You are on page 1of 6

1

Ringkasan PMR Teknik Menulis Ringkasan


1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )

1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah
dengan
i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada
itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).

7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
8. Jangan buat pendahuluan dan penutup
9. Jangan masukkan contoh.
10. Jangan masukkan pendapat sendiri.
11. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas
jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
12. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
13 . Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
anda akan ditolak sebanyak 50%.







2

2. PANDUAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN ( 10 MARKAH ).

Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan
soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga.
2 markah )

Contoh jawapan :
1. Berikan maksud masa senggang?
Maksud masa senggang ialah waktu lapang . (2 markah).


Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan
petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah
Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan
yang tepat. ( 4 markah )

Contoh soalan dan jawapan

2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian
kerja rumah kepada murid-murid.
Pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja
rumah kepada murid-murid ialah kerja rumah dikatakan merompak masa anak-anak
untuk berkembang dari segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka
terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja
rumah.

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau
penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru/diambil
berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda.. 2 isi perlu
dikemukakan. ( 4 markah ).

Contoh soalan dan jawapan

3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang
boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?

Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah. Usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran ialah memberi tumpuan
semasa guru mengajar di dalam kelas.
Selain itu, murid harus mengikuti program motivasi dan teknik belajar dengan
baik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.







3

LANGKAH MENULIS RINGKASAN

Langkah 1:
Baca soalan dengan teliti. Fahamkan apa yang perlu diringkaskan. Kenalpasti kata kunci soalan:
faktor-faktor / sebab / punca
kesan /implikasi /akibat
cara-cara / langkah-langkah
kebaikan/manfaat/faedah
keburukan/kekurangan
permasalahan/ kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah/cabaran

Langkah 2:
Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi-isi penting yang berkaitan. Ringkaskan
bahagian-bahagian yang perlu. Lakukan pemotongan atau pengguguran seperti pada:
1. Nama tokoh yang memberikan pendapat
Contoh:
Menurut Pengarah Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abdul
Rahim Mohamad, trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan.
Diringkaskan menjadi:
Trend pemakanan masyarakat kini membahayakan kesihatan
2. Contoh-contoh yang diberikan
Contoh:
Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar dengan bakteria, virus dan
gas-gas berbahaya yang boleh membawa maut boleh menyebabkan keracunan makanan.
Diringkaskan menjadi:
Makanan yang dibiarkan terdedah kepada udara yang tercemar boleh menyebabkan
keracunan makanan



4

3. Keterangan yang terdapat dalam ayat
Contoh:
Masalah keracunan makanan sering berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan
baik dari segi kebersihan.
Diringkaskan menjadi:
Masalah keracunan makanan berlaku di premis makanan yang tidak diurus dengan baik.

4. Unsur pilihan
Contoh:
Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul atau tahap
kebersihannya tidak terjamin.
Diringkaskan menjadi:
Makanan di gerai-gerai ini tidak disediakan mengikut prosedur yang betul.

Langkah 3:
Tulis ringkasan anda. Gunakan acuan ayat di bawah sebagai panduan.

Antara (isikan dengan kata kunci mengikut tajuk) ialah.........(Isi 1)...............................
Seterusnya, ............(Isi 2) ...................... Selain itu, ...............(Isi 3) ......... Di samping
itu, .............(Isi 4).................. Akhir sekali, ...................(Isi 5)................









5

TUGASAN: AMALAN-AMALAN BAIK DALAM PEMAKANAN
Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini demikian kerana
kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian.
Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kesihatan tubuh badan bukan
sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan berkhasiat semata-mata malah corak dan
amalan pemakanan sehari-hari turut memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan
selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang
sesuai. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Kebanyakan kita
beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan suatu perkara yang tidak penting.
Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar makan
dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan
daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi
amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita perlu
mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan
diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses
seperti mi segera dan makanan dalam tin. Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah
melalui tempoh masa yang lama dan juga mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan
makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang
diperlukan oleh tubuh badan. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan
makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat
tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang menjadi
masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa makanan
yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.
1. Menyunting ayat yang menepati tugasan
i. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat yang baik.
[Idea Utama] [Huraian Idea]
ii. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai.
iii. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan perlu teratur dan kita wajar
makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
iv. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan.
v. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa
kita mengamalkan diet seimbang.
vi. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan
tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
vii. Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman
yang tinggi kandungan gula dan garamnya.

2. Proses penambahan penanda wacana
xviii. Seterusnya, kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau
minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(penambahan perkataan seterusnya)

6

3. Proses pengguguran perkataan
xviii. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman
yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
(pengguguran perkataan juga)

4. Menulis ringkasan
Daripada tugasan di atas, mulakan jawapan dengan ayat

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah...
(Antara amalan-amalan adalah salah kerana kata antara sudah menunjukkan jamak)

Mulakan skrip ringkasan anda dengan menyalin LIMA idea utama seperti yang berikut:

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang.
Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan
perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan
setelah kita berasa lapar.

[42 patah perkataan]

Sekiranya jumlah perkataan belum mencapai 80 patah perkataan setelah calon menulis
lima isi, teruskan menulis isi seterusnya sehingga menghampiri 80 patah perkataan.

Antara amalan baik dalam pemakanan ialah makan dalam keadaan selesa dan tenang.
Kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kita mesti memastikan bahawa jadual makan
perlu teratur. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Makan
setelah kita berasa lapar. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
Pengambilan makanan yang segar amat penting. Seterusnya, kita juga perlu mengawal
atau mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula
dan garamnya
[72 patah perkataan]

You might also like