You are on page 1of 87

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN

DI SURAT KHABAR (MINGGUAN MALAYSIA)





NAZIRA BINTI KERIYA
NO. PEND. 20001-05039



TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJ AZAH
SARJ ANAMUDA PENDIDIKAN



FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJ ONG MALIM


MAC 2003

ii



UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK


PROGRAM BAHASA MELAYU


KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM
IKLAN-IKLAN DI SURAT KHABAR
MINGGUAN MALAYSIA.



OLEH

NAZIRA BINTI KERIYA


Latihan ilmiah ini telah diterima oleh program Kesusasteraan Melayu untuk memenuhi
sebahagian daripada syarat-syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kesusasteraan Melayu (dengan kepujian) Sesi 2002 / 2003



__________________ ____________________
Penyelia. Tarikh
EN. SAMSUDIN BIN SUHAILI
J abatan bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.



______________________ ____________________
Ketua J abatan Tarikh
Program bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.


iii













PENGAKUAN







Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya latihan ilmiah ini ialah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya
catatkan sumbernya.






Tarikh : NAZIRA BINTI KERIYA
No. Pend. 20001-05039















iv


PENGHARGAAN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan keizinan-Nya, saya
dapat menyiapkan dan menyempurnakan penulisan ilmiah ini dengan jayanya walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai kekangan dan halangan.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan buat pensyarah yang
budiman iaitu En. Samsudin Suhaili di atas kesudian beliau memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk menyelenggarakan serta menyempurnakan latihan ilmiah
ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan, tidak mungkin saya meraih
kejayaan yang diingini. Semoga tenaga, masa dan ilmu yang tuan taburkan akan
mendapat ganjaran daripada Allah S. W. T. jua hendaknya. Insya Allah.

J utaan terima kasih juga saya tujukan buat semua pensyarah yang telah
membimbing serta mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya sepanjang pengajaran
di UPSI ini. Segala budi dan jasa yang telah diberikan tidak akan saya lupakan sehingga
ke akhir hayat. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat kakitangan Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perpustaan Negara Malaysia dan tidak lupa juga kepada
kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia di atas perkhidmatan serta kerjasama
yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Seterusnya, sekalung ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang
sentiasa memberi dorongan, kerjasama serta bimbingan yang sedikit banyak telah
membantu saya dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa ini saya tujukan buat suami tercinta, Mohd.
Mahdi Abdullah serta kedua ibu bapa saya yang telah banyak berkorban dan
memberikan dorongan demi kejayaan saya. Segala jasa dan budi kalian tetap
kusemadikan dalam ingatan buat selamanya. Semoga kita sentiasa mendapat Taufik dan
Hidayah serta berada di dalam peliharaan-Nya.


Sekian, wassalam.


NAZIRA BINTI KERIYA
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJ ONG MALIM, PERAK.

v



ABSTRAK



KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN-IKLAN DI
SURAT KHABAR MINGGUAN MALAYSIA



Kajian ini merupakan satu analisis tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam
iklan-iklan di surat khabar Mingguan Malaysia. Dengan andaian terdapat beberapa
kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar tersebut yang boleh menimbulkan
kekeliruan kepada pembaca serta boleh mempengaruhi penggunaan dan pemantapan
bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk melihat dan menganalisis data
mengenai kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat dalam akhbar yang
dikaji. Seterusnya, tumpuan analisis ini juga untuk mengenal pasti serta mencari
kekerapan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dari aspek ejaan, pengimbuhan dan juga
pengaruh bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis
kandungan. Sebanyak 13 naskhah akhbar dipilih sebagai sampel kajian terbitan bulan
Oktober hingga bulan Disember 2002. Pengkaji menggunakan kaedah senarai semak
untuk melihat perbezaan kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian bagi
memnentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara kesalahan-kesalahan
bahasa dari tempoh tersebut. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
terdapat 273 jumlah kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis dalam iklan-iklan
yang dipaparkan melalui akhbar yang dikaji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 130
kesalahan ejaan yang dapat dikesan oleh pengkaji iaitu bersamaan 47.6% dan jumlah ini
merupakan kesalahan yang tertinggi berbanding kesalahan bahasa daripada pengaruh
bahasa Inggeris iaitu sebanyak 111 kesalahan ataupun bersamaan dengan 40.7 peratus.
Seterusnya, kesalahan bahasa dari segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah
kesalahan yang paling sedikit iaitu hanya sebanyak 32 kesalahan sahaja.














vi


ABSTRACT

AN ERROR USAGE OF MALAY LANGUAGE AT THE ADVERTISEMENT IN
NEWSPAPER MINGGUAN MALAYSIA



This study is designed to examine and analyzed data on grammer error and stylist
which have in advertisement at newspaper Mingguan Malaysia. With supposing there
are several an error usage of Malay Language above newspaper which could arise
confusion especially to the reader and also got to influence usage then Malay language
comfortably. The most important thing an objective this study is to see and analyzed
data an error usage of Malay language which there have in studies sample by researcher.
After that, this focus of analized is also for identified and look at for frequentcy mistake
the above language from several aspects like spelling, increation and also about
influence of English language. This studies of hypotesis is an usage about method
library and analyzed contents. There have about thirteen copies of newspaper be chosen
as sample studies by researcher discharge from October until Disember 2002. The
method of list check is used by researcher to see whats difference error of language
whice there have in sample`s studies to got whether exist difference which significant
between the mistake and an error language from the above term. The result of the
studies which be carry out from this sample shown that thera have 273 amounts of an
error about Malay language which done by writer in the advertisement that flated
through from newspaper`s research. From the above amounts, a total of 130 an error
about spelling have found by researcher and its effected is ame to 47.6 percent and
facts, this amounts is the highest of an error if compare language`s mistake about
influencing Englisa language which there have 111 of total an error or identical with
40.7 percent. Therefor, an error of Malay language from the angel comfortably records
are small amount that most lower and there have only 32 mistakes only.















vii



KANDUNGAN

Halaman

PENERIMAAN ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI J ADUAL ix

BAB I PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Permasalahan Kajian 5
1.3 Tujuan Kajian 8
1.4 Soalan/Hipotesis Kajian 10
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Batasan Kajian 12
1.7 Kaedah Kajian 13
1.8 Definisi Operasional 13


BAB II TINJ AUAN LITERATUR

2.1 Literatur Berkaitan 17
2.2 Teori Berkaitan 18
2.3 Kajian Berkaitan 21







viii

BAB III KAEDAH KAJ IAN

3.1 Reka Bentuk Kajian 34
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.3 Alat Kajian 36
3.4 Prosedur Pengumpulan Data 38
3.5 Prosedur Penganalisisan Data 40


BAB IV KEPUTUSAN KAJ IAN

4.1 Perihalan Sampel 43
4.2 Dapatan Kajian 46


BAB V RUMUSAN

5.1 Kesimpulan 63
5.2 Perbincangan 66
5.3 Implikasi Kajian 69
5.4 Cadangan Kajian Lanjut 71

SENARAI RUJ UKAN 75

LAMPIRAN





















ix



SENARAI JADUAL


No. J adual Nama J adual Halaman


1 Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan-iklan 37
Di surat Khabar (Mingguan Malaysia)

2 Tempoh Keluaran Akhbar Mingguan Malaysia Yang Dikaji 39

3 Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Mingguan Malaysia Dari 41
bulan Oktober Hingga Disember 2002

4 Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian (Iklaneka) 45

5 J umlah Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Akhbar 47
Kajian Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002

6 Kekerapan Setiap Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar 49
Kajian

7 Bilangan Dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu 49
Dalam Akhbar Kajian

8 Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar 52
Kajian

9 Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Imbuhan Dalam 56
Sampel Kajian

10 Kekerapan Dan Peratusan Kesalahan Bahasa Daripada 59
Pengaruh Bahasa Inggeris
1




BAB I



PENGENALAN



1.1 Pendahuluan

Kedudukan bahasa Melayu pada hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya
yang sedang mengalami pembangunan pesat dan dalam proses perkembangan ini,
pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya dari segi perubahan bahasa Melayu.
Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya
sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan
juga perbendaharaan kata (Abdullah Hassan: 1996). Maka dengan itu, seluruh
masyarakat seharusnya peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa
Melayu khususnya dari segi ujaran dan penulisan agar langkah-langkah memartabatkan
bahasa Melayu dapat dilaksanakan.

2
J usteru, dalam hubungannya dengan bahasa Melayu kesalahan bahasa yang
berlaku dari sudut penggunaan bahasa tersebut dilihat sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan di negara ini diberi penekanan utama oleh kerajaan
khususnya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam
Perlembagaan Malaysia (perkara 152) ada menyatakan bahawa:

Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan
parlimen.



Pernyataan ini dengan jelas menerangkan bahawa bahasa kebangsaan bagi
negara ini ialah bahasa Melayu. J usteru itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam
semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan
parlimen yang telah ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967 juga dengan jelas
memperuntukkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Untuk memenuhi peranannya sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan
rakyat daripada pelbagai kaum dan keturunan, bahasa Melayu sewajarnya digunakan
secara menyeluruh dan meluas. Bahasa Melayu juga digunakan dalam pelbagai bidang
penulisan untuk menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Tidak
dinafikan bahawa penerbitan buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan hasil
media cetak yang lain secara tidak langsung telah turut memperkembang dan
mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu serta memperluaskan penggunaannya di
segenap lapisan masyarakat.
3
Secara umumnya, penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan lebih mudah
dilakukan memandangkan sebarang kesalahan yang wujud dan yang terdapat dalam
hasil penulisan tersebut dapat dilihat dengan mudah. Di mana-mana sahaja kesalahan
dalam penggunaan bahasa dapat dilihat sama ada di papan-papan tanda, iklan, surat
khabar, majalah, buku teks, dan dokumen rasmi atau tidak rasmi. Dalam pada itu,
penggunaan bahasa dalam hasil-hasil penulisan juga lebih luas tersebar jika
dibandingkan dengan bentuk pertuturan disebabkan bahasa tulisan itu lebih mudah
disebarkan tanpa wujudnya batasan ruang dan waktu.

Sesungguhnya, makna sesuatu kata boleh berubah sekiranya berlaku kesilapan
atau kesalahan penggunaan bahasa. Tanpa disedari atau memang dimaklumi, pelbagai
kesalahan bahasa ini juga wujud dalam hasil penulisan di media-media cetak khususnya
seperti surat khabar. Sememangnya, surat khabar merupakan salah satu daripada wacana
penting bagi menyampaikan serta menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Malahan, akhbar juga berperanan penting ke arah memperkembang dan memartabatkan
bahasa Melayu.

Namun begitu, menurut Corder (1981: 11) kesilapan juga akan berguna kepada
pelajar atau masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam situasi bahasa
tersebut (Arpan Shahbudin Latip: 1998). Ini kerana, kesilapan atau kesalahan yang
berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang individu bahawa bahasa Melayu
sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan dan sewajarnya seluruh
masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam sejarah
perkembangannya. Ahli linguistik kontrastif seperti Nickel (1971), Eliasson (1973) dan
4
J ames (1980) juga sependapat dengan Corder dan mereka memberi pandangan bahawa
kesilapan bahasa boleh diatasi dengan menentukan terlebih dahulu perbezaan dan
persamaan yang wujud dalam perkembangan bahasa dari dulu hingga kini (Arbak
Shahbudin Latip: 1998).

Gejala kesalahan bahasa terutamanya dalam media cetak seperti surat khabar ini
dilihat sebagai sesuatu yang serius dan tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana,
pengaruh untuk membaca surat khabar sangat kuat khususnya di kalangan generasi
muda dan tidak ketinggalan juga golongan profesional serta segenap lapisan masyarakat
waima orang bukan Melayu. Hal ini sekaligus akan menyebabkan mereka menggunakan
bahasa yang salah di segi penguasaan ejaan dan tatabahasa yang betul dan sudah pasti
akan menjejaskan mutu bahasa Melayu itu sendiri.

J usteru itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk melihat dan meneliti kesalahan-
kesalahan bahasa yang sering dilakukan dalam surat khabar yang dikaji bagi membuka
mata pelbagai pihak agar memandang serius akan hal ini kerana perkembangan,
pemantapan serta penggunaan bahasa Melayu yang betul adalah tanggungjawab semua
individu. Sungguhpun skop kajian yang dilakukan oleh pengkaji hanya tertumpu dalam
ruang iklaneka sahaja, namun sedikit banyak kesalahan dalam penggunaan bahasa
Melayu akan turut mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pembaca amnya dari
segi pemantapan bahasa Melayu.



5
1.2 Permasalahan Kajian

Masyarakat sering didedahkan dengan pelbagai pendapat serta spekulasi tentang konsep
bahasa sejak dari dahulu lagi. Secara ringkasnya, bahasa adalah alat komunikasi, alat
berfikir dan alat untuk menghasilkan buah fikiran. J usteru itu, bahasa tidak seharusnya
dibiarkan tumbuh dan tersebar luas secara liar dan tanpa sekatan. Sebagai alat
komunikasi, alat berfikir dan sebagai alat pengwujudan buah fikiran maka bahasa dan
unsur-unsurnya dapat dinilai, diubah, diperbaiki, serta disesuaikan mengikut keperluan
masyarakat.

Umumnya, masyarakat Malaysia boleh menguasai bahasa Melayu dengan
pelbagai cara sama ada melalui pembacaan, berdialog, mendengar pita rakaman,
mengikuti kursus-kursus bahasa dan bagi pelajar pula, lazimnya memperoleh ilmu
bahasa melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sememangnya dalam
hal ini, tiada justifikasi yang teguh untuk menghalang seseorang dari menguasai bahasa.

Bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap dalam proses perkembangannya
bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ismail Dahaman (1992: 43) mengatakan
bahawa kedatangan orang Inggeris yang mula berminat terhadap bahasa Melayu telah
mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu pada abad ke-17 hingga
akhir abad ke-19. Di antaranya termasuklah ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701), ejaan
Rumi J . Hawison (1800), ejaan Rumi William Marsden (1912), ejaan Rumi Negeri-
negeri Selat (1878), ejaan Rumi Swttenham (1881) dan ejaan Rumi Maxwell (1882)
6
yang berpandukan kaedah transliterasi huruf J awi kepada Rumi (Abdul Hamid
Mahmood, 1998: 2)

Selain itu, perancangan ejaan rumi yang pertama di Tanah Melayu pula telah
bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
diketuai oleh R. J . Wilkinson telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan. Bermula
dari tempoh tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan ke arah memantapkan sistem ejaan
Rumi Bahasa Melayu sehinggalah pada 5 Disember 1974 telah diterbitkan Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum sekaligus wujudnya sistem ejaan
baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan pada hari ini (Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Malaysia: 1974).

Walau bagaimanapun, dalam proses perkembangan dan pemantapan bahasa
Melayu masih terdapat ciri-ciri kelemahan yang ketara yang sering dilakukan oleh
penguna-pengguna bahasa khususnya dalam unsur-unsur penyalahgunaan bahasa. Nik
Safiah Karim (1986:2) menyatakan bahawa:

dalam kepesatan pembinaan bahasa Melayu terdapat ciri-ciri kelemahan ke
taraf penguasaan yang agak rendah di kalangan pengguna bahasa. J uga
kelemahan ciri-ciri bahasa yang memperlihatkan unsur-unsur
penyalahgunaan ejaan, struktur ayat, pemilihan kata yang sesuai dan
sebagainya.


Berdasarkan pernyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan
bahasa di kalangan masyarakat amnya dan orang Melayu khasnya masih berada pada
tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Walaupun proses perkembangan bahasa
7
Melayu sudah mengalami proses yang mantap, masih terdapat kesalahan-kesalahan
bahasa yang melibatkan unsur-unsur ejaan, struktur ayat dan pemilihan kata yang
sesuai. Sungguhpun wujud sedikit banyak perubahan dalam perkembangan bahasa
Melayu, seharusnya masyarakat sentiasa peka terhadap perubahan tersebut dan berusaha
memastikan tiada kesalahan bahasa berlaku khususnya dalam bidang penulisan yang
boleh mempengaruhi pembaca khasnya dan seluruh masyarakat amnya.

Dalam dunia yang serba canggih, salah satu cara untuk meningkatkan hasil
jualan adalah dengan menggunakan iklan. Iklan dihasilkan dengan sebegitu rupa agar
barangan yang bakal dipromosi akan mendapat tempat di hati pengguna. Secara tidak
langsung, pengiklanan yang dilakukan akan melibatkan perantaraan media-media cetak
khususnya seperti surat khabar.

Walaupun matlamat akhir iklan adalah untuk mempromosikan dan melariskan
jualan yang merupakan faktor luaran linguistik, hubungannya dengan bahasa memang
tidak dapat dinafikan. Namun demikian, dalam keghairahan untuk melariskan jualan
atau barangan sering berlaku kesalahan-kesalahan ejaan dalam penyampaian iklan yang
dipaparkan tanpa menitikberatkan soal bahasa.

J usteru itu, penulisan kertas ilmiah ini akan menyorot dan membincangkan
tentang penggunaan bahasa khususnya kesalahan ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa
Inggeris yang terdapat dalam surat khabar yang dipilih. Ini kerana, penggunaan bahasa
dalam iklan-iklan di surat khabar juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Dalam
hal ini, para penggunalah yang akan menjadi sasarannya. Tepat atau tidak bahasa yang
8
digunakan bakal membentuk persepsi pengguna, seterusnya mengubah sikap mereka
dan akhirnya mempengaruhi tindakan yang akan dilakukan. Oleh itu, pelbagai pihak
harus sedar dan memainkan peranan yang penting ke arah memartabatkan bahasa
Melayu.


1.3 Tujuan Kajian

1.3.1 Tujuan Umum.

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk melihat dan menganalisis aspek-aspek
kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang terdapat di dalam akhbar yang dikaji iaitu
dari aspek ejaan, penggunaan imbuhan dan perkataan Inggeris yang diMelayukan
(pengaruh bahasa Inggeris). Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada para pembaca mengenai kesalahan-kesalahan bahasa yang
wujud dalam surat khabar Mingguan Malaysia ini.

Seterusnya diharapkan agar para pembaca menyedari dan berwaspada dengan
kesilapan-kesilapan yang telah dibuat serta tidak terpengaruh dan melakukan kesilapan
yang sama khususnya ketika menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam bentuk
penulisan yang berbentuk ilmiah atau tidak dan mungkin juga di segi pertuturan.
Sekaligus ia juga bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu agar tidak
disalahgunakan sewenang-wenangnya khususnya dalam media-media cetak seperti surat
9
khabar kerana ia boleh meninggalkan impak yang negatif ke atas penguasaan bahasa
seseorang individu.


1.3.2 Tujuan Khusus

Secara khususnya, kajian yang dilakukan oleh pengkaji mempunyai beberapa tujuan
tertentu. Di antaranya ialah untuk:

i. Mencari dan meneliti kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-
iklan yang terdapat dalam surat khabar yang dipilih agar pelbagai pihak
menyedari permasalahan ini khususnya pihak yang terlibat dalam
penghasilan akhbar itu sendiri dan golongan pembaca umumnya.
ii. Menganalisis kekerapan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang
berkaitan.
iii. Membandingkan data-data kesalahan bahasa dan bentuk-bentuk kesalahan
dalam iklan yang dipaparkan.
iv. Melihat tahap kepekaan dan penguasaan bahasa seseorang pengarang atau
penyunting akhbar tersebut terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul.





10
1.4 Soalan Kajian

Berdasarkan kepada topik yang telah dipilih, kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat
menghuraikan beberapa persoalan tentang perkara yang dikaji. Di antaranya:

i. Berapa banyak kesalahan-kesalahan bahasa yang wujud dalam iklan-iklan
yang dipaparkan dalam akhbar yang dikaji?
ii. Sejauh manakah tahap penguasaan bahasa atau ejaan yang betul
mempengaruhi hasil penulisan seseorang individu?
iii. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kesalahan-kesalahan
bahasa dalam iklan-iklan di surat khabar.
iv. Apakah jenis kesalahan bahasa yang paling kerap ditemui dalam iklan-iklan
yang dipaparkan?


1.5 Kepentingan Kajian

Surat khabar merupakan salah satu daripada wacana penting yang menyalurkan
maklumat dan memainkan peranan penting ke arah memperkembang dan
memartabatkan bahasa Melayu. Sewajarnya, surat khabar dijadikan medan yang sihat
dalam menyalurkan informasi serta mementingkan aspek bahasa yang jitu dalam setiap
hasil penulisan hatta iklan-iklan kendatipun. Namun demikian, realitinya perkara ini
tidak terlaksana dengan berkesan lantaran sikap pihak-pihak yang terbabit dengan hasil
penulisan akhbar itu sendiri yang tidak peka dan prihatin terhadap kesalahan
11
penggunaan bahasa yang wujud di dalam akhbar mereka. Situasi sebegini secara tidak
langsung memberi tanggapan dan impak yang negatif kepada para pengguna dalam
penguasaan bahasa Melayu.

Oleh itu, kajian ini dibuat dengan alasan agar ia mendatangkan kebaikan kepada
semua pihak baik kepada pengguna atau para pembaca mahupun kepada penyunting
surat khabar itu sendiri supaya sentiasa memastikan penggunaan bahasa Melayu yang
menepati peraturan dan hukum-hukum bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sekaligus,
dapat mewujudkan satu perasaan celik akal bahawa mereka sebenarnya telah
mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan menyimpang daripada
landasan yang sebenar.

Selain itu, hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat
kepada para pembaca atau pengguna kerana di samping menikmati iklan-iklan yang
dipaparkan di dada akhbar seharusnya pembaca juga dapat memantapkan penggunaan
bahasa Melayu melalui aspek-aspek bahasa yang dapat dicontohi atau peka kepada
kesalahan-kesalahan yang harus dielakkan serta tidak terpengaruh dengan kesilapan
tatabahasa yang dilakukan.

Seterusnya, pengkaji juga mengharapkan agar kajian yang dilakukan ini dapat
menyedarkan pihak yang terlibat dengan hasil penulisan atau penerbitan iklan-iklan di
surat khabar bahawa dalam mengejar keuntungan, mereka juga turut memainkan
peranan ke arah menyemarakkan penggunaan bahasa yang betul. Ini kerana,
penggunaan bahasa Melayu yang betul akan turut mendorong pembaca menggunakan
12
bahasa yang betul dan tepat. Seterusnya sebarang kelemahan dan salah tafsir dapat
dielakkan sekaligus membantu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di
negara ini.


1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk ini dibataskan kepada
pemerhatian dan penelitian kepada iklan-iklan yang terdapat dalam surat khabar
Mingguan Malaysia keluaran dari bulan Oktober hingga Disember 2002. Berdasarkan
kepada tempoh ini, sebanyak 13 naskhah surat khabar dijadikan bahan pemerhatian atau
persampelan oleh pengkaji dan pemilihan untuk tempoh ini dibuat memandangkan
tempoh tersebut melibatkan perayaan-perayaan yang besar seperti Deepavali, Krismas
dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya, hasil daripada dapatan tersebut pengkaji akan menganalisis iklan-
iklan yang dipaparkan di surat khabar yang dipilih berdasarkan kepada kesalahan-
kesalahan bahasa yang wujud di dalam akhbar tersebut. Kesalahan bahasa yang dikaji
termasuklah kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan perkataan
yang mendapat pengaruh daripada bahasa Inggeris.




13
1.7 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah melibatkan kaedah
perpustakaan dan juga kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah perpustakaan, bahan-
bahan ilmiah yang berkaitan dengan kajian ini dijadikan rujukan oleh pengkaji. Bahan-
bahan tersebut termasuklah buku-buku, majalah, jurnal dan juga kertas kerja yang
berkaitan dengan tajuk yang dikaji.

Seterusnya melalui kaedah analisis kandungan pula, pengkaji merujuk kepada
hasil penulisan iklan-iklan yang dipaparkan dalam surat khabar Mingguan Malaysia dan
membuat penelitian serta pemerhatian terhadap bahasa yang digunakan. Data-data yang
berkaitan dengan kesalahan-kesalahan dari aspek ejaan, imbuhan dan pengaruh bahasa
Inggeris tersebut seterusnya diteliti dan merekodkannya untuk tindakan memperbaiki
kesalahan yang dilakukan.


1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Kesalahan bahasa

Nik Safiah Karim (1986: 132) dan Awang Sariyan (1984: 50) mendefinisikan kesalahan
bahasa sebagai penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa atau
peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan,
pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Za`ba (1965), Asmah Hj. Omar
14
(1980) dan Arbak Othman (1981) menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah
penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan bahasa yang baku (Azizah Hj.
J amali: 1999)

1.8.2 Penggunaan

Atan Long (1980: 167) menjelaskan konsep penggunaan adalah kebolehan pengetahuan
dalam situasi yang baru. Ini termasuklah penggunaan pelbagai aturan, konsep, kaedah,
prinsip, undang-undang serta teori.

1.8.3 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang berketurunan Melayu atau bangsa
Melayu. Istilah Melayu telah mula ditemui dalam tulisan Cina sebagai Mo-Lo You
pada tahun 644 atau 645 Masihi. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah
memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan
bagi negara Malaysia.

1.8.4 Iklan-iklan

Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud khabar yang
disiarkan. Asmah Hj. Omar (1984: 1) mengatakan bahawa di Malaysia, makna iklan
telah disempitkan menjadi sesuatu yang hendak disuguhkan, dipelawa, ditawarkan dan
dijual.
15
Seterusnya Frank J efkins (1979: 123) dalam bukunya yang berjudul
Advertising Today mendefinisikan pengiklanan sebagai satu usaha menyebarkan atau
memperkenalkan barangan kepada masyarakat dengan harapan agar dapat mewujudkan
dan menambahkan permintaan.

Bagi Mansor Ahmad Saman et al. (1984: 98) pula mengatakan bahawa iklan
adalah satu proses penyebaran maklumat untuk menghebahkan, memaparkan, menaja
serta menggalakkan pembelian atau penerimaan sesuatu barangan, idea atau
perkhidmatan atas tajaan sesuatu pertubuhan.

1.8.5 Surat khabar

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 1326) mendefinisikan surat khabar sebagai kertas
bercetak yang memaparkan atau menyiarkan berita dan lain-lain (umumnya yang
diterbitkan hari-hari atau harian).

1.8.6 Ejaan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:327) mendefinisikan ejaan sebagai suatu kaedah atau
cara menulis perkataan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu merangkumi
aspek-aspek keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman khususnya
daripada Bahasa Inggeris, awalan dan kata sendi di dan ke, kata ganti singkat serta
partikel.

16
1.8.6 Imbuhan

Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-
bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Bentuk-bentuk imbuhan
dalam bahasa Melayu ialah awalan, akhiran, sisipan dan apitan (Awang Mohd. Amin:
1982).


















17




BAB II



TINJAUAN LITERATUR



2.1 Literatur Berkaitan

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu merupakan suatu perkara yang lazim dan sering
ditemui baik di media-media cetak, di papan-papan tanda mahupun di mana-mana
sahaja. Kesalahan dalam penggunaan bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan oleh
penutur atau individu yang tidak cekap dan tidak berpengetahuan dalam bahasa semata-
mata. Hal ini demikian, kerana menurut Awang Sariyan (1979: 9) menegaskan bahawa
punca kemerosotan dan kesilapan bahasa antaranya ialah faktor gangguan dialek dan
pengaruh bahasa kedua (Arpan Shahbudin Latip: 1998).

Menyedari akan hakikat ini, pelbagai kajian yang berkaitan dengan kesalahan-
kesalahan bahasa telah diberi perhatian oleh pengkaji-pengkaji bahasa sama ada dari
18
negara Barat mahupun oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Hasil daripada kajian-kajian
yang dilakukan telah mendorong pengkaji untuk membuat generalisasi dan kajian
tertentu dan diharapkan kajian ini mampu menjadi panduan kepada generasi baru dalam
menjalankan penyelidikan. Seterusnya pengkaji juga berharap agar kajian yang
dilakukan ini dapat memaparkan dapatan-dapatan terbaru ke arah memperbaik serta
memartabatkan bahasa Melayu.


2.2 Teori Berkaitan

Abd. Hamid Mahmood (1997) menyatakan bahawa penyelidikan terhadap tatabahasa
biasanya dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-
bunyi bahasa dan keduanya dari segi perkataan itu disusun menjadi ayat. Arpan
Shahbudin (1998) pula menegaskan bahasa tatabahasa merupakan satu teori bahasa
yang menghuraikan dengan lengkap hingga ke peringkat penghuraian yang begitu jelas
tentang kebolehan intrinsik penutur bahasa itu sendiri. Menganalisis kesalahan bahasa
bermaksud satu kajian yang dilakukan untuk menganalisis kesilapan tatabahasa yang
sering terdapat dalam bahan-bahan bacaan.

Bidang kajian ini mula berkembang setelah timbulnya kesedaran tentang
kepentingan tatabahasa dalam berbahasa dan juga kesilapan bahasa yang dilakukan
(Raminah: 1982). Menurut Lutfi Abas (1987: 169), beliau mengatakan bahawa
kesalahan bahasa boleh terjadi oleh faktor-faktor kajahilan, gangguan psikologi,
falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan,
19
pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing. Selain itu, kesilapan juga boleh
berlaku disebabkan faktor gangguan daripada bahasa ibunda (J uriah, 1994: 310).

Di samping itu, Koh Boon Boon dan Nik Safiah Karim (1989) pula menjelaskan
bahawa tatabahasa adalah satu cara yang jelas untuk memisahkan struktur tidak
gramatis dan gramatisnya sesuatu ayat. Kegramatisan ayat ini bukan sahaja diukur
dengan kebolehan menaakul bahkan wujud teori pemerolehan bahasa yang dapat
dikaitkan dengan penguasaan tatabahasa seseorang. Secara tidak langsung, kebolehan
serta tahap penguasaan bahasa seseorang individu boleh dikaitkan dengan teori
pemerolehan bahasa.

Dalam kajian tentang teori yang berkaitan, pengkaji cuba mengupas teori
Linguistik Behaviorisme atau disebut juga sebagai teori Bloomfield (1887-1949).
Bloomfield merupakan ahli bahasa yang digelar sebagai American Structuralism
(Lepschy Ginlio, 1970: 84). Konsep ini menerangkan bahawa semua pelajaran bahasa
wujud melalui pengumpulan tabiat, iaitu pembentukan kebiasaan yang berkaitan antara
ransangan dengan gerak balas.

Semua gerak balas pembelajaran berlaku disebabkan ransangan dan gerak balas
ini adalah suatu aktiviti yang dapat diperhatikan. Seseorang itu dikatakan belajar
daripada perlakuan baru dan perubahan perlakuan sama ada dengan menguatkan atau
melemahkan pola perlakuan yang lama hasil daripada latihan. Pengukuhan merupakan
unsur penting dalam pembentukan kebiasaan dengan kehadiran ransangan.

20
Teori ini juga dikenali sebagai teori struktur atau linguistik deskriptif (Lim Kiat
Boey, 1975: 27). Menurut teori ini menganalisis bahasa berdasarkan data yang dapat
diuji adalah bertujuan menghuraikan sesuatu contoh (sampel) sesuatu bahasa dan tidak
menghuraikan seluruh bahasa itu. Oleh sebab itu, Bloomfield menitikberatkan kajiannya
pada bahasa yang dapat diamati. Kesimpulannya, menurut teori ini bahasa dianalisis
dengan melihat bahagian-bahagiannya dan hubungannya di antara satu bahagian dengan
bahagian yang lain. Analisis ini disebut analisis konstituen terdekat.

Kaedah analisis bahasa menurut teori ini bagi pendapat pengkaji adalah sesuai
digunakan dalam kajian ini. Mengikut teori ini, huraian tentang kesalahan bahasa dibuat
dengan melihat kesalahan menurut jenis-jenis (golongan) tertentu. Berdasarkan
pandangan yang dikemukakan oleh Bloomfield, analisis kesalahan bahasa pada amnya
bertujuan untuk mengesan dan mengenal aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah
kepada penulis agar masalah itu dapat diatasi.

Berdasarkan idea-idea tersebut, pengkaji cuba mengaitkan tentang kesalahan
bahasa dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan yang
berkaitan dengan kesalahan morfologi, kesalahan ejaan dan pemilihan kata. J usteru itu,
pengkaji berpendapat bahawa apabila mengaitkan aktiviti membaca dan bahan bacaan,
aspek yang harus dipentingkan ialah ketepatan bahasa, kebenaran ejaan dan juga sistem
tatabahasa yang betul. Ini amat penting bagi membolehkan seseorang pembaca dapat
memahami serta mengetahui maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh
penyunting atau pengarang di samping penggunaan bahasa yang betul dan tepat.

21
2.3 Kajian Berkaitan

Berdasarkan subtopik ini, pengkaji telah meneliti beberapa kajian terdahulu yang
berkaitan dengan tatabahasa, kesalahan ejaan dan juga kajian yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa dalam media-media cetak. Melalui kajian-kajian yang telah dibuat
oleh pakar bahasa tersebut, jelas menunjukkan bahawa wujudnya minat yang mendalam
di kalangan pencinta-pencinta bahasa untuk mengkaji tatabahasa dan kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai sektor sama ada dalam bentuk penulisan
atau pertuturan.

Hal ini juga sekaligus, jelas menunjukkan bahawa kajian tentang bahasa tidak
pernah menemui noktahnya sejak dari sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan
hinggalah pada masa kini. Walaupun pelbagai pendedahan serta kajian dilakukan
terhadap penggunaan bahasa Melayu, masih juga berlaku kesalahan-kesalahan bahasa
dalam pelbagai bidang contohnya seperti kajian yang dibuat oleh pengkaji.


2.3.1 Kajian Barat

Menurut Brown (1980) dalam kajiannya mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh
berlaku sama ada oleh pengguna bahasa pertama atau pengguna bahasa kedua. Menurut
beliau, kebolehan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa pertama bukanlah
disebabkan oleh kurangnya kecekapan pengguna itu terhadap bahasanya tetapi
disebabkan oleh masalah proses penglahiran bunyi bahasanya iaitu perlakuan bahasa.
22
Penglahiran bunyi tersebut ialah penggunaan perkataan imbuhan, frasa, klausa dan ayat.
Ini dapat difahami berdasarkan dua perkataan istilah yang beliau gunakan iaitu
kecekapaan dan perlakuan yang merupakan istilah tatabahasa transformasi-generatif.

Chomsky (1965) pula berpendapat, seseorang penutur bahasa pertama memiliki
dua keupayaan iaitu kecekapan dan perlakuan dengan syarat seseorang itu adalah
manusia normal dari segi mental dan fizikalnya. Bagi Chomsky, istilah kecekapan
merujuk kepada keupayaan seseorang memahami makna bahasa yang dipelajari
mengikut sistem tatabahasa yang menjadi milik bahasa itu manakala istilah perlakuan
pula merujuk kepada keupayaan seseorang melahirkan penglahiran bunyi bahasanya
melalui sistem lambang linguistik, termasuk juga sistem yang dilahirkan melalui
penulisan.

Menurut beliau lagi, kecekapan ini merujuk kepada struktur dalaman yang
berkaitan dengan makna dan perlakuan merujuk kepada struktur luaran yang ada pada
sesuatu bahasa sebagai unsur yang dapat didengar melalui bahasa lisan serta dapat pula
dilihat melalui bahasa penulisan. Bagi Chomsky, seseorang penutur natif sesuatu bahasa
diandaikan mempunyai pengetahuan yang cukup tentang rumus-rumus dan sistem-
sistem bahasa ibundanya. Dalam pada itu, mereka juga kerap mengeluarkan ujaran-
ujaran yang tidak gramatis dan melakukan kesalahan bahasa dalam tulisan.

Oleh itu, berdasarkan kedua-dua penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa
kesalahan bahasa pertama adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang individu itu
mengeluarkan semula sistem bahasa yang tersimpan dalam mentalnya sama ada melalui
23
bahasa lisan ataupun melalui penulisan. Dalam proses penglahiran semula itulah
berlakunya keraguan, kesilapan pemilihan aspek-aspek bahasa secara rawak tanpa
tatabahasa yang betul serta kesilapan-kesilapan yang lain.

Brown (1980) berpendapat bahawa semua hal yang berkaitan dengan kesalahan-
kesalahan bahasa tersebut dapat digolongkan sebagai ketidaksempurnaan penglahiran
bahasa. Beliau seterusnya mengatakan bahawa ketidaksempurnaan itu ada banyak
sebabnya. Di antaranya ialah pengalaman seseorang menguasai bahasanya sejak kecil
atau dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa serta pengalaman secara formal dan
tidak formal.

Pendapat Brown ini diperkukuh lagi dengan pendapat Mc. Neill (1968) yang
menyatakan seseorang pengguna bahasa pertama menguasai bahasanya secara
berperingkat-peringkat mengikut peringkat umur dari zaman kanak-kanak hingga ke
zaman dewasa. Beliau berpendapat proess penguasaan bahasa pertama itu bukanlah
bererti semakin meningkat umur seseorang itu semakin kuranglah kesalahan bahasa
yang dilakukannya, tetapi keadaan yang berlainan pula yang berlaku pada setiap
peringkat umur yang dilalui oleh seseorang itu.

Pada kebiasaannya, seseorang pengguna bahasa terpaksa menggunakan
bahasanya mengikut keadaan orang yang seperingkat dengannya. Keadaan ini
menyebabkan seseorang itu terpaksa mengubah dan meninggalkan aspek-aspek
tatabahasa dalam penggunaan perkataan, imbuhan, frasa, klausa dan ayat dalam
bahasanya semata-mata kerana ingin menyesuaikan diri dengan kumpulan sebayanya.
24
Seterusnya, Mc. Neill mengatakan dalam proses peningkatan dari satu peringkat ke satu
peringkat umur itulah seseorang pengguna bahasa boleh terpengaruh dengan pemilihan
aspek-aspek bahasa secara rawak tanpa mengikut rumus-rumus tatabahasa yang betul.


2.4 Kajian Tempatan

Isu tentang kesalahan bahasa telah hangat diperkatakan dan mendapat perhatian
daripada pengkaji-pengkaji tempatan sejak sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha
dilakukan ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan mula mendapat perhatian yang
serius dalam tahun 1956 apabila soal tentang ejaan Rumi telah dibincangkan dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 (Abd. Hamid Mahmood: 1998).
Antara lainnya, kajian tentang kesalahan bahasa ini juga telah dilakukan oleh Zainal
Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za`ba pada tahun 1965 dan beliau adalah di
antara pengkaji-pengkaji terawal yang membuat kajian tentang isu ini.

Awang Sariyan (1983) dalam kajiannya mengatakan bahawa pencemaran bahasa
boleh berlaku dengan pelbagai cara. Kebiasaannya pencemaran bahasa tersebut terjadi
apabila sistem bahasa Melayu tidak dipatuhi sehingga timbulnya bentuk-bentuk bahasa
yang salah. Mengikut kajian beliau lagi, kesalahan bahasa dalam sistem ejaan bahasa
Melayu kerap berlaku khususnya dari segi keselarasan vokal, kekecualian keselarasan
vokal, kata pinjaman khususnya daripada bahasa Inggeris, awalan kata sendi di dan
ke, kata ganti singkat dan terakhir ialah dari segi partikel.

25
Menurut beliau juga, fakta tentang struktur bahasa yang salah dalam sukatan
pelajaran, buku-buku teks, bahan bacaan umum dan sebagainya amat mempengaruhi
corak bahasa yang digunakan di kalangan masyarakat khususnya kepada para pelajar.
J ika usaha pemulihan tidak dilakukan, pencemaran bahasa ini akan terus berlaku dan
membentuk suatu lingkaran yang tidak sihat.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa usaha untuk mengatasai masalah
pencemaran bahasa haruslah dimulakan dan direncanakan dengan sedemikian rupa agar
setiap individu mampu menguasai sistem bahasa bukannya sekadar mengetahui
beberapa aspek struktur bahasa sahaja. J usteru itu, tahap penguasaan bahasa Melayu
haruslah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi agar setiap individu memainkan
peranan dan tanggungjawab masing-masing ke arah memartabat serta memantapkan
bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (1989: 34) pula menegaskan bahawa penggunaan bahasa
dalam bentuk tulisan lebih mudah dilakukan dan sebarang kesalahan juga dapat dilihat
dengan mudah. Sebagai contoh, wujud kesalahan dalam penggunaan bahasa seperti di
papan tanda, di surat khabar, majalah, buku teks dan surat atau dokumen rasmi atau
tidak rasmi. Beliau juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan
lebih luas tersebar berbanding bentuk pertuturan kerana bahasa tulisan lebih mudah
disebarkan tanpa batasan ruang dan waktu. Selain itu, kesalahan-kesalahan ini juga
mungkin lebih mudah dikuatkuasakan dan dapat dikawal.

26
Di samping itu, Abdullah Hassan melalui kajiannya berpendapat bahawa
kesalahan ejaan biasanya berlaku dari segi sistem keselarasan huruf vokal, pengejaan
imbuhan, partikel, gabungan kata-kata pinjaman, nama tempat, nama orang dan kata
istilah khusus. Seterusnya, dalam kajiannya juga beliau telah mengenal pasti beberapa
kesalahan bahasa dari segi ejaan yang dipetik daripada Laporan J awatankuasa
Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1981). Berdasarkan kajian yang dilakukan,
pengkaji membuat kesimpulan seperti berikut:


J enis-jenis Kesalahan

J umlah
K1 13
K2 14
K3 3
K4 35
K5 2
K6

K1 =Kesalahan huruf vokal
K2 =Kesalahan penggunaan imbuhan
K3 =Kesalahan penggunaan partikel
K4 =Kesalahan penggunaan kata-kata pinjaman
K5 =Kesalahan penggunaan kata nama
K6 =Kesalahan penggunaan kata-kata lain (istilah khusus)

27
Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa kesalahan bahasa yang
kerap berlaku ialah kesilapan penggunaan kata-kata pinjaman. Ini menerangkan bahawa
tahap penguasaan bahasa Melayu seseorang individu masih dipengaruhi oleh unsur-
unsur bahasa asing berbanding kesalahan-kesalahan lain. Menurut beliau, sistem ejaan
bahasa Melayu di kalangan masyarakat penutur masih dipengaruhi oleh bahasa
Indonesia, bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris.

Seterusnya, Abdul Hamid Mahmood (1989) dalam kajiannya yang bertajuk
Kesalahan Frasa dan Ayat mengatakan bahawa penyalahgunaan bahasa Melayu sering
berlaku dalam aspek sebutan, ejaan, kata, frasa dan ayat. Beliau juga pernah mengkaji
kesalahan penggunaan bahasa dalam media cetak termasuklah akhbar-akhbar tempatan.

Hasil daripada kajiannya, beliau berpendapat bahasa Melayu yang digunakan
dalam penerbitan buku-buku, majalah dan penerbitan bersiri adalah lebih baik
khususnya jika dilihat dari segi penyampaian maksud kepada pembacanya. Namun
begitu, umumnya penggunaan bahasa Melayu dalam buku-buku adalah lebih tinggi
mutunya berbanding bahan-bahan penerbitan seperti akhbar-akhbar harian dan
mingguan yang didapati lebih rendah mutu bahasanya, terutama dari segi ejaan, istilah-
istilah dan penyusunan ayat (Abdul Hamid Mahmood: 1989).

Nor Hashimah J alaluddin (1993) dalam J urnal Pendidikan Bahasa menegaskan
bahawa sungguhpun matlamat akhir iklan adalah untuk melariskan jualan, namun
hubungannya dengan bahasa tidak dapat dinafikan. Beliau juga mengemukakan
pendapat yang diutarakan oleh Asmah Hj. Omar yang mengatakan bahawa masalah
28
kekaburan yang wujud dalam iklan adalah berpunca daripada sikap individu yang tidak
mengendahkan bahasa. Sememangnya tujuan melariskan jualan merupakan faktor luar
bahasa walaupun dalam proses melariskan barangan ini, peranan bahasa adalah amat
penting (Asmah Hj. Omar: 1984).

Menurut Nor Hashimah lagi, berbagai-bagai kaedah dilakukan untuk menarik
perhatian pengguna seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu barangan.
Kaedah tersebut termasuklah penggunaan bahasa yang mempunyai matlamatnya sendiri
dan dalam hal ini penggunalah yang menjadi sasarannya. Antara matlamatnya ialah
untuk membentuk persepsi para pengguna, mengubah sikap dan akhirnya
mempengaruhi tindakan mereka. J usteru itu, bahasa diolah dengan sebegitu rupa agar
mampu mencapai sasaran dan matlamatnya walaupun adakalanya pemilihan kata dalam
iklan-iklan yang dipaparkan telah menyebabkan wujudnya kekaburan khususnya
kesalahan dari struktur bahasa.

Selain itu, Asiah Idris dalam J urnal Dewan Bahasa (J ulai 1996) mengatakan
akhbar berperanan sebagai egen pembina dan pengembang bahasa Melayu yang
menyebarkan maklumat kepada orang ramai walaupun wujud pelbagai saluran
komunikasi massa seperti radio dan televisyen malahan melalui komunikasi canggih
seperti Internet. Walau bagaimanapun, hal ini tidak terlaksana dengan berkesan kerana
masih wujud kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar-akhbar yang dikaji.
Beliau mengemukakan hasil Laporan J awatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia (LJ MPBM) yang mengatakan bahawa:

29
Bahasa Malaysia yang digunakan dalam penerbitan buku dan penerbitan
bersiri adalah baik dari segi penyampaian maksud kepada pembaca. Walau
bagaimanapun apabila dibandingkan antara buku dengan penerbitan bersiri
seperti majalah mingguan atau dwi mingguan, didapati pada umumnya
bahasa Malaysia di dalam buku lebih tinggi mutunya. Penerbitan seperti
akhbar harian atau mingguan didapati lebih rendah mutu bahasanya,
terutama sekali dari segi penggunaan ejaan, istilah dan penyusunan ayat.



Berdasarkan laporan tersebut, dapatlah dikatakan bahawa penggunaan bahasa
Melayu dalam akhbar-akhbar tempatan masih rendah mutu bahasanya khususnya dari
segi kesalahan bahasa. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan bahasa yang
digunakan dalam penerbitan buku. Ini kerana bahasa yang digunakan lebih tinggi
mutunya dan penggunaan bahasanya secara keseluruhan adalah lebih baik.

Penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dengan laras bahasa yang
sesuai serta gaya yang berkesan amat penting dalam sebarang penulisan sama ada dalam
buku, majalah mahupun surat khabar. Peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul
dalam penulisan-penulisan di akhbar telah mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh
bahasa dan ramai yang bersetuju bahawa akhbar bukan sahaja penyampai berita dan
maklumat semata-mata malahan merangkumi aspek-aspek bahasa. Hal ini ditegaskan
oleh Awang Sariyan (1984) yang mengatakan bahawa:

Oleh sebab demikian pentingnya akhbar kepada manusia, maka kaedah
penulisannya turut manjadi penting juga. Sehubungan dengan itu, bahasa
memainkan peranan yang penting sekali untuk menjamin mutu berita yang
baik.

30
Selain itu, Asiah Idris (1996) juga menjelaskan bahawa pentingnya penggunaan
bahasa yang baik dalam akhbar turut ditegaskan oleh Stovall et al. (1984) melalui
peranan editor akhbar yang menurutnya harus menguasai tatabahasa. Menurut Stovall:

The job of editor, however, is not to change language but to use it. To do
so effectively requires knowning the basic rules and conventions. Editors
should know thoroughly the eight basic parts of speech (noauns, verbs,
adjective, adverbs, pronouns, conjunctions, interjections and prepositions),
and the basic unit of the English usage (the sentence) and its two parts
(subject and predicate).


Berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh Stovall, jelas menunjukkan bahawa
pentingnya penggunaan bahasa yang sistematik dan tepat dalam surat khabar adalah
menjadi tanggungjawab semua individu khususnya editor atau pengarang akhbar itu
sendiri. Menurut beliau, seseorang pengarang atau penyunting sesebuah akhbar
seharusnya mempunyai lapan pengetahuan asas bagi memastikan hasil penulisan yang
efektif dan berkesan dari segi penggunaan bahasa yang betul. Pengetahuan asas yang
dimaksudkan ialah merangkumi aspek tatabahasa dan morfologi yang bersesuaian
mengikut konteks penulisan mereka dalam surat khabar. Sehubungan dengan itu,
Awang Sariyan amat menekankan dua aspek bahasa yang penting iaitu pembinaan
wacana yang berkesan dan tatabahasa sebagai asas penulisan di surat khabar (Asiah
Idris: 1996).

Arpan Shahbudin Latip (1998) pula menegaskan bahawa kesilapan atau
kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu bukanlah disebabkan penutur jati yang
tidak cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Malah beliau memetik kata-
kata Corder yang menganggap kesilapan juga biasanya berpunca daripada tindakan
31
penutur yang melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu bahagian
ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata sehingga ayat-ayat
yang dibentuk mengandung kesilapan (Corder, 1973: 258). Selain itu, beliau juga
menjelaskan bahawa pendapat yang dikemukan oleh Corder bersesuaian dengan
pandangan Ray (1963), Nik Safiah Karim (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran
(1984) yang menegaskan kesilapan bahasa berlaku dengan adanya penggunaan aspek-
aspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.

Menurut Arpan Shahbudin lagi, kesalahan bahasa juga boleh berlaku apabila
pengguna-pengguna bahasa tersebut keliru atau tidak mampu memahami penggunaan
aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan. Beliau mengemukakan pendapat
yang diutarakan oleh Awang Sariyan (1980: 3) yang mengatakan bahawa masih
terdapat banyak kesalahan bahasa yang dikenal pasti dalam penggunaan bahasa Melayu
pada peringkat tulisan khususnya dari segi ejaan, kesilapan morfologi dan sintaksis.

Di samping itu, beliau juga mengemukakan pendapat yang diutarakan oleh Lutfi
Abas (1987:169) yang menerangkan bahawa kesilapan pemilihan kata boleh disebabkan
oleh beberapa faktor. Antaranya termasuklah faktor-faktor kejahilan, gangguan
psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa Malaysia, takrif bahasa baku, penguasaan nahu,
pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing.

Seterusnya, kajian yang berkaitan dengan kesalahan bahasa Melayu juga telah
dibuat oleh Awang Sariyan (2000). Berdasarkan buku tersebut, beliau telah membuat
kajian untuk mengenal kesalahan umum dalam penggunaan bahasa Melayu dalam
32
pelbagai sektor dan bidang, iaitu dalam bab dua belas. Melalui kajian yang dilakukan,
beliau mengemukakan kesalahan bahasa yang wujud dalam sektor pentadbiran yang
melibatkan penggunaan bahasa dalam dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh sektor
tersebut. Kesalahan bahasa yang dimaksudkan termasuklah kesalahan ejaan, kesalahan
penggunaan atau pemilihan kata, kesalahan imbuhan, kesalahan susunan kata dan juga
kesalahan ayat.

Selain itu, beliau juga telah membuat kajian tentang kesalahan bahasa dalam
sektor pendidikan. Hasil kajian yang dilakukan, beliau menegaskan bahawa kesalahan
penggunaan bahasa Melayu juga tetap wujud dalam sektor pendidikan khususnya dalam
sukatan pelajaran bahasa Melayu yang telah dikaji oleh beliau. Kesalahan yang nyata
dapat dilihat ialah dari sudut fakta bahasa dan juga dari segi struktur ayat.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, pelbagai bentuk kesalahan
penggunaan bahasa Melayu telah diberi perhatian oleh pencinta-pencinta bahasa dalam
hasil kajian dan penulisan mereka. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dibincangkan
termasuklah kesalahan ejaan, tatabahasa, morfologi dan sintaksis. Pelbagai persepsi
diberikan berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah
kesalahan bahasa ini. Namun begitu, sungguhpun pelbagai kajian berkaitan bahasa
Melayu telah dilakukan tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak berlaku
penyelewengan atau kesalahan bahasa Melayu sama ada di papan-papan tanda, media-
media elektronik mahupun media-media massa.

33
Hal ini jugalah yang telah menarik minat pengkaji untuk melakukan kajian
berkaitan kesalahan penggunaan bahasa seterusnya cuba memberi kesedaran kepada
pelbagai pihak dan mengambil langkah untuk memperbaik kesalahan-kesalahan
berkenaan. Selanjutnya, pengkaji juga mengemukakan beberapa pandangan yang
diharapkan dapat mengurangi kesalahan tersebut daripada terus-menerus berlaku. Ini
kerana, surat khabar merupakan salah satu daripada media utama yang menyalurkan
maklumat sekaligus menjadi medan ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

















34




BAB III



KAEDAH KAJIAN



3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa
Melayu yang terdapat dalam iklan-iklan di surat khabar yang dikaji. Untuk
menyempurnakan tugasan ilmiah ini, Dua langkah atau kegiatan yang dilakukan oleh
pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan pengumpulan data menerusi kaedah
perpustakaan dan kajian tinjauan.

Melalui kaedah perpustakaan, kajian dilakukan dengan merujuk buku-buku yang
berbentuk akademik yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa sama ada oleh pengkaji-
pengkaji tempatan mahupun oleh pengkaji-pengkaji dari negara luar. Pandangan atau
pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa tersebut yang berkaitan
35
dengan kesalahan bahasa khususnya tentang kesalahan ejaan dan juga tatabahasa diolah
semula oleh pengkaji bagi membuktikan wujudnya kesalahan penggunaan bahasa
Melayu di media-media cetak yang perlu diberi perhatian dan harus diperbaik dari
semasa ke semasa.

Selain itu, bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang wujudnya kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dalam media cetak iaitu akhbar Mingguan Malaysia telah
dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Akhbar Mingguan Malaysia merupakan salah
satu daripada akhbar tempatan yang turut menjadi pilihan di kalangan pembaca sebagai
sumber informasi dan maklumat terkini. Iklaneka yang terdapat dalam akhbar ini
dijadikan pilihan dan bahan kajian oleh pengkaji kerana akhbar ini diterbitkan pada
setiap hujung minggu dan dalam tempoh sebulan hanya terdapat empat keluaran sahaja.

Secara tidak langsung, pemilihan dan pemerhatian daripada sampel ini akan
memudahkan pengkaji membuat pengumpulan data dan tinjauan tentang kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan yang dipaparkan. Kesalahan-kesalahan
bahasa dari segi ejaan, penggunaan imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris dalam
ruangan berkenaan dikaji dan diteliti untuk melihat kesalahan-kesalahan yang
dilakukan.





36
3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Pengkaji telah memilih salah satu daripada akhbar tempatan yang terdapat di Malaysia
sebagai bahan kajian iaitu akhbar Mingguan Malaysia. Sebanyak 13 naskhah surat
khabar tersebut dianalisis iaitu keluaran dari bulan Oktober hingga bulan Disember
2002. Rasional pemilihan akhbar Mingguan Malaysia sebagai bahan kajian ialah
berdasarkan popularitinya selain daripada akhbar-akhbar tempatan yang lain khususnya
di kalangan pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Berdasarkan bahan kajian yang dipilih, pengkaji mencatat kesalahan
penggunaan bahasa Melayu yang terdapat dalam iklaneka yang dipaparkan. Aspek
kesalahan bahasa yang diberi perhatian ialah dari segi kesalahan ejaan, kesalahan
penggunaan imbuhan, kesalahan pinjaman daripada perkataan Inggeris untuk dijadikan
sampel kajian. Di samping itu, pengkaji akan meneliti dan menganalisis aspek
kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berkenaan seterusnya membuat
penganalisisan dan peratusan berkaitan kesalahan-kesalahan tersebut.


3.3 Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji memperoleh data-data melalui kesalahan-kesalahan bahasa
yang terdapat dalam akhbar yang dijadikan sampel kajian. Setiap ruang iklaneka yang
dipaparkan khususnya promosi barangan atau jualan pada hari perayaan, diteliti untuk
mencari kesalahan dalam aspek ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan pengaruh
37
bahasa Inggeris. Seterusnya, kesalahan yang ditemui dikelompokkan mengikut kategori
kesalahan yang telah ditentukan iaitu pengkaji menggunakan kaedah senarai semak.

Setiap senarai semak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian demi memenuhi
aspek kesilapan atau kesalahan bahasa yang hendak dikaji. Kekerapan kesalahan
penggunaan bahasa Melayu akan dilihat berdasarkan banyaknya kesalahan yang ditemui
dan juga berdasarkan hukum tatabahasa yang betul. Selain itu, jadual senarai semak ini
akan memudahkan pengkaji mengesan kesalahan penggunaan bahasa yang kerap
dilakukan dalam iklaneka yang dipaparkan melalui sampel kajian yang dipilih. Setiap isi
kandungan jadual akan dibahagikan dan akan dihurai hasil dapatannya dalam bab yang
seterusnya. Rujuk jadual 1 di bawah:

J adual 1
Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu
Dalam Iklan-iklan di Surat Khabar (Mingguan Malaysia)


Bulan

Kesalahan Ejaan


Kesalahan Imbuhan

Pengaruh Bahasa
Inggeris
Oktober
November
Disember


Bagi memudahkan pengiraan kekerapan kesalahan bahasa yang terdapat dalam
sampel kajian, satu kajian induk disediakan seperti dalam jadual di atas. Pengkaji
38
mengumpul maklumat kesalahan bahasa dan merekodkannya dalam senarai semak yang
disediakan oleh pengkaji. Data-data direkodkan mengikut bulan-bulan keluaran, jenis-
jenis kesalahan bahasa yang terdapat dalam iklaneka berpandukan sampel kajian dan
menganalisis kekerapannya. Seterusnya, pengkaji membuat pengelompokan
berdasarkan dapatan yang telah diperoleh dan disatukan dalam jadual keseluruhan yang
lebih besar.


3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan oleh pengkaji dengan menganalisis
kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian. Setiap ruang iklaneka
yang berkenaan diteliti untuk mencari kesalahan-kesalahan bahasa iaitu dari aspek
ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris. Langkah pertama
yang dilakukan pengkaji ialah mengumpulkan semua naskhah akhbar Mingguan
Malaysia dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Terdapat 13 naskhah
kesemuanya yang telah dibuat penelitian oleh pengkaji. Tarikh keluaran akhbar tersebut
boleh dilihat seperti yang berikut:






39
J adual 2
Tempoh Keluaran Akhbar Mingguan Malaysia Yang Dikaji



Kemudian, pengkaji membuat penelitian terhadap setiap iklaneka yang terdapat
dalam sampel kajian dan seterusnya mengesan kesalahan penggunaan bahasa Melayu
yang berkenaan berpandukan hukum tatabahasa dan bahan rujukan yang berkaitan.
Kesalahan-kesalahan bahasa yang diperoleh akan dijumlahkan dalam ruangan yang
disediakan untuk mengetahui jumlah kekerapan kesilapan yang dilakukan. Seterusnya,

Bulan

Tarikh Keluaran


Oktober

6 Oktober 2002

13 Oktober 2002

20 Oktober 2002

27 Oktober 2002

November

3 November 2002

10 November 2002

17 November 2002

24 November 2002

Disember

1 Disember 2002

8 Disember 2002

15 Disember 2002

22 Disember 2002

29 Disember 2002
40
pengkaji menandakan kesalahan tersebut mengikut ruangan yang telah ditentukan dalam
jadual senarai semak yang disediakan.


3.5 Prosedur Penganalisisan Data

Ellis (1987:296) mengatakan bahawa terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh
seseorang penganalisis untuk menganalisis kesilapan tatabahasa. Langkah tersebut
meliputi pengumpulan sampel dan penjelasan kesilapan. Selain Ellis, Srindhar
(1985:22) juga menyarankan satu langkah yang hampir sama dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Ellis untuk tujuan berkenaan.

Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh dua pengkaji di atas, maka
pengkaji membuat rumusan untuk memilih beberapa bahagian untuk menjelaskan
mengenai penganalisisan data berpandukan sampel kajian. Dalam kajian ini, pengkaji
mengemukakan kesalahan-kesalahan bahasa dari aspek ejaan, penggunaan imbuhan dan
pengaruh bahasa Inggeris. Penganalisisan yang dibuat oleh pengkaji adalah dalam
bentuk huraian iaitu pengkaji akan menghuraikan kesalahan bahasa yang ditemui dalam
bentuk kekerapan dan juga peratusan.

Seterusnya, bagi memudahkan pengiraan kekerapan kesalahan bahasa yang
dilakukan berdasarkan sampel kajian, satu jadual induk disediakan. J adual tersebut
memuatkan maklumat tentang bulan keluaran, jenis-jenis kesalahan daripada ruang
iklaneka yang terdapat dalam sampel kajian dan juga kekerapannya. Berikut merupakan
41
contoh jadual yang disediakan untuk menganalisis data bagi setiap aspek kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dalam sampel kajian.


J adual 3
Contoh J adual Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Mingguan Malaysia
Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002



Bulan


J enis Kesalahan

J umlah

Kekerapan

Peratusan
Oktober

Kesalahan Ejaan


Penggunaan Imbuhan


Pengaruh Bahasa
Inggeris

November Kesalahan Ejaan


Penggunaan Imbuhan


Pengaruh Bahasa
Inggeris


Disember Kesalahan Ejaan


Penggunaan Imbuhan


Pengaruh Bahasa
Inggeris



42
Pengkaji akan menganalisis kekerapan kesalahan bahasa yang terdapat dalam
sampel kajian untuk melihat kesalahan yang sering dilakukan. Bagi menganalisis
kesalahan tersebut, pengkaji menggunakan kaedah mod (kekerapan), contohnya
pengkaji meneliti dan mencatat seberapa banyak kesalahan bahasa yang ditemui dan
mengira jumlah keseluruhannya. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah
peratusan untuk mengesan peratus kesalahan yang terdapat dalam iklan-iklan
berdasarkan sampel kajian. Berdasarkan analisis data inilah, rumusan tentang kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dibuat secara keseluruhan.















43




BAB IV



KEPUTUSAN KAJIAN



4.1 Perihalan Sampel

Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan tentang peri pentingnya peranan serta
pengaruh media massa khususnya akhbar terhadap mesyarakat. Hal ini turut diperkukuh
oleh pendapat yang diutarakan oleh Dennis et. al. (1994) yang menyatakan bahawa
Napolean menjelaskan bahawa tiga buah akhbar yang tidak bekerjasama dengan
pemerintah lebih berbahaya daripada tikaman 1000 benet (Asiah Idris: 1996).

Sememangnya, komunikasi massa berbeza dengan komunikasi intrapersonal dan
komunikasi interpersonal kerana bidang ini melibatkan alat yang bertindak sebagai
perantaraan dan penyebaran maklumat seperti surat khabar. Sistem komunikasi ini juga
44
melibatkan kehadiran individu-individu yang terbabit serta sistem yang mengawal serta
memproses maklumat yang ingin disampaikan sebelum disebarkan kepada orang ramai.

Walaupun pada masa kini wujud pelbagai saluran komunikasi massa seperti
radio dan televisyen mahupun komunikasi canggih seperti internet, namun akhbar tetap
releven. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia tetap memberi
perhatian terhadap akhbar untuk menyalurkan serta menyebarkan maklumat kepada
rakyat jelata. Ini kerana, akhbar mampu dibeli oleh setiap orang dan melalui rangkaian
pengedaran yang cekap, akhbar dapat sampai kepada pembeli di segenap pelosok
negara. Secara tidak langsung, pengaruh akhbar sememangnya sangat besar khususnya
sebagai agen dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di rantau ini.

Sungguhpun penggunaan bahasa Melayu sudah meluas namun secara terperinci
masih ada masalah-masalah yang timbul khususnya dari segi penyalahgunaan bahasa
dalam akhbar. J usteru itu, dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kajian kepada
kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang melibatkan akhbar Mingguan Malaysia
iaitu berdasarkan kesalahan bahasa dalam iklan-iklan yang dipaparkan, yakni tiada
perubahan dari segi pemilihan sampel seperti yang telah dibincangkan dalam bab satu
berkaitan sampel kajian.

Selain itu, kajian yang dilakukan ini hanya melibatkan sampel kajian terbitan
dari bulan Oktober hingga bulan Disember 2002. Pemilihan ini dibuat oleh pengkaji
memandangkan tempoh tersebut melibatkan perayaan-perayaan besar seperti Deepavali,
Krismas dan juga Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, hasil daripada dapatan tersebut,
45
pengkaji menganalisis iklan-iklan yang dipaparkan berdasarkan kesalahan bahasa yang
dilakukan khususnya dari segi ejaan, pengimbuhan dan pengaruh bahasa Inggeris.
J adual di bawah menunjukkan tentang kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam
sampel kajian berdasarkan iklaneka yang dipaparkan dari bulan Oktober hingga bulan
Disember 2002.

J adual 4
Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian (Iklaneka)

Tarikh Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan Pengaruh Bahasa
Inggeris
6.10.2002 1 1 2
13.10.2002 13 3
20.10.2002 2 3 6
27.10.2002 4 1 4
3.11.2002 21 6 20
10.11.2002 26 9
17.11.2002 6 1 13
24.11.2002 6 2 9
1.12.2002 12 3 10
8.12.2002 14 8 13
15.12.2002 15 3 13
22.12.2002 9 3 6
29.12.2002 1 1 3
Jumlah 130 32 111
46
4.2 Dapatan Kajian

Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan inilah yang membezakannya
dengan makhluk-makhluk lain kerana dengan bahasa manusia dapat berhubung,
melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu, kebudayaan serta
peradaban dari satu generasi kepada satu generasi. Walau apapun persepsi diberikan
terhadap bahasa, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bahasa adalah satu
lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota
masyarakat untuk saling berhubung. Ini diperjelas lagi oleh ahli psikolinguistik moden
yang mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang dapat
dimanipulasikan untuk menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas (Mengantar
Simanjuntak:1982) dalam Kamarudin Hj. Husin (20001: 4).

Dalam bidang penulisan, persoalan berkomunikasi dengan bahasa memang
tidak dapat dipisahkan. Sememangnya, dunia kehidupan manusia terletak pada
keupayaan untuk berbahasa. Seterusnya menerusi evolusi bahasa, tulisan berperanan
sebagai sistem dan alat interaksi serta sistem komunikasi kepada manusia. Betapa tahap
ilmu yang ingin disebarkan, bahasa pengantarnya hendaklah mampu mengemukakan
setiap pengertian tentang ilmu tersebut tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran.

Tegasnya, bahasa yang digunakan khususnya dalam bidang penulisan perlulah
memenuhi syarat tertentu dan seharusnya pengguna bahasa perlu menguasai
penggunaan semua kaedah pengantar itu dengan sebaik-baik mungkin. Sewajarnya juga,
47
semua pihak perlulah peka dan prihatin terhadap sebarang kesalahan yang berlaku
dalam penggunaan bahasa.

Namun begitu, tahap penguasaan bahasa di kalangan individu yang terlibat
secara langsung dalam hasil penulisan dalam akhbar yang dikaji masih kurang
memberansangkan sekaligus pemantapan bahasa Melayu yang melibatkan media cetak
khususnya surat khabar masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini kerana,
berdasarkan dapatan kajian yang telah diteliti dan dianalisis oleh pengkaji, terdapat
pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis khususnya dari segi
kesalahan ejaan, pengimbuhan dan juga pengaruh bahasa Inggeris. Berikut merupakan
jadual yang menunjukkan jumlah keseluruhan kesalahan penggunaan bahasa Melayu
berdasarkan iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar kajian.

J adual 5
J umlah Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu
Dalam Akhbar Kajian Dari Bulan Oktober Hingga Disember 2002


Bulan


Kesalahan Ejaan

Kesalahan
Pengimbuhan

Pengaruh Bahasa
Inggeris
Oktober 20 5 15

November

59 9 51
Disember

51 18 45
Jumlah

130

32

111




48
Berdasarkan jadual di atas, kesalahan ejaan pada bulan November mencatatkan
jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 59 kesalahan manakala kesalahan ejaan pada
bulan Disember mencatatkan jumlah kedua terbanyak iaitu 51 dan diikuti pada bulan
Oktober iaitu jumlah kesalahan ejaan yang paling sedikit iaitu hanya terdapat 20
kesalahan sahaja. Seterusnya, bagi kesalahan pengimbuhan secara keseluruhannya
mencatatkan jumlah kesalahan yang paling rendah iaitu sebanyak 18 kesalahan diikuti
9kali dan akhir sekali 5 kesalahan sahaja yang dapat dikesan oleh pengkaji yang
masing-masing pada bulan Disember, November dan diikuti bulan Oktober.

Seterusnya, jadual 6 pula menunjukkan tentang kekerapan setiap golongan
kesalahan bahasa yang terdapat dalam sampel kajian. Secara ringkasnya, kesalahan
bahasa dari segi ejaan telah mencatatkan jumlah kesalahan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 130 kesemuanya. Kemudian jumlah ini diikuti oleh kesalahan dari segi
pengaruh bahasa Inggeris yang telah mencatatkan jumlah yang kedua tertinggi iaitu
sebanyak 111 kesalahan manakala jumlah kesalahan dari segi pengimbuhan pula hanya
terdapat 32 kesalahan sahaja kesemuanya.








49
J adual 6
Kekerapan Setiap Golongan Kesalahan Bahasa Dalam Akhbar Kajian


Kesalahan

Bilangan

Peratusan (%)
Ejaan 130 47.6
Pengimbuhan 32 11.7
Pengaruh Bahasa Inggeris 111 40.7
Jumlah 273 100


Berikut merupakan jadual yang menunjukkan bilangan peratusan keseluruhan
kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang telah dianalisis berdasarkan iklan-iklan
yang terdapat dalam akhbar kajian.


J adual 7
Bilangan dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Kajian


Bulan

J umlah Kesalahan Ejaan,
Pengimbuhan dan
Pengaruh Bahasa Inggeris

Peratusan (%)
Oktober 40 14.6
November 119 43.6
Disember 114 41.8
Jumlah 273 100
50
J adual-jadual di atas iaitu jadual 4, 5, 6 dan 7 menunjukkan tentang bilangan
keseluruhan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang dapat dikesan oleh pengkaji
daripada iklan-iklan yang dipaparkan berdasarkan akhbar kajian bagi setiap terbitan
bulanan iaitu dari bulan Oktober hingga bulan Disember sahaja. J adual tersebut
membuktikan bahawa terdapat pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan
oleh penulis dalam hasil penulisan dalam akhbar tersebut. Sungguhpun skop
perbincangan pengkaji hanya dibataskan kepada iklan-iklan yang dimuatkan dalam
akhbar kajian, namun sedikit banyak ia turut menjejaskan mutu serta pemantapan
bahasa Melayu itu sendiri.

Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa iklaneka yang
dipaparkan dalam terbitan bulan November 2002 mencatatkan jumlah kesalahan bahasa
yang paling kerap iaitu sebanyak 119 kali atau 43.6% daripada jumlah keseluruhan
kesalahan bahasa yang ditemui. Seterusnya, jumlah tersebut diikuti oleh kesalahan
bahasa yang dicatatkan pada bulan Disember iaitu sebanyak 114 atau bersamaan dengan
41.8%. Sementara itu, iklan-iklan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji terbitan bulan
Oktober telah mencatatkan jumlah kesalahan bahasa yang paling rendah iaitu hanya
sebanyak 40 kali atau 14.6% sahaja.

Secara keseluruhannya, kekerapan dan peratusan setiap golongan kesalahan
bahasa yang dikesan dalam akhbar tersebut menunjukkan bahawa kesalahan ejaan
merupakan kesalahan yang paling tinggi atau banyak berlaku iaitu pada kadar 47.6%
atau sebanyak 130 kali. Hal ini berbeza dengan kesalahan penggunaan bahasa dari segi
pengaruh bahasa Inggeris yang mencatatkan jumlah kesalahan yang lebih rendah iaitu
51
sebanyak 111 kali yang bersamaan dengan 40.7%. Kesalahan penggunaan bahasa dari
segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah kesalahan yang paling sedikit iaitu 11.7%
atau sebanyak 32 kali sahaja.


4.2.1 Kesalahan Ejaan

Awang Sariyan (1989) mengatakan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari segi kesalahan ejaan.
Antara faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut, iaitu:

a. Tidak mematuhi peraturan keselarasan vokal
b. Kekecualian keselarasan vokal
c. Ejaan kata daripada bahasa pinjaman
d. Kata ganti singkat
e. Kata sendi awalan di dan ke
f. Kata berakhiran i, an dan kan
g. Ejaan beberapa kata yang mengelirukan dan tidak sesuai

Berdasarkan jadual 8 di bawah, secara keseluruhannya terdapat 130 kesalahan
ejaan yang dapat dikesan oleh pengkaji berdasarkan iklan-iklan dalam akhbar yang
dikaji. Sebagai rumusannya, adalah dipercayai bahawa kesalahan tersebut berpunca
daripada beberapa faktor sebagaimana yang diperkatakan oleh Awang Sariyan (1989).

52
J adual 8
Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Kajian


Bulan

Kekerapan Kesalahan
Ejaan

Peratusan (%)
Oktober 20 15.4
November 59 45.4
Disember 51 39.2
Jumlah 130 100



4.2.1.1 Tidak Mematuhi Peraturan Keselarasan Vokal

Abdullah Hassan (1989) menyatakan bahawa dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu
terdapat 18 pola keselarasan vokal. Pola-pola ini hendaklah diikuti secara tepat sewaktu
mengeja. Ini kerana, sebarang salah faham atau kesilapan pola keselarasan vokal ini
khususnya dalam penulisan akan mengakibatkan kesalahan ejaan bahasa Melayu

Berdasarkan kajian yang telah ditadbirkan, pola keselarasan vokal yang kerap
disalahgunakan ialah pola a - a sahaja. Kesalahan tersebut didapati dalam iklan yang
terdapat dalam akhbar yang dikaji terbitan bulan Disember 2002 iaitu ejaan wayar
telah dieja menjadi wayer. Ejaan tersebut yang sepatutnya dieja dengan /wa/ dan /yar/
telah dieja menjadi /wa/ /yer/.
53
4.2.1.2 Ejaan Kata Daripada Bahasa Pinjaman

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa ejaan yang
diambil daripada bahasa-bahasa pinjaman seperti bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan
juga bahasa Arab. Berdasarkan iklan-iklan yang terdapat dalam sampel kajian, pengkaji
mendapati wujudnya kesalahan bahasa yang mendapat pengaruh daripada bahasa
pinjaman tersebut dan ini sekaligus boleh menimbulkan masalah dalam ejaan bahasa
Melayu.

Masyarakat sering berasa ragu-ragu tentang sistem pengejaan bahasa Melayu
yang diambil daripada bahasa Inggeris walaupun dasar-dasarnya telah ditetapkan.
Sebenarnya, sistem pengejaan kata yang berasal daripada bahasa Inggeris telah dirangka
oleh J awankuasa Tetap Bahasa Melayu (J KTBM). J usteru itu, masyarakat seharusnya
peka terhadap sebarang perubahan yang telah dibuat oleh jawatan kuasa tersebut. Di
sini, pengkaji mengutarakan contoh-contoh dan pembetulan bagi kesalahan ejaan
berdasarkan sampel kajian. Di antaranya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Makkah Mekah
Cartoon Kartun
Electrik Elektrik
Credit Kredit
Baucar Baucer
Litre Liter
54
Bahasa Arab Bahasa Melayu
Qiblat Kiblat


4.2.1.3 Kata Ganti Singkat

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis kata ganti singkat iaitu ku, kau, mu dan nya.
Sekiranya perkataan ku dan kau ditulis sebagai awalan penanda pasif, penulisan
tersebut perlulah serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya . Namun, dalam
kajian yang dilakukan berdasarkan sampel kajian pengkaji mendapati beberapa
kesalahan dilakukan. Contohnya:

Salah Betul
Ku cari Kucari
Kau kunci kaukunci
Kau pergi Kaupergi
Ku pohon Kupohon
Ku hulur Kuhulur

Seterusnya, kata ganti singkatan mu dan nya bagi nama Tuhan perlulah
menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda
sempang. Contohnya:

55
Salah Betul
Darinya Dari-Nya


4.2.1.4 Kata Sendi Awalan di dan ke

Terdapat dua cara penggunaan di dan ke dalam penulisan bahasa Melayu iaitu
sebagai awalan dan sebagai kata depan. Sebagai awalan dan menunjukkan kata kerja,
perkataan di dirapatkan dengan perkataan yang menyusulinya, manakala sebagai kata
depan (kata sendi), di dan ke dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya.

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh pengkaji berpandukan kepada sampel
kajian, didapati bahawa kesalahan kata sendi awalan di dan ke terdapat dalam kata
depan sahaja. Berikut merupakan contoh kesalahan yang dilakukan oleh penulis dalam
kesalahan bahasa yang berkaitan dengan kata awalan tersebut iaitu:

Salah Betul
Diluar Di luar
Dimana Di mana
Disini Di sini




56
4.2.2 Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Menurut Awang Sariyan (1989), kesalahan yang berhubung dengan imbuhan dapat
dibahagikan kepada :

i. Pengabaian terhadap penggunaan imbuhan MeN- pada kata kerja aktif
transitif
ii. Pengguran akhiran kan daripada kata kerja yang diikuti oleh satu kata
kerja lain yang setara
iii. Penggunaan kata kau dan i yang salah; dan
iv. Gagal membezakan akhiran an dan kan

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tentang kekerapan dan peratusan
kesalahan imbuhan yang dianalisis oleh pengkaji berdasarkan sampel kajian.

J adual 9
Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Penggunaan Imbuhan Dalam Sampel Kajian


Bulan

Kekerapan Kesalahan
Imbuhan

Peratusan (%0
Oktober 5 15.6
November 9 28.1
Disember 18 56.3
Jumlah 32 100
57
J adual di atas menunjukkan tentang analisis kesalahan bahasa dari segi imbuhan
dan peratusan kesalahan tersebut yang dapat dikesan daripada iklan-iklan yang
dipaparkan dalam sampel yang dikaji terbitan bulan Oktober hingga bulan Disember
2002. Purata daripada setiap terbitan akhbar tersebut, pengkaji dapat mengesan
sekurang-kurangnya 32 kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis dari segi
pengimbuhan.

Secara keseluruhannya, akhbar terbitan bulan Oktober mencatatkan jumlah
kesalahan imbuhan yang paling rendah dalam iklan-iklan yang dipaparkan iaitu
sebanyak 5 kesalahan sahaja. Sementara itu, akhbar terbitan bulan November pula
mencatatkan jumlah kesalahan yang lebih banyak iaitu 9 kesalahan pengimbuhan yang
ditemui. Namun demikian, iklaneka yang dimuatkan dalam akhbar kajian yang
diterbitkan pada bulan Disember mencatatkan jumlah kesalahan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 18 kesalahan atau 56.3% daripada jumlah keseluruhan.


4.2.2.1 Contoh-contoh Kesalahan Dalam Akhbar Yang Dikaji

1. Membeli
2. Keunggulan mutlak daripada mesin
set kedua produk pakaian dengan potongan harga 50 peratus
3. Sila rujuk kaunter
pembasuh
khidmat
4. Hadiah-hadiah
untuk keterangan lanjut
diperolehi
5. Nada dering lagu raya
daripada
menghilang
6. Selamat
gundah
diguna
58
7. Memikir

untuk membeli penyaman udara?

4.2.2.2 Analisis Kesalahan

Berdasarkan contoh-contoh di atas terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat
dikenal pasti dari segi pengimbuhan. Ayat yang gramatis seharusnya:

1. Pembelian
2. Keunggulan mutlak daripada mesin
set kedua produk pakaian dengan potongan harga 50 peratus
3. Sila rujuk kaunter
basuh
perkhidmatan
4. Hadiah-hadiah
untuk keterangan lanjut
diperoleh
5. Nada dering lagu raya
daripada
menghilangkan
6. Selamat
gundah
7.
digunakan
Berfikir

untuk membeli penyaman udara?

4.2.3 Kesalahan Bahasa Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris

J adual berikut menunjukkan bilangan kekerapan dan peratusan kesalahan bahasa
daripada pengaruh bahasa Inggeris berdasarkan sampel kajian. Kesalahan bahasa
daripada pengaruh bahasa Inggeris ini merupakan kesalahan kedua tertinggi berbanding
kesalahan dari segi ejaan yang mencatatkan jumlah yang paling tinggi manakala
59
kesalahan dari segi pengimbuhan pula mencatatkan jumlah kesalahan yang paling
rendah.

J adual 10
Kekerapan dan Peratusan Kesalahan Bahasa Daripada Pengaruh Bahasa Inggeris


Bulan

Kekerapan Kesalahan
Daripada Pengaruh Bahasa
Inggeris

Peratusan (%)
Oktober 15 13.5
November 51 46.0
Disember 45 40.5
Jumlah 111 100


Secara keseluruhannya, sebanyak 111 kesalahan bahasa daripada pengaruh
bahasa Inggeris yang dapat dikesan oleh pengkaji berdasarkan sampel kajian.
Berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa akhbar yang
diterbitkan pada bulan November mencatatkan jumlah kesalahan yang paling kerap
melalui iklan-iklan yang dipaparkan iaitu sebanyak 51 kali ataupun bersamaan dengan
46.0 peratus. Ini diikuti dengan akhbar terbitan bulan Disember yang mencatatkan
jumlah sebanyak 45 kesalahan. Seterusnya, iklan-iklan yang dimuatkan dalam sampel
kajian terbitan pada bulan Oktober pula mencatatkan jumlah yang paling rendah iaitu
hanya terdapat 15 kesalahan sahaja yang dilakukan.
60
4.2.3.1 Contoh-contoh Kesalahan Bahasa Yang Mendapat Pengaruh Bahasa Inggeris
Dalam Akhbar Kajian

1. Pergi ke write messages
2. Pilih reply
3. We want you to win
4. WM dan EM
5. Radio Cassette
6. DVD player
7. Gas cooker
8. T-Shirt
9. Vacum Cleaner
10. Rice cooker
11. Standing fan
12. Washing machine
13. Percuma voucher
14. Cuba try coca-cola
15. Electric oven
16. Cash
17. Remote kontrol
18. Celebrations
19. Talk-time Credit
20. Family Choice
21. Get gaya this raya
61
4.2.3.2 Analisis Kesalahan

Berdasarkan kesalahan-kesalahan tersebut, pengkaji berpendapat tidak sewajarnya
penulis menggunakan istilah bahasa Inggeris yang dicampuradukkan dengan bahasa
Melayu dalam hasil penulisan mereka. Ini kerana, tindakan tersebut akan menyebabkan
langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu tidak akan berjaya. Seharusnya, ayat
yang gramatis ditulis seperti:

1. Pergi ke tulis mesej
2. Pilih jawab atau balas
3. Kami mahu anda memenanginya
4. Malaysia Barat dan Malaysia Timur
5. Kaset
6. Pemain DVD
7. Dapur gas
8. Kemeja-T
9. Pembersih Hampagas
10. Periuk nasi elektrik
11. Kipas angin berdiri
12. Mesin basuh
13. Vaucer percuma
14. Cubalah coca-cola
15. oven elektrik
16. Tunai
62
17. Alat kawalan jauh
18. Perayaan
19. Kredit masa berbual
20. Pilihan keluarga
21. Dapatkan gaya di hari raya ini




















63




BAB V



RUMUSAN



5.1 Kesimpulan

Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan-iklan yang
dipaparkan dalam surat khabar ini dilihat sebagai sesuatu yang berguna dan berfaedah
serta bernilai kepada masyarakat amnya dan juga kepada individu atau perorangan yang
terlibat dalam penulisan khususnya. Berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian
yang dijalankan, sedikit banyak diharap dapat memberi kesedaran kepada pelbagai
pihak bahawa peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul sama ada dalam
bentuk pertuturan atau dalam penulisan adalah menjadi tanggungjawab semua individu.

Sehubungan itu, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing ke
arah memartabatkan dan mempertingkat penguasaan bahasa Melayu khususnya yang
64
melibatkan hasil-hasil penulisan yang menjadi perhatian umum. Kesalahan umum
dalam bahasa Melayu seharusnya dilihat sebagai suatu agenda yang perlu
dititikberatkan dan perlu dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat yang
cintakan bahasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam hasil
penulisan juga mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Namun
begitu, kesilapan yang tidak disengajakan inilah yang akan mempengaruhi pemantapan
bahasa Melayu dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca khasnya dan
kalangan masyarakat amnya.

Maka dengan itu, seharusnyalah individu yang terlibat secara langsung dalam
hasil penulisan di akhbar ini termasuklah pengarang, penolong pengarang dan
penyunting peka serta mengambil kira penggunaan bahasa yang betul dari perspektif
pemikiran dan juga kesempurnaan dalam hasil penulisan mereka secara keseluruhan.
Pemikiran yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini ialah melibatkan idea atau konsep
(iklan) yang hendak disampaikan dan diketengahkan oleh penulis manakala
kesempurnaan pula merangkumi penggunaan bahasa yang betul serta sempurna dari
semua aspek.

Berdasarkan perbincangan dan data-data tentang kesalahan pengggunaan bahasa
yang dikenal pasti, menunjukkan bahawa masalah tersebut memerlukan langkah-
langkah yang tertentu untuk mengatasinya. Sememangnya, kesalahan penggunaan
bahasa dalam akhbar tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta
65
pembacaan dari segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, bentuk bahasa yang
digunakan secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada pembaca. Kesan yang
jelas yang mungkin berlaku adalah gangguan bahasa serta tahap penguasaan bahasa di
kalangan pembaca.

Seterusnya, keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara akan turut tergugat dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. J usteru
itu, masalah ini perlu dibendung dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan
sekaligus menjejaskan imej bahasa Melayu itu sendiri. Saranan-saranan yang
dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat
khususnya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.

Perlu dijelaskan, kajian tentang penggunaan bahasa dalam aspek yang dikaji
oleh pengkaji dalam akhbar ini merupakan penyelidikan dalam usaha mengumpul data
dan maklumat tentang penggunaan bahasa dalam iklaneka yang dipaparkan melalui
akhbar Mingguan Malaysia. Diharap akan ada kajian atau penyelidikan lanjut yang
dibuat berkaitan penggunaan bahasa Melayu dalam aspek yang lebih luas dan lebih
terperinci.






66
5.2 Perbincangan

Ferdinand de Saussure iaitu seorang sarjana linguistik Swiss awal abad ke-20
menyatakan bahawa bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian
terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-
duanya adalah bersifat psikologi. Menurut beliau, erti dan bunyi tidaklah terpisah di
antara satu sama lain sebaliknya bergabung dalam satu rantaian ucapan mengikut
hukum-hukum tatabahasa (Kamarudin Hj. Husin: 2001).

Pada masa kini, definisi yang baru dan lazim telah meneliti bahasa menurut
fungsi dan bentuknya. Dari segi fungsinya, bahasa merupakan satu struktur yang unik
daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya
sebagai sistem komunikasi sesebuah masyarakat. Menurut bentuknya pula, bahasa
seperti yang diertikan oleh Chomsky adalah kalimat yang terbatas dan juga semestinya
mengandung unsur-unsur yang terbatas jumlahnya.

Dalam menelusuri bidang penulisan, sememangnya persoalan berkomunikasi
dengan bahasa tidak dapat dipisahkan. Pada hakikatnya juga, dunia kehidupan manusia
adalah terletak pada keupayaan untuk berbahasa kerana dengan berbahasa manusia
dapat mengerti, mengetahui, menikmati, mengawal, mencipta dan mengembangkan
dunia demi kehidupan yang lebih bermakna. Demi memenuhi peranannya sebagai
penghantar mesej dan juga informasi sama ada melalui pertuturan mahupun penulisan,
maka aspek bahasa yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat tertentu tanpa
menimbulkan kekaburan tafsiran.
67
Namun dalam hal ini, kesalahan bahasa tetap berlaku dalam pelbagai sektor dan
bidang khususnya yang melibatkan bidang penulisan. Ini kerana berdasarkan kepada
kajian yang telah dijalankan, pengkaji menemui pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa
dalam akhbar yang menjadi sampel kajian pengkaji. Hasil daripada penelitian yang telah
dibuat, pengkaji berpendapat bahawa situasi sebegini bukan sahaja berlaku dalam media
cetak seperti surat khabar malahan di mana-mana sahaja kesalahan penggunaan bahasa
Melayu dapat dilihat dan ditemui sama ada di media-media elektronik, di papan-papan
tanda, buku-buku dan sebagainya.

Di sepanjang kajian yang dilakukan ini, pengkaji berpendapat banyak faktor
yang mendorong seseorang individu melakukan kesalahan bahasa khususnya dalam
bidang penulisan. Ini kerana, setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan
dan seharusnya kesilapan-kesilapan yang dilakukan bakal menyedarkan pihak-pihak
yang terbabit agar sentiasa peka dan prihatin terhadap kesilapan yang dilakukan. Walau
bagaimanapun, adakalanya masalah ini timbul berikutan sikap segelintir masyarakat
yang tidak endah dan mengambil sikap sambil lewa terhadap sesuatu kesilapan yang
dilakukan dalam penyalahgunaan bahasa begitu juga halnya dalam bidang penulisan.

Sikap yang tidak bertanggung jawab serta prihatin terhadap pemantapan bahasa
Melayu sememangnya akan mendorong seseorang individu melakukan kesalahan demi
kesalahan terhadap penggunaan bahasa apatah lagi sekiranya tindakan tersebut tidak
pernah mendapat kritikan mahupun perhatian daripada masyarakat umum. J ika dilihat
berdasarkan hasil kajian pengkaji, kesalahan bahasa dari segi ejaan merupakan yang
tertinggi berbanding kesalahan dari segi pengimbuhan dan juga pengaruh bahasa
68
Inggeris. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah pihak-pihak yang terbabit lebih
mementingkan keuntungan yang bakal diperoleh melalui iklan-iklan yang dipaparkan di
dada akhbar tanpa mengambil berat terhadap bahasa yang digunakan.

Selain itu, keadaan ini juga berlaku disebabkan kemahiran yang tidak seimbang
dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seseorang penutur bahasa. Pada
pandangan pengkaji, kemahiran bahasa Melayu penutur tersebut masih lemah dalam
bidang tertentu dan ini digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu,
pengkaji juga tidak menafikan bahawa adakalanya penggunaan bahasa Inggeris dalam
iklan-iklan yang dipaparkan tersebut memang disengajakan sebagai gimik dan
bertujuan untuk menarik perhatian pengguna.

Hal ini diperkukuh dengan pendapat yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan
(1989) yang menjelaskan bahawa hal utama menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah
kemahiran bahasa yang tidak seimbang dalam kedua-dua bahasa tersebut iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Secara ringkasnya, kemahiran bahasa seseorang individu
dalam bahasa pertamanya iaitu bahasa Melayu hanya meliputi bidang-bidang tertentu
sahaja khususnya pertuturan.






69
5.3 Implikasi Kajian

Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman
sebelum merdeka hinggalah selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
meruntun masyarakat pencinta bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu dengan
penuh berperaturan dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, adakalanya hajat
untuk memartabatkan bahasa Melayu sering dipandang remeh oleh sesetengah lapisan
masyarakat sehingga mendorong mereka menggunakan bahasa yang menyeleweng
daripada tatacara yang benar serta mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa
Melayu. Dalam hal ini, tidak ketinggalan juga bahan-bahan bercetak yang berbentuk
bukan ilmiah yang sedikit banyak menyumbang kepada pemantapan bahasa Melayu.

Dengan itu, berdasarkan kepada kajian yang dilakukan pengkaji berpendapat
bahawa kajian ini sedikit banyak dapat memberi manfaat kepada seluruh golongan
masyarakat khususnya kepada pembaca serta individu yang terlibat dalam hasil
penulisan di surat khabar itu sendiri. Ini kerana hasil kajian yang dilakukan
menunjukkan bahawa terdapat kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar
yang dikaji khususnya kesalahan bahasa dari segi ejaan, pengimbuhan dan pengaruh
bahasa Inggeris.

Secara tidak langsung, hasil kajian ini diharapkan dapat menyedarkan pelbagai
pihak khususnya individu yang terbabit dalam hasil penulisan di surat khabar tersebut
agar sentiasa prihatin dengan bahasa yang digunakan dalam hasil-hasil penulisan
mereka serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Seharusnya
70
juga hasil dapatan-dapatan kajian yang telah dibuat dapat mewujudkan perasaan celik
akal kepada individu berkenaan bahawa mereka sebenarnya telah mengabaikan
penggunaan bahasa Melayu dan menyimpang daripada landasan yang sebenar.

Perl (1979) menyatakan proses penulisan berlaku secara berulangan. Apabila
proses penciptaan berlaku dalam keadaan biasa, seseorang itu akan terus-menerus
menulis, adakalanya pantas dan adakalanya perlahan. Penulis juga perlu meninjau
semula apa yang telah ditulisnya (Mohd. J onit Mohd. J ohari: 1994). J usteru itu,
berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Perl, pengkaji berpendapat dapatan
tersebut menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dalam iklan-iklan yang terdapat
dalam akhbar yang dikaji masih lemah dan selain daripada mengejar keuntungan
seharusnya individu berkenaan sedar bahawa mereka juga turut memainkan peranan ke
arah memartabatkan bahasa Melayu.

Hasil daripada kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan jelas menunjukkan
bahawa pihak akhbar itu sendiri tidak peka dan prihatin terhadap penggunaan bahasa
yang betul serta tidak membuat semakan atau tinjauan semula terhadap bahasa yang
digunakan. Dengan itu, hasil kajian ini sekaligus dapat memberi manfaat kepada
individu yang terlibat secara langsung dalam hasil-hasil penulisan dalam surat khabar
dan tidak ketinggalan juga kepada pembaca amnya agar dapat memantapkan
penggunaan bahasa Melayu melalui aspek-aspek bahasa yang dapat dicontohi serta peka
kepada kesalahan-kesalahan bahasa yang harus dielakkan.


71
5.4 Cadangan Kajian Lanjut

5.4.1 Cadangan ke atas Syarikat Penerbitan

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1989), banyak faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam media-media cetak. Antaranya
ialah:

i. Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang masih belum menguasai
bahasa Melayu dengan sempurna
ii. Tidak ada pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memberikan
bimbingan dalam penggunaan bahasa Melayu; dan
iii. Tidak dapat dinafikan adanya sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa
Melayu di kalangan pegawai-pegawai mereka, tidak mengambil berat
terhadap penggunaan bahasa yang betul serta tidak merasa malu dan
memberi berbagai- bagai alasan.

Berdasarkan pendapat tersebut, pengkaji berpendapat bahawa seseorang
penyunting atau pengarang sesebuah akhbar perlulah peka dan prihatin terhadap
kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar mereka dan perlu mengambil tindakan
segera untuk menanganinya. Hal ini kerana, ketegasan pihak penyunting boleh
membantu penguasaan penulisan yang bermutu dari segi bahasa serta tatabahasanya dan
seharusnya menanamkan semangat cintakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

72
Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood (1992),
beliau mancadangkan agar kursus intensif bahasa diberikan kepada penyunting,
pengarang, penulis serta pengedit dari semasa ke semasa kerana bahasa Melayu sebagai
satu bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan demi perubahan justeru sifatnya
yang fleksibel. Oleh itu, semua individu yang terlibat dalam proses penghasilan
sesebuah akhbar perlulah didedahkan dengan kemahiran bahasa dan tatabahasa yang
terkini. Hal ini penting bagi memastikan mereka sentiasa menggunakan bahasa yang
betul dan tepat dalam setiap hasil penulisan mereka.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar sesebuah syarikat penerbitan
akhbar mewujudkan pengkhususan atau pembahagian tugas mengikut bidang kemahiran
khususnya kemahiran dari segi bahasa. Dengan adanya pengkhususan ini secara tidak
langsung membolehkan sesebuah syarikat penerbitan mempunyai pakar rujuk
bahasanya yang tersendiri. Oleh itu, segala permasalahan yang timbul berkaitan bahasa
boleh dirujuk dan sekaligus masalah pencemaran bahasa dalam hasil-hasil penulisan
boleh dielakkan.


5.1.2 Cadangan Kajian Lain

Dalam kajian ini, topik perbincangan hanya difokuskan kepada kesalahan penggunaan
bahasa Melayu dalam iklan-iklan di surat khabar Mingguan Malaysia sahaja dan
pengkaji berpendapat bahawa skop kajian ini terlalu kecil serta masih terdapat
kekurangan dan kelemahannya. J usteru itu ,pengkaji mencadangkan agar kajian-kajian
73
lain perlu dilakukan dengan lebih meluas lagi contohnya subjek kajian hendaklah
diperbanyak jumlahnya iaitu merangkumi sebilangan besar hasil penulisan yang
dimuatkan dalam akhbar bukan hanya ruang iklaneka sahaja bagi melihat perbezaan
yang nyata dalam aspek kesalahan-kesalahan bahasa.

Dengan kajian sedemikian, bilangan subjek akan menjadi lebih besar untuk
membolehkan hasil kajian ini digeneralisasikan secara meluas. Secara tidak langsung,
pelbagai kesalahan dapat dikenal pasti dan dianalisis oleh pengkaji berikutnya agar
dapat dikaji dengan lebih meluas aspek-aspek kesalahan bahasa yang terdapat dalam
media-media cetak khususnya surat khabar yang menjadi wadah pengembang bahasa
dan sumber informasi.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian lain dijalan dengan
melibatkan akhbar-akhbar tempatan yang terdapat di Malaysia. Sememangnya, tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat banyak akhbar-akhbar tempatan yang diterbitkan selain
daripada akhbar Mingguan Malaysia contohnya seperti akhbar Berita Harian, Utusan
Malaysia, Harian Metro, Watan dan Perdana. Kajian ini sewajarnya dilakukan untuk
melihat dan menganalisis data perbezaan serta perbandingan dengan lebih jelas dalam
aspek-aspek kesalahan bahasa dalam penulisan di antara satu akhbar dengan akhbar
yang lain.

Dengan itu, pelbagai kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam akhbar-
akhbar yang dikaji dapat dilihat dan dianalisis sekaligus dapat mengenal pasti akhbar
yang melakukan kekerapan serta peratusan kesalahan bahasa yang paling tinggi. Hasil
74
daripada dapatan kajian tersebut sekaligus dapat membezakan kesalahan-kesalahan
bahasa tang terdapat dalam akhbar-akhbar yang berbeza sekaligus dapat membuka mata
pelbagai pihak agar menyedari dan prihatin terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang
dilakukan.

Seterusnya, dicadangkan kepada pengkaji selanjutnya dapat menggunakan
kaedah soal selidik terhadap individu yang terbabit dalam penulisan di sesebuah akhbar
itu sendiri di samping membuat kaedah penganalisisan hasil penulisan yang dilakukan.
Ini kerana, soal selidik yang dilakukan terhadap pihak penerbitan akhbar tersebut akan
membantu pengkaji mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan terperinci. Secara
tidak langsung, pengkaji dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan faktor
sikap dan latar belakang penulis, minat terhadap bidang penulisan serta tahap
penguasaan bahasa Melayu di kalangan individu terbabit yang mempunyai perkaitannya
dengan masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan di surat khabar.




















75

SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang: Masa
Enterprise.


Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Syarikat Percetakan Bintang Baru.


Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdullah Hassan (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi Dan Sintaksis Untuk
Guru Dan Pelajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Alias Mohd. Yatim (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan Paavai.


Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Arpan Shahbudin Latip (1998). Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Asiah Idris (J ulai 1996). Citra Bahasa Melayu Dalam Beberapa Akhbar Utama Di
Malaysia: Satu Tinjauan Awal dlm. Dewan Bahasa 40:7, hal. 580-93.

76

Asmah Hj. Omar (1984). Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Atan Long (1980). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Petaling J aya: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.


Awang Mohd. Amin (1982). Satu Kajian Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Awang Sariyan (1983). Kesalahan Umum Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.


Awang Sariyan (2000). Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Azizah Hj. J amali (1999). Kesalahan-kesalahan Tatabahasa Dalam Penulisan
Karangan Cereka Di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sains dan
Empat Sastera di Sekolah Menengah Dato` Sheikh Ahmad, Seremban. Tesis
Sarjana Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Azman Wan Chik (1982). Trend-trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Brown & H. D. (1980). Principle Of Language And Teaching Engiewood Cliffs. New
J ersey: Prentice-Halal, Inc.


Chomsky, Noam (1965). Aspects Of The Theory Of Syntax. Cambridge Mass: M.I.T.T
Press.


Everette E Dennis, Arnold H. Ismech & Donald M. Gillmer (1994). Isu-isu Komunikasi
Massa. Trj. Md. Salleh Kassim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.


Ismail Dahaman (1989). Kesalahan Umum Ejaan Rumi Dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


77
J hon Lyons (1993). Bahasa Theoretis. Trj. Abdullah Hassan, Rogayah Abd. Razak &
Wan Zaleha Mohd. Nordin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.


J uriah Long et. al. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Kamarudin Hj. Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Koh Boon Boon (1989). Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Mansor Ahmad Saman & Ahmad Sebi (1996). Peranan Media Dalam Masyarakat
Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Mat Yusoff Che Mat (J ulai 2001). Bahasa Iklan Barangan Penjagaan Diri: Satu
Analisis Dari Aspek Retorik. Dlm. Dewan Bahasa 1:7, hal. 38-42.


Mc Neill, David (1968). On The Theoris Of Language Acqualation dlm. T. R. Dixon &
D. L. Norton (pnyt.). Varial Behavior And General Behavior Theory. New J ersey:
Engiewood Cliffs.


Mohd. J onit Mohd. J ohari (J anuari 1994). Beberapa Dikotomi Pokok Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan dlm. Dewan
Bahasa 38:1, hal. 53-59.


Muhammad Salehudin Aman (1993). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu
Di Kalangan Pelajar Sekolah Menenngah Agama Atas. Tesis Masters, Universiti
Putra Malysia (UPM).


Nik Safiah Karim (1986). Pencemaran Bahasa Melayu dan Kesannya Terhadap
Pengajaran Bahasa Malaysia dlm. Dewan Bahasa 24: bil J un. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Nik Safiah Karim et. al. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

78
Nor Hashimah Hj. J alaludin (J ulai-Disember 1993). Kekaburan Dalam Pengiklanan:
Masalah Atau Strategi dlm. Dewan Bahasa hal. 882-91.


Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor (2002). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Sulaiman Masri & Razali Ayob (2002). Komunikasi Kewartawanan: Penulisan Berita,
Rencana Dan Ulasan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

You might also like