You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 2 2014

TARIKH : 23 Februari 2014


MASA : 11.00 pagi
TEMPAT : Bilik Permuafakatan PIBG
KEHADIRAN
1. PN ROSHIDAH BT MUSA - PENASIHAT PIBG
2. EN. AMIR B. DAHLAN - YDP PIBG
3. EN. AHMAD BIN ABU YAZID - SETIAUSAHA PIBG
4. PN NORMA BINTI SUDIN - BENDAHARI
5. PN. SHARIMAH BT ABDULLAH - AJK WARIS
6. PN ZURENA BINTI ZANZILAH - AJK WARIS
7. PN NUREB\N BINTI YUSOF - AJK WARIS
8. PN ROSHIDA BINTI IBRAHIM - AJK WARIS
9. EN. ONG KIA CHOON - AJK GURU
10.PN KASTURI A/P MUNISAMY - AJK GURU
11.PN FAIZAH BINTI MAZLAN - AJK GURU
TURUT HADIR
1. PN ROSDIAH BT SHUIB - GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
1. ALUAN PENGERUSI
- Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Umul Kitab
- Ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir . Menunjukkan komitmen tinggi dalam
menyokong segala usaha yang di lakukan pihak sekolah

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Pn Sharimah bt Abdullah cadangkan minit mesyuarat AJK Kali ke 1 2014 disahkan dengan
sedikit pembetulan nama bagi senarai kehadiran Pn Nuren bt Yusof yang tidak tecatat
dalam senarai kehadiran minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Disokong oleh Pn. Nuren bt Yusof

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 En. Ong minta pencerahan berkaitan denda gunting rambut sebanyak RM5 yang
disifatkannya terlalu tinggi , sukar untuk dilaksanakan.
3.1.1 Beliau juga jelaskan tiada dendaan rotan dikenakan kecuali bagi kes rambut berfesyen.
3.1.2 Penolong kanan menjelaskan jumlah dendaan tersebut wajar memandangkan upah
bagi perkhidmatan gunting rambut diluar juga pada kadar yang sama. Juga bertujuan
mengelakkan pelajar mengambil kesempatan atas kadar denda yang terlalu murah
di sekolah.
3.1.3 AJK mesyuarat bersetuju dengan cadangan asal menetapkan denda bagi kesalahan
rambut panjang adalah RM5.
3.2 Pengetua bertanyakan tentang peratus kehadiran pelajar ke sekolah
3.2.1 Penolong Kanan jelaskan trend ponteng sekolah dikalangan pelajar telah bermula
terutama bagi pelajar kelas 5K2 melibatkan pelajar lelaki dan perempuan
3.3 Pengetua juga bertanyakan kes didiplin di sekolah sepanjang dua bulan pertama
persekolahan
3.3.1 En. Ong jelaskan keadaan terkawal di mana tiada kes-kes besar yang dilaporkan setakat
ini.
3.4 Pn. Norma bt Sudin lampirkan senarai sumbangan dan akitviti PIBG kepada sekolah
sepanjang 2013. (lampiran disertakan)
3.5 Pn. Rosdiah bt. Shuib selaku Penolong Kanan membuat pencerahan aktiviti yang telah dan
akan dijalankan oleh pihak sekolah.
3.5.1 Teknik kemahiran belajar bagi Tingkatan 5 telah diadakan.
3.5.2 Ujian Bulan Februari bagi Tingkatan 3,4 dan 5 manakala Tingkatan 1 dan 2 hanya
ujian pertengahan dan akhir tahun bagi empat subjek teras PBS. Soalan dalam
bentuk KBAT.
3.5.3 Keputusan Penilaian PBS adalah dalam bentuk empat (4) slip keputusan.
3.5.4 Program Kecemerlangan Bahasa Melayu Tingkatan 3 akan dijalankan oleh
pemantau dari SIC + yang dilantik PPD.
3.5.5 Pengetua telah menhadiri taklimat bahaya Syiah dan mengingatkan AJK PIBG
untuk memantau perkembangan fahaman Syiah dikalangan anak-anak dan
masyarakat.
3.5.6 Program 1 Bestari Nettelah dijalankan oleh guru. Ibubapa juga boleh akses kepada
program tersebut.
3.5.7 Seramai 168 pelajar diberi kata laluan untuk mengakses tuisyen melalui internet di
mana SMK Bt 5 adalah salah satu sekolah yang terpilih dan program I Tuisyen ini
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
3.5.8 Sekolah telah menerima seorang guru baru Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2.

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengetua cadangkan bawa usul pengantian AJK Waris yang tiada lagi anak bersekolah
di sini.
4.2 Pn Rosdiah bt Shuib cadangkan tambahan AJK Waris dikalangan kaum Cina dan India.
4.3 Pengerusi cadangkan waris yang tiada lagi anak bersekolah di sini boleh dikekalkan
sebagai AJK Waris untuk tempoh 5 tahun.
4.4 Pn. Rosdiah bt Shuib bangkitkan tentang karpet surau yang sudah berbau dan telah lama
digunakan. Beliau usulkan agar dikeluarkan borang wakaf untuk gantikan karpet dengan
jubin.
4.5 AJK bersetuju untuk keluarkan borang berkaitan dan juga surat sumbangan kepada YB
Parlimen Jerai atau pihak-pihak yang dikenalpasti.
4.6 Pengerusi bertanyakan berkaitan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
4.6.1 Pengetua jelaskan bahawa guru yang baru bertukar masuk telah kemukakan banyak
program kearah meningkatlkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.
4.6.2 Pengerusi cadangkan agar pelajar dapat menghafal satu perkataan satu hari sebagai
salah satu program tambahan yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah.
4.6.2 Pn. Rosdiah bt Shuib jelaskan pernah dibuat program `One Word One Day, program
DEAR dan guru membaca petikan dalam Bahasa Inggeris guna pembesar suara semasa
rehat.
4.6.3 Perhimpunan pagi juga ada dibuat dalam Bahasa Inggeris termasuk ucapan dan juga
persembahan.
4.6.4 Banyak kamus telah dibeli dan ditempatkan di PSS tetapi kurang digunakan pelajar.
4.7 Pn. Nuren bt Yusof bangkitkan cadangan mewujudkan besi penghalang dilaluan pejalan kaki
bagi menghalang motosikal waris menggunakan laluan yang sama.
4.7.1 AJK bersetuju serahkan usul berkaitan kepada pihak JKR





5. UCAPAN PENANGGUHAN
-Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan meminta semua
AJK membulatkan tekad untuk sama-sama membantu pihak sekolah bagi meningkatkan
kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.
-Mesyuarat ditangguhkan jam 12.45 tengahari.


DISEDIAKAN OLEH,

____________________
(AHMAD BIN ABU YAZID)
SU PIBG,
SMK BT 5.

You might also like