You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

salam sejahtera, salam transformasi


Yang Berbahagia Tuan Pengetua, Tn Hj Mohammed Nashan bin Singgan,
Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Latipah bt Ahmad,
Yang Dihormati Penolong Kanan HEM, Puan Fuziah bt. Tuban,
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Kamariah bt. Muhd Kamil
Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Normadiah bt. Abdul Rahim,
Barisan kepimpinan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Yang Diraikan Puan Cheong Quay Lan
Rakan-rakan guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat sama-sama berkumpul
bagi meraikan satu majlis yang menjadi titik pemisah antara kita, warga sekolah
dengan seorang guru yang kita kasihi. Untuk makluman semua, kita akan
kehilangan seorang guru pendidikan khas yang sangat berdedikasi sepanjang
perkhidmatannya di SMK Kampong Jawa. Guru yang saya maksudkan ialah Puan
Cheong Quay Lan.

Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan Puan Cheong tetapi
bagi meraikan jasa beliau yang telah banyak berpenat lelah,menyumbangkan
bakti sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada ketua pelajar SMK Kampong Jawa.
Untuk itu, dipersilakan Mohd Zahir Fitri untuk menyampaikan ucapan.

Seterusnya saya menjemput wakil murid pendidikan khas, Adik Akil untuk
menyampaikan ucapan.

Saya dengan segala hormatnya menjemput tuan pengetua, Tn. Hj. Mohammed
Nashan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan beliau itu tadi.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menjemput Puan Cheong, berikut merupakan sedikit maklumat
tentang khidmat beliau sebagai guru di SMK Kampong Jawa. Puan Cheong mula
berkhidmat di sini pada tahun ______ .

Perlu dinyatakan di sini, sifat penyayang Puan Cheong begitu terserlah dan sukar
disanggah. Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak
didiknya, malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah
jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada
semua anak didiknya, sejajar dengan prinsip hidup beliau mengajar anak orang
bersungguh-sungguh, pastinya anak kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh
juga. Seharusnya kita semua meneladani sikap beliau ini.

Oleh itu, dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Puan Cheong untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Cheong.

Hadiri sekalian,
Sebagai tanda sanjungan budi dari warga SMK Kampong Jawa, pihak majlis
dengan rasa sukacita dan berbesar hati ingin memberikan cenderamata kepada
Puan Cheong. Saya mempersilakan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan
Normadiah mengiringi Puan Cheong menerima hadiah. Dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata hasil sumbangan murid-
murid SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil Majlis Presiden.

Dipersilakan Ketua Pengawas SMK Kampong Jawa.

Dipersilakan wakil Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dipersilakan Pengerusi Kelab Guru dan Staf, En. Rezuali untuk menyampaikan
tanda ingatan.

Majlis merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan,
sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah
kepada Puan Cheong yang akan meninggalkan kita.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, majlis melabuhkan tirainya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis persaraan ini.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulahi
wabarakatuh.

You might also like