You are on page 1of 19

9/11/2014 1 RPS

Ayat Susunan Biasa


dan
Ayat Songsang
Bahasa Melayu
TAABAHASA
9/11/2014 RPS 2
Pecahan Tajuk






Ayat susunan biasa
Ayat susunan songsang
Jenis-jenis ayat susunan songsang
Latihan pengukuhan

9/11/2014 RPS 3
Susunan Ayat
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen:
Subjek
Predikat

Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan:
i) susunan biasa
ii) sussunan songsang


9/11/2014 RPS 4
Ayat Susunan Biasa
Ayat susunan biasa
bagi ayat tunggal,
kedudukan subjek
adalah di hadapan
predikat.


Subjek Predikat
9/11/2014 RPS 5
Contoh Ayat Susunan Biasa
Subjek Predikat
Seorang pelukis

telah memenangi hadiah itu.
Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
Beberapa buah
bangunan
musnah dalam kebakaran itu.
Semua pelajar kelas itu berjaya dalam peperiksaan itu.
9/11/2014 RPS 6
Ayat Susunan Songsang
Ayat susunan
songsang ialah ayat
yang telah
melalui proses
pendepanan predikat.

Unsur yang
dikedepankan itulah
yang hendak diberi
penegasan

Predikat Subjek
9/11/2014 RPS 7
2 jenis pedepanan predikat
1. Pendepanan seluruh predikat

2. Pendepanan sebahagian daripada
predikat
9/11/2014 RPS 8
1. Pendepanan Seluruh Predikat
Seluruh predikat dalam ayat dibawa ke hadapan
mendahului subjek.
Subjek Predikat
Perangainya baik sungguh.
Predikat Subjek
Baik sungguh perangainya.
9/11/2014 RPS 9
Contoh : Pendepanan Seluruh Predikat
Susunan biasa Susunan songsang
Pelajar itu sangat rajin. Sangat rajin pelajar itu.
Rasa buah itu enak
sekali.
Enak sekali rasa buah
itu.
Pegawai itu masih belum
sampai.
Masih belum sampai
pegawai itu.
Razak sungguh bernasib
baik.
Sungguh bernasib baik
Razak.
Pendaki itu berjaya juga
akhirnya.
Berjaya juga akhirnya
pendaki itu.
9/11/2014 RPS 10
2. Pendepanan Sebahagian Predikat
Predikat boleh mengalami pendepanan
secara berasingan:

a) Pendepanan frasa kerja
b) Pendepanan frasa adjektif
c) Pendepanan frasa sendi nama
9/11/2014 RPS 11
a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata kerja sahaja:

i) Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di
padang.
Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di
padang.

ii) Ayah bekerja setiap hari.
Bekerja ayah setiap hari.

iii) Bayi itu menangis setiap malam.
Menangis bayi itu setiap malam.

9/11/2014 RPS 12
a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata kerja dengan objek:

i) Dia membaca buku di pusat sumber.
Membaca buku dia di pusat sumber.

ii) Budak-budak itu kena pukul kelmarin.
Kena pukul budak-budak itu kelmarin.

iii) Sampah sarap itu dibakar oleh ibu.
Dibakar oleh ibu sampah sarap itu.

9/11/2014 RPS 13
a) Pendepanan frasa kerja
Pendepanan kata bantu dengan kata kerja:

i) Budak-budak itu masih bermain.
Masih bermain budak-budak itu.

ii) Ramli belum sampai ke sekolah.
Belum sampai Ramli ke sekolah.

iii) Mereka akan pergi ke Melaka esok.
Akan pergi mereka ke Melaka esok.
9/11/2014 RPS 14
b) Pendepanan frasa adjektif
i) Dia sakit pada masa itu.
Sakit dia pada masa itu.

ii) Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.
Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.

iii) Badannya lesu sepanjang masa.
Lesu badannya sepanjang masa.
9/11/2014 RPS 15
c) Pendepanan frasa sendi nama
1. Frasa sendi nama sebagai predikat
Hadiah itu untuk ibu.
Untuk ibu hadiah itu
2. Frasa sendi nama sbg. keterangan
dalam predikat
Saya berpegang pada janji.
Pada janji saya berpegang.

9/11/2014 RPS 16
Latihan Pengukuhan
(a) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat
susunan songsang.

1. Dia pergi ke Pulau Langkawi petang kelmarin.
2. Mereka bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00
petang.
3. Cikgu Rosmah mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar
Tingkatan Lima Mawar.
4. Anak kucing kakak saya comel sungguh.
5. Pengetua yang baru pindah ke sekolah itu masih muda.
6. Lelaki yang berbaju merah itu guru sekolah ini yang baru tiba.
9/11/2014 RPS 17
Latihan Pengukuhan
(b) Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini
kepada ayat susunan biasa.

1. Rajin sungguh budak itu membersihkan kawasan
rumahnya.
2. Sudah satu minggu dia tidak datang ke sekolah.
3. Sayang sungguh kawan kawannya kepada Jasmin.
4. Dengan cermatnya, dia memandu kereta baru itu.
5. Sudah pukul 12.00 dia sampai di sini malam tadi.
6. Ditulis oleh pelajar itu karangannya dalam tulisan jawi.

9/11/2014 RPS 18
Latihan Pengukuhan
(c) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada
ayat susunan songsang

1. Nama adik kamu yang belajar di sekolah itu siapa?
2. Abangnya Encik Zainal mana?
3. Zarina mempelajari tatabahasa?
4. Julaihi berasal dari Sarawak?
5. Hadiah yang baru dibeli Salmah itu untuk siapa?
6. Pelancong-pelancong dari Sabah tiba dari Pulau
Langkawi bila?
9/11/2014 RPS 19
SEKIAN


TERIMA KASIH

You might also like