You are on page 1of 1

Menurut Brown J.W.

(1983), bahan bantu mengajar ialah segala


kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.
Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan
tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat
dialami oleh para pelajar.
Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya
boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai
jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik
- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai
oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk

- memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat
verbalistik
- mengatasi keterbatasan ruang
- mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan
- mempersamakan pengalaman
- membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan
pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi
perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan
bantu mengajar yang mencukupi.

You might also like