You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KANTIN

SMK LINGGIU
TARIKH : 22 Oktober 2012 (Isnin)
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Bilik Pengetua
KEHADIRAN : 1. Pn. Suwarti Binti Agus
2. En. Muhammad Radzi bin Ismail
3. En. Ghazali bin Shahran
4. En. Nor Azmi bin Yahya
5. Pn. Nor Hamidah binti Abas
6. Pn. Nor Adilah binti Yusop

Bil Perkara Tindakan
1 Kata-kata aluan
1.1. Pengetua selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan
terima kasih kepada guru-guru yang dapat meluangkan masa untuk
hadir mesyuarat ringkas ini.


Semua guru

2

Ucapan aluan dari En. Muhamad Radzi bin Ismail
2.1. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memilih tender kantin untuk
tahun 2013.

2.2. Terdapat tiga tender yang telah dikemukakan oleh pengemuka
tender. Guru-guru perlu menyemak dan menilai ketiga-tiga tender untuk
memilih tender yang layak diambil oleh pihak sekolah.


Semua guru



Semua guru

3

Taklimat tender dari En Ghazali bin Shahran
3.1. En Ghazali memaklumkan pada tahun 2012 terdapat tiga saingan
untuk mendapatkan tender kantin sekolah.
i) En. Ahmad Faziran
ii) En. Khairul Bahri
iii) En. Norazemi




Semua guru

4

Pemilihan tender kantin oleh guru-guru
4.1. Pemilihan dibuat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
borang tender kantin yang telah dikemukakan. Segala kelebihan dan
kekurangan dinilai dengan teliti bagi memuaskan semua pihak. Berikut
senarai kelebihan dan kekurangan dari ketiga-tiga wakil untuk tender
kantin:
i) En. Ahmad Faziran
- Tidak menyertakan wang deposit untuk tender kantin.
- Borang tidak lengkap.
- Sudah menguruskan kantin SMK Linggiu selama 5 tahun.
ii) En. Khairul Bahri
- Wang deposit disertakan.
- Mempunyai pengalaman menguruskan restaurant dan tidak ada
pengalaman menguruskan kantin sekolah.
iii) En. Norazemi
- Wang deposit disertakan.
- Borang permohonan lengkap.
- Pengalaman selama mengurus kantin melebihi sepuluh tahun.
- Mempunyai modal pusingan yang kukuh.
- Peralatan telah lengkap dan disediakan.







Semua guru
4.2. Setelah perbincangan dan penilaian dibuat jawatankuasa sebulat
suara memilih En. Norazemi layak memasuki tender kantin SMK Linggiu
berbanding dua lagi saingannya.


Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 ptg

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..
(NOR ADILAH BINTI YUSOP) (PN. SUWARTI BINTI AGUS)
S/U Kantin Pengetua
SMK LINGGIU. SMK LINGGIU.














































MINIT MESYUARAT PANITIA KHB KALI KE-2
SMK LINGIU
TARIKH : 2 JULAI 2012
MASA : 1.50 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN : 1. Pn Rafiah Bt Mijan
2.Pn Haryati Bt Md. Soom
3. Pn Idawani Bt Yaakub
4. Pn Nor Adilah Bt Yusop
Bil Perkara Tindakan
1 Kata-kata aluan
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru KHB
kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia kali ke-2 ini.
1.2. Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Pn Nor Adilah
yang baru berpindah ke sini dan mengajar KHBKT tingkatan 2 dan 1.


Semua guru
2 Peperiksaan dan Penilaian
2.1. Pengerusi menjelaskan keputusan PPT yang lalu agak memuaskan.
Bagi tingkatan 3, walaupun hanya 4 orang yang gagal tetapi dari dari
segi pencapaian gred A tidak ada. Hanya 2 orang saja. Oleh itu
pengerusi mengajak Pn Idawani untuk sama mengerah tenaga bagi
mengenal pasti tajuk yang pelajar belum menguasai lagi. Hal ini akan
dilakukan semasa aktiviti latih tubi dan gerak gempur.



Guru tg 3
3 PBS
3.1. Bagi pelajar ting. 1 pula,PBS mesti diteruskan mengikut DIC yang
telah dibekalkan.

3.2. Pengerusi juga menjelaskan bahawa kerja kursus tingkatan 3 sudah
hampir siap. Hanya tinggal memebuat pembetulan dan pemberian
markah sahaja. Begitu juga Pn Idawani.

Guru tg 1



Guru tg 3
4 Belanjawan Panitia
4.1. Pengerusi menyatakan, menurut dari Ketua Bidang, baki kewangan
panitia KHB adalah sebanyak RM-211.59. Pn. Idawani mencadangkan
agar duit yang akan diperolehi untuk penyelarasan nanti digunakan
untuk membeli alat-alat tangan bagi menggantikan alatan yang telah
rosak dan berkarat. Memandangkan bahan projek telah dibeli.
Disokong oleh ahli mesyuarat.



K/Panitia
5 Minggu Sains Dan Teknologi
5.1. Pengerusi menjelaskan, Bidang Sains Matematik dan Bidang Teknik
Vokasional akan bergabung bagi menjayakan Minggu Sains dan
Teknologi. Oleh itu, guru-guru KHB diharap dapat memberikan
kerjasama yang baik bagi menjayakan minggu tersebut.


Semua guru

6 Hal-hal lain
6.1. Pengerusi menegaskan bagi guru-guru Tg 3. Perlu menghabiskan
sukatan selewat-lewatnya pertengahan Julai bagi membolehkan guru-
guru membuat ulangkaji dan latih tubi sebagai persediaan untuk
Peperiksaan Percubaan PMR.


Guru tg 3
Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(IDAWANI BT YAAKUB) (RAFIAH BT MIJAN)
S/U Panitia KHB K. Panitia KHB
SMK LINGGIU. SMK LINGGIU.





PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU,
SMK LINGGIU,
81970 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
_____________________________________________________________________________________________

Cik/Puan
.. 29 JUN 2012

Tuan,
MESYUARAT PANITIA KHB KALI KE-2
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 1.50 ptg
Tempat : Bilik Guru
Agenda: 1. Kata-kata aluan
2. Peperiksaan dan Penilaian
3. PBS
4. Belanjawan Panitia
5. Minggu Sains Dan Teknologi
6. Hal-hal lain

3. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(IDAWANI BT YAAKUB)
S/U Panitia KHB
SMK LINGGIU.

You might also like