You are on page 1of 2

KEMAHIRAN MEMIMPIN

Membantu murid mencapai potensi penuh melalui


pembabitan sebagai pemimpin.

Penyertaaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan
Beruniform
Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid
mencapai potensi penuh mereka melalui penglibatan sebagai
pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks
pendidikan, kepimpinan mempunyai 4 unsur:
Keusahawanan : Mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan
membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu
sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta
terdorong untuk memastikan penyelasaian itu dizahirkan;
KEMAHIRAN MEMIMPIN
Membantu murid mencapai potensi penuh melalui
pembabitan sebagai pemimpin.

Berdaya tahan : Membangunkan cara berfikir yang konstruktif
serta mampu menghadapi rintangan;
Kecerdasan emosi : Berupaya memahami dan bekerja secara
berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi
mereka secara positif; dan
Ketrampilan komunikasi : Berupaya memberikan pendapat dan
hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.
Dalam bilik darjah: aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan
Di luar bilik darjah : melalui sukan, seni serta aktiviti kokurikulum
dalam membangunkan keperibadian murid.

You might also like