohd Redzwan, Tn. Asyraff Hafdzan
Abdullah, dan Tn. Mohd. Yusry Yusopp. Daripada kajian
dan analisis yang dilakukan secara berkumpulan itu
maka dapatlah saya melaporkannya di dalam buku ini.
Beberapa prinsip yang dijadikan pegangan oleh
anggota tim pengkaji sepanjang menjalankan kajian
dan analisis projek ini adalah seperti berikut:
i. Bagi menjaga ketinggian mutu hasil analisis yang
dilaporkan dalam buku ini, hadith-hadith yang dianalisis
adalah hadith-hadith yang autentik sahaja, dengan
sebahagian besarnya diambil daripada catatan yang
terdapat dalam 2 koleksi hadith-hadith autentik yang
sangat terkenal dan diterima oleh pakar-pakar ilmu
hadith iaitu koleksi Bukhari dan koleksi Muslim.
ii. Analisis yang dijalankan adalah bagi tujuan menggali
prinsip, strategi dan teknik-teknik yang terdapat di
sebal i k teks hadi th. Tekni k-tekni k i tul ah yang
diterangkan dalam buku ini.
Struktur buku ini dirangka sedemikian ini adalah
kerana tujuan utama buku ini adalah bagi menerangkan
teknik-teknik yang dapat digali daripada sesuatu
hadith. Format ini digunakan supaya setiap analisis
iii
Dari Pengarang
hadith dapat berdiri sendiri, dan dengan demikian isi
kandungan setiap bab itu dapat dibaca dan difahami
dengan efisien, yakni tanpa menyebabkan pembaca
terpaksa berbolak-balik membaca bahagian-bahagian
lain bagi memahami topik yang sedang cuba difahami.
Gaya bahasa yang digunakan dalam buku ini
adalah dipilih dengan objektif khusus iaitu supaya
pembaca yang bukan Islam sekalipun dapat memahami
teknik-teknik Nabi Muhammad yang diterangkan.
Adalah menjadi harapan tim pengkaji supaya buku
kelahiran buku ini dapat mendorong lebih banyak kajian
seumpama ini dijalankan oleh rakan-rakan pengkaji
hadith. Insya-Allah.
iv
Pengenalan
KAUNSELING
GAYA NABI
MUHAMMAD
Kaunseling Gaya Nabi Muhammad
Ilmu psikologi Barat sudah mencipta berpuluh-puluh
teori yang cuba menerangkan punca-punca masalah
moral-spiritual sekali gus sebagai alat menanganinya
tetapi tidak berjaya mengurangkan isu-isu dalam
kehidupan moral masyarakat mereka. Teori-teori
psikologi Barat semuanya cuba menerangkan mengapa
seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya.
Sebagai contoh mengapa si penagih dadah menagih
dadah, mengapa si pendera isteri mendera isterinya,
dan mengapa si pejudi berjudi.
Dalam psikologi Barat, segala tingkah laku tidak normal
ditangani dengan menyiasat terlebih dahulu punca-
punca yang menyebabkan kesalahan itu dilakukan.
Mereka percaya apabila punca-punca itu dapat dikenal
pasti barulah rawatan yang betul dapat diberikan.
Rawatan itu pula adalah dengan membuang punca-
punca itu. Sebagai contoh, apabila seseorang itu kerap
mencuri maka akan disiasat apa punca-punca yang
menyebabkan dia mencuri. Begitu juga apabila
seseorang itu kerap berbohong maka akan disiasat
faktor-faktor yang mendorong dia kerap berbohong.
Sebagai manusia biasa kita juga percaya bahawa kita
perlu mengetahui dengan tepat mengapa seseorang itu
melakukan kesalahan yang dilakukannya. Sebagai
contoh, kita ingin mengetahui mengapa si pencuri
mencuri. Kita juga percaya hanya dengan mengetahui
punca-punca tingkah laku salah itu barulah kita dapat
melakukan sesuatu bagi mendorong si pesalah berhenti
mel akukan kesal ahan i tu. Akal bi asa ki ta i ni
diperkuatkan oleh tradisi sains perubahan tingkah laku
ciptaan Barat. Dalam tradisi Barat, pakar-pakarnya
mengajarkan supaya kita menyiasat dan menganalisis
punca-punca yang menyebabkan seseorang itu
melakukan kesalahan yang dilakukannya. Selepas
punca-punca itu dikenal pasti barulah proses rawatan
dilakukan.
Dalam amalan lazim sekarang, kaunselor pegawai yang
bertanggungjawab memulihkan tingkah laku staf yang
melanggar peraturan mula-mula sekali dia akan
2
bertanya kepada pesalah mengapa dia melakukan
kesalahan itu. Sebagai contoh, jika punca pencuri itu
mencuri adalah disebabkan dia tidak mampu membeli
sendiri barang-barang yang dicurinya itu, maka perlulah
dicarikan jalan bagi meningkatkan kemampuannya. Jika
punca orang itu berdusta adalah disebabkan dia tidak
tahu bahawa berdusta itu perbuatan berdosa maka
perlulah dia diberi pendidikan agama supaya dia tahu
akan hal itu. Ini adalah prosedur yang standard
digunapakai. Prosedur ini adalah ciri penting dalam ilmu
psikologi Barat.
Menyi asat mengapa seseorang i tu mel akukan
kesalahannya adalah mudah. Caranya adalah dengan
bertanya kepada si pesalah itu sendiri, ataupun
bertanya kepada saksi-saksi. Namun, si pesalah belum
tentu berkata benar semasa menerangkan mengapa dia
melakukan kesalahannya. Manakala saksi-saksi belum
tentu dapat dicari kerana banyak kesalahan dilakukan
secara sembunyi-sembunyi.
Dalam realitinya, selepas kaunselor menyiasat punca
dan penyebab sesuatu masalah, itu tidak bermakna
kaunselor dapat menyelesaikan masalah kaunseleenya.
Latihan profesional yang diberikan kepada calon-calon
kaunselor aliran Barat tidak melatih kaunselor dalam
ilmu dan skil mencipta jalan-jalan penyelesaian bagi
dikemukakan kepada kaunselee. Malah mereka dilatih
dengan disiplin supaya tidak memberikan jalan
penyelesaian, sebaliknya hanya membantu kaunselee
memi ki rkan sendi ri bagai mana mereka mahu
menyelesaikan masalah mereka.
Di sebalik amalan menyiasat punca-punca kesalahan
dilakukan adalah andaian:
a. Bahawa kita dapat mengenal pasti dengan tepat
punca-punca kesalahan itu dilakukan.
b. Bahawa si pesalah bercakap benar semasa
memberikan jawapan kepada soalan kita.
c. Bahawa hanya selepas sudah diketahui punca-
punca kesalahan barulah kita dapat memberikan
penyelesaian.
Amalan dalam kaunseling Barat di mana kaunselor
3
tidak boleh memberikan jalan keluar kepada kaunselee
adalah berdasarkan andaian bahawa:
a. Salah satu andaian utama dalam metode
kaunseling Barat adalah bahawa seseorang itu
lebih tahu apa masalah dirinya dan apa yang baik
bagi dirinya. Perkara ini tidak semestinya benar.
Bukan semua orang mempunyai keupayaan
menganalisis masalahnya dengan jelas dan tepat.
b. Dalam kaunseling Barat, mereka percaya orang
lain tidak mungkin dapat betul-betul memahami
masalah yang dialami oleh orang lain. Perkara ini
pun tidak semestinya betul.
c. Kata kunci bagi menyel esai kan sendi ri
masalahnya adalah dengan memahami dan
mengetahui masalahnya sendiri. Selagi seseorang
itu tidak faham apa sebenarnya masalahnya dia
tidak akan dapat mencari jalan keluar daripada
masalahnya itu. Ini adalah pegangan kaunseling
cara Barat. Namun, selepas seseorang itu faham
apa masalahnya, belum tentu dia dapat mencari
jalan keluar yang paling baik baginya.
d. Dalam kaunseling Barat, mereka berpegang
kepada andaian bahawa idea penyelesaian yang
difikirkan sendiri dan dipilih sendiri oleh kaunselee
adalah yang paling baik. Andaian ini tidak
semestinya betul.
Di samping menjadi seorang ketua, Nabi Muhammad
juga seorang pakar psikologi dan pakar kaunseling. Kita
selalu mendapat gambaran bahawa Nabi Muhammad
berjaya menjadi ketua yang baik disebabkan anak-anak
buahnya terdiri daripada individu-individu yang baik-
baik belaka. Gambaran seperti itu adalah tidak benar
kerana sebagai seorang ketua kumpulan, Nabi
Muhammad mengamalkan dasar terbuka apabila
menerima orang menjadi anggota kumpulannya.
Dengan dasar terbuka itu sesiapa sahaja, tanpa
mengambil kira latar belakang akhlak mereka,
semuanya diterima masuk ke dalam kumpulan yang
diketuainya.
Bersambung...............
4

You might also like