You are on page 1of 1

Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku
manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi
melahirkan warganegara yang patriotic dan menjunjung amalan demonkrasi di Malaysia.

Objektif Kurikulum Pendidikan Sejarah
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
1. Memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.
2. Mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah.
3. Memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah.
4. Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada
peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.
5. Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian
sejarah.
6. Menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.
7. Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat.
8. Menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia.
9. Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai
pengukuhan kepada persefahaman kaum.
10. Memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi
pembinaan jati diri.
11. Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perassaan
bangga dan hormat.
12. Menilai pencapaian dan kemajuan negara dala bidang politik, ekonomi dan sosial.

You might also like