You are on page 1of 5

Soalan 1

Maklumat berikut menunjukkan butiran pendapatan dan bayaran yang telah dibuat
oleh Encik Zain dan pelepasan cukai yang dibenarkan

butiran Pendapatan dan bayaran RM
pendapatan tahunan 30 000
caruman bulanan KWSP 275
bayaran zakat 400
Premium insurans nyawa 1560
rawatan ibu bapa 1200
cukai pendapatan tahunan 500

pelepasan cukai yang dibenarkan
diri sendiri 8000
isteri 3000
anak ( seorang 800
caruman KWSP dan premium insuran
Nyawa ( maksimum) 5000

Encik Zain mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak yang bersekolah.
Hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Zain.
.....................................................................................








Soalan 2.
Encik Johan seoarang pegawai perakaunan di sebuah bank perdagangan.
Gaji bulanannya ialah RM3000 dan pendapatan pelaburannya ialah RM 1 000
setahu. Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 11% daripada gaji bulanannya
dan membayar premium insurans nyawa sebanyak Rm 1 000. selain itu ,Encik Johan
turut menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan membuat bayaran
zakat pendapatan RM 300 setahun.

Encik Johan memperuntukkan RM 1000 sebulan kepada isterinya yang tidak bekerja sebagai
wang saku .Hasil daripada perancangan perbelanjaan yang bijak iaitu dengan mengadakan
belanjawan peribadi, Encik Johan dapat menabung RM500 sebualan dibank.

Encik Johan mempunyai 5 orang anak. Anak sulungnya ,Rihana telah bekerja di sebuah
syarikat komputer sebagai pengaturcara komputer dengan gaji RM 2 500 sebulan. Rihana
memilih untuk bekerja di syarikat tersebut kerana minatnya yang mendalam dalam bidang
tersebut dan pekerjaan tersebut dan bersesuaian dengan kelayakkan dan pengalamanya.
Manakala 4 orang lagi anak Encik Johan masih bersekolah.

maklumat tambahan RM
diri sendiri 8000
isteri 3000
anak ( seorang 1000
caruman KWSP dan premium insuran
Nyawa ( maksimum) 5000





kadar cukai
RM 2 500 yang pertama 0%
RM 2 500 yang berikut 1%
RM 5 000 yang berikut 3%
RM 10 000 yang berikut 5%

Hitungkan
a)Jumlah pelepasan cukai
b)Jumlah cukai yang di kenakan
c) Pendapatan boleh guna

.....................................................................................
Soalan 3

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Roslan
Encik Roslan yang akan bersara pada awal tahun hadapan merupakan seorang pegawai
kerajaan yang berjawatan tetap dan berpencen. Gaji bulanan beliau adalah sebanyak
RM 2 065 dan elaun khidmat awamnya ialah RM65. Beliau mempunyai seorang isteri dan
enam orang anak. Anak yang pertama telah bekerja dengan sebuah firma swasta
anak belaiu yang lain masih bersekolah dan berusia di bawah 18 tahun.

Berikut adalah pelepasan cukai yang dibenarkan kerajaan :
diri sendiri RM 8000
isteri RM3000
anak-anak di bawah 18 tahun RM1000
( di benarkan hingga 5 orang)



kadar cukai
RM 2 500 yang pertama 0%
RM 2 500 yang berikut 1%
RM 5 000 yang berikut 3%
RM 10 000 yang berikut 5%

Hitungkan
a)Jumlah cukai pendapatan Encik Roslan
b)Jumlah pelepasan cukai
c)Jumlah cukai yang perlu di bayar

You might also like