You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PBS

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN BIL 1/2013



Tarikh : 9 Januari 2013 (Rabu)
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Guru SK Haji Dahlan

Kehadiran :
1. En. Mohamed Niza B.
Mohamed Saad
2. En. Zulkifli B Abbas
3. En. Mohamad Syahar Bin
Shauki
4. En. Mohd Marzuki Bin Hashim
5. En. Abdul Aziz B. Abdullah
6. En. Saravanan A/L Jaganazan
7. En. Mohd Ashrul Afandi B.
Kassim
8. En. Khairul Anuar B. Arshad
9. E. Zainal Ariffin B. Ahmad Badri


10. En. Amir Azmi B. Ismail
11. En. Azuan B. Che Amal
12. En. Muhammad Najib B.
Ahmad @ Md Ani
13. Pn. Haryanti Bt. Abidin
14. Pn. Siti Hajar Bt. Abdul Malik
15. Pn. Norliza Bt. Othman
Tidak Hadir
1. En Abdul Majid B Abdullah PPT.
PK. PPA (Cuti Sakit)
2. En. Mohamad Faizal B. Abdul
Hamid (ke PPD)

AGENDA
1. Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan & komponen PBS.
2. Agihan tugas jawatankuasa & carta organisasi JK PBS.
3. Melantik pentaksir sekolah.
4. Menetapkan system fail PBS.
5. Surat siaran pelaksanaan PBS.
6. Makluman peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
7. Jadual kerja pelaksanaan:
a. PS/PP/PAJSK/PPsi
b. Program pembudayaan PBS
c. Latihan / Penataran.
d. Penyelarasan.
e. Permentoran
f. Pemantauan
g. SPPBS
8. Pengurusan Evidens.
9. Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
10. Hal-hal lain.





1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian para guru menghadiri
mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah kali pertama sesi 2013.

2. KONSEP, DASAR PELAKSANAAN & KOMPONEN PBS
2.1 PBS merupakan satupentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.
2.2 Terbahagi kepada dua iaitu Akademik (Pentaksiran Pusat & Pentaksiran
Sekolah) dan Bukan Akademik (Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum; dan Pentaksiran Psikometrik).
2.3 Guru-guru boleh merujuk jadual pelaksanaan PBS bagi memudahkan
pelaksanaan PBS.
2.4 Guru-guru boleh merujuk dokumen rujukan untuk pengajaran iaitu
Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum.
2.5 Untuk kemasukan prestasi ke SPPBS, guru-guru boleh memuat turun
manual pengguna daripada Lembaga Peperiksaan.

3. AGIHAN TUGAS JAWATANKUASA & CARTA ORGANISASI JK PBS
3.1 Mengedarkan Senarai Jawatankuasa PBS 2013:
Nama Guru Jawatan
Pengerusi GB Guru Besar
Naib Pengerusi En. Mohd Niza B. Mohd Saad PK. I
Naib Pengerusi
1
Tn Hj Zulkifli B abas PK HEM
Naib Pengerusi
2
En Abdul Majid B Abdullah PPT. PK. PPA PK Koku
Setiausaha En Mohd Syahar B Shauki S/U Peperiksaan
AJK En Abdul Aziz B Abdullah Latihan
En Muhd Najib B Ahmad Penyelarasan
En Zainal Ariffin B Ahmad Badri Pementoran
En Azuan B Che Amal Pemantauan
En Khairul Anuar B Arshad Guru Cemerlang
Pn Zinatunnisa Bt Mokhtar JU P.A.I
En Mohd Ashrul Affendi B Kasim JU Bahasa Arab
En Mohd Faizal B Abdul Hamid PAJSK
En Amir Azmi B Ismail JU Matematik

4. MELANTIK PENTAKSIR SEKOLAH
4.1 Mengedarkan surat perlantikan pentaksir PBS sekolah kepada setiap
guru yang mengajar kelas-kelas KSSR.



5. MENETAPKAN SISTEM FAIL PBS.
5.1 Fail Perkembangan Murid:
Maklumat peribadi murid.
Perlu ada setiap deskriptor di dalam fail.
Setiap mata pelajaran disusun mengikut urutan.
Borang rekod transit.

5.2 Fail Showcase
Setiap kelas mesti ada satu fail Showcase.

5.3 Fail Guru
Setiap guru perlu ada satu fail bagi setiap tahun yang diajar.

6. SURAT SIARAN PELAKSANAAN PBS
6.1 Surat siaran pelaksanaan PBS akan diedarkan kepada setiap guru.

7. MAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN AM PELAKSANAAN PBS.
7.1 Guru-guru perlu mengikut DSP yang telah ditetapkan semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
7.2 DSP tidak boleh dipinda atau di ubahsuai.

8. JADUAL KERJA PELAKSANAAN
8.1 Guru-guru boleh merujuk carta ghantt daripada PK1.
8.2 Kemasukan prestasi ke SPPBS dilakukan setiap kali selesai Band yang
diajar bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.

9. PENGURUSAN EVIDENS
9.1 Guru-guru boleh fotostat lembaran kerja/evidens dari kedai fotostat
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

10. PENGURUSAN PELAKSANAAN PBS BAGI KES-KES KHAS
10.1 Boleh dirujuk kepada PK 1 dari semasa ke semasa.

11. HAL-HAL LAIN
11.1 En. Mohamed Niza mencadangkan pondok di hadapan bilik guru
akan dijadikan sudut KSSR/PBS.
11.2 En. Mohamed Niza mengingatkan guru-guru supaya mencetak
keputusan sepanjang tahun untuk diberikan kepada ibu bapa murid.
11.3 En. Khairul Anuar memaklumkan jika ada murid yang berpindah
sekolah, semua fail yang berkaitan dengan murid tersebut hendaklah
dihantar ke sekolah baru.


Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.15 petang.




Disediakan oleh:

............................
(EN. MOHAMAD SYAHAR BIN SHAUKI)
Setiausaha PBS
SK Haji Dahlan.

Disemak oleh:

............................
(EN. MOHAMED NIZA BIN MOHAMED SAAD)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Haji Dahlan

You might also like