You are on page 1of 1

7 kesalahan tatabahasa mudah yang

lazim dilakukan oleh penulis blog


by Mama Murai . on 25 September, 2011 15 comments
Kesalahan tatabahasa yang sering berlaku di kalangan penulis blog
1. Kesalahan penggunaan di.
Perkataan di yang didekat atau dijauhkan, ialah asas Bahasa Melayu kepada saya. Malah saya
percaya, hampir kesemua daripada kita pernah diajar oleh cikgu bagaimana menggunakan perkataan
di dengan betul. Malangnya masih ramai penulis blog yang keliru atau tidak tahu bagaimana
menggunakan perkataan tersebut sesuai dengan hukum tatabahasa. Sebagai peringatan, suka saya uar-
uarkan di sini bahawa perkataan di hanya boleh dirapatkan sekiranya melibatkan kata kerja. Jelas
bukan?
2. Penggunaan tanda baca noktah berulang (..) secara keterlaluan.
Perlu diingat penggunaan noktah berturutan tidak dibenarkan sama sekali dalam penulisan. Sebaliknya
perlu digantikan dengan salah satu tanda baca seperti noktah, koma, titik bertindih, atau tanda baca
yang lain mengikut kesesuaian ayat. Sekiranya penggunaan tanda noktah berturutan diperlukan untuk
menggambarkan nada yang panjang, maka hanya tiga titik berturut sahaja dibenarkan, tidak boleh lebih
atau kurang.
3. Kesalahan penggunaan kata hubung Justeru itu.
Penulis kita cenderung menggunakan Justeru sebagai penanda wacana. Saya akui itu adalah usaha
yang cukup bagus untuk memperkaya perkataan boombastik dalam blog masing-masing. Malangnya
satu yang mereka lupa justeru ialah kata hubung yang membawa maksud malahan atau bahkan.
Jadi perkataan tersebut memang tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana walau dengan apa cara
sekalipun.
4. Kerancuan bahasa.
Saya tidak akan menghuraikannya di sini kerana saya telah menulisnya dalam artikel saya yang
terdahulu. Sila rujuk kesilapan semasa menulis blog untuk membacanya.
5. Penggunaan perkataan ni di setiap akhir ayat.
Pelik tapi benar, penulis blog kita gemar meletakkan perkataan ni / nie pada setiap akhir ayat,
terutamanya mereka yang bergelar penulis blog gosip. Mungkin ada benarnya perkataan nie diletak
bertujuan melembutkan nada dan intonasi, tetapi alasan tersebut tidak cukup kuat untuk mengubah
hakikat bahawa ianya merupakan salah satu contoh kesalahan berbahasa yang cukup tolol di mata saya.
6. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia untuk menggantikan benda atau sesuatu perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja
adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran.
ia sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen.
Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan secara besar-besaran.
7. Menjadikan penulisan seperti trengkas.
Ini merupakan fenomena terbaru muda-mudi kita. Menjadikan penulisan ala-ala trengkas. Saya jadi sy,
minta jadi minx, malah baik boleh dieja sebagai ba8! Saya tidak tahu apa rasional di sebalik penulisan
seperti itu, tetapi ianya cukup mengganggu tumpuan pembaca. Sekiranya digunakan untuk menghantar
SMS, mungkin benar ada rasionalnya. Berikutan jumlah karakter yang dihadkan untuk satu SMS, tetapi
untuk penulisan Saya rasa itu dungu!

You might also like