You are on page 1of 46

NAMA : RASLAMIAH BINTI OTHMAN

NO K/P : 670511-11-5188
TARIKH LAHIR : 11 MEI 1967
TEMPAT LAHIR : MARANG, TERENGGANU
ALAMAT SEKOLAH : SK. DURIAN MENTANGAU ,
23100 PAKA, DUNGUN,
TERENGGANU.
PENGALAMAN MENGAJAR : 17 TAHUN
NO. H/P : 014 5312751
ALAMAT EMAIL : raslamia@yahoo.com

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 25 Ogos 2013
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Pelaksananaan Insternship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah


Pada 1 / /2013 saya dan rakan-rakan PGSR Prasekolah Ambilan 20013 telah
dipanggil untuk menghadiri taklimat Insternship dimana kami dikehendaki
menjalankan satu program di sekolah, dipantau dan dinilai oleh seorang mentor
yang dilantik oleh sekolah. Saya telah menghadiri taklimat tersebut bersama-
sama Puan Mariam binti Ibrahim sebagai mentor saya yang dilantik oleh Guru
Besar.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

Kekuatan
Walaupun agak terkejut kerana terpaksa melalui program ini, saya cuba untuk
berfikiran positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi
kewibawaan dan keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal
bergelar guru bersiswazah. Pengalaman menjalankan program-program
sebelum ini saya jadikan panduan kerana bagi menjayakan sesuatu program
amat memerlukan pengalaman mengurus dan memimpin.

Kelemahan
Kami tidak diberitahu daripada awal kursus bahawa kami akan menjalani latihan
praktikum. Saya amat terkejut kerana kami diberitahu agak lewat iaitu semasa
saya sedang sibuk untuk persiapan peperiksaan UPSR. Tambahan pula kami
telah mempunyai 3 tugasan dan satu tesis untuk disiapkan. Tidak semua guru
yang berada di jurusan PGSR Prasekolah mengajar di Prasekolah termasuk
saya. Saya sebagai guru yang mengajar di tahun enam, saya berasa amat kalut
kerana program ini terpaksa di buat sebelum berakhir Oktober 2013.
Perancangan bagi melakukan dan menguruskan sesuatu program agak rumit
dan memerlukan penelitian agar dapat berjalan lancar.



LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 2 Ogos 2013
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Perjumpaan dengan mentor, Puan Mariam binti Ibrahim berkenaan
Pelaksananaan Insternship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Saya amat beruntung kerana Puan Mariam telah sudi untuk bersama-sama saya
menghadiri taklimat Program Internship. Jadi saya tidak perlu menerangkan
kepadanya perjalanan program ini.

Saya telah berbincang tentang jenis program yang sesuai untuk dilaksanakan
pada waktu yang terdekat tanpa mengganggu tugas saya sebagai guru yang
mengajar di kelas peperiksaan. Beliau menasihati saya agar memikirkan
program yang dapat dijalankan sebaik sahaja selepas upsr. Saya bersetuju
dengan saranan beliau dan memutuskan untuk membuat program Sukan
Tahunan yang diberi nama Sukaneka Jalinan Kasih. Saya memilih nama ini
kerana ianya bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan
warga pendidik SK Durian Mentangau dan masyarakat kampong sekaliling.

Saya juga telah berjumpa dengan guru besar bagi menerangkan keputusan saya
untuk memilih program Sukaneka Tahunan sebagai program dibawah
insternship. Beliau bersetuju dan member sokongan penuh.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

Kekuatan
Jika program yang diputuskan di atas dapat dilaksanakan, sudah pasti ianya
memberi impak yang sangat positif kepada warga guru dan kakitangan sekolah
secara amnya dan kepada diri saya sendiri pada khususnya.


Kelemahan
Memandangkan program yang dipilih agak besar kerana melibatkan komuniti
kampong, perbelanjaan yang diperlukan juga besar. Setelah perbincangan
dengan kerani kewangan sekolah, duit kewangan sukan hanyalah RM700.00 di
dalam tabungan. Sedangkan aktiviti perkhemahan juga memerlukan kewangan
yang sama. Saya juga telah meneliti perbelanjaan Sukaneka pada tahun
sebelumnya yang tidak melibatkan komuniti. Jika dibandingkan, program yang
akan saya jalankan nanti adalah lebih besar. Perbelanjaan sukan tahunan 2012
adalah RM1020.00. Ini termasukalah perubatan, t-shirt pegawai, hadiah, makan
minum murid dan pegawai sukan, belanja peralatan dan hadiah saguhati kepada
perasmi dan pegawai sukan. Hati saya berbelah bagi. Saya berharap untuk
membincangkan perkara ini semula dengan mentor saya.





















LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 27 Ogos 2013
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Perbincangan semula mengenai program yang dipilih; Sukaneka Tahunan.
Masalah kewangan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya memberitahu masalah yang bakal saya hadapi kepada mentor sekiranya
saya ingin meneruskan dengan program Sukaneka Tahunan. Oleh kerana
kewangan yang ada amat terhad, saya memberitahu beliau yang saya tidak
mampu menjalankan program ini. Saya boleh menampung kewangan dengan
menggunakan wang sendiri bagaimanapun ianya memerlukan jumlah yang agak
besar dan saya tidak mempunyai cukup masa untuk memohon sumbangan dari
pihak-pihak tertentu bagi menampung kekurangan tersebut.
Puan Mariam memahami masalah ini dan menyerahkan kepada saya untuk
membuat keputusan.

Kekuatan
Isu kewangan yang timbul telah membuat saya berfikir bagaimana mahu
mengatasi masalah ini dan mencuba mencari peluang-peluang yang ada bagi
menjayakan juga program ini.
Saya terfikir untuk memohon sumbangan dari pihak swasta iaitu sebuah syarikat
di bawah Petronas Malaysia. Tetapi saya telah ada pengalaman pahit dimana
permohonan saya bagi menjalankan program sekolah pada tahun lepas telah
ditolak.

Kelemahan
Saya merasa amat tertekan kerana dalam keadaan sibuk dengan murid-murid
tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan, saya terpaksa memikirkan
program yang sukar dijalankan kerana masalah kewangan.




LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 2 Ogos 2013; Rabu
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Program baharu. Kem Sukan Sekolah.
.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya mendapat surat yang diminitkan kepada saya atas jawatan penyelaras
1murid 1sukan bahawa ada satu taklimat penting yang perlu saya hadiri pada
2sembilan Ogos2013 iaitu esok, berkaitan Kem Sukan Sekolah.
Saya berharap agar mendapat sedikit ilham hasil dari taklimat ini kerana walau
pun tidak dapat menjalankan program Sukan Tahunan, hati saya masih tetap
mahu menjalankan satu program sukan yang lain kerana sememangnya saya
mempunyai pengalaman dalam menguruskan aktiviti sukan.
Saya memberitahu Puan Mariam tentang hasrat saya ini. Beliau bersetuju dan
meminta saya berbincang semula dengannya setelah menghadiri taklimat
tersebut.


Kekuatan
Kemunculan program ini memberi saya satu harapan baru agar menemui hasil
dalam pencarian program yang sesuai dijalankan dalam masa yang terdekat ini.
Dalam keadaan yang agak tertekan ini saya tidak dapat berfikir dengan tenang
jadi saya amat mengharapkan sesuatu yang datang ini membantu saya mencari
penyelesaian. Walau pun dalam keadaan sibuk, pemantauan dari PPD, kelas
tambahan dan mesyuarat pencapaian prestasi UPSR, saya memastikan saya
dapat hadir ke taklimat ini bagi mencari idea menjalankan program insternship.

Kelemahan
Bagi saya, kemunculan program ini adalah seperti orang mengantuk,
disorongkan bantal. Jadi saya menyedari, segala aktiviti dan pengisian program
sudah tentulah bergantung kepada apa yang telah di tetapkan. Bagaimana pun,
dalam keadaan saya sekarang, saya redha.





.
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 2 Ogos 2013; Khamis
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menghadiri Taklimat Kem Sukan Sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah
Dungun.


1. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Sepanjang menghadiri taklimat ini saya telah di dedahkan tentang pengisian
program, cara pelaksanaan, tempoh yang diberikan untuk melaksanakan
program, jumlah penglibatan murid dan sumber kewangan.
Saya diberitahu setiap sekolah diberi peruntukan sebanyak RM500 bagi sekolah
harian manakala RM200 bagi sekolah SKM iaitu Sekolah Kurang Murid. Oleh
kerana sekolah saya adalah sekolah SKM, maka kami hanya mendapat RM200
untuk menjalankan program ini.
Saya merasa agak lega kerana tidak semua murid diwajibkan menyertai program
ini iaitu hanya 40 orang minima bagi sekolah rendah. Saya kira, masalah
kewangan dapat dikurangkan dengan cara ini.


Kekuatan
Saya didedahkan dengan panduan untuk membuat jadual, tajuk bagi setiap slot
dan perlu memilih satu jenis sukan yang ingin difokus. Saya sudah merancang
yang saya akan memilih program ini untuk program internship kerana ia sangat
sesuai dengan murid-murid sekolah saya serta sukan yang akan saya pilih
adalah bola baling kerana ianya sinonim dengan sekolah ini yang telah
memenangi pertandingan peringkat daerah Paka pada April lalu.

Kelemahan
Saya masih kabur lagi mengenai perbelanjaan mengurus program ini kerana
wang peruntukan itu hanya RM200 dan pada saya walaupun sekolah ini berada
di bawah SKM, bilangan murid tahap 2 iaitu sasaran program ini adalah melebihi
50 orang. Ia memerlukan lebih dari RM200 bagi program yang akan
berlangsung selama 3 hari 2 malam menurut taklimat yang diberi.


LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 2 September 2013; Isnin
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Kem Sukan Sekolah.
Cadangan tarikh; 13 September 2013 :Jumaat.
Sasaran ; murid-murid tahun 4, 5 dan enam
Sukan dipilih; bola baling.
Tempat: dewan, makmal ICT dan padang sekolah.

.
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya, mentor, Puan Mariam binti Ibrahim dan Penolong Kanan 1, Encik Che
Wan AbdJamil bin Che Wan Abdullah telah berbincang mengenai perkara di
atas. Puan Mariam pada keseluruhannya bersetuju dengan idea saya.
Bagaimanapun beliau berharap saya dapat melakukan kerja saya dengan teliti
memandangkan banyak perkara yang perlu saya fikirkan sekarang. Encik Che
Wan Jamil bersetuju dengan pandangan Puan Mariam. Bagi melaksanakan
program ini saya perlu memikirkan satu jawatankuasa bagi memastikan
persediaan yang rapi sebelum pertandingan pada akhir kem. Saya juga perlu
mencari satu system pertandingan yang sesuai dengan beberapa kumpulan
murid yang akan ditetapkan. Beliau menasihati saya agar selalu berbincang
kerana ianya memerlukan banyak kerja termasuk persedaian padang, peralatan
dan borang-borang serta kepengadilan.


Kekuatan
Program ini memang memerlukan satu persediaan yang rapi dan memerlukan
satu jawatankuasa yang dapat membantu menyelenggara semua kerja. Saya
tidak berputus asa. Pengalaman mengendalikan sukan pertandingan bola baling
yang lalu telah saya jadikan panduan dalam melaksanakan program ini. Saya
telah merangka satu jawatankuasa, mengatur tentative program selama 3 hari 2
malam dan seterusnya memaklumkan kepada pekerja sekolah agar dapat
membuat padang bola baling sebanyak 2 gelanggang. Saya cuba bertenagndan
tidak terburu-buru agar saya tidak tertinggal apa-apa yang penting semasa
melakukan perancangan.



Kelemahan
Semasa perjumpaan dengan kerani sekolah, saya dapati bahawa kewangan
agak tidak menggalakkan. Saya memerlukan lebih dari RM200. Kerani meminta
saya membuat cash receipt supaya saya dapat mendahulukan duit saya dan
menuntut kemudian. Wang peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia
belum dikreditkan ke akaun sekolah. Saya agak kecewa, bagaimana pun saya
menganggap ini adalah cabaran yang perlu saya tempuhi jika ingin
melaksanakan program ini.






















LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 3 September 2013; Selasa
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Membentuk Jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat.
Menyediakan bahan-bahan nota untuk slot program.
Mula membuat padang bola baling.
Menyediakan alat tulis dan sijil kehadiran peserta.
.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya telah membuat surat panggilan mesyuarat yang akan diadakan pada Rabu
4 September 2013 diatas persetujuan guru besar, Encik Abdul Halim bin
Mohamad. Ada beberapa guru yang tidak dapat hadir memandangkan kerana
menghadiri taklimat dan kursus. Bagaimana pun, saya berhasrat meneruskan
mesyuarat ini kerana kesuntukan masa.
Saya juga telah memastikan nota-nota dan bahan rujukan untuk setiap slot
disiapkan dan di letakkan ke dalam fail. Saya berasa lega kerana, dua orang
guru praktikum yang menjalani latihan di sekolah ini sudi untuk membantu saya.
Antara perkara yang saya kurang arif adalah penyediaan borang-borang
pertandingan. Mereka membantu saya menyediakan borang dan juga
persediaan dalam sistem pertandingan. Saya juga berasa amat lega kerana
sanggup menyiapkan sijil-sijil kehadiran peserta.


Kekuatan
Walaupun sibuk dengan persiapan peperiksaan UPSR, saya berasa amat
berterima kasih kepada semua guru terutamanya mentor, guru praktikum dan
guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan 1 kerana banyak
membantu dan memberi saya ilham bagaimana untuk mengendalikan program
ini.

Kelemahan
Oleh kerana kebanyakan guru sibuk, jadi guru besar mencadangkan agar
mesyuarat yang akan di adakan hendaklah lebih berupa taklimat dan soal jawab
kerana ingin meringkaskan masa. Saya bersetuju bagaimana pun berharap agar
mesyuarat ini dapat menyelesaikan banyak perkara.


LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 4 September 2013; Rabu
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Mesyuarat Pelaksanaan Kem Sukan Sekolah 1M 1S.
.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Sebelum mesyuarat, saya menyediakan senarai ahli jawatankuasa dan tentative
program serta tugas setiap ahli jawatankuasa. Alhamdulillah, Encik Abdul Aziz,
selaku Penolong Kanan Kokurikulum, telah bersetuju untuk mempengerusikan
mesyuarat. Saya tidak kisah sekiranya saya terpaksa mempengerusikan
mesyuarat tersebut, tetapi saya yakin Encik Abdul Aziz dapat menerangkan
dengan lebih tepat tentang kehendak program.
Mesyuarat berjalan dengan lancar, setiap tugas guru dapat difahami dengan
penerangan dan bersoal jawab.

Kekuatan
Tentative yang saya sediakan telah membantu guru memahami tugas mereka
serta keperluan yang mesti disediakan sebelum perjalanan setiap slot. Melalui
perbincangan juga segala kekurangan dan masalah dapat di atasi. Contohnya,
saya tidak memasukkan makan minum untuk guru di dalam kertas kerja saya
kerana masalah kekurangan bajet. Bagaimanapun, masalah ini dapat di atasi
apabila guru besar bersedia untuk memberi sumbangan peribadi beliau untuk
perbelanjaan ini. Alhamdulillah....

Kelemahan
Saya sepatutnya menyediakan senarai tugas secara hard copy yang di serahkan
kepada guru untuk rujukan mereka selain dari tayangan slide. Saya juga
menyedari bahawa ada beberapa tugas guru yang tertinggal iaitu saya perlu
menyediakan pengurus pasukan bagi setiap pasukan bagi memudahkan
perjalanan pertandingan pada hari kemuncak. Saya berjanji pada guru-guru
perkara itu akan diselesaikan selewat-lewatnya sehari sebelum kem.






LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 5 September 2013; Khamis
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Mengemaskinikan peralatan dan bahan program.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya membuat senarai semak bahan dan peralatan yang akan digunakan
semasa program. Saya meyedari video untuk senam robik bagi slot Malaysia
Cergas masih belum dapat disiapkan. Ini kerana terdapat masalah semasa saya
memuat turun video tersebut dari you tube. Komputer saya bermasalah...


Kekuatan
Murid-murid perempuan tahun 5 sudi membantu saya menyusun nota dan
mengemaskannya kedalam fail untuk setiap murid. Pekerja sekolah, Encik
Mohmad Yusoff telah bertungkus lumus menyiapkan padang bola baling dan
mencuba mengambil semula kanopi sekolah yang dipinjam oleh komuniti.
Saya berasa agak kasihan kepada Encik Mohmad kerana beliau adalah satu-
satu pekerja tetap sekolah. Bagaimana pun, saya meminta murid-murid lelaki
tahun 5 untuk membantu meringankan kerjanya di padang. Sungguh saya tidak
mampu melakukan kerja membuat padang jika tidak dengan bantuan beliau.
Guru-guru lelaki pula sibuk dengan perjumpaan pengawas peperiksaan UPSR.

Kelemahan
Kekurangan kakitangan lelaki telah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
Kanopi masih belum dapat di pasang.












LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: September 2013; Ahad
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Perbincangan mengenai sistem pertandingan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Daripada perbincangan dengan mentor, penolong Kanan 1, Encik Che Wan
Abdul Jamil dan guru praktikum, Cik Nur Fatin Fatihah, kemungkinan terdapat 2
sistem pertandingan; iaitu sistem Liga dan Kalah Mati. Daripada senarai sasaran
murid pula terdapat enam puluh murid; 31 lelaki dan dua puluh sembilan orang
perempuan. Kami sebulat suara membahagikan mereka kepada lapan
kumpulan bagi memudahkan pertandingan. Oleh kerana bilangan kumpulan
yang kecil dan kami mempunyai 2 padang, jadi saya mencadangkan kami
mengadakan pertandingan liga. Ini kerana bagi membolehkan murid-murid
mengambil bahagian dengan sepenuh hati. Pelaksanaan system kalah mati
akan menyebabkan kumpulan yang kalah patah semangat. Pada dasarnya
semua yang ada bersetuju dengan cadangan saya namun terdapat beberapa
persediaan seperti borang dan jadual pertandingan yang perlu di siapkan
sebelum pertandingan. Cik Fatin Fatihah bersetuju menyediakan borang-borang
tersebut.

Kekuatan
Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru yang lebih berpengalaman
seperti Encik Wan Abdul Jamil dapat membuka minda saya tentang bagaimana
program ini sepatutnya berjalan. Saya juga beruntung kerana walaupun Cik
Fatin Fatihah masih baru dalam bidang pengurusan sukan namun ternyata
beliau banyak membantu dengan mencari cara membuat jadual perlawanan dan
menyediakan nama pengadil bagi setiap perlawanan.

Kelemahan
Masih banyak perkara yang tidak dapat saya jangkakan. Saya merasa agak
kurang yakin mengetuai program ini. Bagaimanapun, saya berpegang pada
prinsip redah ajer . saya tidak akan tahu bagaimana mengurus jika saya tidak
melakukannya.




LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: September 2013; Isnin
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Mesyuarat kali ke dua.


2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya telah berbincang dengan Puan Mariam dan Encik Abdul Aziz untuk
mengadakan mesyuarat kali kedua. Ini penting bagi saya bagi memastikan
perjalanan program yang lancar.
Guru besar menasihati saya agar melakukan mesyuarat secara ringkas pada
waktu rehat tahap 2 kerana bimbang mengganggu persediaan UPSR. Saya akur
dan memaklumkan kepada guru-guru dan kakitangan mengenai mesyuarat itu
secara mengedarkan surat makluman.
Perbincangan ringkas hanya bagi memastikan segala persiapan dan masalah
dapat diatasi. Semasa perbincangan, AJK Hadiah, Puan Mahanizam telah
mengutarakan soalan berkenaan wang peruntukan untuk membeli hadiah.
Beliau memohon penjelasan bagaimana ingin membuat tuntutan belanja hadiah.
Encik Abdul Aziz menerangkan perbelanjaan itu boleh di tuntut dari wang BSS
atau Bantuan Sukan Sekolah. Beliau meminta Puan Mahanizam berurusan
dengan kerani sekolah.


Kekuatan
Walaupun sekolah ini hanya mempunyai seramai 14 orang guru termasuk guru
besar, seorang tukang kebun dan 4 orang pekerja swasta, ternyata hubungan
yang rapat dapat memudahkan kerja dan dapat dilakukan secara bermuafakat.

Kelemahan
Pengurusan kewangan ternyata memberi sedikit sebanyak masalah kepada
sekolah yang kecil. Dengan peruntukan sebanyak RM200.00 untuk belanja
makan minum murid sendiri tidak mencukupi bagi kem yang akan berlangsung
selama 2 hari. Saya mendahulukan duit saya dalam banyak perkara bagi
menjayakan juga program ini. Saya tahu jika saya tidak melakukan ini program
ini mustahil dapat dijalankan. Ia mengajar saya berkorban bukan saja dari segi
tenaga dan buah fikiran, tetapi juga dari segi material dan kewangan.
LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 10 September 2013; Selasa
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Mengemas kini persediaan padang dan penyusunan bahan bagi setiap slot.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Hari ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR. Saya mengambil peluang masa
yang ada ini untuk mengemaskini padang bersama-sama dengan guru-guru
praktikum dan pekerja sekolah. Bahan-bahan juga telah siap di masukkan ke fail
murid.
Score board dan papan putih besar akan di gunakan untuk rujukan markah.
Bagaimana Puan Mariam menasihatkan agar saya mengeluarkan barang-barang
tersebut pada hari pertandingan kerana bimbang akan berlaku kerosakan
memandangkan hari perlawanan adalah pada hari Sabtu.

Kekuatan
Hari pertama UPSR memberi saya waktu terluang untuk membuat persiapan
akhir. Bagaimana pun esok saya terpaksa meluangkan masa bersama-sama
murid UPSR saya yang akan menduduki kertas Bahasa Inggeris pada hari
Rabu.

Kelemahan
Guru-guru lain tidak dapat membantu kerana sibuk dengan pengawasan
peperiksaan dan kawalan kelas semasa peperiksaan UPSR berjalan.








LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 11 September 2013; Rabu
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Persiapan terakhir UPSR.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya datang berjumpa mentor dan memberitahu bahawa saya sedang membuat
persiapan terakhir untuk murid-murid UPSR yang akan menjalani peperiksaan
Bahasa Inggeris esoknya. Jadi saya meminta jasa baik beliau agar saya dapat
melupakan sekejap persiapan program ini dan member tumpuan kepada murid-
murid tahun enam.
















LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 12 September 2013; Khamis
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Taklimat Kem dan mengedarkan surat kebenaran ibu bapa.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Pada waktu pagi, saya berbincang dengan mentor tentang perkara perkara
yang perlu di sampaikan kepada murid-murid sebelum pelaksanaan Kem Sukan
Sekolah pada keesokan hari. Saya telah menyenaraikan perkara-perkara
tersebut dan beliau menambah beberapa perkara yang difikirkan perlu.
Antaranya adalah peti ubat kecemasan, bahan-bahan mentah untuk makan
minum murid, cara berpakaian serta surat kebenaran ibu bapa.
Setelah tamat peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris pada pukul 1.35 tengahari,
saya dan beberapa orang AJK telah mengumpulkan murid-murid tahap 2 di
dewan untuk taklimat tersebut. Rata-rata murid sangat gembira dan teruja untuk
menyertai program tersebut. Saya mengedarkan surat kebenaran ibu bapa dan
memberitahu murid-murid untuk datang seawal pukul 7.30 pagi pada esoknya.

3. Kekuatan
Murid-murid sekolah ini amat berminat dengan sukan bola baling dan amat teruja
untuk menyertai sukan tersebut. Mereka sudah ada sedikit sebanyak asas
dalam permainan, pernah menonoton perlawanan bola baling serta ada di antara
mereka adalah pemain pemain sekolah dan pemain daerah.

4. Kelemahan
Taklimat Kem Sukan Sekolah tidak dapat diadakan lebih awal kerana bimbang
murid-murid tahun enam tidak dapat menumpukan kepada peperiksaan.





LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 13 September 2013; Jumaat
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Hari pertama Kem Sukan Sekolah.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya sampai di sekolah pada pukul 7.40pagi dan mendapati peserta-peserta
sedang menunggu dengan siap berpakaian sukan. Saya dengan dibantu 2
orang guru praktikum mengumpulkan mereka di dewan, dan memulakan
perhimpunan dengan doa, lagu Negaraku dan diikuti dengan senaman pagi.
Kemudian dengan dibantu oleh muzik senam robik dan beberapa orang murid
kami memulakan aktiviti Malaysia Cergas.
Seterusnya diikuti oleh aktiviti-aktiviti sebagaimana di dalam jadual.

3. Kekuatan
Pengalaman mengendalikan senamrobik sebelum ini memberi saya keyakinan
untuk mengetuai aktiviti ini. Aktiviti pertama amat penting untuk menarik minat
peserta untuk menghayati aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Semua aktiviti berjalan lancar termasuk waktu makan dan minum murid.

4. Kelemahan
PA sistem kurang berkesan dan video senam robik juga tidak dapat di tayangkan
kerana tiada skrin. Bagaimanapun kredit harus diberikan kepada guru praktikum
Cik Nur Fatin Fatihah yang telah menyelamatkan keadaan dengan memimpin
senam robik tersebut sehingga menjadi menarik.
Saya juga terpaksa menggantikan Cikgu Wan Abdul Jamil untuk slot Sistem
Pertandingan kerana beliau tidak sihat. Tiada masalah bagi saya kerana saya
telah mendalami dan merujuk tajuk tersebut dengan beberapa rakan sejawat di
sekolah lain.






LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 14 September 2013; Sabtu
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Pelaksanaan Kem Sukan Sekolah hari kedua kemuncak.


2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Hari ini amat penting bagi saya kerana segala pengetahuan dan kemahiran yang
di beri pada hari sebelumnya akan diaplikasikan oleh murid-murid pada hari ini.
Pertandingan antara kumpulan juga akan diadakan seawal pagi. Selepas
perhimpunan pagi, murid-murid diberi taklimat tentang perlawanan dan
diingatkan agar mengamalkan semangat kesukanan serta menghormati rakan
dan guru.
Peralatan padang seperti heller, wisel, score board dan borang-borang
disediakan lebih awal. Semua guru mengambil tempat mereka dan perlawanan
bermula sebaik sahaja segalanya telah bersedia.
Hadiah dan sijil diberikan kepada setiap peserta pada majlis penutup. Peserta
kelihatan gembira dan berpuashati walau pun setelah letih berhempas pulas di
dalam perlawanan.
3. Kekuatan
Saya merasa sungguh bertuah kerana semua guru datang memberi kerjasama.
Guru Besar juga telah menawarkan diri untuk menjadi pengadil perlawanan.
Segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Pertandingan di buat
mengikut sistem liga.


4. Kelemahan
Ada beberapa peralatan yang tidak cukup seperti stop watch. PA system juga
tidak dapat dipasang di padang kerana beberapa masalah. Bagaimanapun,
ianya dapat diatasi dengan adanya heller dan telefon juga dapat menggantikan
stop watch.


LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 15 September 2013; Ahad
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Post mortem program Kem Sukan Sekolah.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya datang berjumpa mentor dan meminta pendapatnya berkenaan dengan
Kem Sukan sekolah yang telah berlangsung. Menurut beliau pada
keseluruhannya beliau berpuashati dengan kem tersebut. Namun ada beberapa
perkara yang perlu saya perhatikan sebagai panduan apabila melaksanakan
apa-apa program pada masa akan datang. Pertama, adalah dari segi
kepengadilan. Didapati ada antara guru-guru yang menjadi pengadil tidak begitu
mendalami undang-undang bola baling. Jadi kepengadilan mungkin tidak dapat
berlaku dengan adil dan ada murid-murid yang tahu bahawa guru mereka lemah
dalam kepengadilan.
Kedua adalah mengenai pengurusan peserta. Pengurusan peserta dilihat agak
lambat. Pertandingan agak banyak kerana menggunakan system liga manakala
pengurusan peserta bergantung semata-mata kepada ketua kumpulan masing-
masing.
Saya akur dengan masalah ini. Bagaimana pun, saya tiada pilihan
memandangkan kekurangan guru di sekolah ini. Dan sememangnya tidak semua
guru mempunyai pengetahuan di dalam bidang sukan bola baling.

3. Kekuatan
Perbincangan dapat membukakan apa yang tidak kita sedari. Saya dapat
melakukan dengan lebih baik jika saya mempunyai banyak masa untuk bersedia
dan tidak ada banyak kekangan lain. Saya yakin saya boleh melakukan dengan
lebih baik lagi di masa akan datang. Inshaallah.

4. Kelemahan
Kebanyakan dari idea yang dilaksanakan di dalam kem ini saya dapati dari
jadual yang dicontohi dari kem sukan di sekolah lain. Mungkin ada di antara
aktiviti yang tidak sesuai dengan peserta-peserta dan guru-guru disekolah ini.
Bagaimanapun, kita belajar melalui kesilapan dan memperbaikinya sepanjang
jalan sehingga kita dapat menjadi yang lebih baik pada hari ini.



LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 1 September 2013; Isnin
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menyiapkan folio dan laporan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya menunjukkan kepada mentor di antara gambar-gambar dan video yang
akan digunakan untuk laporan. Saya juga menyusun semula tulisan-tulisan
refleksi mengikut tarikh. Puan Mariam mencadangkan agar saya memberi
pandangan dan mengulas setiap satu refleksi dengan baik agar beliau dapat
melihat biografi program.
3. Kekuatan
Saya berasa agak lega dan sedikit lapang setelah murid-murid tahun enam
menduduki peperiksaan. Hati saya tiada lagi bimbang. Dan yang paling penting,
program Kem Sukan Sekolah telah dapat dijalankan dengan baik. Saya merasa
sungguh bertuah kerana mendapat kerjasama dari semua pihak.

4. Kelemahan
Saya bimbang memikirkan bahawa terlalu banyak kerja yang perlu saya
laksanakan. Menyediakan folio dan menulis laporan serta mengemaskini refleksi
merupakan perkara yang agak banyak untuk disiapkan. Bagaimanapun, saya
berjanji pada diri saya bahawa saya perlu menyiapkannya sebelum oktober
kerana ada banyak lagi tugasan yang menunggu saya samada sebagai guru,
pelajar, ibu serta seorang isteri.











LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 17 September 2013; Selasa
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menyiapkan laporan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya telah menyiapkan semua gambar dan video untuk di muat turun ke cakera
padat. Saya bagaimana pun merasa pening kerana terlalu banyak gambar dan
saya perlu melihat satu persatu. Saya perlukan pertolongan seorang pakar IT.

3. Kekuatan
Masa yang ada saya gunakan untuk menyemak apa yang patut.
Alhamdulillah....saya masih mempunyai sedikit masa untuk menyiapkan laporan
ini. Saya tidak dapat duduk senang jika tidak dapat menyiapkannya.

4. Kelemahan.
Capaian intenet di sekolah ini agak lemah. Rujukan hanya dibuat berdasarkan
manual yang telah saya muat turun dari internet semasa berada di rumah.
Apabila di sekolah, capaian tersebut tertutup langsung dan saya tidak mahu
mambawa kerja ini ke rumah kerana tidak mahu mengganggu tugas lain.









LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 1 September 2013; Rabu
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menyiapkan folio dan laporan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya mengemaskini semua penulisan refleksi. Mencari fail yang sesuai untuk
memfoliokan semua bahan. Saya juga sentiasa merujuk bahan internship yang
dibekalkan oleh maktab. Saya pastikan saya tidak tertinggal apa-apa yang
diperlukan. Saya perlu membuat partition agar folio saya nampak kemas.

3. Kekuatan
Lapan puluh peratus folio saya hampir siap. Tinggal lagi memuat turun gambar
dan video ke cakera padat.

4. Kelemahan
Saya kekurangan bahan dan kertas warna untuk membuat partition. Saya boleh
dapatkannya di pejabat tetapi saya agak bimbang adakah saya mengamalkan
integriti yang baik jika menggunakan bahan-bahan sekolah sedangkan ini adalah
tugasan saya. Saya membuat keputusan untuk mencari baha-bahan yang
diperlukan di kedai buku pada esoknya.









LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 1 September 2013; Khamis
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menyiapkan folio dan laporan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya membuat semakan untuk kesekian kalinya. Saya agak keliru dengan surat
pengenalan diri. Bagaimana bentuknya? Saya perlu berbincang dengan mentor
untuk mendapatkan gambaran surat bagaimana yang dikehendaki.

3. Kekuatan
Saya dapat mencari bahan yang dikehendaki semalam. inshaAllah laporan dan
folio saya akan dapat dilengkapkan sebelum Ahad ini.
4. Kelemahan
Saya perlu menyediakan 2 laporan sebenarnya. Satu untuk program internship
dan satu lagi untuk Pejabat Pendidikan Daerah Dungun kerana program ini
adalah di bawah Kemeterian Pendidikan Malaysia iaitu program 1Murid 1Sukan.
Bagaimana pun laporan untuk PPD hanyalah secara ringkas. Dalam hati saya,
saya cuba bersabar dan berkata ....semuanya akan dapat saya lakukan. Sabar.










LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI
Tarikh: 22 September 2013; Ahad
1. ISU/ perkara yang di fokus;
Menyiapkan folio dan laporan.

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Saya menggunakan hari cuti peristiwa sekolah saya pada hari ini sepenuhnya
untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir saya untuk menyiapkan laporan dan folio.
Saya berharap dapat menghantar folio dan laporan saya kepada Puan Mariam
esok.
3. Kekuatan
Pembantu EIO di sekolah saya sudi membantu saya memuat turun gambar dan
video ke cakera padat. Alhamdulillah...tiada masalah. Dia Berjaya
melakukannya dan saya merasa sangat bersyukur.

4. Kelemahan
Saya menyedari terdapat banyak kelemahan pada laporan dan folio yang telah
saya siapkan ini. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk melengkapkan apa
yang patut di dalam jangka waktu yang telah diperuntukkan. Saya memohon
ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya melakukan tugasan ini terdapat
kata-kata dan perbutan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya
akui sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari kelemahan ini. Segala
yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari
kelemahan dari diri saya. Wallahu Alam.








LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : RASLAMIAH BINTI OTHMAN
NO. KAD PENGENALAN : 70511-11-51
PROGRAM : INTERNSHIP
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU
NAMA PROJEK : KEM SUKAN SEKOLAH 1M 1S
TEMPOH PELAKSANAAN : 25 OGOS HINGGA 22 SEPTEMBER

1. OBJEKTIF PROJEK
Di antara objektif Kem Sukan Sekolah antaranya adalah;
1.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan
aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.

1.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam
kalangan
murid.

1.3 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.
.
1.4 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.

1.5 Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Kem Sukan Sekolah diadakan pada julung kalinya di sekolah ini, bagi memenuhi
keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan yang mewajibkan
setiap sekolah mengadakan kem sukan secara tahunan.
Di antara matlamatnya adalah;
i. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab
sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
ii. Melalui rangsangan/tugasan murid dapat:
2.2.1 Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.
2.2.2 Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
2.2.3 Membantu dalam penganjuran pertandingan.
iii. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah
stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.
iv. Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah seramai enam puluh orang murid-
murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan enam.

BILANGAN MURID / PESERTA
MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN JUMLAH
L P L P L P L P L P
32 27 - - - - 1 - 33 27






NAMA JURU LATIH/GURU
BIL NAMA ALAMAT SEKOLAH
01 PUAN RASLAMIAH BINTI
OTHMAN
SK DURIAN MENTANGAU
02 ENCIK ABDUL AZIZ BIN
SAAD
SK DURIAN MENTANGAU
03 CIK NUR FATIN FATIHAH
BINTI ABD ROPAL
IPG DATO RAZALI ISMAIL
04 CIK SAIDATUL ATIKAH BINTI
ZABIDI
IPG DATO AHMAD RAZALI ISMAIL
05 PUAN ZALINA BINTI ALI SK DURIAN MENTANGAU


Kem Sukan Sekolah 1M 1S ini memberi pendedahan kepada murid-murid
tentang semangat kesukanan, keperluan bersukan dan memberi pengetahuan
tentang salah satu sukan yang dipilih iaitu sukan bola baling. Sukan bola baling
dipilih kerana ianya sangat sinonim dengan murid-murid sekolah ini yang pernah
memenangi juara peringkat daerah Paka.

Di bawah ini disertakan butiran terperinci mengenai Kem Sukan Sekolah.










LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK
KEM SUKAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU
23100 PAKA
DUNGUN TERENGGANU.


PENAUNG
ENCIK ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD
(GURU BESAR)


PENGERUSI 1
ENCIK ABDUL AZIZ BIN SAAD
(PENOLONG KANAN KO KURIKULUM)

PENGERUSI 2
ENCIK CHE WAN ABD JAMIL BIN CHE WAN ABDULLAH
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PENGERUSI 3
ENCIK AHMAD ROZALI BIN ABD WAHAB
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

SETIAUSAHA KEM KOMANDEN
PUAN ZALINA BINTI ALI

PENYELARAS KEM
PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN


BENDAHARI
CIK NOOR IZZATI BINTI ABD. LATIF

AJK PENDAFTARAN
CIK NURAFIFAH BINTI ZULKIFLI

AJK PERSIAPAN PADANG DAN GELANGGANG
ENCIK ABDUL AZIZ BIN SAAD
ENCIK MOHMAD YUSOF BIN AWANG NOH
ENCIK RAMLI BIN ABU BAKAR
EN MOHAMAD SHAARI BIN ABD RAHMAN

AJ K PERTANDINGAN LATIHAN DAN BENGKEL
EN CHE WAN JAMIL BIN CHE WAN ABDULLAH
PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN
CIK NUR IZZATI BINTI ABDUL LATIFF
PUAN MARINA AZMIYAH BINTI AZMI
PUAN ZALINA BINTI ALI

AJK PERALATAN
PUAN NORAZIZAH BINTI JUSOH
CIK NUR FATIN FATIHAH BINTI ABDUL ROPAL
CIK SAIDATUL ATIKAH BINTI ZABIDI
CIK NUR AFIFAH BINTI ZULKIFLI

PENGACARA PERTANDINGAN
CIK NORAFIFAH BINTI ZULKIFLI


URUSETIA PERTANDINGAN
PUAN RASLAMIAH BINTI OTHMAN
PUAN LAILA BINTI MOHAMAD
PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA


PENGACARA PERASMIAN PENUTUP
PUAN ROHAIDA BINTI ABD RAHMAN @MOHAMAD
PUAN MARINA AZMIYAH BINTI AZMI

AJK MAKANAN DAN MINUMAN SEMASA KEM
PUAN MARIAM BINTI IBRAHIM
PUAN NORLELA BINTI HAMZAH
PUAN MAHANIZAM BINTI MOHD

AJK MAKANAN DAN MINUMAN SEMASA PERTANDINGAN
PUAN NORAZIMA BINTI IBRAHIM
PUAN NORLELA BINTI HAMZAH
PUAN MARIAM BINTI NOR


AJK HADIAH DAN SIJIL
PUAN MAHANIZAM BINTI MOHD
PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA

AJK KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PUAN NORSHAHIDA BINTI YAHYA

AJK BAHAGIAN KEPENGADILAN
USTAZ AHMAD ROZALI BIN WAHAB
ABD AZIZ BIN SAAD
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

Tarikh /
Masa

Aktiviti

Tindakan

Keperluan Peralatan
dan Padang
Jumaat
13
September
7.45 pagi
hingga
.15 pagi

Perhimpunan pagi
Doa
Lagu Negaraku
Pengenalan cara
memanaskan badan
dengan betul
Malaysia cergas

1. Puan Raslamiah
2. Cik Fatin Fatihah
3. Cik Saidatul
4. Cik Nur Afifah


-PA system
-Cd player/laptop lagu
negaraku
-kaedah pemanasan
badan yang betul
-cd senam robik


.15 hingga
.30pagi

Taklimat oleh Kem
Komanden.
.

Puan Zalina

-Jadual keseluruhan
kem
- peraturan kem
.30 hingga
10.00 pagi

Pengundian ketua dan
kumpulan kecil.


1. Puan Zalina
2. Cik Fatin
Fatihah
3. Cik Saidatul


-Kaedah pengundian
-kad manila
-marker
-binding tape
-board
10.00 hingga
10.30 pagi

REHAT

1. Puan Zalina
2. Cik NurAfifah

Minum pagi

10.30 pagi
hingga 12.30
tengahari

Pengurusan Sessi
Aktiviti
Praktikal)
Pengenalan permainan
bola baling


1. Puan
Raslamiah
2. Cik Nur Afifah

-nota permainan bola
baling
-fotostate untuk murid
pengenalan permainan
-praktikal permainan
-padang permainan
-board
-bola baling

12.30 hingga
hingga
2.00petang

REHAT
Solat Jumaat dan makan
tengahari di rumah masing-
masing.


2.45 petang
hingga 4.30
petang


Asas permainan
Kategori serangan dan
pertahanan


1. En Abd Aziz
2. Ustaz Ahmad
Rozali

-padang bola baling
-bola baling
-jaring

4.45 petang
hingga 5.15
petang

Minum petang
Solat asar

1. Puan Mariam
2. Puan Marina


5.15 petang
hingga .30
petang


Sistem Pertandingan
-kalah mati atau liga


1. En Che Wan
Abd Jamil
2. Cik Fatin
Fatihah
3. Cik Saidatul
4. Cik Nur Izzati

-board
-manila kad /mahjung
paper
-marker



.30 petang
hingga .00
malam

REHAT
Solat marghrib dan
makan malam di rumah
masing masing




.40 malam
hingga 10.00
malam

Taklimat pertandingan
Keselamatan dan
kesihatan dalam sukan


1. Puan
Raslamiah
2. Cik Nur Izzati

-nota peraturan
pertandingan
-isyarat pengadil
-wisel
-taklimat keselamatan
dan kesihatan semasa
perlawanan
10.00 hingga
10.30 malam

REHAT
Minum malam

10.30 malam
hingga 7.30
pagi

Pulang ke rumah








SABTU
14
September
2013
7.30 pagi

Perhimpunan pagi
Lagu Negaraku
Pengenalan cara
memanaskan badan
dengan betul

1. Cik Fatin
Fatihah
2. Cik Saidatul
3. Cik Nur Afifah

-PA system
-Cd player/laptop lagu
negaraku
-kaedah pemanasan
hingga
.15pagi
Malaysia cergas
Doa
badan yang betul
-cd senam robik


.00 pagi
hingga
12.30tengah
ari


Pertandingan
Persiapan pertandingan
permainan kecil antara
kumpulan




1. En Abd Aziz
2. En Che Wan
Abd Jamil
3. Puan
Raslamiah
4. Puan Marina
5. Puan Norazizah
Puan Zalina




SEMUA GURU
RUMAH SUKAN


Urusetia
-sediakan borang
pertandingan
-borang skor
-makanan dan
minuman pemain dan
pengadil
-jadual perlawanan

Padang
-bendera bucu padang
-padang bola baling
padang A dan padang
B
-wisel
-linesman
-jaring
-bola baling -4

Pengurus pasukan
-guru rumah sukan
masing2
-dibantu oleh murid



12.30 hingga
1.30
tengahari

Majlis perasmian penutup
Ucapan perasmian oleh
Guru besar
Penyampaian Sijil dan
Hadiah
Bersurai


SEMUA GURU

-PA sistem
-Pengacara- Puan
Rohaida
-Sijil - Cik Saidatul
-Hadiah-


1.30
tengahari

Jamuan

















LAMPIRAN C

JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH -MURID
Tarikh / Masa
Aktiviti

Tindakan
13 September
7.45 pagi
hingga
.15 pagi

Perhimpunan pagi
Doa
Lagu Negaraku Pengenalan
cara memanaskan badan
dengan betul
Malaysia cergas

1. Puan Raslamiah
2. Cik Fatin Fatihah
3. Cik Saidatul
4. Cik Nur Afifah

.15 hingga
.30pagi
Taklimat oleh Kem
Komanden.

.
Puan Zalina
.30 hingga
10.00 pagi

Pengundian ketua dan kumpulan
kecil.

1. Puan Zalina
2. Cik Fatin Fatihah
3. Cik Saidatul

10.00 hingga
10.30 pagi

REHAT
Minum pagi
Puan Mahanizam


10.30 pagi
hingga 12.30
tengahari
Pengurusan Sessi Aktiviti
Praktikal)
Pengenalan permainan bola
baling

3. Puan Raslamiah
4. Cik Nur Afifah
12.30 hingga
hingga
2.00petang
REHAT
Solat Jumaat dan makan tengahari
di rumah masing-masing.

2.45 petang
hingga 4.30
petang

Asas permainan
Kategori serangan dan
pertahanan

1. En Abd Aziz
3. Ustaz Ahmad Rozali

4.45 petang
hingga 5.15
petang
Minum petang
Solat asar

5.15 petang
hingga .30
petang
Sistem Pertandingan
-kalah mati atau liga


1. En Che Wan Abd Jamil
2. Cik Fatin Fatihah
3. Cik Saidatul
4. Cik Nur Izzati

.30 petang
hingga .00
malam
REHAT
Solat marghrib dan makan
malam di rumah masing
masing



.40 malam
hingga 10.00
malam
Taklimat pertandingan
Keselamatan dan kesihatan
dalam sukan


1. Puan Raslamiah
2. Cik Nur Izzati
10.00 hingga
10.30 malam

REHAT
Minum malam

10.30 malam
hingga 7.30
pagi

Pulang ke rumah.



SABTU
7.30 pagi
hingga .15pagi

Perhimpunan pagi
Lagu Negaraku Pengenalan
cara memanaskan badan
dengan betul
Malaysia cergas
Doa

1. Cik Fatin Fatihah
2. Cik Saidatul
3. Cik Nur Afifah

.00 pagi hingga
12.30tengahari


Pertandingan
Persiapan pertandingan
permainan kecil antara
kumpulan




1. En Abd Aziz
2. En Che Wan Abd Jamil
3. Puan Raslamiah
4. Puan Marina
5. Puan Norazizah
Puan Zalina
SEMUA GURU RUMAH SUKAN


12.30 hingga
1.30 tengahari

Majlis perasmian penutup
Ucapan perasmian oleh
Guru besar
Penyampaian Sijil dan
Hadiah
Bersurai


SEMUA GURU














LAMPIRAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
1.0 Pendapatan
1.1 Peruntukan dari Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan RM200.00
1.2 peruntukan dari sekolah
2.0 Makan dan minum murid dan guru semasa pertandingan
2.1 Minum pagi 13 September 2013
0 orang murid @ 2 keping roti dan secawan teh o
RM0.70 + RM0.50 = RM1.20 seorang
Darab 0 orang murid
0 X RM1.20 = RM72.00

2.2 Minum petang 13 September 2013
0 orang murid @ 2 biji karipap dan secawan teh O
RM0.70 + RM0.50 = RM1.20 seorang
Darab 0 orang murid
0 X RM1.20 = RM72.00

2.3 Minum semasa pertandingan 14 September 2013
0 orang @ sebiji roti dan sebotol air mineral
RM0.50+RM0.45 = RM0. 5 seorang
Darab 0 orang murid
0 X RM0. 5 = RM57.00

Jumlah = RM72.00 + RM72.00 + RM57.00 = RM200.00

3.0 Perbelanjaan alatulis dan bahan
3.1 Marker RM10.00
3.2 Kertas majong RM7.00
3.3 wisel RM10.00
3.4 bahan nota/fotostate RM50.00
JUMLAH =RM 77.00


JUMLAH BESAR RM 277.00













LAMPIRAN
PERATURAN SEMASA KEM SUKAN SEKOLAH
1. Mendengar arahan guru.
2. Sentiasa memberi kerjasama yang penuh.
3. Hadir tepat pada waktu.
4. Tidak melakukan sebarang masalah disiplin.
5. Melakukan tugas dengan penuh semangat kesukanan.
6. Melaporkan masalah jika ada.
7. Menghormati guru dan rakan-rakan lain.
8. Sentiasa beratur mengikut giliran apabila perlu.
9. Membantu guru melancarkan perjalanan kem.
10. Menyedari bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan akan di denda bagi
menjamin keselamatan dan keharmonian semasa kem.















3.0 REFLEKSI

a) Kekuatan Projek
Bagi saya projek ini amat bermanafaat kepada peserta-peserta atau amnya
kepada murid-murid tahap 2 sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.
Banyak pendedahan yang diberikan sepanjang kem ini dijalankan. Diantara
kebaikan yang paling ketara sekali adalah murid-murid sedar bahawa dalam
sesuatu pertandingan sukan, bukan kemenangan semata-mata yang perlu
dikejar. Sebaliknya, semangat kesukanan, semangat berpasukan, kerjasama
dan mendengar arahan ketua amat penting.
Semua peserta mempunyai peluang untuk mencuba bakat dan
mempamerkan kebolehan mereka. Ini kerana murid-murid dibahagikan
kepada kumpulan kecil dimana mereka akan di bombing untuk bekerjasama
di dalam kumpulan, membuat latihan dalam kumpulan, bersama-sama
memilih nama dan motto kumpulan, memilih ketua dikalangan mereka dan
mendengar arahan ketua.
Peserta yang lemah berpeluang untuk dibimbing oleh fasilaitator dan peserta
yang lebih mahir untuk menguasai sesuatu kemahiran asas di dalam bola-
baling.
Projek ini memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri yang tinggi kerana
peserta sentiasa diingatkan tentang peraturan pada setiap kali perhimpunan.
Aktiviti yang disediakan juga tidak memberatkan murid-murid malah memberi
keseronokan dan menggalakkan mereka untuk belajar membantu guru dalam
mengendalikan sesuatu pertandingan. Malahan, Murid-murid memahami
sistem pertandingan yang dijalankan setelah diterangkan tentang jenis-jenis
pertandingan dan bagaimana menjalankannya.





b) Kelemahan
Hanya ada beberapa orang guru sahaja yang benar-benar berkemahiran di
dalam permainan bola baling. Malah terdapat beberapa orang murid yang
lebih berpengalaman dalam kepengadilan bola baling berbanding guru. Jadi
ini telah menyebabkan kepengadilan semasa pertandingan agak terganggu.

Kewangan juga tidak mencukupi. Bagaimanapun, dengan kebijaksanaan
AJK berkenaan, masalah tersebut dapat di atasi dan hadiah bagi setiap
pememnag malah peserta dapat disediakan.

4.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya amat yakin sekiranya projek ini tidak di rancang dalam waktu yang
tergesa-gesa ia sudah tentu menjadi projek terbaik saya. Kekangan waktu dan
bebanan kerja lain menyebabkan focus saya agak terganggu. Saya boleh
meminta bantuan fasilitator dari sekolah-sekolah berdekatan yang lebih
berpengalaman dalam bidang bola baling. Tetapi saya bimbang saya perlu
menyediakan sagu hati dan sudah tentu ia menambah sakit kepala mencari
punca kewangan yang sudah sedia bermasalah.
Kem ini sepatutnya dijalankan pada awal Mac sehingga September. Oleh
kerana saya baru memegang jawatan ini dan baru diberi taklimat, maka ia diluar
pengetahuan saya. Pada masa akan datang saya akan pastikan saya
mempunyai cukup masa untuk merancang dan membuat persediaan.

Beban kewangan sentiasa menjadi masalah kepada sekolah kecil
seperti kami. Peruntukan RM200 untuk sekolah SKM tidak patut di amalkan. Ini
kerana perbelanjaan untuk enampuluh orang murid agak besar. Dan agak tidak
masuk akal menjalankan program ini hanya kepada sebilangan kecil murid
kerana penghujung program adalah pertandingan yang sudah semestinya
memerlukan banyak penglibatan dari beberapa pasukan. Dengan ini saya
mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan peruntukan
mengikut kuota penglibatan murid bukan di atas kuota status sekolah. Walaupun
Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau termasuk di bawah sekolah SKM
namun bilangan murid adalah lebih dari seratus orang.







5.0 KESIMPULAN

Bukan mudah mengendalikan sesuatu program. Kemahiran berkomunikasi,
pengalaman memimpin dan memberi kerjasama amat diperlukan. Banyak
cabaran yang perlu dihadapi. Pengalaman mengendalikan program ini sangat
bermakna kepada saya. Saya perlu memikirkan banyak perkara dalam suatu
peruntukan masa yang terhad. Ini amat menguji kemahiran membahagikan
masa dan kemahiran mendahulukan perkara yang lebih penting untuk
diutamakan.

Kata orang, pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Saya amat
bersyukur kerana sebelum ini saya pernah di ajar untuk mengendalikan program
sukan. Agak kekok pada permulaan tetapi inshaAllah pengalaman
mematangkan kita dan member keyakinan untuk melaksanakan program yang
seterusnya.

Sebagai pendidik, pengalaman memngurus dan memimpin amat perlu kerana
bukan sahaja kita perlu memimpin sekumpulan murid atau sekumpulan guru
malah kita perlu menunjukkan teladan kepimpinan kepada pelajar-pelajar.

Kepimpinan yang baik dapat menanam nilai, etika, integrity, akauntabiliti dan
ketelusan kepada para pelajar. Tindakan atau will perlu diterjemahkan dalam
bentuk tindakan yang dapat dicontohi dengan mudah oleh pemimpin-pemimpin
masa depan yang merupakan murid-murid kita sekarang. Wallahhualam.
















Sekitar KEM SUKAN SEKOLAH 1M 1S SKDM 2013

You might also like