You are on page 1of 2

Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Kalangan Belia Peranan Ibu Bapa?

Pada zaman pascakemerdekaan ini, Negara kita telah melakar kejayaan yang begitu
menyerlah dalam pelbagai aspek, seperti ekonomi, sukan, dan sebagainya. Tampaknya. Kita
telah Berjaya menghasilkan sebuah utopia yang didambakan oleh moanusia sejagat. Namun,
perkara ini sebenarnya indah khabar daripada rupa. Sehubungan dengan itu, gerbang
wawasan 2020 telah menandakan permulaan seribu satu dugaan untuk negara kita. Antara
kemelut tersebut yang paling parah merupakan kebejatan moral anak-anak kita.
Bagaimanakah pula kita dapat mengubati kes ini secara telus sebelum kudis menjadi tokak?
Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting menerapkan nilai-nilai murni dalam
jiwa generasi muda untuk mengelakkan permasalahan tersebut.
Walau bagaimanapun, apakah pendekatan yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk
menanam nilai murni dalam diri anak? Pertama sekali, ibu bapa seharusnya menunjukkan
teladan terhadap anak-anak kita. Selaras dengan itu, mereka boleh membantu golongan
yang berada dalam kesusahan dengan menghulurkan bantuan dari segi kewangan ataupun
kasih saying. Selain itu, mereka sewajarnya mentaati orang tua mereka. Dengan wujudnya
entity misali sebegini, nescaya generasi muda kita akan mengamalkan nilai-nilai murni yang
baik. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa termasuklah melawat ke
rumah warga emas. Secara tidak langsung, anak-anak akan mempelajari untuk mengambil
berat, menyayangi dan menjaga individu lain.
Tambahan pula, setiap ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama dalam sanubari
anak. Sememangnya, anak kita diibaratkan sebagai sehelai kain putih fitrah dan ibu bapalah
yang bertanggungjawab untuk mencorakkanya. Bak kata pepatah, Melentur bulh biarlah
dari rebungnya . Justeru, suntikkanlah bibit-bibit ajaran agama dalam diri anak sejak kecil
lagi. Izharnya, setiap agama mengagung-agungkan nilai murni dan menyarankan umatnya
agar berpegang pada nilai estetika tersebut. Oleh itu, janganlah ibu bapa abaikan aspek ini
kerana perkara ini merupakan suplemen yang signifikan bagi mencambah nilai-nilai murni
dalam jiwa generasi muda.
Di samping itu, ibu bapa juga wajar melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan penuh
dengan kasih saying untuk anak mereka. Dengan itu, mereka akam mengenal erti kasih
saying dan kepentingan aspek tersebut dalam kehidupan mereka. Sekiranya ibu bapa asyik
bergaduh saban hari, adakah anak kita dapat mempunyai personality yang cemerlang?
Tepuk dada Tanya minda. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kes-kes
penceraian seakan-akan sudah menjadi lumrah pada alaf ini. Pendek kata, dewasa ini,
insantidak mementingkan perkahwinan serta anak mereka. Sikap sambil lewa ini amat
mendukacitakan kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang ingin melupakan kewajipan
mereka terhadap anak mereka selepas bercerai. Sekiranya scenario inilah yang dialami oleh
tiap-tiap anak, penerapan nilai-nilai murni dalam sanubari mereka dapatlah dilabelkan
sebagai mustahil .
Sementelahan pula, para ibu bapa turut boleh memberikan perhatian yang lebih banyak
kepada anak mereka. Sebaik-baiknya, cubalah untuk luangkan masa bersama-sama mereka.
Jangan sekali-kali lepas tangan kepada penjaga yang diupah ataupun pihak
sekolah,sedangkan ibu bapa sendiri leka mengejar kemewahan yang sebenarnya merupakan
daki dunia. Apabila terjadinya sesuatu masalah kepada anak, kes-kes saling menuding jari
pun berlaku. Ibu bapa patut mencurahkan kasih saying yang tidak berbelah bahagi kepada
anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Pendek kata,ibu bapa bukan sahaja dapat
meluangkan masa bersama-sama anak, malah mereka juga mampu menyelitkan nilai murni
dalam diri anak mereka melalui aktivit yang dilakukan bersama. Jikalau anak tidak menerima
perhatian daripada ibu bapa, kasih saying penjaga yang seberapa banyak pun tidak dapat
menghalangnya daripada mencari-cari kasih saying yang didahagakan di dunia luar bagi
mengisi hatinya yang kekosongan.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga seyogianya memantau pergaulan anak dari semasa ke
semasa. Situasi ini adalah imperative kerana golongan anak darh baru setampuk pinang,
tidak mampu membezakan antar intan dengan kaca. Oleh itu, ibu bapa berperanan untk
menerapkan nilai murni dalam sanubari anaj agar mereka dapat menghindarkan diri
daripada kawan negative atau segala kancah kebobrokan. Jika mereka tidak mempunyai
keazaman tersebut, maka ibu bapalah yang menjadi pembimbing serta pendorong mereka.
Justifikasinya, para ibu bapa harus mengutamakan nilai-nilai murni dalam jiwa anak supaya
mereka dapat menjauhi segala anasir negative.
Intihanya, ibu bapa memegang kunci perdana dan merupakan pemangkin utama dalam
menerapkan nilai murni dalam generasi muda. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
Negara. Setiap ibu bapa harus ingat bahawa golongan belia kana menerajui tampuk
kepimpinan Negara pada hari muka. Lantaran itu, ibu bapa oatut mendedahkan anak-anak
kepada samudera nilai murni dan membantu mereka untuk meredah lautan tersebut
kendatipun dihalang oleh pelbahai cabaran. Hal ini adalah kerana kita ingin melahirkan
masyarakat madani dan juga nakhoda Negara yang berketerampilan, bermutu, dan akhir
sekali memanifestasikan nilai-nilai murni yang terbilang.

You might also like