You are on page 1of 6

Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014

21 Mei 2014

Masa CUE ANN 1

1200

Setelah semua
hadirin berada
di tempat duduk

Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan;
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Ke Pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan
salam 1 Malaysia.


Yang Berbahagia En. Nor Ahmad bin
Khamzah
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Selangor.


Yang Berusaha _______________________

_____________________________________


Yang Berusaha _______________________

_____________________________________


Yang dihormati pegawai-pegawai PKG
Puchong dan Subang, Barisan Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Kem Pemilihan
Tokoh Nilam, Para guru, murid-murid, tuan-tuan
puan-puan hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.







Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014
21 Mei 2014

Masa CUE ANN 2

0945

Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran
Yang Berbahagia En. Nor Ahmad Bin Khamzah
Penolong Pengarah BTPN Selangor serta para
peserta Kem Pemillihan Tokoh Nilam. Majlis juga
mengucapkan selamat datang kepada semua para
tetamu jemputan tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin yang dimuliakan.

Masa CUE ANN 3



Bacaan doa









Selepas bacaan
doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan
Al-Fadhil _______________________ untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi


Masa CUE ANN 4


Ucapan Alu-
Aluan Pengerusi
Majlis
Hadirin Hadirat Sekalian,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya
dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Penutup Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah
Petaling bagi Tahun 2014.

Untuk makluman hadirin, acara ini tiap-tiap tahun diadakan
untuk mencungkil bakat-bakat di kalangan murid supaya
dapat diketengahkan untuk dicalonkan sebagai Tokoh
Nilam di peringkat negeri. Untuk makluman semua juga,
pada tahun ini seramai 12 orang calon sekolah menengah
Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014
21 Mei 2014

(tingkatan 4) dan 21 orang calon dari sekolah rendah
(tahun 5) telag menyertai Kem ini.




Masa CUE ANN 5



Ucapan Aluan
Pen.
Pengarah
BTPN










Selesai
Ucapan

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh jiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak kenal erti putus asa,
Di sini ada pegawai yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Kalau tuan mudik duluan,
Carikan saya buah berangan;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari bersama kita dengarkan.


Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersila
En. Nor Ahmad bin Khamzah Penolong Pengarah
BTPN Selangor untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Kem Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah
Petaling 2014. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.



Demikianlah tadi ucapan perasmian daripada
____________________________________________
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih

Sampan berkolek ke tanjung Tuan,
Bawa muatan sekarung budi;
Ucapan diberi penuh penghargaan,
Terima kasih sekalung budi.


Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014
21 Mei 2014



Masa CUE ANN 9



Penyampaian
Sijil
penghargaan
hakim




Hadirin hadirat yang saya hormati,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
penghargaan kepada para hakim dan jawatankuasa
pelaksana Kem Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat
Derah Petaling 2014.


Dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yang
Dihormati Pn. Anum Zakiah Binti Haji Gam wakil
PPD Petaling Utama diiringi oleh En. Zaffiran Bin
Mustapha untuk menyempurnakan majlis.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.
Masa CUE ANN 10
Penyampaian
Sijil
Penyertaan









Penyampaian
Piala Tokoh
Nilam


Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil
Penyertaan kepada para peserta calon Tokoh Nilam
Daerah Petaling 2014. Para peserta diminta bersedia
untuk naik ke atas pentas.

Dengan ini, majlis dengan segala takzimnya
menjemput Yang Berbahagia En. Nor Ahmad Bin
Khamzah Penolong Pengarah BTPN Selangor
diiringi oleh En. Hatif Bin Azmi untuk
menyempurnakan majlis.


Setelah berkampung selama 2 hari di PKG Puchong
ini, pelbagai ragam dan gelagat yang dapat kita
saksikan. Menari sudah, menyanyi sudah, berpantun
Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014
21 Mei 2014




Cenderahati









Selesai
Cenderahati

pun sudah. Kini, tibalah kita ke kemuncak acara.
Keputusan telahpun berada di tangan saya. Debaran
kian memuncak.

1.
2.
3.
4.


Calon calon Tokoh Nilam ini telah melayakkan diri ke
peringkat Negeri mewakili Daerah Petaling. Tahniah
diucapkan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dihormati En. Hatif bin Azmi untuk menyampaikan
cenderamata kepada tetamu jemputan.

Majlis mempersilakan En. Nor Ahmad Bin Khamzah
Penolong Pengarah BTPN Selangor.

Dipersilakan Puan Anum Zakiah Binti Haji Gam
Wakil daripada PPD Petaling Utama

2.


3.


4.


5.


Sudi apalah kiranya tuan menerima cenderahati yang
tidak seberapa daripada pihak kami. Budimu tuan
diiringi ucapan terima kasih.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dihormati En. Hatif Bin Azmi atas kesudian beliau
menyampaikan cenderamata itu tadi.


Majlis Penutupan Kem Pemilihan Tokoh Nilam 2014
21 Mei 2014



Masa CUE ANN 15


Penutup

Kini, tibalah kita ke penghujung acara.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu
nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan
terima kasih kepada para tetamu jemputan dan
semua pihak yang telah hadir dalam menjayakan
acara Majlis Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan ini.

Di atas dahan pohon tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Sekian, Wabilahi.......Assalamualaikum
warahmatullah w.b.t. Terima kasih

Menutup majlis marilah sama-sama kita nyanyikan
lagu Nilam.

You might also like