You are on page 1of 1

Aku sebatang pokok kelapa.

Aku hidup subur di kawasan


persisiran pantai. Aku juga banyak terdapat di desa dan di luar
bandar. Aku membawa banyak kegunaan kepada manusia. Hampir
setiap bahagian badan aku boleh digunakan. Oleh itu, aku juga
digelar pokok seribu guna.
Isi buah muda aku boleh dimakan begitu sahaja ataupun
dibuat kuih-muih dan biskut. Air buah pula enak diminum bagi
menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan terutamanya pada
hari panas. Bukan itu sahaja, isi buah yang tua boleh diparut dan
diperah menjadi santan. Santan digunakan untuk memasak kari dan
nasi lemak. Isi buah aku juga boleh diproses m enjadi minyak, sabun
dan marjerin.
Batang aku yang panjang dan keras sesuai untuk dijadikan titi
untuk menyeberangi sungai ataupun parit. Sabut badan aku pula
boleh dibuat tali, berus dan bahan api. Tempurung aku boleh
digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan
yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya.
Daun aku boleh dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat. Lidi
pula boleh diikat untuk dijadikan penyapu lidi. Penyapu lidi sesuai
digunakan untuk menyapu dedaun kering di halaman rumah.
Walaupun aku telah tua, tetapi aku tetap berasa bangga dan
gembira kerana setiap bahagian badan saya telah memanfaatkan
manusia. Aku berharap bahawa manusia akan sentiasa menghargai
tumbuhan seperti aku dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
(209 patah perkataan)

You might also like