You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KHB KALI PERTAMA

SMK LINGGIU
TARIKH : 1 Mac 2012 (Khamis)
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Bilik Guru
KEHADIRAN : 1. Pn. Rafiah Bt Mijan
2. Pn. Idawani Bt Yaakub
3. Cik Norashimah Bt Raof (guru ganti)

Bil Perkara Tindakan
1 Kata-kata aluan
1.1. Ketua panitia selaku pengerusi mengucapkan selamat
datang dan terima kasih kepada guru-guru KHB yang
dapat meluangkan masa untuk hadir mesyuarat ringkas
ini.

Semua guru
2 Perancangan tahunan panitia
2.1. Pengerusi menjelaskan rancangan tahunan untuk P&P
KHB bagi tingkatan 3 dan 2 adalah seperti yang telah
dirancang oleh guru yang lama, oleh kita hanya mengikut
sahaja agar tidak membazirkan waktu untuk merancang
semula. Guru- guru hanya perlu menyesuaikan diri dengan
rancangan yang ada mengikut keperluan pelajar.

2.2. Bagi P&P tingkatan 1 yang memerlukan PBS, guru-guru
perlu mengikut bab demi bab dari buku teks. Memandangkan
PBS perlu mengikut urutan bab dalam buku. Oleh itu, guru-
guru perlu juga merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi
dan Dokumen Item Contoh yang telah dibekalkan oleh PPD.



Semua guru





Semua guru
3 Peperiksaan dan Penilaian
3.1. Pengerusi memaklumkan untuk penggubalan item bagi
UB 1 dan peperiksaan yang seterusnya, tiada penjadualan,
memandangkan tiada guru yang berkongsi tingkatan.
Pengerusi juga menegaskan item mestilah yang memenuhi JSI.
Markah pelajar perlu diisi terus ke dalam talian SAPS.



Semua guru
4 Hal-hal lain
4.1. Pn. Idawani memberitahu bahawa bahan projek untuk RB
tingkatan 2 dan Reka Cipta tingkatan 3 telah dibeli dan boleh
dimulakan untuk kerja kursus. Pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada Pn Idawani kerana telah membantu
untuk membuat pembelian bahan tersebut.

4.2. Pengerusi juga menasihati Cik Norashima agar jangan
malu untuk bertanya sekiranya menghadapi masalah untuk
persediaan P&P dan PBS bagi ting. 1.


Pn. Idawani




Cik Norashima
Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 ptg

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(IDAWANI BT YAAKUB) (RAFIAH BT MIJAN)
S/U Panitia KHB Ketua Panitia KHB
SMK LINGGIU. SMK LINGGIU.






MINIT MESYUARAT PANITIA KHB KALI KE-2
SMK LINGIU
TARIKH : 2 JULAI 2012
MASA : 1.50 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN : 1. Pn Rafiah Bt Mijan
2.Pn Haryati Bt Md. Soom
3. Pn Idawani Bt Yaakub
4. Pn Nor Adilah Bt Yusop
Bil Perkara Tindakan
1 Kata-kata aluan
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru KHB
kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia kali ke-2 ini.
1.2. Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Pn Nor Adilah
yang baru berpindah ke sini dan mengajar KHBKT tingkatan 2 dan 1.


Semua guru
2 Peperiksaan dan Penilaian
2.1. Pengerusi menjelaskan keputusan PPT yang lalu agak memuaskan.
Bagi tingkatan 3, walaupun hanya 4 orang yang gagal tetapi dari dari
segi pencapaian gred A tidak ada. Hanya 2 orang saja. Oleh itu
pengerusi mengajak Pn Idawani untuk sama mengerah tenaga bagi
mengenal pasti tajuk yang pelajar belum menguasai lagi. Hal ini akan
dilakukan semasa aktiviti latih tubi dan gerak gempur.



Guru tg 3
3 PBS
3.1. Bagi pelajar ting. 1 pula,PBS mesti diteruskan mengikut DIC yang
telah dibekalkan.

3.2. Pengerusi juga menjelaskan bahawa kerja kursus tingkatan 3 sudah
hampir siap. Hanya tinggal memebuat pembetulan dan pemberian
markah sahaja. Begitu juga Pn Idawani.

Guru tg 1



Guru tg 3
4 Belanjawan Panitia
4.1. Pengerusi menyatakan, menurut dari Ketua Bidang, baki kewangan
panitia KHB adalah sebanyak RM-211.59. Pn. Idawani mencadangkan
agar duit yang akan diperolehi untuk penyelarasan nanti digunakan
untuk membeli alat-alat tangan bagi menggantikan alatan yang telah
rosak dan berkarat. Memandangkan bahan projek telah dibeli.
Disokong oleh ahli mesyuarat.



K/Panitia
5 Minggu Sains Dan Teknologi
5.1. Pengerusi menjelaskan, Bidang Sains Matematik dan Bidang Teknik
Vokasional akan bergabung bagi menjayakan Minggu Sains dan
Teknologi. Oleh itu, guru-guru KHB diharap dapat memberikan
kerjasama yang baik bagi menjayakan minggu tersebut.


Semua guru

6 Hal-hal lain
6.1. Pengerusi menegaskan bagi guru-guru Tg 3. Perlu menghabiskan
sukatan selewat-lewatnya pertengahan Julai bagi membolehkan guru-
guru membuat ulangkaji dan latih tubi sebagai persediaan untuk
Peperiksaan Percubaan PMR.


Guru tg 3
Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(IDAWANI BT YAAKUB) (RAFIAH BT MIJAN)
S/U Panitia KHB K. Panitia KHB
SMK LINGGIU. SMK LINGGIU.





PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU,
SMK LINGGIU,
81970 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
_____________________________________________________________________________________________

Cik/Puan
.. 29 JUN 2012

Tuan,
MESYUARAT PANITIA KHB KALI KE-2
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 1.50 ptg
Tempat : Bilik Guru
Agenda: 1. Kata-kata aluan
2. Peperiksaan dan Penilaian
3. PBS
4. Belanjawan Panitia
5. Minggu Sains Dan Teknologi
6. Hal-hal lain

3. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(IDAWANI BT YAAKUB)
S/U Panitia KHB
SMK LINGGIU.

You might also like