You are on page 1of 10

WAJ 3073

SENI DALAM PENDIDIKAN


DISEDIAKAN OLEH :
SITI HAZAR BADIR
HAZLEYN
NORFAIZAH
AZREEN
APA ITU ARCA ?
Maksud :
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan 3
dimensi . Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut . Pengertian arca
berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir , melarik ,
mencungkil dan mengguris .
Jenis-jenis arca :
i- ARCA TIMBUL
Definisi :
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar
dari permukaan dua dimensi yang rata atau
dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan
objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan
secara acuan, tampalan, binaan atau
asemblaj.
Contoh-contoh arca timbul :
ii- ARCA ASEMBLAJ
DEFINISI :
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan
mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang
menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti
ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga
boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan
dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang
tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan
arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
Contoh-contoh arca asemblaj :
iii- ARCA BERGERAK / ARCA MOBAIL

Definisi :
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan
biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan
seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas
syiling.
Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu
seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan
pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak
tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail
yang boleh terawang-awang.
Contoh-contoh arca mobail :
iii- ARCA STABAIL
Definisi :
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh
bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan
kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian
dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak
boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi
dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh
bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan
mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,
tingkap , atau pintu siling.

Contoh-contoh arca stabail :

You might also like