You are on page 1of 2

LAPORAN AJK:

AJK PERALATAN
SEBELUM :

Membuat tempahan barang-barang yang diperlukan seperti fail, air mineral,
kertas A4 dan plak penghargaan. Kemudian, borang permohonan dihantar ke
pejabat untuk mendapatkan kelulusan daripada pegawai yang berkenaan. Barang-
barang yang diperlukan mula diambil di stor pusat IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka pada hari Khamis iaitu sehari sebelum tarikh ceramah. Barang-barang yang
diperoleh dikira bilangannya agar selari dengan jumlah permohonan. AJK juga telah
memasukkan empat helai kertas A4 beserta dengan buku program ke dalam setiap
fail peserta untuk tujuan catatan dan panduan peserta ceramah.

SEMASA :

Barang-barang yang telah diperoleh diagihkan kepada semua peserta
ceramah. AJK juga telah memastikan barang-barang yang telah di agihkan
mencukupi bagi setiap peserta. Selain itu, air mineral bagi penceramah juga turut
disediakan. AJK peralatan juga telah menyediakan projektor LCD bagi memudahkan
penceramah menyampaikan input-input beliau.

SELEPAS :

Setelah selesai ceramah, peralatan seperti projektor LCD dihantar semula ke
Jabatan Sains. Selain itu, AJK peralatan telah memastikan semua kerusi makmal
telah disusun dengan baik sebelum meninggalkan makmal pada hari tersebut.

Disediakan oleh:


(Tengku Intan Mastura Binti Tengku Mohd Ramli)
AJK Peralatan

You might also like