You are on page 1of 1

vi

ABSTRAK




Kajian ini bertujuan melihat kemajuan murid-murid mempelajari hukum tajwid Ikhfa
Haqiqi, Idgham Maal Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah menggunakan kaedah
pembelajaran secara koperatif. Sampel kajian ini adalah 10 orang murid-murid Tahun 5
Pintar di Sekolah Kebangsaan Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji
sendiri telah menjalankan pengajaran Tilawah Al-Quran menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif satu jam seminggu, selama 3 minggu, bermula dari minggu
pertama sehingga minggu ketiga. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian, lembaran
kerja dan ujian bertulis. Hasil kajian mendapati penglibatan murid yang paling aktif
ialah ketika pengkaji melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif. Di dapati bahawa
berlakunya peningkatan pencapaian dalam ketiga-tiga hukum tajwid. Terdapat
perbezaan pencapaian murid-murid dalam mempelajari ketiga-tiga hukum tajwid,
terutamanya pada murid-murid pasif. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif sesuai digunakan untuk sesi pengajaran Tilawah al-Quran.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi manafaat dan menjadi alternatif kepada
guru-guru agama untuk mengajar Tilawah al-Quran.

You might also like