You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KEDUA 2014

Tarikh : 20 Mei 2014


Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru SK Seri Murni

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum.
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Perkara-perkara dibincangkan:
5.1 Analisis dan Post Mortem Ujian Selaras 2
5.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
5.3 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
5.4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
5.5 Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Panitia 2014
5.6 Peruntukan Bantuan Perkapita (PCG)
5.7 PKSR 1
5.8 Pencerapan Guru
5.9 Penyemakan Buku Latihan Murid
5.10 Program Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
5.11 Pencerapan guru
5.12 Penyemakan buku latihan murid

6. Hal-hal lain
7. Ucapan pengguhan

Kehadiran :
1. En. Zamri bin Saiman
2. Pn. Roszazaliza bt Rusli
3. En. Mohd Firdaus bin Mohd Saari
4. Nazrol Afendi bin Abdul Rahman
Turut Hadir :
1. Encik Md. Faisal bin Md. Salleh
1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Md. Faisal mengucapkan selamat datang kepada semua ahli Panitia Kemahiran Hidup.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
2.1 En. Nazrol Efendi mencadangkan agar minit mesyuarat kali pertama 2014 diterima dan disahkan.
2.2 En. Zamri menyokong agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.

3. Perkara-perkara berbangkit
4.4 (4.4.1) Encik Zamri memberitahu ahli panitia bahawa barangan yang ditempah telah pun sampai
dan boleh digunakan bagi tujuan pdp.
4.8(4.8.1) Puan Roszazaliza memberitahu bahawa penyemakan buku latihan sepatutnya diserahkan
kepada guru besar pada 16 April namun kebetulan guru besar mempunyai tugasan di luar. Tarikh baru
akan ditentukan kemudian.
.
4.Perkara-perkara yang dibincangkan
4.1 Analisis dan Post Mortem Keputusan Ujian Selaras 1 2014.
Catatan: Tidak berkaitan.
4.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
4.2.1 Encik Zamri meminta guru merujuk semula kepada edaran (disertakan di belakang minit
mensyuarat) yang telah dibuat oleh pihak pentadbir berkaitan PPPM agar lebih jelas dan faham
tentang pelan tersebut.
4.2.2 Encik Md. Faisal menyatakan sangat penting bagi guru-guru memahami PPPM agar dapat
bekerja selari dengan kehendak kerajaan.


4.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (KSSR)
Catatan: Tidak berkaitan.


4.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Catatan: Tidak berkaitan.

4.5 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Rendah (SAPS)
4.5.1 Pn. Roszazaliza memaklumkan bahawa semua markah Kemahiran Hidup dalam ujian PKSR 1
perlu diisi oleh semua guru sebelum 10 Jun 2014.

4.6 Pelan tindakan dan Pelan Operasi 2014
4.6.1 Encik Md. Faisal meminta ketua panitia bertemu guru besar bagi menyusun semula pelan
operasi dan pelan tindakan mengikut kehendak Guru Besar.
4.6.2 Beliau difahamkan bahawa satu LADAP akan diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru
cara menyusun pelan tindakan dan operasi yang betul. Penceramah dari luar akan dijemput.

4.7 Pencerapan Guru
4.7.1 En. Md. Faisal menyatakan setiap orang guru akan dicerap sebanyak 2 atau 3 kali setahun.
Beliau meminta guru-guru sentiasa merujuk kepada jadual pencerapan yang telah disediakan di
papan kenyataan bilik guru.
4.7.2 Sekiranya berlaku perubahan tarikh pencerapan yang baru akan dimaklumkan kemudian.

4.8 Penyemakan Buku Latihan
4.8.1 Pn. Roszazaliza memaklumkan bahwa tarikh semakan kali pertama ialah pada 18 April namun
Guru Besar bertugas di luar sekolah selama beberapa minggu.
4.8.2 Tarikh semakan akan datang ialah pada bulan Julai.

4.9 Peruntukan bantuan Per kapita (PCG)
4.9.1 Baki PCG yang tinggal adalah sebanyak RM1149.20.
4.9.2 En. Md. Faisal menyatakan bahawa duit PCG perlu digunakan semaksima mungkin. Tidak
perlu tinggalkan baki.

4.10 Buku Stok Panitia
4.10.1 Pn. Roszazaliza memberitahu bahawa semakan akan dijalankan bagi kemasukan stok baru.


4.11 Hal-hal lain.
4.11.1 MMI- En. Md. Faisal minta semua guru merujuk kepada portal JPWPKL. Terdapat bahagian
soal jawab berkenaan MMI secara lengkap di laman tersebut.
4.11.2 RPT pihak pentadbir meminta semua guru mempunyai RPT yang lengkap bagi tujuan pdp
semasa di dalam kelas.
4.11.3 RPH - Tidak ketinggalan juga RPH yang perlu disiapkan sentiasa agar buku rekod mengajar
sentiasa dalam keadaan tersusun dan terkini.
4.11.4 Papan Kenyataan. En. Md. Faisal meminta panitia memgemaskini papan panitia. RBT dan
Kemahiran Hidup akan berkongsi papan panitia yang sama.

4.12 Ucapan penangguhan
4.12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3 petang.


Disediakan oleh Disemak oleh

..
(En. Zamri Saiman) (Pn. Roszazaliza bt. Rusli)
S/usaha Panitia KH Ketua Panitia Kemahiran Hidup
SKSM 2014 SKSM 2014

You might also like