You are on page 1of 8

Pengertian Tarannum

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang
membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula
menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang
membawa maksud intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming iaitu yang
merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak
dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

-

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang
selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran.
pengenalan
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan
yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang
unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie,
dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat
agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan
generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :


Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara
yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan
bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut
Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-
lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-
Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas
diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab.
Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab
(Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).
Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai Kemahiran al-Quran
khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli al-Quran merupakan Ahlullah Wa Khassah
yang dijanjikan kedudukan yang mulia di sisi Allah swt.
Sejarah Tarannum
Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya
membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian
terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin
Masud RA, Abu Musa Asyari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62
hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran
bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (simai), maka Jumhur qurra
bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w.
itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta
mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta
mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi,
Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan
diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan
mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari
aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
Padang pasir. Bukit bukau. Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya
tinggi kehangatan.

Aliran Misri
Lembah nil. Subur menghijau. Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya
sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam,
pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-
lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-
Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.
Falsafah Tarannum
Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang
bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah
S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah
tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud: diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat
Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-
ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka segera menundukkan
muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan.
(Surah al-Isra:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila al-Quran di
baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga
kamu beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: Perelokkan
bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja
mampu menambahkan keindahan seni al-Quran.

Hukum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum
bertarannum adalah seperti berikut;

1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-
Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau
jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu
penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


..
( )

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan
sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian
juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku
nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang
dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum
mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah
mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan,
kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.




Pembahagian Tarannum
Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a) Tarannum bit Tahqiq Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul
Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.

b) Tarannum bit Tadwir Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid.
Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-
Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh
diketahui dengan kata-kata Bihumurin jasad

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sunani, Yaman Hijaz, Hirab dan
lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum
asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa
Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah
terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan
qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi
tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah
sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang
berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk
mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qitah dan satu mahattah).

2.3.2 Qitah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sinai (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim suud dan nuzul (suara mendaki dan menurun mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di
dalam satu harkat).


Jenis-jenis Tarannum

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor
tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan persembahan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini
tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

Gerak lembut disamping ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi
hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Contoh :

Peranan Tarannum Sikah

Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi
hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut
zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah
Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

Menenangkan ketegangan persembahan.
Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

You might also like