You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN

SK SRI LANANG
BIL.1/2014
Tarikh

: 22 Januari 2014

Masa

: 1.10 Tgh

Tempat

: Bilik Gerakan SKSL

Kehadiran:
1.Pn.Sharipah Bt Ismail (GB)
2.En.Sauri Bin Safeei (GPK HEM)
3.En.Zurainee Bin Abdul Wahid
4.En.Nur Muhammad Bin Seman
5.En.Zainal Bin Hussein
6.En.Sapari Bin Mohamad
7.Pn.Alya bti Hj.Musa
8.Pn.Zamila Bti Y.Jaafar (Kaunselor)
1.0 Ucapan Pengerusi
Puan pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam dan mengalualukan kehadiran semua ahli dan memaklumkan perkara-perkara berikut:1.1

menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar amat penting.

1.2

Menyatakan guru adalah role model kepada pelajar.

1.3

Menyatakan bahawa mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Tindakan : Setiausaha Disiplin


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Cadangan : En.Zainal bin Hussein
Sokongan : En.Nur Muhammad Bin Seman

3.0 Perkara Berbangkit

(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)


4.0 Program Pemantapan Disiplin
GPK HEM memaklumkan :4.1 Pemantauan
4.1.1 Guru bertugas,guru penyayang,pengawas bertugas dan pengawal
keselamatan memantau dan
bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas pelajar yang lewat.
Keputusan : Murid-murid perlu ada di kawasan sekolah setiap Isnin,jam 7.20 pagi
dan hari-hari berikutnya sehingga Jumaat pada jam 7.30 pagi.
Tindakan : Pihak-pihak yang berkenaan.
4.2 Sesi Kaunseling murid Bermasalah
Memohon agar Kaunselor menjalankan sesi kaunseling untuk setiap pelajar yang
dirujuk untuk kesalahan moral dan disiplin.
Keputusan : Murid berkenaan dirujuk kepada Kaunselor.
4.3 Sistem Kawalan Disiplin
4.3.1 Pergerakan Pelajar haruslah teratur dan lancar.
4.3.2 Penggunaan Tangga mengikut arahan dan peraturan.
4.3.3 Penguatkuasaan Pas Keluar akan diberi kepada setiap kelas dengan 2
pas.Setiap kali murid-murid keluar dari kelas.harus di bawadan digantung di leher
pada setiap masa.
Keputusan : Mesyuarat setuju sebulat suara
Tindakan : Guru kelas
4.4 Spot Check
4.4.1 akan dilaksanakan dari masa ke semasa mengikut keperluan.Memerlukan
sokongan dari semua pihak.
4.4.2 GPK HEM memuji tahap disiplin murid sekolah ini sentiasa berada pada tahap
terbaik.
Tindakan: JK Disiplin

5.0 Perancangan Aktiviti 2014


Sila rujuk pada Perancangan Strategik Unit Disiplin Dan Badan Pengawas
Sekolah
6.0 Hal-hal Lain.
6.1 Puan Kaunselor memaklumkan bahawa kursus kepimpinan pemimpin muda
adalah di bawah urusan beliau.
6.2 En.Zainal menyatakan bahawa pelajar-pelajar biasa akan memakai tali leher
berwarna merah hati,ketua darjah berwarna biru muda.
7.0 PENUTUP
Pengerusi berharap agar segala perbincangan pada hari ini dapat berjalan seperti
yang dirancangkan dan mendapat kerjasama sepenuhnya demi meningkatkan
tahap disiplin bukan saja pelajar malah setiap warga sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang
Disediakan oleh :

.
..
SU Unit Disiplin Dan Badan Pengawas
SK Sri Lanang.

Disemak oleh :

(Puan Alya Bti Musa)

You might also like