You are on page 1of 9

1

KELAS KECEMERLANGAN TINGKATAN 3


BAHASA MELAYU

LATIH TUBI MENGESAN KESALAHAN EJAAN DALAM AYAT

Arahan : Dalam setiap ayat di bawah terdapat SATU kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
garis kesalahan tersebut kemudian tuliskan ejaan yang betul.

1. Pekerja-pekerja swasta itu sedang memperlebar lebuhraya yang menghala ke
Kuantan.

_______________________

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 telah mengadakan Kejohanan Olahraga
kali ke-tujuh pada minggu lepas.

_______________________

3. Pak Bilal menggolong tikar itu lalu menyimpannya di dalam stor masjid setelah
selesai solat.

_______________________

4. Tanggung jawab ibu bapa memberikan kasih sayang kepada anak-anak bagi
memupuk sikap positif dalam diri mereka.

_______________________

5. Kita boleh membina pemahaman yang lebih komplek daripada perkataan bahasa
Inggeris.

_______________________

6. Salah faham dan perasangka antara rakyat dapat dielakkan apabila mereka
menggunakan bahasa kebangsaan dalam hubungan komunikasi seharian.

_______________________


2

7. Sofia seolah-olah tidak memahami dunia anak-anaknya dan kurang memantau
aktiviti yang dilakukanoleh mereka lantaran kesebukan mengejar kerjayanya.

______________________

8. Sebahagian kecil dalam kalangan murid sekolah terlibat dalam kumpulan
gengsterisma.

______________________

9. Encik Badrul bercadang membawa keluarganya pergi melancung.

______________________

10. Saya dan ayah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hujong minggu ini.

______________________

11. Jumlah urusniaga di Bursa Malaysia telah memperlihatkan pertambahan positif.

______________________

12. Kempen Hidup Sihat dilancarkan untuk mengurangkan obisiti dalam kalangan
masyarakat khususnya kanak-kanak.

______________________

13. Langkah memberikan lesen perniagaan yang lebih banyak kepada peniaga bukan
bersifat anti monopoli, tetapi untuk mewujudkan suasana yang lebih adil.

______________________

14. Sekrip yang berkualiti akan menghasilkan cerita yang menarik dan berkesan.

______________________

15. Setiap hari kami akan mengulangkaji bersama-sama di perpustakaan.

______________________
3

16. Pengetua perlu memastikan semua sijil adalah tulin sebelum mengesahkan sijil-
sijil tersebut.

_______________________

17. Salma sedang asyik membaca sebuah novel yang berjudul Badai Semalam sambil
beristirehat di beranda rumah.

________________________

18. Semua lembu peliharan Pak Cik Adib lari ke bawah rumah apabila hujan turun
secara tiba-tiba.

________________________

19. Keuntungan yang selalu dijanjikan melalui sekim cepat kaya merupakan suatu
pembohongan.

_________________________

20. Wang yang disimpan oleh Mak Cik Minah selama ini hilang tampa diduga.

_________________________

21. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengeratkan tali silaturrahim dengan
jiran-jiran.

__________________________

22. Kamal menghidap penyakit leukimia sejak tiga tahun yang lalu.

__________________________

23. Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik berwarna emas.

__________________________


4

24. Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja, iaitu
bahasa ibunda mereka.

__________________________

25. Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-
benderang.

__________________________

26. Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke57 telah diadakan secara
sederhana.

__________________________

27. Kedua-dua orang petinju professional yang sedang bertinju di gelanggang itu
keletihan apabila memasuki pusingan yang ke-6.

__________________________

28. Komputer terdiri daripada litar-litar elektronik yang disusun mematuhi hukum-
hukum lojik.

__________________________

29. Sinar gamma ialah sinaran elektromagnitek yang paling bertenaga berbanding
dengan jenis sinaran lain yang diketahui manusia.

__________________________

30. Pemakanan melalui deiat seimbang amat penting untuk memelihara kesihatan
seseorang.

__________________________

31. Katun Upin Ipin amat digemari oleh adik Cha.

__________________________

5

32. Peningkatan jumlah pengangguran akibat kelembapan ekonomi golabal sudah tentu
turut memberikan kesan kepada ekonomi negara.

____________________________

33. Hargailah masa sekarang untuk mencapai cita-cita yang diidamkan kerana
sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu sesiapa.

____________________________

34. Sukan bowling semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka
yang tinggal di kawasan bandar.

_____________________________

35. Pemenang pertama pertandingan menulis esei itu akan menerima hadiah berupa
baucer bernilai RM50.00.

______________________________

36. Pemuda yang berambut kerinting itu ialah kawan abang saya.

______________________________

37. Guru-guru terpaksa selalu bersabar ketika berhadapan dengan karenah pelajar-
pelajar.

_____________________________

38. Makanan yang mengandungi protin membantu dalam proses tumbesaran kanak-
kanak.

______________________________

39. Majlis ulangtahun perkahwinan Encik Halim dan isterinya yang ke-25 tahun
dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka.

_______________________________

6

40. Kertas soalan Sains dan Matematik menggunakan dwi bahasa.
________________________

41. Adik Mimi akan memasuki pra-sekolah pada tahun hadapan.
________________________

42. Bapa saya sangat suka membaca suratkhabar sambil menikmati kopi panas.
________________________

43. Alif sedang meneliti gambarajah sebelum menjawab soalan Geografi itu.
________________________

44. Pak Nik serta kawan-kawannya yang telah pencen gemar bersembang di warong
bawah pokok milik Pak Kandar.
_________________________

45. Perletakan jawatan Encik Kumar mengejutkan semua pekerja di syarikat itu.
_________________________

46. Agensi pelancongan itu menyediakan pekej yang menarik untuk pelanggan mereka.
_________________________

47. Ramai pelajar yang tidak gemar memakai stokin semasa ke sekolah.
_________________________

48. Kegiatan ko-kurikulum sangat penting dalam melatih sifat kepimpinan dalam diri
pelajar-pelajar sekolah.
_________________________

49. Lelaki berjeket hitam yang sering dilihat berdiri di bawah pokok sambil
memerhati pelajar-pelajar di sekolah itu kurang disenangi oleh pihak sekolah.

_________________________

50. Semua atlit sekolah yang terpilih mewakili sekolah pada tahun hadapan telah
memulakan latihan di kompleks sukan.

__________________________

7








































8








































9

You might also like