You are on page 1of 3

Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.
Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu
bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan dengan
sendiri. Kanak-kanak juga akan meraisai satu kepuasan sekiranya berjaya melakukan
sesuatu dengan sendiri.
Kanak-kanak berkembang pada tahan berbeza. Elakkan membanding antara
kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan aktif pada peringkat ini. Guru boleh menyediakan
aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari. Aktiviti-aktiviti yang disediakan mesti
mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Implikasi Kepada Penjagaan Dan Pembelajaran Bayi
Stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian-bahagian otak terbabit
menyusun maklumat. Jadi, pengalaman harian biasa yang menyediakan stimulasi ini
dapat merangsangkan organisasi perkembangan otak. Bagi bayi yang tidak menerima
stimulasi-stimulasi ini mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu

Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas
Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti
seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-
latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lasak untuk
kanak-kanak lelaki misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk
kanak-kanak perempuan misalnya bola jarring.
Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.
Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak
tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah
penyesuaian.




Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas
Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang
dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Selain
daripada itu, guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya
tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih sensetif terhadap
perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran
tentang gaya hidup sihat terutamanya dari segi pemakanan, senaman dan
mengelakkan aktiviti-aktiviti negatif seperti merokok dan mengambil dadah.
Rancang aktiviti-aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan jadikan sebagai
satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja
perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati
oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman.
Perubahan peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan
penambah koordinasi. Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi
seksual. Maka guru digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual
dan sistem pembiakan agar remaja tahu aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku
terhadap diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan.
Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remaja berbincang dan bertanya
tentang perubahan yang sedang belaku dalam diri mereka agar mereka dapat
membuat pilihan dengan tepat.
Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza untuk setiap
individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak mengikut jadual atau
harapan masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah untuk individu tersebut.
Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia
mempengaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak didalam pembelajaran
di sekolah.

You might also like