You are on page 1of 5

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA


PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR

1. PENDAHULUAN
Perkhemahan Lencana Keris Gangsa ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Chepor.Program ini disertai oleh
pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada ahli-ahli pengakap Sekolah Kebangsaan
Chepor. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai
aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program
ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras
dengan pembangunan negara yang mampan.

3. OBJEKTIF
3.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.
3.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.
3.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
2.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial


4. KUMPULAN SASARAN
4.1. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4 , 5 dan 6 yang telah menyiapkan buku log
dengan sempurna.
4.2. Jumlah peserta adalah 30 orang sahaja.
4.3. Jumlah fasilitator adalah 6 orang

5. CADANGAN TARIKH
5.1. Tarikh yang di cadangkan adalah pada ______________hingga ______________.
5.2. Selama 2 hari 1 malam

6. TEMPAT
6.1.Padang Sekolah dan Dewan Terbuka

7. PERASMIAN PENUTUPAN
7.1.Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chepor En. Mohd Ramli Bin Mohd Baki

8. JAWATANKUASA
TUGAS NAMA

PENASIHAT
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
KETUA KEM
PENDAFTARAN
PENGINAPAN
MAKANAN
ALATAN
PERASMIAN PENUTUPAN
FASILITATOR/PENILAI




9. PERBELANJAAN
BIL PERKARA NILAI JUMLAH

1 Makan

Sarapan pagi
RM3.00 x 2 kali x 30 org
Makan tengah hari
RM5.00 x 2 kali x 30 org
Makan malam
RM5.00 x 2 kali x 30 org
Minum pagi dan petang
RM2.00 x 4 kali x 30 org


RM 180.00

RM 300.00

RM 300.00

RM 240.00

2 Lencana RM 6 x 30 org x 3 lencana RM 540.00
3 Banner RM 150 RM 150.00
JUMLAH RM 1710.00


10.TENTATIF
TARIKH MASA AKTIVITI
8.00 a.m
8.30 a.m
9.00 a.m
10.00 a.m
10.30 a.m
12.00 p.m
12.30 p.m
02.00 p.m
04.30 p.m
05.00 p.m
05.15 p.m
06.15 p.m
07.30 p.m
08.15 p.m
Pendaftaran
Taklimat Ketua Kem
Mendirikan Khemah
Minum Pagi
Ikatan dan Ujian
Membersihkan diri
Makan Tengahari
Ujian Lencana Basikal
Solat Asar
Minum Petang
Latihan Laung Agung
Persiapan diri /solat
Makan Malam
Solat Isya
08.45 p.m
10.45 p.m
11.45 p.m
12.00 am
Isyarat Hutan
NyanyianLagu-Lagu
Pengakap
Minum Malam
Tidur
05.00 a.m
05.45. a.m
06.00 a.m
06.30 a.m
07.30 a.m
08.00 a.m
08.30 a,m
10.00 a.m
10.30 a.m
12.00 p.m
1.0 p.m
02.00 p.m
04.00 p.m
05.00 p.m
Persiapan Diri
Solat Subuh
Tazkirah
Kawad Pagi
Laung agung / Naik Bendera
Sarapan Pagi
Pertolongan Cemas / Ujian
Minum Pagi
Lencana Kegemaran
Ahli Kraftangan Bahan
Terbuang, Buluh, Topeng
Anyaman, Origami
Makan Tengahari
Solat Zohor
Mengemas Khemah /
Penginapan
Perasmian Penutupan
Bersurai











11. PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan
bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama
daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:
(PN.WAN FAIZA BT YUSUFF) ( PN HJH ROSNI BT KASSIM)
Pemimpim Pengakap GPK KO-KURIKULUM

SKBS SKBS
Disahkan oleh :

You might also like