You are on page 1of 2

1.

ISTILAH TAMADUN

Pengertian tamadun dan tamadun islam mempunyai perkaitan daripada aspek
bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat
dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin. Dari
sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun.
Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun,
seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam
karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam
kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami
dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu,
Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi
atau badiah. Hadarah ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
diusahakan dimana dapat dikaitkan dengan kehidupan yang berpindah randah di
pendalaman yang jauh daripada kemajuan, serta lebih banyak bergantung kepada
pertanian dan pertenakan untuk memenuhi keperluan hidup, oleh itu hadarah
mempunyai dua pengertian (Marzuki 1994) iaitu pengertian objektif dan pengertian
subjektif. Pengertian objektif ialah suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang
kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat manakala bagi pengertian
subjektif pula ialah suatu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang
berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas, atau digambarkan sebagai kehidupan
yang dapat atau hamper dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang
hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu adalah bersifat subjektif dan bergantung
kepada masa dan tempat serta nilai-nilai yang dianuti oleh sesebuah masyarakat..
Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki
ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudun yang memiliki cirri-ciri tamadun.

Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung
kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan
tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai
tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam
membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat Negara.
Civilization diambil daripada perkataan Latin yang merujuk kepada city atau civitas,
dengan alasan-alasan seperti tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai Bandar-
bandar besar dan perubahan adalah jelas pertumbuhannya di Bandar-bandar besar
serta cirri-ciri asas tamadun manusia lebih mudah ditemui di Bandar-bandar. Selain
civilization, beberapa perkataan lain yang pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas
ialah seperti culture, urbanization dan renaissance. Hal ini disebabkan oleh
keterbatasan ruang lingkup unsur-unsur yang diungkapkan oleh perkataan-perkataan
ini dalam hubungannya dengan tamadun apabila dibandingkan dengan perkataan
civilization.

Dari segi istilah Bahasa Melayu pula, selain daripada perkataan tamadun, ada
dua perkataan lain yang digunakan bagi merujuk maksud tamadun iaitu peradaban dan
kebudayaan. Pada penghujung abad kedua puluh, perkataan tamadun menjadi
semakin popular dengan kemunculan perkataan madani iaitu kata sifat bagi tamadun
dalam wacana tamadun peringkat Alam Melayu.

Selain itu, dari sudut istilah Bahasa Tamil pula ialah Tamadun dikaitkan dengan
istilah nakarikam di mana Nakar bermaksud kota atau bandar Ikam membawa makna
pembentukan bandar malahan Nakar ialah simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva iaitu
tuhan yang mencipta Bandar.

Yang terakhir ialah, Bahasa Cina, perkataan wen ming merupakan istilah yang
merujuk kepada peradaban. Ming membawa makna cerah, terang atau bercahaya.

You might also like