You are on page 1of 16

ANEKDOT

Definisi Anekdot:
Anekdot adalah sebuah cerita singkat dan lucu
atau menarik tentang kejadian atau orang
sebenarnya. Anekdot selalu disajikan berdasarkan
pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang
sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi
pada saat penceritaan kembali dapat mengubah
sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi,
sesuatu yang diceritakan kembali.
REKOD ANEKDOT
Definisi:
Bermaksud satu catatan ringkas mengenai
satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik untuk direkodkan. Satu
bentuk laporan yang mengandungi catatan
tepat dan terperinci mengenai seseorang
murid yang sedang dalam pemerhatian guru
pembimbing
Rekod Anekdot
Rekod Anekdot juga didefinisikan sebagai
penulisan yang ringkas, tepat dan padat
mengenai peristiwa dan perubahan yang
signifikan yang berlaku pada seseorang murid.
Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah
laku atau insiden dengan perkataan atau
gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku
kecil atau helaian kertas yang diletakkan di
tempat yang mudah dicapai

Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod
anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu
peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod
anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa
yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu
berlaku. Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan
peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa yang
singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru
memahami murid berkenaan dengan lebih jelas.

Tujuan Rekod anekdot dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Tujuan rekod anekdot dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
mengetahui tahap pembangunan literasi kanak-
kanak.
Merekod aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan
maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat
yang direkod ialah tahap penguasaan,
perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-
nilai yang murid pamerkan.

Tujuan Lain
Rekod Anekdot Juga Untuk
Membantu Guru Untuk :

Mengesan keberkesanan pengajaran
Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat
kepada murid
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur
Merancang tindakan susulan untuk tujuan
pemulihan dan pengayaan

Mengenal pasti tahap pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dikuasai murid
Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut keperluan
perkembangan dan pertumbuhan murid
Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa
Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa



Panduan Menulis Rekod


Membuat pemerhatian terhadap peristiwa
yang berlaku.
Membuat catatan dalam buku nota sebaik
sahaja selepas peristiwa berlaku bagi
memastikan peristiwa yang akan direkodkan
tidak tercicir.
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan
signifikan kepada aspek perkembangan murid.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja
selesai pemerhatian dibuat.
Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan
oleh murid.
Masukkan respon orang lain sekiranya ada
kaitan dengan tingkah laku murid yang
diperhatikan.



Contoh 1

Catatan Ulasan
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru
kelas, Fatin menarik tangan Ani, Munah dan Siti
ke Pusat Bahasa untuk mencari buku. Fatin
memilih buku bergambar sama dengan buku yang
dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya
dengar cerita yang dia baca. Fatin pun membuka
buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu
Rusnani. Ani, Munah dan Siti mendengar dengan
penuh minat. Fatin tanya kawannya sedap tak
cerita yang dibaca. Hei, Fatin kau dah boleh
baca? Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil
bertepuk tangan. Fatin senyum.
Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaan
dengan guru, Fatin sudah mula berminat dengan buku.

Fatin cuba membaca walaupun masih belum mengenal
semua huruf.

Cadangan
Fatin perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan
baik.
Nama Murid : Fatin Nadia bt. Abdul
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 20 Februari 2010
Masa : 10.00 pagi
Nama Guru : Puan Puziah Ano bt Muhamad
Item : Kebolehan membaca

Contoh 2
Nama : Munzir Shamsudin
Kelas : Prasekolah Sayang
Tarikh: 26 Mac 2010
Nama Guru : Puan Ummu Izzah bt. Bohari

Peristiwa yang diperhatikan: Munzir mengambil lego
Ali. Ali menengking dan memukulnya.

Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran
dan pembelajaran perlu diberi penekanan


Contoh 3
Catatan Ulasan
Zarina bermain pasir bersama kawan-kawan lain di tempat main
pasir. Aiman merampas penyedok pasir yang sedang digunakan oleh
Zarina. Zarina berkata dengan suara kuat: Ini saya punya! Zarina terus
ambil balik penyodok pasir daripada Aiman. Aiman nampak terkejut tetapi
biar sahaja.
Zarina pendiam, kebiasaannya dia tidak melawan walaupun diganggu oleh
rakannya. Zarina cuma akan menanggis bersendiri jika barangnya diambil
oleh kawannya. Ini merupakan kali pertama dia memperjuangkan hak
dirinya. Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang baik, dia telah mula
bertindak untuk melindungi hak dirinya.
Nama Murid : Zarina
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Julai 2010
Masa : 8.30 pagi
Nama Guru : Puan Hon
Item : Kemahiran Sosial

CARTA PROSES MENJALANKAN
ANEKDOT
Kebaikan rekod anekdot
Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi
membuat rekod anekdot ini.
Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati
mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan
tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak
diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati
hanya perlu mencatatkanya kemudian.
Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang
perlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah
laku lain.


Keburukan Rekod Anekdot
Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap
kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan
oleh pemerhati sahaja
Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan
pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu
berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang
mendalam.
Kejadian mungkin berlaku di luar konteks dan ini
menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun
digunakan secara berat sebelah.
Sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai
digunakan dalam kajian saintifik.


Kesimpulan
Rekod Anekdot merupakan satu catatan
ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting,
unik dan signifikan secara positif atau negatif
untuk direkod. Rekod Anekdot ini dilakukan
terhadap murid secara individu, walaupun
peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had
masa ditentukan untuk catatan rekod ini.
Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa
sebenarnya yang berlaku.

You might also like