You are on page 1of 7

1 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM

BAB AQIDAH

: :: : P PE EN NG GE EN NA AL LA AN N : :: :
A. Pengertian
Dari segi bahasa : simpulan atau ikatan
Dari segi istilah : kepercayaan atau keimanan yang terikat erat dan
tersimpul kuat di dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan
terurai, kepada hakikat dan nilai yang tetap dan kekal.

B. KEPENTINGAN AQIDAH YANG BENAR DAN BETUL
1. Membersihkan aqidah dari sebarang noda luaran
2. Menjernihkan pemikiran tauhid dan kesempurnaan pemikiran
3. Membersihkan pemikiran pembalasan akhirat dari segala anasir jahat.
4. Keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t dan kesempurnaan sifat-
sifat-Nya
5. Sedar bahawa seluruh kehidupan ini adalah di bawah kawalan pengawasan dan
kekuasaan Allah
6. Merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam tindakan dan amalan setiap
mukmin
7. Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah
8. Mendapat redha Allah di dunia dan akhirat

C. KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM
1. Aqidah yang jelas
2. Aqidah fitrah
3. Aqidah yang teguh
4. Aqidah yang terbukti hujahnya
5. Aqidah yang bersifat sederhana

D. KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR
1. Manusia menyengutukan Allah s.w.t (syirik) pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
2. Manusia mengangkat syiar-syiar kufur
3. Masyarakat membenci sesuatu dari sistem islam atau melebihkan sistem yang lain
4. Mempersendakan sesuatu dari al-Quran dan sunnah sehingga menyebabkan
masyarakat berpecah-belah
5. Wujud pelbagai ajaran sesat di dalam masyarakat

E. AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pengenalan
Ahli sunnah bermaksud penganut sunnah Nabi Muhammad s.a.w
Wal jamaah ertinya jemaah para sahabat nabi s.a.w
Maka pengikut aliran ahli sunnah wal jamaah ialah orang-orang yang menganut
iktikad yang dianuti oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda.

Pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
i. Perbuatan hamba
Berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang berentuk
usaha dan ikhtiar baginya
ii. Sifat Allah s.w.t
Berpendapat bahawa Allah s.w.t bersifat dengan sifat kesempurnaan yang layak
baginya

2 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



iii. Melihat Allah s.w.t
Berpendapat bahawa harus hukumnya pada akal hari akhirat orang mukmin dapat
melihat Allah s.w.t dan wajib pada hukum syarak kerana Allah itu maha wujud
iv. Mengenai al-Quran
Berpendapat bahawa al-quran itu kalamullah yang qadim dan azali
v. Dosa besar
Berpendapat bahawa orang mukmin yang melakukan dosa besar yang belum
gugur imannya maka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah amalan hati ,
maka jika mati wajib disembahyangkan jenazahnya

Kepentingan berpegang aqidah ahli sunnah wal jamaah
1. Iktikad ahli sunnah wal jamaah di ambil dan digali daripada al-quran dan hadith
nabi s.a.w
2. Kepercayaan ahli sunnah wal jamaah merupakan iktikad yang telah dipegang oleh
rasulullah s.a.w dan para sahabat sebelum ini
3. Memastikan manusia menjadikan al-Quran dan hadith nabi s.a.w dirujuk bagi setiap
perkara
4. Memahami iktikad ahli sunnah wal jamaah akan membolehkan seseorang
membezakan antara iktikad yang benar atau sebaliknya

F. PEMBAHAGIAN GOLONGAN MANUSIA
Mukmin :
seorang yang beragama islam, patuh dan taat kepada Allah dan rasulnya tanpa
mengingkari sesuatu
Muslim :
seorang yang beragama islam dan tahap kepatuhan dan ketaatan kepada Allah
dan rasulnya tidak mencapai tahap mukmin
Fasiq :
merangkumi orang-orang beriman yang melanggar perintah Allah, melakukan apa
yang ditegah & meninggalkan apa yang disuruh.
Munafiq :
orang yang menyembunyikan kekafirannya, tetapi menyatakan keimanannya
Kafir :
orang yang tidak ada pengakuan terhadap Allah dan Rasulnya.

G. PUNCA SESEORANG ITU MENJADI KAFIR
1. Rasa agama yang ada dalam ruhaninya tidak berkembang
2. Penyelewengan proses sejarah
3. Menutup kebenaran kerana faktor-faktor tertentu
4. Ragu sedang berfikir
5. Kerana persekitaran
6. Kejahatan ahli agama itu sendir











3 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



: :: : F FU UN NG GS SI I D DA AN N T TA AN NG GG GU UN NG GJ JA AW WA AB B M MA AN NU US SI IA A : :: :
A. PROSES KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk nutfah
Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah)
Alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging)
Daripada segumpal daging terbentuk izaman (tulang belulang)
Kemudian tulang belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang membaluti)
Selepas itu terbentuklah manusia dengan anggota
Seterusnya Allah mengutuskan malaikat meniupkan roh ke dalam tubuh manusia

B. PROSES CIPTAAN MANUSIA DI NYATAKAN DALAM AL-QURAN


C. TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH
Beribadat atau menyembah hanya kepada Allah sahaja
Tidak melanggar perintah Allah
Sentiasa patuh kepada Allah

D. MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
i. Manusia sebagai hamba
Tidaklah manusia itu dijadikan dengan sia-sia selain mengabdikan diri
seluruhnya kepada Allah s.w.t
ii. Manusia sebagai khalifah
Manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggung jawab dengan tidak
menyengutukannya, taat kepada perintah-nya serta memakmurkan alam ini
dengan berlandaskan syariat.





4 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



E. TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH
1. Beribadat atau menyembah hanya kepada Allah sahaja
2. Tidak melanggar perintah Allah
3. Sentiasa patuh kepada Allah
4. Tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu
5. Melakukan ibadat dalam bentuk amar makruf nahi munkar
6. Mengingati Allah dalam keadaan senang atau susah

F. TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP MANUSIA
1. Menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira pangkat dan
kedudukan
2. Saling bantu-membantu sesama manusia
3. Menjaga kesejahteraan masyarakat dan tidak menimbulkan perpecahan
4. Hormat menghormati antara satu sama lain
5. Berakhlak mulia

G. TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALAM
1. Tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan
2. Menjaga kebersihan dan keindahan alam
3. Menyayangi makhluk-makhluk lain

































5 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



: :: : K KO ON NS SE EP P P PA AH HA AL LA A D DA AN N D DO OS SA A : :: :
5 hukum telah digariskan sebagai panduan :
1. 1. Wajib
2. 2. Haram
3. 3. Sunat
4. 4. Makruh
5. 5. Harus (mubah)

A. Konsep pahala
Ganjaran baik yang di berikan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak kepada mukmin yang
taat dan patuh kepada Allah s.w.t serta melakukan amalan-amalan soleh.

Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala
1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah
menunaikan ibadat yang fardhu
3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan
4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
5. Melakukan amar makruf nahi munkar

B. Konsep dosa
- Balasan buruk yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-nya yang tidak patuh
(ingkar) pada perintah Allah dan melanggar segala larangan-nya
- Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilan-nya dan sebagai
peringatan terhadap hamba-nya di mana setiap perlakuan dosa itu akan
dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang
telah dijanjikan

i. Jenis-jenis dosa manusia
1. Meninggalkan apa yang disuruh dan melakukan apa yang di larang
2. Dosa anggota dan hati
3. Dosa dalam bentuk maksiat dan bidah
4. Dosa yang tersebar kesannya dalam skop tempat
5. Dosa yang tersebar dalam skop masa
6. Dosa yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia

ii. Kategori dosa
Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap tuhannya
- Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana meninggalkan hak-hak
pencipta-nya yang meliputi segala suruhan dan larangan-nya.
- Dosa ini agak mudah dan lebih senang mendapat keampunan sekiranya
memenuhi kesempurnaan bertaubat.
Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk
- Ianya berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menunaikan atau melanggar
hak-hak orang lain.
- Dosa ini lebih sukar dan berat untuk mendapat keampunan.

iii. Antara sifat buruk manusia yang mendorong melakukan dosa
1. Sifat ketuhanan dalam jiwa seperti riyak, suka dipuji dll
2. Sifat syaitaniyyah dalam jiwa sehingga menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad
dengki, suka menganiaya dll
3. Sifat kebinatangan dalam jiwa yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal
seperti sifat suka mementingkan diri, tamak dll
6 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



4. Sifat kebuasan dalam jiwa seperti timbul sifat berunsurkan keganasan dan
kekejaman

iv. Pembahagian Dosa
Dosa besar
- adalah segala peruatan yang dilarang oleh Allah s.w.t melakukannya
sepertimana yang terdapat di dalam al-quran dan as-sunnah.
- sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak membezakan dosa besar
dengan dosa kecil adalah dengan melihat kesan kerosakan yang ditimbulkan
disebabkan dosa-dosa tersebut.
Dosa kecil
- ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan tidak
diperuntukkan hukuman tertentu di dunia.
- dosa kecil ini adakalnya terhapus apabila melakukan kebajikan amal kebaikan

v. Contoh dosa besar
A. Berkaitan dengan hati
1. Syirik kepada Allah
2. Malakukan maksiat dengan rela hati
3. Berputus harap dari rahmat Allah
4. Merasai terlindung dari balasan dan ancaman Allah
B. Berkaitan dengan lidah
1. Bersaksi bohong
2. Menuduh zina
3. Sihir
4. Bersumpah palsu
C. Berkaitan dengan perut
1. Minum arak
2. Makan harta anak yatim
3. Makan riba
D. Berkaitan dengan alat kelamin
1. Zina
2. Liwat
E. Berkaitan dengan tangan
1. Membunuh
2. Mencuri
F. Berkaitan dengan kedua kaki
1. Melarikan diri dari medan perang
G. Berkaitan dengan selainnya
1. Menderhaka terhadap ibu bapa
2. Meninggalkan solat
3. Memutuskan silaturrahim

vi. Kesan psikologi terhadap keyakinan tentang adanya pahala dan dosa
1. Beriman dengan rukun-rukunnya dengan sepenuh hati
2. Manusia akan berlumba-lumba buat kebaikan dan amal soleh
3. Manusia akan takut untuk buat kejahatan
4. Ikhlas dalam melakukan ketaatan
5. Dunia akan aman damai
6. Sentiasa bertaubat dan beristighfar daripada dosa
7. Sentiasa berkorban harta, tenaga, fikiran dan nyawa untuk menegakkan agama
Allah s.w.t

7 SPA 101 : PENDIDIKAN ISLAM



: :: : K KO ON NS SE EP P T TA AU UB BA AT T : :: :
A. Pengertian taubat :
Bahasa: pulang atau kembali
Istilah: kembali kepada Allah dan pulang ke pangkuannya

B. Syarat-syarat taubat
1. Kesahihan niat dan ikhlas kepada Allah
2. Persamaan antara hati dan lidah dalam istighfar
3. Dalam keadaan suci zahir dan batin
4. Dalam keadaan takut dan harap
5. Berdoa untuk diri dan orang beriman

C. Rukun-rukun taubat
1. Menyesal
2. Berazam tidak akan melakukan kesalahan
3. Berhenti dari melakukan kesalahan dan mengulanginya
4. Jika dosa melibatkan manusia terlebih dahulu mohon maaf/bayar hutang

D. Taubat Nasuha
Pengertian taubat
Bahasa : suci madu dari sebarang campuran
Istilah : bertaubat dari sesuatu dosa serta tidak melakukannya seperti tidak
kembalinya susu dalam kantongnya

E. Mengapa mesti bertaubat
1. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah s.w.t
2. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
3. Mendapat keampunan dan petunjuk Allah
4. Meningkatkan keimanan
5. Mendapat balasan syurga di akhirat
6. Mengembalikan silaturrahim
7. Dikasihi dan dipelihara oleh Allah s.w.t

You might also like