You are on page 1of 2

ABSTRAK

Aktiviti pembuangan sampah yang tidak sistematik dan tidak teratur telah
menyebabkan peningkatan sisa pepejal . Kaedah yang sering digunakan untuk
melupuskan sisa pepejal ini adalah dengan menanamnya di tapak pelupusan dan
lebih teruk lagi dengan membakarnya secara terbuka. Tindakan ini akan
menyebabkan alam sekitar seperti pencemaran udara yang teruk boleh mengancam
kesihatan serta nyawa penduduk dikawasan sekeliling. Satu kajian telah dijalankan
untuk mengenal pasti pengurusan sisa pepejal yang efektif, mengetahui
pengoperasian stesen pemindahan sisa pepejal ( Solid Waste Transfer Station) dan
kepentingannya terhadap pengurusan sisa pepejal di kawasan bandar dan
mengetahui purata kadar penjanaan sisa pepejal oleh penduduk Kuala Lumpur.
Dalam kajian tersebut, sistem operasi yang digunakan oleh pihak Transfer Station
ada teknologi dari Jepun. Daripada kajian serta maklumat yang diperolehi, berat
purata penjanaan sisa pepejal di kawasan kajian 4.7kg sehari seorang. Pendapatan
keluarga dan jenis kos perumahan merupakan faktor yang mempengaruhi penjanaan
sisa di kawasan kajian. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, hasil analisis yang
dilakuakan mendapati majoriti responden menjana pendapatan antara RM 1000- RM
3000 sebulan. Majoriti bilangan isi rumah responden juga adalah tinggi dimana 2 4
orang dan 5-7 orang. Kekerapan responden buang sampah sehari adalah sekali.
Namun terdapat juga responden buang sampah membuang sampah 3 kali sehari.
Dapatan kajian juga mendapati jumlah sisa pepejal meningkat setiap tahun iaitu dari
tahun 2011 sehingga 2013.










Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat
menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa
pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di
bandar. Stesen Pemindahan merupakan salah satu kaedah pengurusan sisa pepejal yang
efektif seperti yang telah dinyatakan didalam kajian yang telah dilaksanakan. Kaedah ini
bertujuan untuk meminima penggunaan kawasan di tapak pelupusan sisa pepejal selepas
melalui proses-proses di stesen pemindahan tersebut. Proses pemadatan sisa pepejal ini
dapat mengurangkan berat sisa pepejal dan memudahkan penghantaran ke tapak
pelupusan yang terletak di Bukit Tagar, Selangor. Melalui maklumat yang diperoleh, purata
jumlah sisa pepejal yang dijana oleh seorang individu di Kuala Lumpur sebanyak 1.25
kilogram sehari. Berdasarkan soal selidk yang dilakukan, majoriti pendapatan penduduk
Kuala Lumpur ini antara RM 1000 hingga RM 3000 sebulan dengan bilangan isi rumah
antara 2 hingga 10 orang. Kos pengurusan sisa pepejal pula yang bermula dari peringkat
pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi.
Melalui dapatan kajian, kos pengurusan sisa pepejal meningkat dari tahun 2012 hingga 2013
iaitu sebanyak 9.20% dimana pada tahun 2012 kos pengurusannya adalah RM122, 155 234
dan pada tahun 2013 kos pengurusannya sebanyak RM155, 957, 477. Kajian juga
mendapati kadar penjanaan sisa pepejal meningkat setiap tahun, dimana pada tahun 2011
jumlah sisa pepejal yang diterima oleh pihak Stesen Pemindahan Sisa Pepejal (Transfer
Station) adalah 774, 800 tan metrik. Pada tahun 2012 pula sebanyak 779300 tan metrik sisa
pepejal yang diterima oleh Stesen Pemindahan Sisa Pepejal (Transfer Station) dan pada
tahun 2013, jumlah sisa pepejal yang diterima oleh Stesen Pemindahan Sisa Pepejal
(Transfer Station) adalah sebanyak 791500 tan metrik. Peningkatan kadar penjanaan sisa
pepejal setiap tahun ini adalah selari dengan kadar peningkatan pendapatan bulanan
penduduk dimana ia mempengaruhi kadar penjanaan sisa pepejal. Kuantiti sisa ini
dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menyelamatkan bumi ini.
Masyarakat perlu lebih perihatin dalam pengurusan sisa pepejal dan kadar penjanaan perlu
dihadkan bagi mengurangkan kadar penjaan sisa pepejal, kos pengurusan dan
menyelamatkan alam sekitar.

You might also like