You are on page 1of 10

MALAYSIA MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH, KEPELBAGAIAN

SUMBER ALAM, KUALITI UDARA SIHAT DAN AIR BERSIH DALAM


MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA MAJU

1.0 PENGENALAN
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada
masa akan datang masyarakat harus berfikiran ke hadapan untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara setanding dengan negara maju yang ada. Bagi mewujudkan
sebuah negara yang maju ini pelbagai kriteria-kriteria harus diambil untuk mendapat
taraf negara yang maju. Oleh sebab itu, negara harus mengekalkan sumber-sumber
tertentu seperti kesuburan tanah, kepelbagaian sumber alam, kualiti udara dan air yang
bersih agar sumber ini dapat dikekalkan. Walaupun dikatakan telah banyak sumber-
sumber telah digunakan, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan menjadi suatu yang
penting agar sumber-sumber ini tidak habis digunakan dan mungkin ada antaranya yang
tidak dapat digunakan lagi dapat difikirkan cara untuk mengurangkan penggunaannya
sebagai gantian.
Akibat daripada pertambahan penduduk yang semakin meningkat tahun demi tahun,
sumber ini dikatakan telah tercemar sebahagiannya dan berkurang fungsinya berikutan
eksploitasi yang dilakukan oleh manusia sangat tinggi untuk memenuhi keperluan dan
kehendak yang semakin bertambah. Keadaan persekitaran seperti sumber alam,
sumber air dan udara semakin tercemar kerana aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Ini
menunjukkan manusia semakin alpa den leka dengan pembangunan tanpa memikirkan
kesan yang akan terjadi sekiranya sumber penting ini tidak dijaga lebih awal. Kemajuan
yang semakin meningkat menyebabkan sumber semula jadi telah dipinggirkan dan
dimusnahkan untuk mencapai tahap negara yang pesat membangun daripada segi
ekonomi dan teknologi dan kealpaan terhadap sumber semula jadi yang digunakan
menyebabkan sumber ini semakin berkurang.
Oleh itu, perkara sebegini harus dibendung dalam mencapai sebuah negara maju.
Malaysia harus mengekalkan sumber semula jadi ini agar ia dapat dijaga dan
penggunaan terhadapnya harus dikawal dengan cara yang lestari supaya ia tidak
tercemar dan berkurang oleh kerakusan manusia. Oleh sebab itu, pelbagai langkah
telah diambil oleh pihak berkuasa dan agensi tertentu dalam mengekalkan sumber
semula jadi yang ada.



2.0 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN
2.1 Undang-Undang / Dasar
Tindakan undang-undang merupakan salah satu cara untuk mengekalkan
sumber semula jadi agar dapat mewujudkan sebuah pembangunan yang lestari dalam
mencapai negara maju. Oleh itu, penggunaan Akta kualiti alam sekitar 1974 misalnya
bertujuan untuk membendung masalah-masalah yang berlaku yang melibatkan alam
sekitar terjejas daripada aktiviti-aktiviti pembangunan. Dalam akta ini terdapat sekatan-
sekatan tertentu terhadap aktiviti haram seperti aktiviti yang menyebabkan pencemaran
terhadap kualiti udara, air dan tanah serta alam sekitar. Oleh itu, dengan wujudnya akta
sebegini negara mampu membendung masalah yang berlaku.
Selain itu juga, kerajaan turut membuat akta-akta lain yang berkaitan dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti akta perhutanan negara 1984.
Dalam akta ini kerajaan telah mengadakan peruntukan untuk pentadbiran, pengurusan,
pemuliharaan dan pembangunan perhutanan di Malaysia. Adanya akta ini ia dapat
mengelakkan daripada berlakunya sebarang pencerobohan terhadap kawasan hutan
simpan. Apabila didapati bersalah kerana menceroboh pihak terbabit akan dikenakan
tindakan undang-undang seperti dikenakan denda setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan. Hutan simpan merupakan kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai
kawasan pelindungan, oleh sebab itu sebarang pencerobohan yang berlaku boleh
membawa kepada tindakan undang-undang. Sebagai contoh, dalam akta ini jika melihat
kepada seksyen 82 (1) menyatakan, melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam
hutan simpan. Ini menunjukkan aktiviti haram adalah dilarang jika menjejaskan kawasan
hutan. Selain itu juga, kita dapat lihat melalui akta taman negara 1980 iaitu bertujuan
untuk menghalang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ekosistem hutan. Aktiviti
sebegini dilarang adalah bertujuan untuk memelihara kawasan hutan simpan daripada
sebarang aktiviti yang diharamkan.
selain itu, tindakan undang-undang turut dikenakan ke atas sebarang aktiviti
yang melibatkan kemerosotan terhadap udara. Udara yang tercemar boleh
menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti wabak penyakit, jerebu yang akan
menyukarkan pergerakan dan penglihatan serta boleh meningkatkan suhu sesuatu
kawasan kerana partikel-partikel seperti bendasing merupakan perangkap haba yang
baik. Oleh sebab itu, melalui akta kerajaan tempatan 1976, di mana seksyen 81
menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang-kilang yang mengeluarkan asap dan
mengganggu kesihatan serta menjejaskan alam sekitar. Melalui akta ini, syarikat yang
terbabit dengan masalah ini perlu mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan
pembebasan asap kilang dengan cara penggunaan penapis untuk memerangkap
bendasing atau menggunakan sistem pengurusan yang baik yang tidak menjejaskan
alam sekitar.
Di samping itu, pelaksanaan sesuatu dasar juga adalah satu langkah yang
dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan sumber alam sekitar ini. Pelaksanaan
dasar ini dapat dilihat dalam tempoh Rancangan Malaysia ke- 8 ( RMke-8) di mana
dalam rancangan ini penekanan yang diberikan ialah untuk menambah baik kualiti alam
sekitar, iaitu melalui pengurusan yang lebih baik khususnya tumpuan diberikan kepada
pengurusan kualiti air dan udara, penggunaan teknologi yang bersih dan pengurusan
terhadap sisa pepejal. Dalam pengurusan sumber asli juga tidak ketinggalan,
pemuliharaan dan penggunaan sumber yang mampan telah diperkukuhkan. Tujuannya
adalah untuk membolehkan pelaksanaan pengurusan dijalankan dengan lebih
bersepadu dan menyeluruh. Pada 2004, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
telah ditubuhkan, ini adalah untuk memudahkan lagi pengurusan alam sekitar dan
sumber asli yang lebih komprehensif kerana melalui kementerian ini tumpuan lebih
dapat diberikan kepada pengurusan alam sekitar ini. Selain itu juga, melalui
pelaksanaan Dasar Alam Sekitar Negara di mana dasar ini telah menggariskan satu
strategi bagi mengerakkan hala tuju pembangunan negara ke arah pembangunan
mampan. Strategi ini dikatakan suatu langkah yang bijak kerajaan dalam mengekalkan
sumber alam. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMke-9) pula, tumpuan yang diberikan
adalah lebih kepada langkah pencegahan bagi menguruskan kesan negatif yang
berlaku. Penerapan juga diberikan dalam memupuk kerjasama pihak berkepentingan
untuk menangani isu alam sekitar. Selain itu juga, kerajaan turut mempergiatkan lagi
usaha pemuliharaan dan mengurus sumber asli secara mampan. Ini menunjukkan
rancangan yang dirangka adalah langkah strategi di mana Malaysia memberikan
tumpuan satu persatu dalam mengatasi masalah yang berlaku di
samping meningkatkan lagi sistem pengurusan kepada yang lebih sistematik.

2.2 Pengurusan EIA
Selain itu juga, ialah melalui penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), EIA ini
merupakan satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam
sekitar. Tujuan EIA ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kemusnahan
alam sekitar akibat daripada projek pembangunan dan kesilapan dalam pelaksanaan
pelan projek pembangunan di sesuatu kawasan. EIA ini merupakan satu pendekatan ke
arah alam sekitar di mana pendekatan yang dilakukan adalah menyeluruh melibatkan
kawalan dan perancangan untuk memberikan keseimbangan antara alam sekitar
dengan projek pembangunan yang dijalankan. Oleh sebab itu, sekiranya projek
pembangunan yang melibatkan suatu projek yang besar haruslah mendapat kelulusan
terlebih dahulu daripada pihak berkuasa dengan menghantar laporan EIA yang lengkap
dan teliti. Laporan ini bertujuan untuk meneliti dan membendung agar projek yang ingin
dijalankan tidak membawa kesan langsung kepada alam sekitar.
Jika melihat kepada projek besar yang melibatkan penggunaan terhadap sumber
semula jadi, kebanyakannya akan membawa impak yang negatif misalnya projek yang
melibatkan tebus guna kawasan perhutanan untuk projek pembinaan empangan
sebagai pembekal tenaga hidroelektrik. Pembinaan ke atas empangan ini dikatakan
memerlukan kawasan yang luas bagi menakung air, keadaan ini akan menyebabkan
sebahagian flora dan fauna yang hidup di kawasan tersebut akan musnah. Misalnya
pembinaan empangan hidroelektrik di kenyir Terengganu telah mengakibatkan
sebahagian kawasan ditenggelami air. Keadaan ini sekali gus akan menjejaskan
kepelbagaian sumber alam yang ada. Oleh sebab itu, melalui EIA, projek sebegini dapat
dikaji terlebih dahulu sebelum projek tersebut dilaksanakan agar tidak mendatangkan
kemudaratan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.
Begitu juga dengan pembinaan infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya,
pembinaan bandar baru dan hospital memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa
terlebih dahulu kerana projek sebegini melibatkan kemusnahan alam sekitar. Jika
kriteria-kriteria pembinaan diterima barulah projek ini dapat diteruskan .

2.3 Pendidikan
Melihat kepada isu alam sekitar sekarang didapati pelbagai masalah telah timbul
seperti pemusnahan hutan, pencemaran udara, pencemaran air, penipisan lapisan
ozon, hakisan dan kepupusan spesies, dan keadaan ini akan memberi kesan kepada
generasi akan datang. Oleh sebab itu, memupuk nilai positif dalam diri kanak-kanak
sangat penting kerana ini merupakan langkah awal dalam memberi pendedahan kepada
mereka tentang alam sekitar. Langkah yang paling baik yang perlu diambil ialah melalui
pendidikan seperti penerapan ilmu pendidikan Alam Sekitar. Langkah ini dapat
memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat akan kepentingan sumber alam sekitar.
Melalui pendidikan ini kita dapat membentuk sikap positif pelajar-pelajar terhadap alam
sekitar, di mana mereka mengetahui kepentingan sumber semula jadi yang perlu dijaga.
Ini sekali gus dapat memupuk perasaan cintakan alam sekitar dalam diri mereka.
Pendidikan Alam Sekitar telah mula diperkenalkan secara formal di peringkat
sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bagi peringkat sekolah
rendah ialah melalui Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) seperti mata
pelajaran alam dan manusia. Manakala di peringkat sekolah menengah pula ialah
melalui Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) seperti mata pelajaran sains
biologi. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum di sekolah juga dapat memberi pendedahan
secara langsung kepada pelajar iaitu melalui aktiviti-aktiviti berbentuk luaran. Pelajar
akan didedahkan dengan alam sekitar melalui pengenalan awal tentang flora, fauna,
jenis hutan dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi turut diberi
pendedahan melalui pelbagai kursus yang melibatkan pendidikan tentang alam sekitar.
Begitu juga kepada masyarakat turut diberi pendedahan tentang alam sekitar, masalah-
masalah dan langkah mengatasi masalah yang berlaku dapat disampaikan melalui
media massa. Media berperanan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat yang
peka terhadap isu-isu yang timbul. Melalui pelbagai pendedahan dan tayangan kepada
masyarakat ia dapat memberi gambaran yang jelas akan kesan yang berlaku sekiranya
isu-isu yang timbul tidak dapat dibendung dengan lebih awal. Oleh itu, pendedahan ini
sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan kepentingan alam
sekitar. Pendekatan pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan juga adalah untuk
membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan peka terhadap isu-isu alam sekitar di
samping mereka memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen dalam
usaha untuk menyelesaikan isu-isu alam sekitar sama ada secara individu atau
bersama.
Pendidikan Alam Sekitar juga bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada
pelajar bahawa pembangunan sesebuah negara perlu seiring dengan penggunaan Alam
Sekitar secara terancang. Ini adalah untuk memastikan alam sekitar tidak terjejas hasil
daripada aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran. Oleh
sebab itu, matlamat utama pendidikan ini adalah untuk membantu masyarakat sejagat
memahami dan menyedari akan isu alam sekitar di samping turut berusaha dalam
mengatasi masalah yang berlaku, ini sangat penting kepada negara dalam menuju
sebuah negara yang maju.
Selain itu, kempen-kempen kesedaran juga penting. Melalui kempen ini ia dapat
memberikan gambaran jelas kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku
terhadap kualiti sumber alam yang semakin berkurang. Melalui pameran dan tayangan
gambar orang ramai dapat melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku. Dengan ini, la
dapat meningkatkan kesedaran dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat tentang
cara melindungi dan memelihara alam sekitar.

2.4 Pembuangan Sisa Pepejal
Pembuangan sisa pepejal merupakan sebahagian daripada komponen dalam
sisa pembuangan iaitu terdiri daripada sisa cecair dan gas. Dikatakan pembangunan
yang pesat tanpa pengurusan yang sistematik dan berkesan menyebabkan berlakunya
masalah pembuangan sisa pepejal dan boleh menimbulkan masalah kepada
persekitaran. Oleh sebab itu, pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
berusaha mencari pendekatan baik untuk menguruskan sisa pepejal agar dapat
diuruskan dengan sistematik.
Melihat kepada negara maju, kebanyakan mereka mengamalkan pengurusan
sisa pepejal bersepadu di mana pelupusan yang dijalankan di tapak pelupusan
dikurangkan dan digantikan dengan pendekatan lain seperti rawatan termal secara
incinerator. Dikatakan pendekatan ini dapat membantu menyelesaikan masalah
penjanaan sisa dan dikatakan telah berjaya digunakan di negara maju. Oleh sebab itu,
Malaysia turut mengambil alternatif yang sama bagi mengatasi masalah tapak
pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Melalui cara ini kaedah yang dikhususkan ialah
dengan cara gasification dan pyrolysis. Umumnya kaedah gasification merupakan
proses pengurusan hidrokarbon kepada synergas iaitu dengan kawalan yang sistematik.
Proses ini akan berlaku apabila suhu melebihi 700 C , dan bahan-bahan karbon tadi
akan dibiarkan dalam kok kemudiannya akan bertindak balas dengan agen gasification
dan akhirnya akan dibakar di dalam kok tersebut. Oleh itu di Malaysia kerajaan telah
membina teknologi ini dan ia dikatakan sesuatu yang baru seperti pembinaan teknologi
insinerator di Brago. Teknologi ini dianggap sebagai satu alternatif yang baik bagi
mengatasi masalah sisa pepejal ini. Teknologi ini juga dijangkakan akan memberi kesan
dan faedah yang baik kepada alam sekitar. Sistem ini juga memberikan faedah dan
kecekapan dalam mengendalikan penghasilan gas hasil proses pelupusan berbanding
dengan cara yang lama.
Begitu juga dengan kaedah pyrolysis, kaedah ini merupakan proses pembakaran
pada suhu 800 C hingga ke 1100C dan ia merupakan satu pendekatan yang mesra
alam kerana tidak menghasilkan gas toksid yang boleh mencemarkan alam sekitar
malah gas pembakaran yang dihasilkan boleh digunakan sebagai baja. Dikatakan
kaedah ini sangat berkesan digunakan di kawasan penduduk kerana cara ini lebih
bersifat mesra alam dan tidak menjejaskan kesihatan manusia. Oleh sebab itu,
penggunaan insinerator adalah kaedah yang sangat baik dan berkesan untuk digunakan
kerana kaedah-kaedah ini dapat mengatasi masalah pelupusan dan mesra alam. Sistem
gasification dan pyrolysis merupakan cara yang mantap dan berkesan untuk digunakan
kerana ia dapat mengatasi masalah pelupusan melalui kambusan di tapak pelupusan,
dan cara ini juga dapat menukarkan sisa pepejal kepada bahan api yang dapat
digunakan. Di Malaysia kaedah ini dikenal pasti sebagai rawatan perantara dalam
pengurusan sisa domestik dan sisa pepejal.
Selain itu juga, kaedah seperti pungutan juga telah digunakan dalam pengurusan
sisa pepejal ini . Kaedah ini biasanya digunakan di kawasan perumahan iaitu dengan
cara pungutan dari pintu ke pintu. Setelah itu, sampah-sampah yang dipungut
kemudiannya akan dikumpulkan ke tapak-tapak pelupusan.

2.5 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan
Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga merupakan suatu
yang penting untuk menjaga alam sekitar. Pemeliharaan alam sekitar bermaksud alam
semula jadi seperti kawasan hutan dijaga dan dipelihara daripada sebarang ancaman
dan gangguan aktiviti manusia yang boleh merosakkan dan memusnahkan sumber
yang ada. Manakala pemuliharaan alam sekitar pula adalah usaha yang dijalankan
untuk mengatasi masalah yang berlaku agar alam semula jadi yang hampir musnah
dapat dipulihkan semula.
Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan telah banyak dilaksanakan oleh pihak
kerajaan antaranya ialah, melalui penubuhan Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (
MBBM) bertujuan untuk menyelaras usaha pemuliharaan dan penggunaan mampan
sumber biologi. Langkah ini adalah untuk menjamin dan mengekalkan kepelbagaian
sumber alam yang ada melalui pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti yang efektif di
samping penyelidikan dan inventori yang dijalankan untuk meningkatkan lagi
pemeliharaan terhadap alam sekitar.
Selain itu juga, langkah lain adalah dengan cara meningkatkan jumlah kawasan
perlindungan seperti mempergiatkan lagi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau
yang berfungsi sebagai benteng penahanan kawasan pesisir pantai daripada hakisan
dan ombak besar. Kawasan paya dikatakan suatu habitat yang penting walaupun pada
mulanya kawasan ini tidak diberi penekanan dalam pemeliharaan, tetapi setelah
diketahui akan peranannya ia telah dipelihara dengan baik dan langkah pemuliharaan
turut dijalankan agar ia dapat dikekalkan. Jika melihat kepada hutan bakau ia juga
merupakan sebuah kawasan yang dijadikan sebagai aktiviti pelancongan. Konsep
umum pelaksanaan program pelancongan ini pula ialah mementingkan penggunaan
sumber tanpa menjejaskan kelangsungan nya pada masa akan datang. Dengan kata
lain, pembangunan mampan yang boleh digunakan tanpa merosakkan hutan bakau
untuk generasi akan datang. Oleh itu, langkah ini penting untuk mengekalkan hutan
bakau di samping memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan paya
bakau. Begitu juga dengan pemeliharaan pelbagai spesies yang hampir pupus, program
seperti pembiakan ex-situ telah dijalankan untuk melindungi spesies ini di samping
membantu menempatkan semula spesies yang terancam.
Selain itu juga, kerajaan turut memelihara dan menjaga kawasan saliran seperti
sistem sungai dan laut agar tidak tercemar daripada kotoran. Pemantauan akan dibuat
oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah pembuangan sisa bahan toksid ke
dalam sistem sungai. Pemantauan ini adalah penting untuk memelihara kualiti air
daripada kotor dan tercemar di samping memelihara habitat yang hidup di dalamnya.
Selain itu juga, penggunaan terhadap baja organik penting kerana tidak
mencemarkan alam sekitar di samping dapat menambahkan kesuburan tanah.
Penggunaan baja organik juga dikatakan lebih murah dan tidak perlu diproses
berbanding dengan penggunaan baja kimia yang memerlukan kos tinggi. Misalnya di
serawak, peladang lada hitam telah menggunakan guano iaitu sejenis baja campuran
najis burung dan kelawar untuk tanaman lada hitam.
Oleh sebab itu, pemeliharaan dan pemuliharaan merupakan suatu langkah yang
penting dalam mengekalkan sumber yang ada termasuk udara di mana kerajaan akan
menjalankan pelbagai program dan menguatkuasakan undang-undang bagi memantau
aktiviti manusia.

2.6 Kerjasama Antarabangsa
Malaysia juga turut memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar
seperti melalui kerjasama antarabangsa. Dikatakan beberapa perjanjian telah
ditandatangani oleh Malaysia sebagai satu alternatif dalam mengekalkan sumber alam.
Antaranya perjanjian yang telah ditandatangani adalah seperti konvensyen Stockholm
iaitu perjanjian mengenai pencemaran organik yang berkekalan, Protokol Montreal iaitu
perjanjian mengenai bahan-bahan yang memusnahkan lapisan ozon dan beberapa lagi
perjanjian yang menjurus kepada penjagaan alam sekitar.

Perjanjian sebegini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada
Malaysia dalam menguruskan dan menyelesaikan isu-isu alam sekitar yang tidak dapat
dijalankan oleh sebuah negara sahaja tetapi memerlukan kerjasama dalam
membendung masalah yang timbul. Misalnya isu berkaitan pencemaran udara yang
membabitkan pembakaran yang melibatkan negara jiran seperti isu yang membabitkan
negara Indonesia dalam usaha memadamkan kebakaran hutan yang berlaku. Oleh itu
dengan cara kerjasama ini masalah ini dapat diselesaikan dengan cara diplomasi tanpa
berlaku penuduhan dan sikap negatif terhadap negara lain dalam hal sedemikian.

Selain itu, usaha-usaha seperti pembenihan awan untuk membantu dalam
memadamkan kebakaran hutan yang berlaku misalnya memerlukan khidmat pakar
daripada negara-negara maju. Oleh sebab ini, kerjasama sangat perlu untuk
mendapatkan tunjuk ajar dan bantuan daripada negara luar sekiranya kita memerlukan
khidmat tenaga daripada pakar luar mahupun memerlukan teknologi dan peralatan yang
lebih berkesan daripada negara luar. Di samping itu juga, kerjasama sebegini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara negara dengan negara luar dalam menjamin alam
sekitar.

2.7 Pembangunan Lestari
Kaedah pembangunan lestari juga merupakan satu pendekatan yang berkesan
dalam menjamin kebersihan dan mengekalkan sumber alam. Pembangunan lestari
merupakan gabungan dimensi alam sekitar dalam perancangan, pentadbiran dan
pelaksanaan dasar serta program-program. Dalam merancang pembangunan lestari ini
menurut White & Whitney ( 1992) memerlukan aspek keseimbangan persekitaran, sosial
dan ekonomi. Pembangunan yang ingin dibuat perlulah mengambil kira tentang
keupayaan menampung, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan dan kadar
berlakunya pencemaran yang dicetuskan oleh bandar. Menurut pandangan Dr. jose
Goldemberg iaitu Profesor Universiti SaoPaulo Brazil menyatakan terdapat dua aspek
penting yang perlu diambil dalam pembangunan lestari ini iaitu keperluan khusus yang
merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa kini dana akan
datang dan keterbatasan sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh teknologi dan
organisasi sosial dan kemampuan dalam memenuhi keperluan manusia.

Oleh sebab itu, pembangunan lestari ini dibuat dengan perancangan atau
lanskap yang akan dibuat ialah dengan menitikberatkan kawasan hijau dan
pembangunan yang dirancang iaitu untuk menambah baik alam sekitar. Biasanya
kawasan yang dipilih untuk dijadikan tapak pembukaan kawasan hijau ini adalah di
kawasan bekas tapak perlombongan yang memiliki potensi untuk dijadikan sebagai
kawasan hijau. Selain itu juga, pembinaan bangunan dan perumahan akan dirancang
dengan strategik agar ia bersesuaian dan sekiranya kawasan tersebut sesuai barulah ia
akan dilaksanakan.

Oleh itu, pembangunan yang lestari merupakan langkah yang sistematik kerana
pembangunan yang dilaksanakan adalah gabungan daripada alam sekitar dengan
manusia. Dengan cara ini alam sekitar dapat dikekalkan dan manusia akan berasa
pentingnya kewujudan alam sekitar di sesuatu kawasan terutama kawasan yang pesat
membangun kerana ia memiliki pelbagai fungsi. Antaranya ialah dapat mengurangkan
pemanasan yang tinggi di sesuatu kawasan kerana pokok-pokok yang ada dapat
menyerap haba di samping dapat menyeimbangkan kawasan tersebut kepada kawasan
lembap dan dingin kerana terdapatnya sistem ekologi yang boleh menstabilkan keadaan
persekitaran.

2.8 Teknologi
Selain itu juga, penggunaan teknologi turut menjadi faktor penting dalam
mengekalkan sumber semula jadi. Penggunaan produk mesra alam dikatakan mampu
memberikan kesan yang baik misalnya penggunaan pelbagai produk yang lebih mesra
alam seperti pendingin hawa, peti sejuk dan pembersih udara. Sebagai contoh, terdapat
sebuah syarikat iaitu SHARP Corporation Optimis merupakan peneraju dan pengeluar
kepada barangan elektronik yang menerapkan produk mesra alam. Dikatakan syarikat
ini menghasilkan produk dengan mengambil kira faktor mesra alam dan kesihatan
pengguna. Begitu juga dengan pasaran produk ke Malaysia membolehkan negara dapat
mengurangkan penggunaan barangan dan peralatan yang tidak mesra alam yang boleh
menjejaskan kualiti udara seperti berlakunya penipisan lapisan ozon akibat pembebasan
gas yang bahaya, kenaikan suhu kawasan setempat serta mengurangkan kualiti udara.
Selain itu juga, penggunaan teknologi dalam mengekalkan kualiti air. Dikatakan
punca utama kepada berlakunya masalah pencemaran air ialah daripada bahan
pencemar daripada industri yang berasaskan kepada pertanian, pembuangan
kumbahan domestik, larian air daripada kerja-kerja tanah dan pembersihan kawasan
serta pembuangan enfluen daripada aktiviti kilang. Oleh sebab itu, usaha yang berkesan
perlu diambil untuk mengurangkan masalah pencemaran yang berlaku. Misalnya,
Malaysia telah menaik taraf hampir 800 loji rawatan kumbahan dan menyelenggara
rangkaian kawasan kumbahan kepada yang lebih baik. Cara ini dikatakan dapat
mengurangkan keperluan biokimia oksigen di dalam sungai dan sekali gus dapat
mengurangkan jumlah sungai yang kotor.

2.9 Penyelidikan Dan Pembangunan ( R&D).
Melalui penyelidikan dan pembangunan kerajaan dapat membuat perancangan
yang baik untuk pelaksanaan aktiviti yang melibatkan sumber alam. Misalnya, dalam
aktiviti yang melibatkan penggunaan tanah, penyelidikan pengurusan terhadap tanah
akan dibuat terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti pertanian. Penyelidikan dibuat
bertujuan untuk mengekalkan kesuburan tanah dengan melihat kepada kriteria-kriteria
yang digariskan seperti menjalankan tanaman mengikut kontur, menjalankan aktiviti
tanaman pusingan bagi mengekalkan kualiti tanah dan pembajaan secara minimum bagi
keperluan tanaman dan tahap kesuburan tanah.
Selain itu, kajian turut dijalankan untuk mengekalkan kualiti sumber air.
Keperluan terhadap sistem pengairan yang hendak digunakan perlulah mengikut jumlah
yang ditetapkan kerana ia penting untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran
terhadap nutrien. Sekiranya jumlah air digunakan dalam kuantiti yang banyak apakan
kesan yang akan berlaku kepada air.


3.0 KESIMPULAN
Oleh itu, cara Malaysia mengekalkan kesuburan tanah, kepelbagaian sumber alam,
kualiti udara sihat dan air bersih atau dengan kata lainnya mengekalkan sumber semula
jadi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dapat dilaksanakan
sekiranya pengurusan dan pelaksanaan terhadap alam sekitar diketengahkan walaupun
negara mencapai pembangunan yang mampan. Selain pihak kerajaan Non Government
Organisation (NGO) juga memainkan peranan yang penting dalam membantu
memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini kerana, terdapat badan buka kerajaan
merupakan sebuah badan yang sanggup mempertahankan alam semula jadi kerana
terdapat segolongan masyarakat akan mempertahankan apa yang dirasakan. Mereka
akan menentang semahunya sekiranya alam sekitar tercemar dan musnah. Oleh itu,
penglibatan badan-badan ini juga dapat membantu kerajaan dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar.

BIBLIOGRAFI

Bandar lestari: Anugerah Alam Sekitar. Diperoleh pada April 15, 2012
daripada http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/2010/12/Bandar-Lestrai-
Anugerah-Alam-Sekitar.pdf
Jabatan Pertanian. Polisi Pengurusan Tanah dan Tanaman.Diperoleh pada April 15, 2012
daripada http://www.doa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=77c35cc4-a6e6-
4eaa-a7e6-9f96f2d57227&groupId=138964
Marin LAYOUT ( 2003). Pengenalan Alam Semula jadi. Diperoleh pada April 15, 2012
daripadahttp://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/ekosistem%20Marin/Marin%20LAYOUT(
N).pdf
Menggalakkan penjagaan alam sekitar. Diperoleh pada April 15, 2012
daripadahttp://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9/bahasa/Bab22.pdf
Mohd hairy Ibrahim, Mohmadisa Hashim dan Nasir Nayan (2006). Isu-isu pengurusan alam
sekitar fizikal. Kuala Lumpur : Universiti pendidikan Sultan Idris ( UPSI).
Munir Anaam Zuljadan. Metro : Buat Produk Mesra Alam. Diperoleh daripada April 15, 2012
daripadahttp://www.hmetro.com.my/articles/Buatprodukmesraalam/Article

You might also like