You are on page 1of 1

DIDIK (BIL 533) 30 MEI - 5 JUN 2005

Menentukan Ayat yang Betul


A) Kemahiran Bahasa
Ayat yang betul ialah ayat yang mempunyai seku-
rang-kurangnya satu subjek dan satu predikat. Selain
itu, aspek tatabahasa juga penting untuk menentukan
sesuatu ayat itu betul. Aspek tatabahasa yang perlu di-
teliti ialah struktur ayat, penggunaan imbuhan, perben-
daharaan kata, ejaan dan tanda baca.
Untuk menjawab soalan berkaitan menentukan ayat
yang betul, anda perlulah meneliti kesemua aspek ter-
sebut. Berdasarkan format baru 2005, terdapat dua
bentuk soalan berkaitan, iaitu:
1) Pilih ayat yang betul
(Pilih hanya satu ayat yang betul)
2) Pilih ayat-ayat yang betul
(Pilih satu atau beberapa ayat yang betul)
Langkah memilih ayat yang betul:
1. Baca sekali lalu untuk meneliti bunyi ayat
sama ada betul atau sumbang.
2. Baca setiap ayat dan teliti aspek tatabahasanya.
3. Gariskan perkataan atau bahagian ayat
yang salah.
4. Tandakan pangkah pada ayat yang anda kenal
pasti adalah salah.
Contoh soalan:
Arahan: Pilih ayat yang betul.
A Dia bukan suka makan nasi.
B Kerusi itu diperbuat dengan kayu jati.
C Emak telah mengirim sepucuk surat pada
abang.
D Peristiwa itu masih terbayang-bayang dalam
fikirannya.
Jawapan:
Jawapan A adalah salah kerana kata bukan tidak
tepat. Sepatutnya tidak.
Jawapan B juga kurang tepat kerana kata dengan
tidak sesuai, sepatutnya daripada.
Jawapan C juga salah kerana kata pada adalah
tidak betul, sepatutnya kepada.
Jawapan D ialah ayat yang betul kerana tiada
sebarang kesalahan tatabahasa.
Latihan Minggu Ini
Arahan: Pilih ayat yang betul.
1 A Wah, sakitnya luka di kakiku ini!
B Ah, berani awak kata saya begitu!
C Nah, terimalah tikaman kerisku ini!
D Cis, pemandangan di sini sungguh indah!
2 A Sekali amat lambat dia sampai di sini.
B Perangai anak-anak Puan Dewi baik amat
sekali.
C Amat cantik kain-kain yang dijual di kedai
itu.
3 A Dari apakah pakaian itu diperbuat?
B Laporan ini perlu diserahkan ke pejabat hari
ini.
C Khabar itu telah dihantar pada pegawai
berkenaan.
D Bungkusan itu telah diletakkan ke atas almari
itu.
Oleh Aminuddin Sarmiran
4 A Seronok benar mereka bermain di taman itu.
B Tidak benar dia yang mencuri buah durian
Pak Harun.
C Jangan mudah mempercayai perkara yang
bukan benar.
D Kejadian itu benar menginsafkan dirinya.
5 A Saya telah tidur semasa kecurian itu berlaku.
B Pemuda itu akan berada di situ sejak
semalam.
C Pokok bunga itu layu kerana kakak masih
menyiramnya.
D Pihak bomba telah menyelamatkan ular sawa
itu.
6 A Siapakah ini adik kamu?
B Bilakah pertandingan itu telah ditunda?
C Mengapakah dia sering termenung sejak
semalam?
Arahan: Pilih ayat-ayat yang betul.
7 I Paku itu terpacak di dinding rumahnya
II Hang Tuah memang terkenal di zaman silam.
III Pada Hari Raya, saya terkenang kepadanya.
IV Hasmi sedang menyiram pokok dekat
rumahnya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
8 I Encik Kamal ialah seorang guru.
II Nenek sedang mengukur kelapa.
III Kain itu disulam bersama benang emas.
IV Komputer terpakai itu di dalam keadaan
baik.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
9 I Jamilah menerima sehelai surat daripada
kawannya.
II Tiga orang budak-budak sedang mandi di
kolam renang.
III Buah-buahan itu dihantar di pasar borong
Selayang.
IV Zaiton mandi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D IV sahaja
(B) Kemahiran Membaca dan Memahami
Sebelum menjawab soalan, anda perlu membaca
keseluruhan petikan dan memahami kandungannya.
Soalan-soalan yang kerap ditanya berdasarkan peti-
kan catatan harian ialah tentang perkara yang berla-
ku atau terjadi, siapa yang terlibat dalam aktiviti ter-
sebut, jumlah hari, dan tarikh.
Arahan: Baca petikan di bawah dengan teliti dan ja-
wab soalan-soalan berikutnya.
Sabtu, 11 Jun 2005
Kakiku tercedera sewaktu latihan sukan. Cikgu
telah membawa aku ke hospital. Di hospital, aku te-
lah diperiksa oleh doktor. Aku telah dimasukkan ke
dalam wad. Doktor memberitahu bahawa kakiku pa-
tah dan perlu disimen. Aku berasa sungguh takut.
Aku berharap Cikgu Kamal telah memaklumkan ke-
jadian ini kepada ayah dan ibuku.
Ahad, 12 Jun 2005
Kakiku disimen pada waktu pagi. Aku tidak se-
darkan diri kerana aku telah dibius. Apabila aku se-
dar, aku dapati keluargaku telah berada di sam-
pingku. Mereka sedih melihat keadaan aku. Pada
waktu petang, Cikgu Kamal datang melihat keadaan
aku. Cikgu Kamal telah menceritakan kejadian sema-
lam kepada ayah dan ibuku.
Isnin, 13 Jun 2005
Ayah dan ibu datang melawatku di wad. Ibu
memberi nasihat supaya aku bersabar. Ayahku pula
berkata bahawa kakiku akan sembuh. Pada petang
itu, kawan-kawanku datang. Mereka turut bersimpati
dengan kemalangan yang telah menimpa diriku. Aku
berasa sungguh terharu dengan sikap kawan-kawan-
ku.
Selasa, 14 Jun 2002
Pihak hospital memaklumkan bahawa aku dibe-
narkan pulang. Aku segera menelefon ayahku.
Ayahku datang ke wad lalu membawa aku pulang ke
rumah. Aku sangat gembira kerana dapat bersama
keluargaku semula.
1 Mengapakah penulis dihantar ke hospital oleh
gurunya?
A Kakinya perlu disimen
B Dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan
C Dia hendak melawat kawannya yang
tercedera
D Dia telah mengalami kecederaan sewaktu
latihan sukan
2 Bilakah penulis menyedari ibu bapanya telah
berada di hospital?
A Pada hari pertama
B Pada hari kedua
C Pada hari keempat
D Pada hari kelima
3 Apakah tujuan pesakit dibius sebelum diberi
rawatan?
A Supaya pesakit tidak takut
B Supaya pesakit tidak menjerit
C Supaya pesakit dapat bertenang
D Supaya pesakit tidak berasa sakit
4 Berapa harikah penulis berada di dalam wad?
A 2 hari C 4 hari
B 3 hari D 5 hari
5 Pada pendapat anda, bagaimanakah kemalan-
gan seperti ini boleh dielakkan?
A Sentiasa bermain dengan rakan-rakan
sebaya sahaja
B Sentiasa mengikut arahan dan peraturan
ketika berlatih
C Sentiasa membuat latihan dengan bersung-
guh-sungguh
D Sentiasa membuat latihan dengan diawasi
oleh guru sahaja
Pelajaran Minggu Depan:
Kemahiran Bahasa: Kata Hubung,
Kata Sendi Nama Dan Kata Ganti Nama
Kemahiran Membaca Dan Memahami:
Surat Tidak Rasmi
1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
2
3
4
5

You might also like