You are on page 1of 1

Bapa Kemerdekaan Negara

Assalammualaikum.. hai kawan-kawan. Sekarang ni bulan kemerdekaan kan.


Kawan-kawan tau tak merdeka tu apa? Hah!! Kalau nak tau dengarlah cerita saya.
Merdeka tu maknanya bebas daripada penjajah. Kalau kawan-kawan nak tau, dulu
Malaysia telah dijajah oleh kuasa asing. Banyak kuasa asing yang jajah Malaysia
seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Namun begitu, Tunku Abdul Rahman
telah mengetuai usaha dalam mencapai kemerdekaan negara. Kawan-kawan kenal
tak siapa Tunku Abdul Rahman?
Kalau nak tau nama sebenar Tunku Abdul Rahman ialah Tunku Abdul Rahman
Putra AlHaj. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat di Alor
Setar, Kedah. Beliau telah dihantar belajar ke England dan telah menerima
ijazahnya pada tahun 1925. Tunku telah menyertai UMNO pada tahun 1946 dan
menjadi presiden UMNO pada tahun 1951.
Pada tahun 1955 pilihanraya umum telah diadakan dan Parti Perikatan telah
memenangi pilihanraya tersebut. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua
Menteri Tanah Melayu yang pertama dan beliau mengetuai rombongan
kemerdekaan ke London. British telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu dan Tunku telah mengisytiharkan berita ini di Banda Hilir,
Melaka pada 20 Februari 1956. Akhirnya Tanah Melayu telah merdeka pada 31
Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Tanah Melayu telah bergabung dengan
Sabah dan Sarawak dan telah membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.
Tunku Abdul Rahman telah mangkat pada tahun 1990 dan dimakamkan di Makam
Diraja Langgar, Alor Setar.
Hah kawan-kawan! Itulah dia seorang insan yang berusaha untuk memerdekakan
Malaysia. Beliau adalah Tunku Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Bapa
Kemerdekaan Negara. Jadi kawan-kawan kita perlulah bersyukur kerana dilahirkan
selepas merdeka. Oleh itu, kita perlulah bersama-sama mempertahankan
kemerdekaan negara kita.
Sekian, terima kasih.

You might also like