You are on page 1of 3

1

MINIT MESYUARAT, BLOK 01 PKT 01 FELDA SAHABAT 05



BIL : (04) 2014
TARIKH : 16 APRIL 2014
MASA : 8.00 MALAM
T.RUMAH : SAUDARA ROSMAN BIN USIN


KEHADIRAN

BIL NAMA (HADIR) BIL NAMA (TIDAK HADIR)
1. Omar bin Asil 1. Julilul bin Hajirul
2. Mawar bin Galundang 2. Lampisung bin Lampagak
3. Mohamad bin Harun 3. Maraini bt.Manaf
4. Laiccu bin Baba 4. Sahrin bin Tiblan
5. Muhaddan bin Asan 5. Angking bin Saratin
6. Rosman bin Usin 6. Idrus bin Mat
7. Anwar bin Masakirang
8. Saili bin Serang
9. Mohd Ramli bin Yusuff
10. Khapid bin Lingam
11. Mohd@ Jasirul bin Omar
12. Arsah bin Dalmansa
13. Braw bin Laster
14. Mohammad Ali bin Mahmood
15. Maidin bin Yakob
16. Hassan bin Tuduk



BIL PERKARA ULASAN / TINDAKAN
01. A) NOTA PENGERUSI (KETUA BLOK)
Saudara Omar bin Asil
1.Assalamualaikum dan selamat malam
kepada ahli blok yang hadir dan pegawai
Sosial pegawai blok.

2.Majlis bacaan doa diketuai oleh imam blok
iaitu saudara Mohd Ali bin Mahmood


02. B) NOTA PEGAWAI BLOK (EN.FATLIH)
1.Beliau mengucapkan terima kasih kepada
ahli blok yang hadir.

2.Beliau memaklumkan jalan di blok
khususnya di blok 01 akan diperbaiki dan
sedang dibaiki.


2
3.Beliau menjelaskan pekerja ladang atau
buruh perlu ditambah kerana tenaga buruh
yang ada tidak mencukupi.

4. Anak sawit yang tumbuh liar mestilah
dihapuskan dengan cara bergotong royong di
kalangan peneroka atau menggunakan tenaga
buruh.

5.Rumah buruh akan dibangunkan di
pertengahan antara blok 01 dan blok 06.

03 C) NOTA PEGAWAI SOSIAL (EN.JAMALI )

1.Beliau mengucapkan terima kasih kepada
ahli blok yang hadir.Tujuan mesyuarat
bulanan adalah untuk ahli berbincang dan
menyelesaikan masalah blok terutamanya
masalah ladang dan kampung.Kecantikan
kampong mestilah ditingkatkan dan sentiasa
ceria dan terus berkekalan.

2.Pihak JKKR sudah mendirikan tiang bendera
di kawasan perkampungan.

3. Lawatan pegawai-pegawai A.K.P.F pada 22
Mei 2014.

4. Kepada ibu bapa mestilah mengambil
perhatian terhadap pendidikan anak-anak.

5.Kerohanian blok seperti ceramah agama,dan
bacaan yassin perlu dipertingkatkan dan
semua peneroka perlu hadir kerana dapat
merapatkan lagi persefahaman antara satu
sama lain.

6.Pihak keselamatan seperti Felsco akan
meronda di kawasan kampong.Peneroka yang
pergi bercuti atau balik ke kampung perlu
melaporkannya kepada pihak berkenaan
.(Felsco)

7.Pihak JKKR meminta dan menyarankan
mesyuarat atau ROLL Call setiap bulan perlu
dihadiri untuk mendapatkan maklumat yang
disampaikan oleh pihak pengurusan
khususnya Felda.


3

8.Projek belia mesti ada dan dibuat.

9.Pada 5 Mei 2014 lawatan peneroka dari
Umas-Umas Tawau ke Felda Sahabat Desa
Kencana khasnya Sahabat 4 /5

10.Gotong royong setiap blok perlu
diteruskan.

04 D) HAL-HAL LAIN

1.Saudara Rosman bin Usin mencadangkan
RM 5000.00 hasil daripada jualan sawit
peneroka digunakan untuk membuat
gelanggang sepak takraw.Sokongan ahli blok
yang hadir.

2. Potongan RM 5.00 tambahan pada potongan
Elaun Rela RM 2.00 yang berjumlah RM 7.00
tidak dipersetujui.

3.Kepada Peneroka dan anak-anak
peneroka.Ibu bapa hendaklah datang ke
pejabat untuk mendapatkan sokongan
sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan
di kawasan Felda.





Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 malam



Disediakan oleh Disahkan oleh


(ANGKING BIN SARATIN) (OMAR BIN ASIL)
Setiausaha Blok Pengerusi /Ketua Blok

You might also like