You are on page 1of 8

Minit Mesyuarat Guru

SJKC Hai Ping


Bilangan 1 Tahun 2014

Tarikh : 26 Disember 2013 (Khamis)
Masa : 9.30a.m.-1.00p.m. / 2.00p.m.- 3.00p.m.
Tempat : Bilik Komputer, SJKC Hai Ping.
Pencatat : Pn. Eng Xiao Bei

Kehadiran:
1. En. Low Gim Hwa
2. En. Goh Peik Soon
3. Cik Seng Fen Chee
4. Pn. Tan Hsio Fen
5. Pn. Cheah Mui Tiang
6. Cik Hong Ee Voon
7. Cik Chuah Ying Fang
8. En. Cheah Kah Pin
9. En. Goh Kah Yong
10. Pn. Norlia
11. Pn. Eng Xiao Bei

Tidak Hadir:
1. Cikgu Y

Agenda Mesyuarat:


1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu atas kehadiran dan memberi
komitment kepada sekolah semasa menjalankan tugas.
Makluman


2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
2.1 Tiada


3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada



4. PERKARA-PERKARA BARU YANG DIBINCANGKAN
4.1 Masalah Kekurangan Guru
4.1.1 Guru besar menyatakan bahawa sekolah masih kurang 2 orang guru. Walaupun
terdapat 2 orang guru baru akan dihantar ke sekolah, namun hantaran guru baru
masih belum diluluskan.
Makluman
4.2 Misi dan Visi Sekolah
4.2.1 Guru besar memberitahu bahawa misi dan visi sekolah bagi Akademik, Hal-ehwal
Murid dan Kokurikulum perlu berbeza.
4.2.2 Rujuk Lampiran 1.
Makluman
4.3 Jadual Waktu 2014
4.3.1 Guru besar menyatakan waktu persekolahan bagi Murid Tahun 1-6 pada tahun 2014.
Tahun 1-3 Tahun 4-6
Isnin-Khamis 7.30a.m. 12.30p.m. 7.30a.m.-1.00p.m.
Jumaat 7.30a.m.-1.00p.m. 7.30a.m.-1.00p.m.
4.3.2 Pengawal keselamatan akan bertugas pada waktu tamat persekolahan di pintu besar
untuk mengawasi murid-murid yang keluar dari sekolah.
Tindakan: Pengawal keselamatan, Semua guru.

4.4 Kehadiran Guru ke Sekolah
4.4.1 Guru besar mengingatkan bahawa semua guru perlu masuk dan keluar kelas tepat
pada masanya. Guru perlu sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.20a.m.
Garisan merah akan dilukis pada buku rekod kehadiran selepas pukul 7.20a.m. Guru
yang lewat hadir ke sekolah perlu catatkan sebab di bahagian catatan.
4.4.2 Jika guru ambil cuti atau tidak dapat hadir ke sekolah, guru perlu beritahu Guru
Penolong Kanan Kurikulum, En.Goh Peik Soon secepat mungkin untuk aturan jadual
waktu.
4.4.3 Cuti Rehat Khas (CRK) perlu dipohon selewat-lewatnya sebelum 1 minggu.
Tindakan: Semua guru

4.5 Pertukaran Bilik Darjah
4.5.1 En. Goh Peik Soon mencadangkan bilik darjah Tahun 1 dan Tahun 2 ditukarkan
dengan bilik darjah Tahun 3 dan Tahun 4.
4.5.2 Cadangan ini disokong dan diterima oleh semua guru.
Bilik Darjah (Asal) Bilik Darjah (Baru)
Tahun 1 Tahun 3
Tahun 2 Tahun 4
Tahun 3 Tahun 2
Tahun 4 Tahun 1
Makluman
4.6 Pilihan Setiausaha PIBG
4.6.1 Pn. Eng Xiao Bei telah dipilih sebagai setiausaha PIBG (BC), manakala En. Cheah Kah
Pin sebagai setiausaha PIBG (BM) melalui cabutan undi.
Tindakan: Pn. Eng Xiao Bei, En. Cheah Kah Pin


4.7 Analisis UPSR 2013
4.7.1 Secara keseluruhan, terdapat peningkatan bagi keputusan UPSR 2013 berbanding
dengan tahun lepas.
4.7.2 En. Goh Peik Soon menyatakan bahawa GPS bagi sekolah kita adalah 3.13, di mana
SJKC Hai Ping mendapat tempat ke-8 dalam Daerah Sabak Bernam.
4.7.3 Rujuk Lampiran 2
Makluman

4.8 Agihan Cadangan Cara Kepemimpinan
4.8.1 Guru besar telah mengagihkan sekeping kertas tentang Cadangan Cara
Kepemimpinan yang diberi oleh Datuk Mary Yap Kain Ching, JP.
4.8.2 Rujuk Lampiran 3
Makluman

4.9 Persediaan Sesi Persekolahan Baru
4.9.1 Guru besar telah mengagihkan takwim sekolah, buku ringkasan harian dan jadual
waktu kepada guru-guru.
4.9.2 En. Goh menyatakan bahawa semua guru perlu:
4.9.2.1 menyediakan soft copy jadual waktu individu kepadanya.
4.9.2.2 mengemaskini dan menyediakan senarai nama murid kepadanya sebelum
buka sekolah.
4.9.2.3 melengkapkan Buku Rekod Kedatangan Murid.
4.9.2.4 senaraikan ejaan, bina ayat dan karangan yang akan dijalankan masing-
masing setiap minggu sebagai rujukan sekiranya guru tidak hadir ke sekolah.
4.9.2.5 gamkan peraturan kelas di papan kenyataan setiap kelas.
Tindakan: Semua guru
4.10 Pengenalan KBAT
4.10.1Guru Besar memperkenalkan Program KBAT kepada semua guru dan beliau
menekankan bahawa program tersebut akan dijalankan secara wajib terutamanya
dalam pengajaran dan pembelajaran.


5.0 HAL-HAL YANG LAIN
5.1 Hal Ehwal Kurikulum
En. Goh Peik Soon, Guru Penolong Kanan Kurikulum telah memberi taklimat tentang hal
ehwal kurikulum.



5.1.1 Hari Persediaan Persekolahan
5.1.1.1 31 Disember 2013 (Selasa) merupakan hari persediaan persekolahan.
Murid-murid akan datang ke sekolah pada 8.00a.m.-10.00a.m. untuk
menjalankan gotong-royong.
5.1.1.2 Mesyuarat Panitia 1/2014 akan diadakan pada 10.30a.m..
Tindakan: Semua guru

5.1.2 Urusan SPLG
5.1.2.1 Guru perlu fotostatkan surat panggilan kepada En. Goh Peik Soon setiap kali
menghadiri kursus atau taklimat agar memudahkan En. Goh membuat
pengesahan SPLG.
Tindakan: Semua guru

5.1.3 Aturan Tempat ABM mengikut subjek
5.1.3.1 Buku rujukan dalam pejabat akan diubah tempatnya. Meja dan kerusiakan
diletak dalam pejabat sebagai tempat bimbingan murid.
Bilik A Tahun 6 BC/ BM/ BI
Bilik B Tahun 6 SN/ M3/ KT/ RB/TMK/ PK/ PM/ SJ
Bilik Seni dan Muzik PSV/MZ
Tindakan: Semua guru

5.1.4 Program Anak Angkat
Cheah Cai Fen / Chia Yi Sheng Norlia
Chia Wen Xuan / Chia Khai Xin / Cheah Sze
Yong
SFC, Cikgu Y
Hau Wei Seng / Low Zhan Xi / Tan Xin Yun CMT, THF, CKP
Chia Zong Pooh/ Cheah Wei Cheng GPS
Lian Kah Xiang/ Chia Zi Xiang HEV
Chia Jin Zhi CYF
Chia Yuan Qi Cikgu X
Tindakan: Semua guru

5.1.5 Tuntutan Perjalanan Guru Pembimbing (PIBG)
5.1.5.1 Harga tuntutan perjalanan guru pembimbing bagi perjalanan yang berbeza
telah diseragamkan seperti berikut:
Sekolah Tuntutan Perjalanan (Harga)
Sin Min / Phooi Tee RM 15
Lum Hwa RM 20
Poay Chneh / Moon Teck / Cheong Hwa RM 25
Yoke Kuan RM 30
Kian Sit RM 35
Tindakan: Semua guru

5.1.6 Rancangan Pengajaran Tahunan
5.1.6.1 Rancangan Pengajaran Tahunan 2014 bagi setiap mata pelajaran perlu
dihantar kepada guru besar sebelum 24 Januari 2014.
Tindakan: Semua guru
5.1.7 Urusan Persatuan Tzu Chi
5.1.7.1 Persatuan Tzu Chi akan berurusan dengan pihak sekolah mulai tahun 2014
bagi menjalankan aktiviti di sekolah.
Makluman

5.1.8 Pertandingan BC/BM/BI
5.1.8.1 Mulai tahun 2014, 2 orang wakil sekolah dalam segala pertandingan BC, BM
dan BI peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan yang dipilih,tidak akan
menyertai pertandingan yang diadakan dalam sekolah.
Wakil Sekolah Tahun 1-6 2 orang
Wakil Kelas Tahun 1, 2
Tahun 3,4
Tahun 5,6
Minimum 4 orang
Tindakan: Semua guru

5.1.9 Kelas Tambahan PIBG
5.1.9.1 Kelas tambahan PIBG akan dijalankan pada 2.30p.m.-4.30p.m. mulai tahun
2014.
5.1.9.2 Kelas ke-7 akan diwujudkan bagi 10 orang murid lemah Tahun 5 dan Tahun
6.
Makluman

5.2 Hal Ehwal Murid
Cik Seng Fen Chee, Guru Penolong Kanan HEM telah memberi taklimat tentang hal
ehwal murid.

5.2.1 Carta Organisasi HEM
5.2.1.1 Guru mengambil jawatan yang sama seperti Tahun 2013 pada tahun 2014.
5.2.1.2 Rujuk Lampiran 4.
Makluman

5.2.2 Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (ADPM)
5.2.2.1 Guru mesti menyiapkan urusan key-in ADPM sebelum 15 Januari 2014.
Tindakan: Semua guru


5.2.3 Program Maju Diri (PMD)
5.2.3.1 PMD selama seminggu bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 akan dijalankan
pada 2 Januari 2014 hingga 10 Januari 2014.
Tindakan: Semua guru

5.2.4 Kad Kebenaran Keluar (Tandas/ Pejabat)
5.2.4.1 Kad kebenaran keluar bagi setiap kelas telah disediakan oleh Cik Seng Fen
Chee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Makluman

5.2.5 Program Transisi
5.2.5.1 Program Transisi selama 3 minggu akan dijalankan dari 2 Januari 2014
sehingga 24 Januari 2014.
Makluman


5.3 Hal Ehwal Kokurikulum
Pn. Tan Hsio Fen, Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah memberi taklimat tentang
hal ehwal kokurikulum.

5.3.1 Carta Organisasi Kokurikulum
Guru mengambil jawatan yang sama seperti Tahun 2013 pada tahun 2014.
Makluman

5.3.2 Merentas Desa
Merentas desa akan dijalankan pada 16 Januari 2014.
Latihan merentas desa akan dijalankan pada 9 Januari 2014 dan 13 Januari 2014,
5.30p.m.-6.30p.m..
Rujuk Lampiran 5.
Tindakan: Semua guru

5.3.3 Jadual Pertandingan MSSD/ MSSS/ MSSM
5.3.3.1 Rujuk Lampiran 6.
Makluman






5.3.4 Pertandingan / Aktiviti Luar Sekolah Tahunan
17 Mac 2014 21 Mac 2014 Pertandingan Bercerita dan
Syarahan BC
30 Jun 2014 4 Julai 2014 Pertandingan Bercerita dan
Syarahan BM
29 September 2014 3 Oktober 2014 Pertandingan Bercerita BI
Tindakan: Semua guru


5.3.5 Sukan Sekolah Tahunan
Sukan sekolah akan dijalankan pada 29 Jun 2014.
3 rumah: merah, kuning, biru.
1 Jun 2014 - 15 Jun 2014 Lukis Trek
16 Jun 2014 - 20 Jun 2014 Pemilihan atlet
23 Jun 2014 27 Jun 2014 Latihan dan Persiapan Padang
29 Jun 2014 Sukan Sekolah Tahunan
Tindakan: Semua guru

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Guru besar membuat ulasan bahawa semua guru patut bekerjasama dan bertungkus
lumus untuk meningkatkan pencapaian murid dalam akademik dan kokurikulum pada
tahun 2014.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00p.m.


Disediakan oleh:


_____________________
(PN. ENG XIAO BEI)
Disahkan oleh:


_____________________
(EN. LOW GIM HWA)

You might also like