You are on page 1of 3

Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di

huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.


Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin
dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap
sesuatu keputusanyang telah diambil. Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap:-
1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan
kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid- murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira
bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah
kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan
santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperoleh model yang baik. Ini
adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang
serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga
perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa disekeliling
melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.Dalam
hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.Selain itu
guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaranyang boleh
merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilaidalam diri setiap
pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping
itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara
guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima
oleh masyarakat .
5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan
oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini dilakukan dengan merancang dan
melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapaiobjektif pelajaran secara
maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu
yang betul dan tepat. Penutup Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat
memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapatmeningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana
penghayatan tersebutmembolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-
tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan
akandapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan.
Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada
akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh
semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan
gagal melahirkan modal insan seperti yang di citacitakannegara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah
yang di berikan.

You might also like