You are on page 1of 1

Dalam perbahasan di atas terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil iaitu

hubungan interaksi yang baik khususnya semasa kegiatan pedagangan dengan kuasa luar
atau perdagangan antarabangsa telah menyebabkan berlakunya proses asimilasi.
Kebudayaan dan kepercayaan dapat disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat.
Lantaran itu, seharusnya budaya luar yang bersesuaian dangan budaya setempat boleh
diterapkan dan menjadikan budaya tempatan bersifat terbuka dan berkembang. Dengan
berbuat demikian maka unsur-unsur budaya negatif dan budaya luar yang tidak sesuai
dapat dihalang dari meresapi budaya tempatan. Lantaran itu, kita dapat mempertahankan
diri dari dipengaruhi unsur budaya luar yang bersifat negatif.

Keadaan ini juga membuktikan bahawa masyarakat kita telah memiliki sistem
pemerintahan tersendiri dan sudah berakar umbi serta kukuh kedudukannya. Sebagai
contoh sistem beraja dan kemudiannya melalui proses pengubahsuaian dan perkembangan
sehingga menjadi Sistem Raja Berpelembagaan. Juga harus diingat bahawa sistem beraja
merupakan sistem yang bersifat universal kerana diamalkan hampir separuh dunia. Namun
sistem pemerintahan sentiasa melalui proses perubahan dan perkembangan bertujuan
untuk mendapat keesahan dan memastikan kesejahteraan negara.
Lantaran itu, melalui sejarah pembentukan masyarakat dan pemerintahan di negara kita
telah mengalami perubahan ke arah yang lebih baik dan sistematik serta moden. Sistem ini
juga bertujuan agar negara yang diperintah sentiasa berada dalam keadaan aman dan
sejahtera.

You might also like