You are on page 1of 8

Etimologi perkataan tamadun

Tamadun atau tamaddun adalah istilah bahasa Arab berasal daripada perkataan
maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak
(kerohanian). Ia berkaitan dengan perkataan madinah (bandar),mudun (bandar-bandar)
dan modern. Dikatakan juga bahawa istilah tamaddun berasal daripada perkataan al-
din. Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara peristilahan yg sering digunakan
bagi membincangkan fenomena ketamadunan manusia adalah umran, hadarah,
madaniyyah, thaqafa, nahdah dan tamadun. Istilah terawal yang digunakan untuk
mengertikan makna tamadun ialah perkataan umran dan hadarat. Umran adalah
terbitan dari perkataan Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami,
diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan
seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari
keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. Hadaratbererti kehidupan menetap.
Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan hadarat seerti dengan pengertian
tamadun. Hadarat membawa erti suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-
ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami.
Kurun kedua puluh muncul perkataan madaniyyat yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi
(al- Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-
Nasraniyyat Maa al-Ilm wa al-Madaniyyat). Kemudian muncul pula perkataanta madun
yang diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al- Tamaddun al-Islami). Dalam bahasa
Inggeris tamadun disebut civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti
bandar. Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah popular yg digunakan
iaitu tamadun dan peradaban. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam
perbendaharaan kata Melayu asal, tidak terdapat kalimah khusus yg dapat
menterjemahkan perkataan tamadun dan peradaban, kecuali perkataan maju dan
kemajuan dan/atau mungkin pembangunan. Perkataan maju dan kemajuan ternyata
mempunyai konotasi yg jauh lebih sempit daripada tamadun. Tamadun dalam
pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani (dalam bentuk fizikal) dan rohani
(bentuk abstrak). Istilah tamadun (civilisation) boleh digunakan dalam pelbagai konteks
untuk maksud kemajuan, antaranya ialah kemajuan intelektual, kebudayaan dan
kebendaan, yang ditandai oleh kemajuan seni dan ilmu, penulisan dan ciri-ciri institusi-
institusi politik dan sosial yang kompleks. Selain itu, kemajuan dan kegemilangan hasil
daripadak reativiti dan intelektual manusia dan suatu kebudayaan dan masyarakat yang
dibangunkan oleh sesuatu bangsa, di kawasan dan tempoh tertentu serta masyarakat
moden atau maju, yang kompleks dan mempunyai pelbagai kemudahan. Disamping itu,
taraf tingkah laku yang baik dan taraf hidup yang maju.


Istilah-istilah dalam Tamadun

Tamadun:
Kebudayaan, Kemajuan, Peradaban (K. Dewan).

Peradaban:
Kebudayaan,Tamadun, Kemajuan

Civilization:
Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan.

Civic : bandar (Istilah Latin)

Umran :
Kawasan yang didiami yang berkembang subur dan makmur

Hadharah:
Kehidupan menetap @ wilayah yang didiami
Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw: berpindah randah/ kehidupan padang pasir







TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN
MELAYU

Pengenalan Tamadun
Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun
sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari
kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan
konsep tamadun.

Islam madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun
Barat - civilization-kebendaan- material

Definisi:
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh
dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:

Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian
tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.

Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab
berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-
hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.


Bahasa Melayu

Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian
tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam
Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun
dengan pengguguran satu d terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant
penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.

Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu madani
sebagai tambahan kepada terminologi tamadun. Ia juga merupakan pinjaman daripada
terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi
yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.

SARJANA ISLAM
IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah

RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak

SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah

SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam

ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam
abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada
akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah
yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu
iaitu akidah, syariat dan akhlak.


SARJANA BARAT

Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun
mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan
satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat
menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.

Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun
sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.

Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni

KESIMPULAN

Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat.
Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber
pembinaan sesuatu tamadun.
Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan
pencapaian sesuatu tamadun.
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun
yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah,
syariat dan akhlak).

CIRI-CIRI TAMADUN
Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang

Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan perbandaran
berdekatan,peningkatan hasil negara

Urbanisasi-pembentukan bandar baru

Organisasi sosial-sistem yang tersusun

Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama

Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih

Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat

MATLAMAT UMUM TITAS
Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen
iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan sistem
pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa AR-
Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan
Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang
telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui
sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh
semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

OBJEKTIF TITAS- Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang
ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu.
- Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia.
- Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan.
- Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka.
- Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat.
- Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020.



TOPIK 2 : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
TAKRIF TAMADUN ISLAM
Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah
Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu
bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing.
Firman Allah SWT.surah Al Baqarah
tiada paksaan dalam beragama
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan

2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman AllahSurah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana
membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.


3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras
Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90
Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi
nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan
itu,agar kamu mendapat keberuntungan..

4. Memelihara maruah dan keturunan
Mensyariatkan perkahwinan.
Poligami
Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan
memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu
dosa yang besar.
( Surah al-Israa 17:31 )

5. Memelihara harta
Firman Allah SWT
Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan
janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik
kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.
Al-Qasas 28:77
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun
Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum
hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan
daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maaidah 5:38 )

6. Memelihara hak kebebasan
Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan
Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama




SUMBER-SUMBER TI
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia
yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi
membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak
Allah SWT

2. HADIS
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah
Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran

3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN
4. AKAL FIKIRAN
5. PENEMUAN BARU


MATLAMAT TAMADUN ISLAM
1. Hubungan manusia dengan Allah SWT
Rukun Islam dan Rukun Iman
Ibadah umum dan ibadah khusus
Mematuhi syariat yang telah ditetapkan

2. Hubungan manusia dengan manusia
Sistem muamalah dan kemasyarakatan
Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya

3. Hubungan manusia dengan alam sekitar
Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi
melalui sumber alam yang sedia ada
Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar

You might also like