You are on page 1of 7

1.

0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang
berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi
perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan
rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran. Perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakkan orang
menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama.
Realitinya, makna kedua-dua perkataan ini berbeza tetapi ia tidak boleh dipisahkan.
Dari segi aspek pertumbuhan, menurut Woolfolk dan Margetts (2007)
mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada
segi fizikal ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan,
ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang
dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada peringkat ke peringkat lain. Di samping
itu, ciri-ciri pertumbuhan yang dapat kita lihat ialah pertumbuhan manusia bersifat
kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur malahan saiz dan struktur badan bertambah dan
kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. Selain itu, saiz otak dan organ-organ
dalaman juga bertambah dimana pertambahan saiz otak member kanak-kanak
keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan
melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Pertumbuhan juga dipengaruhi oleh baka atau
keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut dan yang
terakhir ialah kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku
peringkat demi peringkat.
Selain itu, dari segi aspek perkembangan pula ialah Santrock (2008)
mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat. Perkembagan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapt diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.
Ciri-ciri perkembangan ialah perkembangan bersifat kuantitatif dan perubahan-
perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, social, emosi dan moral.
Selain itu, perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah
tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, member nama
kepada objek, mengenal perkataan dan mengkaitkan dengannya objek. Disamping itu,
ciri-ciri perkembangan yang lain ialah perubahan-perubahan yang berlaku adalah
berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Kematangn merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Selain
itu juga ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran dan terakhir ialah perkembagan
adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.


1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan kanak-kanak dapat
dikelaskan kepada 8 bahagian. Prinsip yang pertama ialah mengikut arah tertentu. Arah
seperti arah kepala ke kaki(cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di
bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah kedua ialah
arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah
menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Prinsip kedua ialah
berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara berterusan
daripada lahir sehingga mati. Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau
kecepatan yang berbeza-beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri.
Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.
Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Prinsip yang
keempat pula adalah berlaku secara menyeluruh di mana otot- otot besar akan
berkembang terlebih dahulu berbanding dengan otot-otot kecil. Prinsip kelima ialah
kadar kecepatan yang berbeza. Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah
sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Seterusnya ialah
prinsip keenam ialah setiap anggota saling berkaitan dan mempengaruhi.
Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan
mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Prinsip ketujuh ialah corak
perkembangan yang berbeza mengikut individu. Maka, tidak semua kanak-kanak
sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Prinsip
terakhir adalah berlaku secara berperingkat. Hidup manusia adalah mengikut peringkat-
peringkat tertentu. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi
peringkat itu.
Secara kesimpulannya proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian
merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan
juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam
perkembangan kognitif dan bahasa. Perubahan dan pertumbuhan dan perkembangan
beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot-oto halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah
satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang
kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya
sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Corak dan aturan perkembagan hamper sama tetapi kadar perkembangan
manusia nerneza untuk setiap individu. Misalnya setengah kanak-kanak dapt berjalan
pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada bulan 18 bulan. Ini
adalah salah satu factor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kta
dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Perkembangan adalah hasil interaksi
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian
berlari. Ia dipengaruhi oleh factor-faktor genetic. Pembelajaran adalah hasil daripada
latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran
membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam
dirinya, misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang iti berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih
atau meniru cara-cara berenang.
2.0 ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.1 PERKEMBANGAN JASMANI
Perkembangan jasmani merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margeets, 2007). Semasa pembesaran
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan,
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya
keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau
permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin
mengakibatkan mereka disisihkan daripada kumpulan rakan sebaya mereka.
Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan
terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada
kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi
asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
2.1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN JASMANI
Prinsip asas dalam perkembangan jasmani
1. Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke
kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi
berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan,
kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal
pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti
dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat
mengawal kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan
selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh
meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.
Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal
kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.
2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan
berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang
belakang dan menuju kea rah luar Badan. Pada peringkat
pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu
sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan
kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan.
Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai objek
yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat
mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan,
bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk
menggengam objek. Seterusnya bayi dapat memegang
objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan
kerana otot tangan sudah berkembang.
3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Sebagai
contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan
menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama
berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk
kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi
menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat
memberitahu kepalanya sakit.
4. Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza. Kaki dan
tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa
peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa
lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat
dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja
tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan perlahan.

2.1.2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN JASMANI
Prenatal
Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan,
iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu.
Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-
dua ovarinya. Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh, satu
ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam
ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia.
Proses ini dipanggil ovulasi. Selepas ovulasi, ovum tersebut akan
bergerak ke tiub fakopia. Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu
bergabung dengan sperma bapa di bahagian atas tiub falopia
bersebelahan dengan ovary. Sekiranya ovum tersebut tidak
disenyawakan dalam masa 48jam selepas ovulasi, ia akan
dikeluarkan sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh
sperma dinamakan zigot. Kadangkala seorang wanita akan
menghasilkan lebih daripada satu telur, sama ada secara
semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan
dua ovum oleh dua sperma berbeza menghasilkan kembar dwizigot
atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara. Jika avum yang
disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahagian, iaitu
zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahagian
sel dan perkembagan menjadi dua individu yang serupa maka
kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil
daripada zigot yang sama, oleh itu ia mewarisi gen sama daripada
ibu dan bapa. Peringkat prenatal ialah selama Sembilan bulan dan
terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage),
embrio dan fetal.




1. FASA PEMBENIHAN

2. FASA EMBRIO



3. FASA FETAL

You might also like