You are on page 1of 4

KERTAS KERJA TERAPI BERKUDA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMATA


1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Permata
mempunyai 40 orang murid, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid.
Program PKBP ini telah dibuka di sekolah ini pada Januari 2008. Objektif utama program
berkuda ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan mendidik pelajar supaya boleh
berdikari dan menyedari potensi diri serta dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Latihan berkuda ini juga amat baik untuk meningkatkan tahap keyakinan dan kestabilan
fizikal murid-murid pendidikan khas.


2.0 RASIONAL

2.1 Murid-murid lebih fokus dan dapat melatih daya keseimbangan diri.
2.2 Memberi keseronokan kepada murid.
2.3 Murid-murid dapat membina keyakinan diri.


3.0 MATLAMAT

Murid dapat membentuk konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri dan
seterusnya akan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial dengan masyarakat
sekeliling.


4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada murid-murid yang pasif dan yang selalu mengasingkan
diri berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.
4.2 Memupuk sikap disiplin diri di kalangan murid sewaktu menjalankan aktiviti luar.
4.3 Membantu murid dari segi perkembangan fizikal dan sosial.


5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : Seperti jadual aktiviti
5.2 Masa : 8.00 pagi 12.00 tengah hari
5.3 Sasaran : a. 40 orang murid
b. 11 orang guru
c. 3 orang PPM
5.4 Jumlah : 54 orang
5.5 Tempat : Taman Tasik Titiwangsa





6.0 ORGANISASI

Penasihat : Puan Che Junainah bt Abd Rahman
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas : Puan Intan Siti Zuraida bt Ibrahim
Penyelaras Program : Puan Yusnieza bt Mohamed Noor
Setiausaha : Puan Noragayah binti Mohamad Jasid


6.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

a. Keselamatan dan disiplin
1. Pn. Thamarai Selvi a/p Muniandy (K)
2. Pn. Nabilah Zainal
3. Encik Vinod a/l Varatharaju

b. Pengangkutan
1. Pn. Khuzaimah Baidzowi (K)
2. Pn. Nur Hasmieza Mohamad
3. Encik Fadli bin Puteh

c. Makanan dan kebajikan
1. Pn.Faizah Abdul Samat
2. Pn.Yuzana Yunus

d. Jurugambar
1. Pn.Siti Nadhirah Md Zaki
2. Pn.Noraziah Mansor



7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Berkumpul di sekolah dan sarapan pagi

8.30 pagi : Menaiki bas ke Taman Tasik Titiwangsa

9.00 pagi : Tiba dan menaiki kuda

11.30 pagi : Bertolak ke SK Taman Permata

12.00 pagi : Tiba di SK Taman Permata













8.0 KEWANGAN


1. Perbelanjaan (5 kali setahun)

Perkara Harga untuk seorang (RM) Bil.murid Jumlah(RM)
Makan & Minum 5.00 40 200
Pengangkutan 200
Jumlah 400


2. Punca Kewangan:

Perkara Harga untuk seorang (RM) Bil.murid Jumlah (RM)
Sumbangan ibubapa 10 40 400
Sumbangan Pendidikan Khas -
Jumlah 400




9.0 JADUAL AKTIVITI

BULAN TARIKH
MAC 05/03/2013
APRIL 02/04/2013
MEI 07/05/2013
JUN 11/06/2013
SEPTEMBER 03/09/2013
OKTOBER 01/10/2013















10.0 SENARAI NAMA MURID

Rujuk lampiran 1


11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa dengan pelaksanaan program berkuda ini dapat memberi manfaat
kepada setiap murid Pendidikan Khas dari segi sosial dan emosi.



Disediakan oleh: Disemak oleh:




..
(NORAGAYAH BT MOHAMAD JASID) (INTAN SITI ZURAIDA BT IBRAHIM)
Guru Pendidikan Khas, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK Taman Permata. SK Taman Permata.




Ulasan / Cadangan





________________________________________________________________________



Di semak / disahkan oleh:



.
(CHE JUNAINAH BT ABD RAHMAN)
Guru Besar,
SK Taman Permata.

You might also like